sebab bangun aje period. so memang period pain melampau punya.
kenapa la jadi macam ni.
dulu aku selalu sound2 noy cakap apesal la dia everytime pun nak sakit2.
aku ok aje. lepas tu rasakan dapat balasan. every month aku pun kena jugak.
gila tak sanggup.
macam mana nak bagi dia ok ke?
korang buat apa eyh?
anyway, ni entry basi.
biasalah, blog aku memang sentiasa basi je semua.
pemalas tahap dewa punya mau update.
ni masa 2-3 minggu lepas kot. hahahah.
time tu baru nak baik demam, tiba-tiba dapat call daripada nysya n rolex.
ajak lepak. jumpa geng2 lama yang ada la last sekali jumpa tahun 1997 kot.
lama kan. ikutkan memang malas n tak larat.
tapi dah di paksa2 so ok aje la.
dia kata nak jumpa kat naili's setapak.
aku macam tak tau aje. naili's ampang tau la.
sentul ada jugak naili's tp tu dulu la. tak tau if ada lagi ke tak.
since tak tau tempat. aku suruh dorang amik aku aje.
semua tak tau tempat. so berkumpul la kat caltex area kem wardieburn.
konon nak konvoi la.
paling tak suka. dorang kata yang lepak 2 orang aje.
sekali terkejut ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gila ok.
ramai tu takpa la. ni stock yang zaman mrsm dulu geng2 yang jahat gila punya.
stock yang kalau boleh kau xnak la terserempak la kalau berjalan2.
mulut tahap memang kau rasa nak terjun balkoni kalau dorang ejek2 ke apa.
tau la budak-budak lelaki kan.
janjinya nak lepak pukul 9.30pm.
tapi nak menunggu orang berkumpul la nak konvoi la. lamaaa gila.
rasanya kat caltex tu je ada dekat 2 jam kot. gilo.
:: me n nysya ::
:: belum sempat dah galok bersembang kat caltex dorang. ye la ada yang dah tak jumpa 13 tahun ok ::
:: nysya n ziha ::
ziha adalah room mate aku kat sana. 2 thn.
room mate yang sangat berbeza. dia top student dalam batch.
top student yang akan dapat ranking 1-3 ok dalam batch.
aku pulak if nak check nama. sila tengok daripada bawah. hahaha.
jangan la nak mimpi check list daripada atas kan. ngeh.
then sampai orang last.
ikut kereta dia.
sekali ke mali corner kat taman bunga raya.
what the fuckkkkk!!!!
setakat mali's takyah la nak konvoi ke apa.
aku pun tau kat mana. kat rumah arwah maktok aje.
hampeh ok. rupanya mula2 lagi la.
ada orang bagi info jumpa kat majlis corner. tah majlis mana tah. suka hati tu.
memang macam game telefon karat tau. sampai kat rolex n nysya jadi naili's setapak la sentul la.
jauh gila perginya.
sampai mali's satu hal lagi.
kau tau la mali's tu kan style nak makan or minum kena beratur.
jadi kerja. kau nak lepak lama ni. takkan everytime nak beratur2 bagai semata2 nak tambah air kan.
so aku kata sila tukar venue lain plisss.
aku ni memanglah berat bontot nak bangun2 ke apa kan.
so tukar la ke nz, wangsa maju aje. senang.
rolex n nysya punya dua orang je datang kan?
amik kau. ke empat meja perginya.
kagum gila aku dorang boleh mengumpulkan ramai macam tu.
dah macam mini gathering dah.
please take note ini adalah geng2 mafia ok.
so bayangkan dorang boleh kumpulkan semua ni.
paling aku kagum. semua yang nakal2 semua ni semua dah ke arah kebaikan aje.
tapi kejap je la kannnn. lepas tu sorang2 hampeh balik.
:: awe & utin ::
:: lomak & katak ::
:: andi n nik azhar ::
nik azhar paling takleh blah.
dia ni palingggggg nakal dulu.
nakal yang stock tangan hampir putus sebab kena kipas.
kacau budak perempuan takyah cakap la, stock boleh trauma punya.
orang sampai panggil dia maikel, ala yang monyet dalam majalah ujang dulu tu. hahahaha.
then 7-8 years ago dia hilang.
sebab parents dia hantar dia pergi sekolah pondok n ke yaman tak silap.
so sekarang dia dah jadi ustaz ok. semua kata dia dah jadi tabligh.
macam tak percaya pun ada. tapi betul la kot.
masa dia mula2 balik memang scary la.
aku pernah terjumpa dia. dalam bulan puasa tahun lepas.
dia jadi tak banyak cakap.
dia senyap aje. tapi dia pandang je. sambil senyum2.
tak ke kau takut orang macam tu.
so ni jumpa balik. dia dah kembali menjadi macam zaman budak2 dulu.
ok still alim2. tapi dah start ngan gelak2 dia n cakap merepek2.
tak suke ok. yang aku takut ngan dia sebab dia pandang pelik2.
yang dia takut ngan aku.
dia kata takut aku nak rogol dia.
bangang. apa jadah aku nak rogol dia. tak suke ok.
:: matiklah perut sama tinggi ngan ( . )( . ) kan. mengelirukan. hahahha ::
semua orang dok kerumun nik aje.
seronok dengar dia cakap2 agama sambil merepek2. tak tahan betul2.
tak abis2 keluarkan statement dia dapat pengintirafan daripada JAIS untuk ajar agama.
bagus la kan. tapi membayangkan dia tu nik azhar yang kita orang kenali. rasa kelakar n tak percaya aje.
:: serious rasa nak lempang aje tau. bila aku nak snap je semua taknak pandang camera. tah apa dorang segan tah. macam zaman kanak2 dulu pulak ::
ziha n ayam dah selamat kawin january hari tu.
bercinta daripada 1998. gila lama. bertahan. takda break langsung. kagum kan.
aku tak dapat pergi wedding dorang sebab clashing ngan masa ayol kawin.
even masa yang belah ayam pun tak dapat pergi sebab time tu buat side aku pulak kan.
yang ziha paksa2 aku datang. tak dapat la kan.
kata wedding abang aku kan. keji if aku tiba2 takda kan.
kalau wedding sedara ke apa takpa la. boleh lagi aku consider.
:: nysya n rolex, pasangan terbaru terendak. hahah. mana tau if ada jodoh lepas ni dorang pulak ke. Aminnnn ::
:: keynett pun join. tu aku kagum. keynett lepas couple then kawin mmg susah la nak lepak sesama. ni dia turun jugak. so mmg bagus la organizer itu malam. ::
:: rolex, najib n gf dia, wawa ::
aku dah biasa la terserempak ngan najib ni kat few occasion.
paling kelakar dia panggil aku fiza.
hahah, rasa pelik. kawan2 aku pun dok gelak2 je dengar.
ye la. the last time orang panggil aku fiza masa aku form 3 kot.
dah lama gila tak pakai nama tu.
usually orang memang panggil pija aje.
:: dua abang askar. tojat n haezade. muehehehh motif tiba2 aku gelak2 ni? ;p ::
ni pun tak jumpa lama. 13 tahun jugak kot.
aku ni memang hampeh. tau je abang askar terus rasa macam sexy je dorang ni.
tapi hampeh jugak. bila nak amik pic dorang taknak pandang. rasa nak lempang jugak la.
aku yang gedik.
mula2 aku marah2 lomak sebab ingat dia suggest lepak mali's tu.
ye la janji nak jumpa 9.30pm kan. last2 kul 11.30pm baru semua lepak nz. tak ke lama tu.
sekali lomak cakap tojat yang suggest.
aku dok, "kenapa mali's??kenapa??" garang2 je.
bila dengar nama tojat tiba2 aje. "oh tojat?? kenapa?" tiba2 tonasi aku lembut ok.
hahah rasa nak sepak diri sendiri. dorang dah menyampah aje.
ala aku main2 aje. takdenya aku gedik direct ke apa.
malas tu hujan lebat melampau.
pun tak menghentikan kita orang punya session.
sampai bertukar2 meja la sebab tempias semua.
tiba2 ada bersuara.
nd : eh kenapa tak ajak ****** sekali. best la sikit.
me : apa kena mengena. dia form 4 baru kot. budak2 ni bukan kenal pun.
nd : aku kenal dia.
me : kau je la kenal. orang lain tak kenal.
nysya : ntah
nd : korang pun sama. korang budak bbgs. apa kena mengena. apesal korang datang?
cibais punya mulut.
oh aku n nysya sampai form 3 aje. sebab lepas tu kena tendangs sebab tak dapat 6A ke atas.
so kita orang masuk bbgs.
me : tapi kau xleh nafikan masa form 1-3 group aku glamour kan. kan nysya kan.
nysya n ziha : betul betul betul
nd : ye la.
lomak : ramai add aku kat facebook tapi aku dah tak ingat la.
me : jonet ngan aku kau kenal kan.
lomak : korang aku ingat la.
me : seeeeee *sambil buat muka eksyen*
awe : gila kau tak kenal dia ni. jangan mengaku kau terendak la if tak kenal.
hahahah pitams mak dengar.
tapi untuk batch aku la.
takda la dalam sekolah ke apa.
tapi sebab apa pun. bukan pelajar contoh ke apa la.
sebab dot dot terlebih je aku ni. ngeh.
:: semua kusyuk gila dengar si nik ni bercerita. paling kusyuk ayam la. hahahh. ::
:: tengok la tu dengan gaya2 dia. muka tak tahan betul aku tengok ::
bagus la dia.
cuma silap dia. dia ni dah belajar tinggi.
dia bukak nya yang tinggi2 tu kat budak2 ni. memang la orang rasa dia merepek.
macam aku, aku dah biasa dengar mama n papa bercerita. so aku tak rasa dia merepek.
kalau dengar memang rasa tak faham n merepek. tapi mama selalu cakap if nak tau kena belajar.
sebab kita takkan faham.
aku masa nik bercerita memang aku tak layan.
last2 tu baru aku dengar.
so bila dengar aku keluarkan la benda2 yang aku tau pulak.
mula la budak2 lain, " ustaz nikkk...akhirnya kita dah jumpa calon yang sesuai. seorang yang jugak tau pasal agama dan mula insaf ngan ceramah yang kau bagi"
kurang ajar ok dorang. main2 pulak.aku serious ni.
terus aku malas nak layan balik.
so nampak ayam n ziha nak gerak aku follow dorang.
ye la time tu dah pukul 4 pagi ok.
tak gila kau. kalau aku stay tah sampai kul berapa pulak.
tapi seronok la session jumpa ramai2 macam ni.
sebab bila jumpa geng yang dah lama kau tak jumpa, cerita2 yang keluar pun lain.
tambah2 lak geng2 macam ni lagi la lawak2 n macam2 cerita ada kan. seronok.
tah bila nak session lagi.
hari tu aku masukkan pic2 ni kat facebook
amik kau sampai satu gambar berpuluh2 n ratus dorang komen2.
nak pengsan asyik masuk notification.
sapa yang tak dapat join lagi la tension kan.
ye la kata last minute plan.
tp aku rasa last minute plan lagi best la.
sebab if plan lebih2 mesti ramai cancel je.
so kalau mengejut macam ni semua on aje.
tah kenapa banyak sekolah aku pergi.
tapi paling best kawan2 kat asrama la.
rapat dia lebih. bertahun tak jumpa pun tetap rapat.
maybe sebab daripada kecik2 sama2. hari2 mengadap muka yang samaaa aje.
aku sayang la mereka2 ini.
will treasure them forever :)




Tabita Skincare
Ephyra
Beutskin Essence & SNE
Ummi Bakery
