semua orang pandai makan kan. ada ke orang tak pandai makan kan.
apa yang dimaksudkan ialah bagi sesiapa yang pandai makan banyak la kan. ;p
sebab konsep adalah seperti buffet.
so siapa perut kecik takleh terima makanan banyak-banyak macam tak berbaloi la kan.
anyway, noy telah membawak aku makan kat tempat yang best and puas hati.
makanan adalah thai steam boat.
nama kedai pun 'eat all u can' amik. tak reti-reti lagi.
jawabnya. memang melantaks la kan uolls.
tengok la pilihan makanan dia weyh.
banyakkkk gila. cendawan pun ada macam-macam.
sayur la, fishball segala balls ada. yang basah2 pun ada kat freezer2 tu.
ketam, ikan, ayam, daging, sotong, udang, kupang, kerang hoih segala macam la.
memang ala-ala agak tamak je tak tau nak mana satu kan. menggila ok.
mula-mula pergi aku takut sikit la.
ye la selalu pergi johnny's kan pakai electric punya.
ni pakai gas ok. siap kat meja kau ada tong gas.
aku dah ala-ala paranoid.
aku cakap la kat noy, tak bahaya ke smoke kan.
katakan la ada leaking gas ke apa.
elok nyalakan rokok terus meletup ok. tak ke takut kan.
tapi kejap aje paranoid tu kan. nampak makanan lupa terus. hahaha.
kedai ni baru bukak rasanya.
so masa pergi takda la ramai sangat.
ada la customer tak sampai 10 orang kot.
sekali ada announcement ala-ala kat shopping complex ok. macam feeling airport pun ada.
siap dua bahasa, in english n malay. rasa nak pitam.
oh kedai ni dekat deretan kedai2 baru dekat taman dagang.
dekat galaxy ampang. eh galaxy ke nama dia. entah.
ala yang ada wayang mbo tu. siapa tau. tau la yea. tak tau nasib ah.
oh satu kepala x silap dalam rm20++ aje. x sure ++ tu berapa.
tp aku hari tu makan ngan noy berdua. campur air buah 2. total rm55 macam tu.
murah kannn?? tah bagi aku ok la.
if nak banding ngan johnny's la.
tapi jangan la kau membazie ambik banyak2 tapi tak makan kan.
sebab if dalam mangkuk kau tu ada lebihan macam lebih 100g macam tu dia akan charge rm10.
rasakan. bak kata pepatah, orang tamak selalu rugi. ngeh ngeh.
ada 5 soup tak silap. tp time ni kita orang pilih chiang mai & tomyam.
tomyam dia terbaik hoih. sukeeeeee. haih tengok gambar ni terbayang-bayang kesedapannya. nom nom nom
oh siap ada tempat bakar2 n panggang2. aku tak tau.
nak balik baru tau. hampeh.
kalau tak boleh pilih mana nak n suruh dorang bakar kan. sukeee.
will definetely go again.
puas hati betul la makan.
tu pun gerak awal sebab noy tak sihat pulak.
kalau tak stay je lama-lama makan sampai 10 round.
hahah tamak kan. tp ye la. kata eat all u can kan.
memang 'can' sangat la weyh. ;p
so kalau sesiapa penggemar steamboat n tau area2 ni sila la try ye.
best. gerenti puas hati.
orang cakap lebih kurang tupai-tupai la.
tp takleh challenge la tupai2 macam class2 sikit kan.
ni macam biasa2 aje. tp makan puas hati la. :D
ok itu aje. buhbye.




Tabita Skincare
Ephyra
Beutskin Essence & SNE
Ummi Bakery
