#sayajual

Tabita Desi Damayanti Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

perempuan kayo, tapi makcik tak kayo~

last tuesday noy tu berkobar lebih.
sebab kereta yang di tunggu dah ready tunggu dia.
tidur pun ala-ala ayam aje.
aku tak tau la apa masalah noy ni. dia suka kejut stock bagi terperanjat tau.
tak suka. stock kalau bangun boleh sakit kepala punya.
tapi bagus la kot. kalau tak mau liat aje nak bangun kan.
ni dah dia jerit terus melompat je bangun.

so mandi pun cepat-cepat aje.
ajak ayol sekali. supaya nanti balik aku naik ngan noy.
ayol bawak la kembara.
ni dengar nasihat ice la ni.
ice cakap if ambik kereta baru bawak teman.
sebab nanti excited. so boleh la happy2.
fine so i tag along.



:: minah terlebih ceria ::

:: lama jugak kan nak tunggu sebab ganesh tengah ajar segala function itu ini ::

 :: oh ayol yang tumpang happy. dah kurus sikit kan ayol? maklumlah orang nak naik pelamin kan. eh jap, ni memang kurus ke kau tahan napas ni yol? motif tiba2 aku nak jealous kan. hahaha ;p  ::

  :: ayol the paknam ::

 the lovely kembara.
haha tgk la tu. macam kereta kebal kan. takda tayar belakang tu.
sport rim pun takda sebab tak ganti lagi tayar kan.
oh syukur sebab Alhamdulillah semua insurance cover.
ingat nak tukar cat hitam. tapi kena tambah duit sendiri. so takpa je la kan. hoho kedekuit.
yang best before this ada la kemik2 sebab langar itu ini. tak betulkan.
so hantar repair tu. semua sekali dia betulkan. nice. feeling kereta baru la kan. ;p




gila kusam muka tak make up. yikes.
ye la tak sempat.
tengah mandi noy dah pekik2 kata aku lambat.
tak menyabar nak ambik kereta dia.
so naik atas. sarung baju semua. terus keluar.
scary gila muka.
oh jangan nak cakap ok ke apa.
kau nampak gambar ni lain macam? sebab aku pakai effect film grained. so ada bintik2.
konon camouflage kan bintik2 kat muka aku la. ngeh ngeh.
wah matiklah kereta siap berplastik bagai bawak tengah2 jam kat kl tu kan.
malu je orang tengok2.macam perak bebenor. ;p



apa yang kau terjongkek2 tengok depan tu noy?
tak biasa bawak kereta panjang rasa nyilu je ok.
aku ni kalau orang bawak kereta memang mulut macam jpj.
tp noy dah sound awal2. jangan banyak cakap. nanti lagi dia gabra.
so masa dia bawak aku diam aje. rasa2 ngilu ke apa aku pejam mata aje.
takmo tengok kan.



hoh paling tak boleh terima.
noy letak second driver aku.
ye la. sebab kita org ni mana2 pun melekat aje.
amik dia balik kerja semua aku kan selalu.
so senang insurance ada nama aku.
ok la. bagus la. ikhlas hati dia ni.
tak bekira ke apa.
tapi mak yg terkira-kira sekarang ni.
sebabnya mak kan perak tak reti bawak kereta besar-besar.
noy memang berani lebih. tapi berani dia tu sampai kalau la terlanggar apa2 dia cakap 'oppps' aje. bagus.
aku ni penakut lebih.

so pressure gila ok rasa.
so malam tu kita orang ke sana kemari la ngan family semua.
aku dok elak-elak je takmo bawak.
last2 lepas lepak papparich noy paksa jugak aku bawak.
hohoh. nasib time tu dan pukul 1am.
so macam tak banyak kereta dah. ok la..still takut. tp ok la. not bad. la aku rasa.
tapi ni adalah tertekan.
sebab balik melaka. aku yang kena drive. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
ok memang la orang cakap highway lagi senang.
tapi aku tak suka highway. sebab kereta semua laju2 n ada bas2 ada lori2.
me not loike. me so scared.
doakan aku selamat pergi dan selamat pulang la yea. haha gila dramatic kan.
dengan kadar ketakutan aku ni.
ada orang boleh sampai melaka 2jam. aku mau amik 3 jam nanti.
takpa. tunggu update nanti macam mana keadaannya ya.

ok happy weekend people. :)

panjang langkah~

last saturday kembara siap. yippieee.
gumbira. baru la seronok and panjang sikit langkah.
tapi sabtu tu pun tak siap abis la.
rasa macam bawak kereta kebal pun ada.
sebab kembara kan dah takda keluaran.
so accessories dia payah dapat.
so visor ada yg takda, tayar spare yang pecah tu tak dapat. n few more things la.
tapi nak keluar jugak. so gerak aje. ;p

kita orang ke lowyatt.
sebab noy nak beli thumb drive untuk kereta dia.
and beli apa yea. barang-barang blackberry dia kot. not sure la.
hoh gila ramai orang kat lowyatt di hari minggu.
oh kita orang pergi last sunday.
serious ramai sampai nak berjalan pun ala-ala rimas aje.
before gerak makan 1901. lama tak makan. nom nom nom.
amik set :D




chicago beef, mashed potato & fresh orange.
dia kata large je ada. regular takda.
hasilnya dapat begitu. apakah roti kecik ni.
tak pasal terkeluar2 tau. very the not nice.
oh the taste is nice. i mean rupa tu agak tak sopan. oopppsss.



me & my kominyo.
grateful to have her as my sister. we r like lobsters.
she didn't complain much, so why should u??
ke ada nak jadi kakak angkat dia baru puas hati?

then ke klcc pulak.
sebab last december kan ada beli make up set for hantaran.
dorang tak pack, sebab dia kata takut nanti plastik tu koyak la apa la.
suruh datang later bila the actual date is near.
so ke sana untuk balut itu.
datang balik after 30 minutes.
so lepak starbucks pulak abiskan masa.


sila la tatap puas-puas muka fatty ini ye.
whatever la kan.
so what if i'm fat. yang aku habiskan pun beras umah mak aku kan.
tak pernah pun aku claim aku kurus ke..aku hot ke.
so suck it up people.
motif suruh orang 'suck it up?' tapi aku sendiri perut tak boleh di suck?
muahahha. ok gila.

rasa-rasa dah bernanah kat klcc.
then balik rumah. hantar barang-barang apa yang patut.
then ke suzi's pulak sebab ice mau lepak.
before dia ber honeymoon.
serious payah gila nak jumpa dorang ni.
ada je urusan pengantin baru ni kan.
tapi rasa kelakar aje.
selalu lepak muka sama aje.
kali ni dah ada huda. heheh. macam tak percaya aje.
lepak lama-lama sampai malam.
konon nak lepak kejap aje. sebab esoknya noy kerja.
sekali amik. ada la 1ish am baru reti2 nak gerak.

manusia2 yang saya sayang :)


:: benci tau perempuan tu. tak make up pun muka halus mulus. aku kalau tak make up harus pitam orang semua ::


ok itu aje.
sorry emo lite-lite uolls.
tak jadi tido. tiba-tiba tak ngantuk.
so hasil entry yg di type di malam hari dan tak cukup tido memang macam ni. ;p
oh ni auto publish entry.
incase kalau korang tak tau la kan.
ok ta-ta

grateful with what i have~

banyak nak buat.
tak pack pun lagi barang utk balik tengah hari karang.
jangan ada apa-apa yang tertinggal dah la.
malas nak buat check list.
just hope semua went smoothly.

tadi pergi saloon.
budak tu kata better colour roots aje.
sebab takut rosak if colour semua rambut.
ikutkan nak colour balik and nak warna hijau macam hari tu :D
tapi dah dia kata macam tu, ikut aje kan.
plus aku tak bagi dia potong rambut. sebab nak simpan panjang.
dah la rambut aku ni lambat gilaaaaaa nak panjang.
even budak saloon tu pun cakap macam tu.

oh colour roots.
then buat treatment dapat 50% off.
total rm139.
oh untuk pengatahuan anda.
aku getik nak colour ke apa ni. pakai duit aku 100% ye.
aku tak mintak sesiapa ke apa.
ada income lebih aku lavish la sikit. takda senyap2 la.
kalau tiba2 nampak rambut aku roots dah separuh kepala. maknanya mmg aku kedekut or tahap kemiskinan la tu.

cakap la apa nak cakap.
hidup ni macam roda. kejap kau kat atas. aku kat bawah.
maybe nanti aku pulak kat atas kau pulak kat bawah.
rezeki ni semua Allah punya. bukan terletak kat tangan manusia ke apa.
apa gerak hati ke kau rasa nak kongsi rezeki ngan sesiapa pun adalah daripada Allah
so jangan alpha n tinggi diri. keikhlasan tu penting yea.
Allah nak tarik n nak bagi kejap aje. kan kan kan.
takpa as long as im happy with what i have. then i'm practically fine :)
i'm always grateful :)

wokeh i need to sleep.
tomorrow nak kena drive ke melaka. :)
nite-nite everyone.

so tired~

laptop masih gedik tak mau on.
maka aku pun masih gedik tak mau update guna pc ni.
i mean update bergambar semua tu la.

hari ni bangun awal.
sebab noy keji bangun je kecoh.
flight dia delayed. belum gerak pun daripada kuwait.
tiba-tiba dia jerit, " PIJAAAAAAA!!!" "flight aku delayed"
aku yang tengah tido terus ternganga mulut bentuk 'o' ok ..pastu mata melilau cari arah nak pandang mana.
cibais ok. gila terkejut jerit2 macam tu. rasa nak tepuk muka dia.
dia jerit sebab kita orang dah book hotel nak duduk esok kat melaka.
so konon if delay macam mana esok nak balk melaka kan.

me : kau buat back to back macam hari tu la. so still esok boleh balik"
noy : betul jugak kan. tak terpikir aku. bagus la kau ni. tapi muka kau tetap kelakar terkejut tadi.
me : kurang ajar kau ni.

lepas tu terus tak boleh tido sebab noy ajak makan soto.
dia dah ajak lama. ada setahun kot.
tapi kita orang ni mana reti nak bangun pagi ke apa.
so memanjang tak dapat makan.
so tadi makan la.

ni balik rumah semua dah bangun.
dorang siap-siap nak balik melaka dah.
so macam mana mau sambung tidur. hoh.
mata dah ala-ala pedih melekat-lekat ni.
tapi kejap lagi petang ke apa nak pergi saloon pulak.
nak colour my roots.
rambut dah tumbuh so nampak hitam-hitam itu. me not loike.
tapi pitam nak maintain colour rambut ni.
terbang2 duit mak uolls.
ingat nak pasrah colour hitam je balik.
tapi ramai tak bagi. kata aku tak sesuai rambut hitam.
tapi ye jugak la. if rambut hitam nanti. nak colour lain dah payah.
so pasrah aje la kena keep on maintain colour2 rambut ni.

rasanya elok tido kejap la before ke saloon.
kang tak pasal sementara tunggu colour tu aku tido ternganga pulak kat sana.
malu tu.
ok la..ta-ta.

fucked up~

the laptop have been fucked up for two days now.
l;angsung tak boleh on.
ok boleh. tapi sangkut la.
usually after 30 kali try on jugak la.
ni tak boleh langsung. huarghhhhh.
dah la if dah biasa ngan satu computer.
rasa nak update from different computer rasa tak best.

so ni takda orang kat rumah boleh la online kat pc bawah.
which is usually mama guna.
kalau tak nak guna pun curik-curik aje.
nampak dia pergi dapur ke apa.
cepat-cepat guna.
tapi tak dapat buat apa sangat pun la.
baru nak blog hop ke apa noy lak sibuk sebab laptop dia pun hantar repair kan.

nak ber ym pc bawah ni takda pulak.
malas pulak nak download.
hoh sangap.
semua keluar-keluar aje ni.
ala-ala insan kesepian kat rumah ni.
malas nak ikut sebab takda nak buat apa pun.
tengok la if rajin aku update lagi la.

seperti membela dua ekor beruk~

dah lama kucing-kucing ini tak berlegar-legar.
banyak lepak cage aje.
tau la rumah kancah macam mana kan.
dengan hantaran la. dengan kertas-kertas la. dengan kad kawin la apa la.
dorang ni pulak if keluar sama-sama haruslah seperti beruk aja.
kejar sana-sini. memang sewel.

tapi ni bilik belakang dah siap.
so simpan hantaran semua dalam tu.
so ok la nak lepaskan dua ekor ini.
biasa la. main kejar-kejar macam nak gila.
tiba-tiba tau-tau aje dah sampai bilik kita orang kat atas.
mula-mula sekor aje. so ok la kan.
sekali join pulak sekor lagi. *pitam*
seronok feeling a/c kot.
mula-mula feeling golek-golek jilat-jilat bulu.
agaknya dah bosan mula la tak reti dok diam.
panjat sana sini. memang pening.



tengok la lulu tu. seboleh-boleh nak pergi balik tu.
masa dia panjat tu gila nyilu.
sebab kuku dia ngrettt-ngrettt kat aluminium tingkap tu. hoih.
tah apa dia nak tengok malam-malam tu.
bukan ada apa pun. nampak bumbung rumah orang aje pun.
oh excuse the langsir. haha.
langsir basuh la. aku x suka nak pakai langsir lain sebab warna putih la apa la.
so nanti mesti terang. tak sedap tido.
so kita kasi gantung blanket. feeling gelap. sedap tidur. :)


:: hannan pun nak jugak sibuk kannnnn.beriya-iya tu jenguk. hahah bengong gila. ::

 :: geram gila ngan lulu tu. dia gendut gila tapi kaki katek. eeee..rasa nak penyek2 kan dia ::

 ok sila jangan salah sangka.
aku memang sayang kucing. i mean suka la.
tapi aku x obses or pecinta kucing tahap dewa ke apa.
aku suka la layan-layan ke. main-main ke.
tapi takda la macam gila melampau ke apa.
rumah aku ni yang gila macam tu noy aje.
dia memang. sanggup menjadi doktor kucing ke apa ke.
kucing buat apa kat dia pun dia tak marah.
aku kadang-kadang kejam jugak la.

contoh malam tu hannan main kejar-kejar dengan lulu.
aku tengah online atas katil.
dia panjat. tiba-tiba kaki tak lepak.
boleh dia paut kat tangan aku. pakai kuku ok.
fuck sakit gila. abis kena cakar sepanjang-panjangnya.
harus terus kena smack kat kepala.
ok of coz i fell bad la.
he's a cat. apa la dia tau kan.
but still. sakit n berdarah. so harus kena halau.
so layan lulu aje.
lulu nakal. tapi dia baik.
tak cakar-cakar or gigit sesuka hati.




hoh tiba-tiba rindu dorang.
bila rumah nak clear ni.
mau kasi dorang keluar bersuka ria la.

nonoy si minah kaji~

noy sekarang semua benda dia nak kaji.
ok kalau dia nak kaji sendiri takpa. ni suruh aku yang solve kan.
suka tanya soalan pelik-pelik.
aku tak ingat apa tapi something like this la.

'eh kenapa tingkap ni bukak macam ni yea'
'kau perasan tak baju dia jahitan dia. bla bla'
'kenapa dia suka kawan dengan dia tu yea.'

jawapan aku adalah.

'eee yang kau sibuk apesal. yang kau sibuk nak kaji-kaji ni kenapa.'

so satu malam tu.
about 2 weeks back kot.
tengah lepak ngan noy & PG masuk bilik and sembang-sembang.
tengah sembang-sembang. noy main-main cermin.
so ada la reflection kat atas siling.

noy : huyooo..tengok tu.
me : hah kenapa.
noy : gempak kan. keluar cahaya-cahaya.
me : tu reflection la.
PG : ntah.
noy : ye la. macam mana boleh jadi kan. macam mana orang buat cermin. cermin ni di buat daripada apa?
me : kau ni suka kaji la. nak tau buat daripada apa la pulak.
noy : betul la.
PG : ntah kau ni. sibuk nak kaji pasal cermin. kau tau geografi lagi bagus.

ok memang la bagus dia nak kaji.
tapi kalau dia kaji sendiri takpa. tapi suruh orang lain fikir.
tak kuasa nak layan.

noy : eh saya dah tau la pasal peta. tanya la.

so kita orang tanya la pasal ibu negara semua.
ok fine. dia dah tau la mostly.
haha after 23 years baru dia tau. nice.
so kita orang twist sikit soalan.
tak la tanya ibu negara.
tapi tanya tempat-tempat lain dalam malaysia.

PG : port dickson?
noy : seremban.
me : ye la negeri apa.
noy : haaaaaa...negeri sembilan.
me : raub?
noy : raub kedah.
PG : hotak kau. pahang la.
me : pulau pangkor?
noy : terengganu.
me : perak la noy.
noy : bukan semua pulau kat terengganu ke?
PG : suka kau je kan. tioman?
noy : haaaa..tioman memang dekat terengganu.
me : johor la.
noy : korang ni mana adil tanya macam tu mana saya tau.
me : dalam malaysia je kot. kena la tau.
PG : tah kau ni.

then banyak la kita orang tanya.
ada yang betul ada yang salah.
tapi ada dua tempat ni memang lawak tahap dewa la jawapan noy.
tak tahan.

PG : bandar seri begawan kat mana?
noy : hhhaaaaa..yang ni saya tau. dia macam setia kawan.
me : haha. setia kawan apa. kau gila ke tiba-tiba setia kawan.
noy : betul la. saya pernah dengar. begawan setiakawan.
PG : memang tak ada la. setiawan ada la.
noy : haaaaa.. tu la. begawan setiawan.
me : hahahhaaa. takda kena mengena ok. setiawan perak kot. begawan tu brunei bandar seri begawan.
noy : miahhahahahahaha..ye ke. mana saya tau. saya tau ada begawan setiakawan. dekat-dekat la tu.
PG : bengong la kau ni. apa la tu pun tak tau.
noy : mana la saya tau. taknak main lagi la.
me : ok la last. seberang prai kat mana?
noy : hah yg tu ok. kat thailand la.
me : haha..confident je kau kan.
noy : apesal pulak. betul la.
PG : pulau pinang la.
noy : bukan thailand? sebab bunyi dia prai krong krai mrai prai. macam thailand kan.
me : ada je kau ni. ikut sedap mulut aje.

tah apa kena la minah ni.
tapi ok la. improve sikit la la. dah tau jugak la ibu negara.
tapi yang lain-lain tetap hancur tau.
dulu lagi teruk.
ingat lagi masa dia kerja dengan le tour de langkawi.
siap call mama lagi.

noy : mama seronok. macam-macam negara nonoy pergi.
mama : bukan negara nak. tu negeri. semua dalam malaysia.
noy : yea? tak kira la. tapi seronok.

problem ok dapat perempuan macam ini.
tapi takpa. menghiburkan. haha.

feeling cabin crew la konon~

last thursday teman noy standby kuwait.
dulu kena pergi airport. sekarang tak payah pulak.
kat hotel aje dah boleh.
since kena standby from 12 until 3am. so dia ajak la teman.

over perempuan tu.
aku macam malas la kan. comot-comot je dah la.
bukan nak pergi mana pun.
tercongok kat situ aje pun kan.
tapi tak. dia suruh jugak pakai elok-elok.
jadi kerja nak siap-siap semua.
takpa. layankan aje.

sampai sana tengok semua crew dah ada sana.
omg, ada sorang steward ni. arab la. handsome nak mampuih ok.
rasa nak pitam kat situ. dah la macam friendly. ngeh ngeh.
noy biadap, cakap aku mulut ternganga tengok orang handsome.
tak ok. tapi masalahnya meang comel. haih.

then noy kenalkan kat chief dia.
melampau salam taknak lepas.
siap sembang-sembang dengan noy tapi pegang tangan aku.
terpaksa tarik sendiri tangan. gilo.
tu noy kata antara yang baik and tidak gatal.
imagine if kena deal dengan yang gatal pulak. tah apa pulak la kan.

then dia orang dah gerak semua.
noy ajak lepak crew lounge.
sebab ada la pc semua. takda la sangap je dok lobby kan.

so ok la..ke sana.


:: online la apa lagi ::


ngeh-ngeh.
tapi buhsan jugak la online.
sebab ym takda.
blog boleh la.
fb pun boleh. tapi cafe world pulak aku dah masak semua.
so macam takda apa boleh buat.
boleh tahan sangap la.
chat fb aje la. tu pun tau la chat fb tu. gila sengal.
bohsan ok.
so blog hop aje la pun.


hohoh. siap buat coffee. gila gedik kan.
bagus gila. minum ni pukul 2am.
end up aku tak tidur sampai pukul 12pm esoknya ok. gila betul.
menyesal gila minum.

oh noy kata nasib takda orang kat crew lounge tu.
sebab patutnya aku x boleh masuk sebab memang untuk crew aje.
if ada crew kuwait takpa la. ni if la ada etihad ke apa ke. tak boleh la.
tapi noy kata takpa. cakap la aku ni crew jugak.
ye la tuh. macam orang nak percaya kan.
noy kata konon aku chief la. chief kan selalu tua and badan out of shape.
kurang ajar ok budak tu.


lama jugak la kat sana.
sampai tak tau nak buat apa dah.
cukup time je gerak.
penat jugak kan macam tu.
i mean macam tak bermotif tau dah siap-siap semua.
tapi kerja dok standby macam tu aje.
baik terus fly ke apa kan.
maybe saje nak menyusahkan orang n bagi gaji berbaloi la kot.
kalau tak dok umah aje. tapi duit tatap masuk.
tapi masalahnya orang peneman ini takda gaji. tetap teman. how la kan. ;p

dapat la jugak merasa~

since ayol pun dah nak kawin.
so kita orang kan kena pindah balik ke atas.
so before pindah harus bebel-bebel sebab a/c rosak kan.
and serious dok atas adalah seperti duduk bilik sauna ok. panas melampau.
oh mula-mula nak jadikan master bedroom bilik pengantin.
tapi aku cakap tak payah la.
sebab banyak benda nak kena buat.
sebab if guna bilik atas. nanti semua nak kena betulkan, tangga nak kena clear. landing area lagi. cat la. nak buat wardrobe la. nak beli bedroom set baru la.
harus la lagi banyak $$$$ terbang kan.

aku cakap pakai je bilik bawah.
biar la kecik. lantak. senang sikit kan. tak payah dorang main kejar-kejar. haha.
mama lagi over kata beli set baru jugak.
ok memang la yang bilik bawah tu punya baru.
tapi tau la quality barang-barang sekarang.
ada sekali tu mama duduk terus patah papan.

me : ala kau x payah la guna sini. kata by the time tu kau baru balik honeymoon kan. takkan tak puas.
ayol : apa kau ni *sengih-sengih*
mama : tah kau nak projek balik rumah mak mertua kau la.
me : tau xpe. nanti aku nak kacau la. kau masuk bilik je aku nak kacau daripada bilik air.

haha motif tiba-tiba aku dengki tak bagi buat apa-apa apesal kan. ngeh.
tapi tiba-tiba aku tengok ayol gigih betulkan papan yang patah tu.
bertukang uolls. hahhaa. semangat nak pengantin baru betul. hahah

so last week mama and papa beli la a/c baru.
untuk bilik dia orang sekali.
so pagi-pagi cina dah datang bising-bising drill semua.
tak boleh tido tau.
tapi biasalah dah kata mama and papa ni memang over.
daripada a/c tiba-tiba corner benda lain.



so bye-bye tv lama yang dah berjasa selama 6 tahun ini.
ok takda la bye kan. ganti ke bilik papa and mama.
tv lama dah bagi kampung.
so ada la ruang nak letak.
subwoofer tu nanti aku nak curik untuk laptop. huhuh. puas hati sikit dengar winamp kan. :D


n welcome to the family.
kecoh aje kan.
orang dah lama pakai. kita orang baru nak merasa.
nak beli dulu-dulu tak mampu.
masa baru-baru keluar. gila sampai RM6-7k.
sekarnag dah murah kan.
oh beli jugak home teater system.
sebab nak sewa PA system untuk kenduri ayol pun dah berapa. mahal ok.
so papa cakap baik beli set baru aje. lagi puas hati.
so beli la.
tapi ok la. kita orang memang suka tengok feeling wayang pun. bukak kuat-kuat.
malang la siapa jadi jiran kan. heheh.

tapi dulu-dulu tak boleh kuat.
mama tak suka bising. dia kata tak tenang.
ingat lagi masa kecik-kecik if naik kereta mama ada mesti tak boleh bukak lagu-lagu.
tapi papa lak lain. siap letak woofer semua.
memang puas hati la.
n zaman dulu-dulu if la dorang tengok bola.
nak tepuk tangan pun cover-cover aje. takut mama terjaga.
mau kena maki kan.
sekarannggggggggggggggggggggg???
dorang if gol aje. tepuk macam feeling kat stadium ok.
tengok mama elok je tidur. haha.
siap ada sekali tu ada family fren datang lepak.
kita orang tgk award apa tah. gila kuat bukak.
dia siap cakap, ' amboi korang, mentang2 la mama tak dengar. bukan main kuat'
harussssss.

:: ali sedang service a/c ::

biadap kan ambik dpd belakang.
aku kalau orang ambik mcm ni and tepek kat blog. harus aku amukan.
buruk ok. cea macam la dpd depan tak buruk kan.
n motif tiba-tiba orang nak ambik gambar aku apesal kan. perasan tau.

kita orang ni sejak pindah sini 89 dulu.
memang guna kedai electric ni aje. segala benda la ambik sana aje.
so dah kenal dah pun pekerja dia semua ke apa.
so masa dok sebut-sebut nama dia ni ali.

PG : eh dia melayu ke?
me : tak la. apesal.
PG : abis nama dia ali
me : haha bengong kau. agaknya ah lee ke apa la. tapi orang panggil la ali. senang.
PG : oh ye ke. tu la, tiba-tiba nama ali. aku ingat melayu. muka cina.




papa tumpang sibuk.
yang tu ah kien.
dia ni kerek tahap dewa punya.
tapi lawak la.
so if dia datang tu ada je benda-benda lawak jadi.
eh tiba-tiba aku malas nak cerita. banyak sangat. boleh? ;p


::weeeeheeeee~~~  ::


hohoh. nice.
oh siapa yang baca blog mama pasal dia update benda idaman dia n papa la apa.
ini la dia. dah nak lama. baru je berpeluang beli.
dorang suka la. sebab dorang rajin tengok movie kan.
ye la. apa lagi mama nak buat kan.
aku suka la jugak. tapi aku bukan la tengok tv sangat pun sekarang.
mengadap laptop aje. tgk dvd pun guna laptop. senang.
takpa janji semua happy.

oh itu aje update terbaru daripada rumah.
ok chiow. :)

out off topic~

oh ini adalah kesinambungan entry yang tiba-tiba jadi entry aman muda-muda.
layan perasaan lebih-lebih pulak kan.
noy aku tak tau la dah kerasukan apa.
dia macam gila starbucks.
so if keluar aje mesti nak carik yang boleh ber-starbucks.
so lepak la minum-minum.
oh usually aku akan order caramel coffee blended. sukeeee..
pernah try caramel cream. manis sangat. so baik coffee.




omg since we r sisters.
and usually will spend our time almost 24/7 together.
semua sama-sama aje la.
dah katanya asyik sama-sama.
of coz la kadang-kadang gossip kan.
so bila lepak-lepak macam ni mesti akan termenung aje.
ye la, nak cerita pasal apa lagi kan.
semua pun macam dah tau aje.
pastu sama-sama gelakkan tengok muka masing-masing.
muka dua-dua toya aje. termenung.
omg. macam loser gila. haha.
mesti kalau orang yang tak tau kita orang ni adik-beradik akan cakap, ' gila tak fun dorang tu'.
what to do.
pelik pulak perangai kita orang ni.
kita orang jarang nak ajak orang lepak.
sebab takut la menyusahkan ke apa.
if korang tengok kita orang lepak and tiba-tiba ramai-ramai tu, adalah sebab orang yang ajak lepak.



keluar pun macam ala-ala tak bermotif aje.
just because sangap dok rumah and noy gila nak starbucks.
so terus beli-beli barang guardian.
siap ice call tanya buat apa kat sana.
cakap beli barang kat guardian aje.
gedik, padahal ada je guardian dekat dengan rumah kan.

oh kita orang selalu macam ni daripada zaman habis sekolah dulu.
dulu lagi la. almost everyday lepak coffee bean sampai orang-orang situ dah kenal.
sama jugak tak sembang ke apa.
nanti noy cerita gelak-gelak. aku tengah pandang-pandang orang or muka toya.
bengang je dia. sebab dia kata nampak macam loser dia semangat-semangat cerita. aku takda perasaan.
pastu terpaksa la aku buat-buat gelak and teruja.
so that nampak macam kita orang ni fun.
haha. gila bangang aje perangai.
oh sebab lepak tu dah sangap tahap dewa.
maka aku menghasilkan benda ini.



ok i know. takda motif kan.
plus apa jadah aku eja nama dia kan.
eja la nama sendiri.
takpa. abaikan. tapi macam artistic pulak.
wah, matiklah kes naik atas lift tekan sendiri.
ye la. tak boleh guna peribahasa, ' duduk bakul angkat sendiri'
sebab of coz aku tak larat nak angkat la kan.
so lift sesuai sikit. ngeh.

oh kelaparan.
maka teringin makan besar.
so ke BB. :D


:: beancurd ::



:: siput sedut masak pedas kot. tak sure la nama dia ::

 :: siakap stim tau cheow (ok aku tak ejaan) ::

 :: sayur apa tah masak oyster. ::

nom nom nom.
gila tamak kan order banyak.
itu pun tak order ketam.
kalau tak gila pitam nak makan banyak-banyak macam ni.
hasilnya memang tak abis pun. so pack bawak balik aje. heheh.

oh lepak dengan ice and huda.
hoh susah nak lepak dengan pasangan pengantin baru tu.
tah apa yang dia orang tu busy kan. ;p
so hari tu dapat la lepak :)
so repeat kat suzi's pulak.
tapi galak sangat terus lupa nak ambik-ambik gambar ke apa.
so tawakal aje la yea.

ok itu aje.
have a freat weekend peeps.
ta-ta

mengimbas kenangan muda-muda~

oh kembara masih di bengkel.
hampeh gila lama buat kerja.
esok baru siap katanya.
harapnya betul la kan.
sebab serious sakit jiwa takda kereta ni.

thank God, ayol kat KL.
so boleh la guna kancil.
at least takda la kena berjalan and naik teksi ke apa.
tapi aku ni dah berabad tak bawak manual.
rasa takut tu datang. ada bawak hari tu.
ok aje. takda masalah pun.
tapi aku tak suka perasaan takut-takut.
so biar noy je yang drive. heheh.

bila naik kancil terasa macam-macam kenangan ada.
dulu kereta ni aku guna masa aku duduk luar.
so mostly apa yang ada kat kereta tu semua hasil jagaan kekasih lama.
bila tengok sana sini tersengih-sengih aja.
tapi bila kereta dapat kat ayol. tah apa rupa.
macam rupa lori pun ada kereta tu. teruk betul dia tu tau.

kita orang memang tak menurun perangai papa la.
jenis sayang kereta and pandai jaga.
kereta lama kita orang tu. dah 20 tahun wujud pun masih lawa n elok.
bila papa bising kereta kotor and so on. suruh basuh.
kita orang kata hantar kedai je senang. memang hampeh.
but aku pernah try ok cuci kereta. penatttttt.
so no more.

dulu masa papa sakit.
kekasih lama yang tolong jagakan kereta.
nak harap orang lain memang tak la.
perempuan ni kan pandai guna aje. lain-lain memang tak check la.
tak silap time tu ayol pun takda. dia kerja kapal.
tapi if dia ada pun sama je hampehnya.
nasib ada orang yang tolong tengok-tengok kan. :)
sungguh rajin. siap marathon basuh 3 kereta. gila betul.

motif tiba-tiba bersifat sentimental teringat kenangan lama ni kenapa kan?
emosi punya perempuan. ;p
bukan apa. masa keluar hari itu.
noy masuk dalam tengah nak bayar untuk minyak.
sambil tuan diri tengah tengok-tengok kereta.
terpandang benda tergantung ini.




siapa ingat trend letak-letak dadu ni.
tak sangka ada lagi.
memang tak ingat langsung. dah lama sangat tak bawak kancil.
so 2004 ok.
tapi back then kira macam in la.
ok tak la 'in' kan. lame ada lah. haha.
tapi macam tengok semua orang ada benda ni.
terasa nak jugak.
orang punya besar-besar.
tapi aku pilih yang kecik aje.
sesuai ngan kecomelan kancil.
siap paksa-paksa beli. pergi uptown semua.
see told u i'm not demanding.
dapat dadu macam ni pun teruja. gila bengong. haha.

saje pilih black & white.
sebab it represents us. cea cea.
haha keji kan. konon aku putih. dia yang gelap la of coz.
ingat lagi. if gaduh. dia marah-marah itu ini.
aku diam je tak jawab apa-apa.
pastu terus aku genggam dadu tu kuat-kuat sampai x bentuk dadu dah.
then aku tumbuk2 benda tu.
konon melepaskan geram la.
terus daripada marah2 jadi gelak2.
paling bengong aku merajuk. dia pergi pujuk dadu putih.
omg, bila cerita balik ni terasa bangang gila.
but it was fun la back then.

semalam naik kereta tengok dadu tu takda.
sebab papa drive bawak pergi service.
cuak kejap. hoh..papa buang ke?
ke kena curik ke? *hoih best sgt ke dadu kau orang nak curi kan.*
then check glove box. nasib masih ada. pheeewww.
nanti nak ambik and simpan dalam kotak harta karun.
buat kenangan. -__-

tsk. i think it's pms la.
kenapa la mood melankolik sangat ni.
ok aku sebenarnya tak tau pun melankolik tu apa.
tapi bunyi mcm sedap n jiwang aje. so kasi guna. ngeh.
this entry supposed to be an entry pasal keluar.
tapi tiba-tiba ter drag and i think this post deserve a special entry.
tak boleh campur-campur.
so entry keluar tu buat lain kali je la yea.

just because things tak jadi macam yang kita rancang.
doesn't mean we cannot treasure all the sweet memories.
i guess people made mistake.
jangan nak blame or judge orang tu just pasal satu kesalahan. especially bila tu have nothing to do with u pun.
motif tiba-tiba ending nak defensive.
hahha..larikssssssssss.

tak semua orang sama.~

sorry cannot help it la.
aku memang dah tahap malas nak update pasal daily things.
bila dah malas tu. nak snap picture pun malas.
ok ada la stil few pictures from a couple of occasion.
tapi dah kata takda mood sangat. so nak transfer pics pun tak kuasa ok.

so as usual bila aku malas nak update pasal daily things.
aku suka nak buat blog pasal apa yang aku rasa.
tapi payahnya pulak.
entry2 macam ni suka nak kontroversi.
nanti ada orang ni terasa la apa la.
then datang la anonymous komen yang kadang2 langsung tak membina.
dah la aku ni punya perangai suka rasa bersalah la apa la.
nanti mula la rasa tak baik la apa la.
tapi it's my blog. so harus la aku cakap pasal apa aku rasa kan.
oh satu lagi, nanti mula la orang kata entry aku emo la apa la.
ala takpa la kan. sekali sekala lain sikit.
ni asyik nak hadap muka kembang semangkuk aku ni je.
so kasi entry bg korang baca n perah2 otak sikit.

oh topic today adalah regarding lelaki.
ok aku bukan la macam feminist yang nak kondem lelaki je ke apa.
aku takda la benci ke apa.
tapi aku nak cakap la pasal why some of them berfikiran cetek sangat.

benda ni pernah jadi kat aku.
n maybe to few friends.
aku tak tau la ni tactic sebab nak bagi alasan ke.
or memang lelaki ni insecure.
isu adalah materialistic.

kenapa la dorang terapkan kat otak semua perempuan ni materiallistic.
so bila ada masalah sikit mula la keluar ayat.

- i rasa baik u pergi kat dia. dia lagi bagus dpd i.
- hidup u terjamin if u dgn dia. i ni takda arah tujuan lagi.
- i takut nanti x mampu nak belikan u macam. hadiah anny, birthday n so on.
-  sekarang u cakap la ok. nanti2 macam mana? u nak itu ini. n i tak boleh bagi.
- i ni tak handsome. siapa la yang nak.

omg aku benci ok.
but seriously. guys. korang cakap macam ni sebab korang sebenarnya giving excuses ke memang korang insecure?
n kenapa la label semua perempuan sama.
just because kau pernah date perempuan2 jenis itu.
tak semestinya the next one tu macam tu.

as for me.
ok tipu la aku x materialistic kan.
takdanya tiba2 la laki aku bg handbag gucci ke. kereta mini cooper ke.
aku tiba2, ' eh abang, apa ni bang. saya taknak ni semua. saya ok je pakai kereta mini kopek n handbag kucci '
tu gila namanya. eh jap, motif tiba2 aku isteri yg sopan n nak panggil 'abang' *pitam*
ok la..maybe if laki kau kaya raya..so boleh la mintak lv 40k feeling siti kan.
tp ni kau tau kita hidup x senang ke apa.
apa jadah kau nak mintak bukan2 kan.

tak semua orang kejam la.
bagi aku la.
contoh la. aku tau orang tu mampu nak bawak pergi fancy dinner utk anniversary.
tp aku rasa macam membazir sebab ngan duit tu mungkin boleh makan 10 kali kat krisik.
so end up utk anniversary aku suruh belanja durian aje.
siap boleh makan one family lagi.
so see. tak semua orang mintak bukan2.
sebab percayalah. perempuan kalau dah sayang. dia tak macam2. dia akan cuba adjust.

macam tu jugak dgn few people yang aku kenal.
sepanjang aku kenal tak pernah aku tgk dia pakai branded.
ok bukan kutuk ke apa. i mean bukan la xde branded.
tapi mostly yg affordable la.
so bila org assume dia materialistic macam most perempuan.
aku rasa macam tak patut aje.

of coz la ada je manusia2 kejam.
i mean perempuan la. species2 macam tu.
jenis macam2 dia nak. nak perah2 lagi.
kes ni aku tak tau la.
as long as laki dia ok nak fulfill segala permintaan dia. lantak la kan.
walaupun kadang2 mcm kesian je kat laki itu.
tp lantak la. dah laki orang tu kan. so suka dia la kan.

oh satu lagi isu pasal x handsome la apa la.
omg. jangan otak cetek sangat boleh tak.
dorang ni buat ayat sedih ke apa.
i mean macam, ' aku sedar. aku ni tak handsome. siapa yang nak'
aku rasa if dia ada depan aku. aku nak pegang kepala dia then goncang2 kan.

then aku cakap la. kau ingat perempuan semua macam tu ke.
ok la. memang la kau bila nampak orang kacak kau macam kagum aje.
tapi setakat kacak tapi tak membawa hasil buat apa kan.
tiba2 datang la lelaki tak berapa handsome ke apa.
layan kau elok aje. kau rasa perempuan tu nak yg mana?
ni kau tak usaha lagi kau dah pandai2 bg macam2 alasan.
then how la kan.

pfffftt..no wonder la people says men r from mars n women r from venus.
sebab serious pemikiran lain bebenar.
aku rasa payah betul benda2 macam ni.
lagi payah kalau lelaki dah set minded dorang mcm ni.
i mean kalau awal2 dorang dah tarik diri. abis macam mana nak proceed kan.
suka assume things.
tah la, i might be out spoken n all.
aku still prefer lelaki yang mulakan everything. so if lelaki awal2 dah macam2.
takkan perempuan tu nak merayu2 meyakinkan tidak itu ini kan.

so here. for guys, adakah atas2 ini hanyalah alasan or memang korang insecure n rasa tercabar esp tgk ada lelaki lain interested ngan perempuan yg sama korang suka tu.
for girls, adakah korang prefer kebendaan or kasih sayang? ok i think i've ask about this before la dlm entry lama.
ok tukar. adakah korang prefer mamat handsome tp layan kau mcm harem or org biasa2 tp memang sayang kau gila?
sila luahkan pendapat korang. :)

call me crazy~

morning people.
wah jarang ada entry pagi-pagi ni.
cepatnya cik pija bangun kan.
salah tu ye.
sebenarnya cik pija tak tidur daripada semalam.
eloknya perangai.

semalam teman noy standby.
siap minum kopi tengah pagi before balik.
rasakan segar bugar sampai ke sekarang.
ha ambik sampai tak tau nak surf apa dah.
abis segala macam blog aku hop.
singgah sana sini.

actually around 7ish tadi dah mengantuk.
tapi tiba-tiba hari diceriakan dengan perkhabaran gembira.
terus terbuntang balik mata.
rasa energetic gila.
tapi tak tau nak buat apa.
people please update your blog.
at least ada benda yang boleh ku buat.

eh ke patut tidur aje.
kang lagi lambat tidur, lagi lambat la bangun kan.
harus mama laser sana sini.
sebab banyak tugasan menanti untuk hari ini.

eh ok la. go to go.
aku rasa aku dah gila.
susah jadi perempuan la.
emosi bertukar-tukar.
kejap rasa nak tikam-tikam.
ni tiba-tiba rasa ceria dan energetic.
ok la. abaikan entry ini.
another pointless entry.
heheh. bye.

bengang rasa nak tikam-tikam~

arghhhh...i have so many to tell.
sometimes rasa nak dengar pendapat orang.
tapi kadang2 macam takda motif.
sebab bukan nak terima pun pandangan orang. sebab at the end kita jugak yang kena decide sendiri kan.

macam2 rasa ada sekarang ni.
bunga2 ada. rindu ada. kadang2 nak marah pun ada.
tapi macam dont know where to turn to.
esp part marah tu la kan.
sebab tulis kat blog ramai sangat orang baca. esp people i know.
so tak suka.
then nak tulis kat facebook. pun ramai jugak orang.
then twitter. memang la private. but still follower boleh baca.
n i hate it when people assume things.

rasa nak pecah la otak.
macam2 pikir.
kadang2 rasa nak tikam2 orang.
ok i'm losing my mind.
huarghhhhh...

ok this entry is pointless.

busy bee~

hoh. been damn busy la.
sibuk kemas rumah n all.
ok la tipu. not been doing much today.
but was stuck on the tv. tgk keeping up with the kardashians.
cant get enough of them hohoh. ;p

body is still aching.
jalan sakit.
paling sakit time nak duduk n bangun.
gila strain dpd buntuit sampai la ke paras lutut tu. belah belakang. me not loike.

oh lappy masih problem.
sekali off terus payah nak on.
kena cuba lapan belas kali baru boleh kot.
masalahnya sekarang. aku x off pun laptop tu.
tp kan after awhile akan gelap sebab screen saver ke apa.
so esoknya bangun..gerak2 kan mouse ke apa.
xde apa..macam tu je. nak xnak kena la off power.
hoh..tension. takpa. nanti2 la hantar laptop tu repair.
as for now sabar je la.
oh since gambar2 semua dlm laptop. it explains la kenapa xde update yea.

kenduri leceh kan.
i mean kau maybe dah buat 70%.
tinggal sikit2 je lagi nak touch up. or mmg kena buat last minute.
tp kat hati mcm rasa..ada je benda yg tak settle lagi.
oh don't talk about check list. sebab aku x suka benda2 itu.
ish teruk gila perangai.
tp if it's my wedding kena la buat jugak kan.
motif tiba2 cakap pasal wedding aku pulak? ngeh ngeh. ;p

ok la..nak angkat barang papa beli kat giant.
noy tu mulut mcm mak nenek bebel2.
terjerit2 nama aku. pffftttt.
ye kami mmg ada perangai yg if buat kerja x ikhlas.
xleh tgk orang lain relax.
kena pastikan semua buat kerja jugak.
baru puas hati.
ok la gtg. perempuan tu mmg mulut bising.
ta-ta

kancah perkahwinan~

hoh last 2 weeks umah mmg tahap dewa punya kancah.
ngan segala binatang goodies. then buat hantaran bagai.
aku ni mana reti nak siapkan cepat2 kan.
buat berapa jam. rehatnya berhari2. haha. so rasakan la.
tp today dah better sikit la.
ok still tak kemas. tp better la.

so since few weeks ago memang busy
dah start buat goodies.
mak aku ni over n pemurah lebih.
kalau boleh dlm bag tu segala macam tok nenek dia nak letak kan.
so rasakan macam2 nak kena buat.
nasib kak siti datang tolong.
sebab pitam jugak la nak buat sendiri kan.




laju gila perempuan ni buat ok.
mama lg biadap. bila aku tolong harus la terhegeh2 kan.
orang dah buat 3 kotak. aku baru buat satu.
what to do..mak bersopan santun.
ok x la. aku jenis details lebih.
dorang jenis laju2. janji jadi kotak.
aku jenis lipat2 kotak tu. baru buat. sebab aku suka nampak sharp.
eh paham x. takpa abaikan.

oh kita org ni memang kurang tenaga kerja.
tau la lelaki mana nak buat benda2 macam ni.
mama pulak tak berapa sihat. sikit2 boleh la kan.
noy lak kerja. if kerja dah penat memang dia xnak la ngadap kan.
aku lak sibuk ngan hantara yg berabad tak siap2 tu kan. ;p
nasib kak siti adalah perajin dan pembaik hati nak tolong. heheh.

then berapa hari later kak siti dtg lagi.
so tugas kasi masuk gula2 n chocolate pulak.

:: oh aku tak tolong buat benda2 tu. aku busy siapkan bakul hantaran ::


 :: si kenit tu pun sibuk tolong. dia tukang letak yg dah siap dalam besen. heheh ::

 :: kau tgk la rumah tu. bukan tahap bom aje. dah tahap perang dunia kecoh dia tu ::
then settle tu masukkan dlm bag pulak.
walaupun belum cukup barang.
kasi masuk je apa yg ada dulu.
lepas settle yg ni kita org dah buat sikit.
sakit pinggang. tak sanggup dah.
so sambung hari lain.
biasa. buat kerja kena kasi tangguh2. hhohoh.
nasib lepas tu masa buat dua orang abg itu angin nak menolong.
so ringan sikit la kerja kan.

 :: maam besar nyibuk aje. ngadap sambil makan kacang. ::

 hohoh macam gunung berapi byk dia pitam.
ni  pun untuk berapa ratus je ok.
sebab kita org x buat besar.
buat kesyukuran n sambut menantu.
takda sanding2.
biar dia sanding puas2 kat belah zeity.

oh masa nak buat kain ela.
aku gedik nak buat bentuk swan.
jadi ok. aku rasa jadi la.
ok pelik sikit. tp jadi ok.
then aku letak elok2 kat tepi.
esoknya bangun aku tgk dah beralih benda tu.
then swan aku dah terkulai macam kena sembelih. babik betul.
pastu semua dok bahan2 aku kata swan aku teleng la apa la.
hoih..ada orang langgar la tu. xnak mengaku. pastu kutuk2 pulak.
tak caya tanya tina. dia ada masa aku buat swan tu ok.
cantikkkk.

oh aku ada bangkai swan tu.
wah bangkai katanya.
ye la..dah kena sembelih kan.


seeee..nampak kan bentuk dia.
cakap nampak..if tak nampak pendek umur. *paksaan disini
hahah. tape abis. so aku pakai double sided. suka hati kan ;p.
tp akhirnya aku kebumikan je swan ni.
kosser aku haih. buat lipatan2 bengong sudah. ;p

ok itu je kisah2 kesibukan.
so far dah siap half la.
ada lg 2 benda nak kasi masuk dlm itu bag.
tp tu kena last minute kot.
so as for now boleh relax2 n concentrate kemas2 umah.
oh semalam kemas bilik. hari ni bangun badan adalah sakit gilo esp part buntuit. terasa sakit muscle2 bila berjalan.
wah muscle kah..since when pulak ada muscle kan. hoh.
jap lagi nak kemas bilik bawah pulak.
ok adios biatches.







walaupun mereka sewel tapi menceriakan aku. so di terima. :D

seperti biasa.
aku memang suka keywords.
ada je terselit manusia merepek n sewel.
tapi serious kadang2 rasa kelakar. sebab tak sangka ada orang google macam ni.
so ni keyword yg sempat aku print screen before tido pagi tadi.



1. menyusu kat public
2. gambar ampaian seluar dalam
3. cantiknya badan dia

ok menyusu tu tak pe la.
maybe dia new mom kot. so dia nak tau is it ok to breast feed in public.
well aku pernah buat entry ni. hell nooooooooooooo.
if nak sila beli nursing coverke. pergi la ke spot2 yang ada disediakan tu yea.
ok i know la apa korang buat tu suci ke apa ke.
still awkward ok.
boleh tengah lepak2 orang keluarkan tetek depan kau.
kot ye pun anak dah bising sangat ngadap la dinding ke. sorok ok..sorok.
ni tak. time dulu tu aku kena. tengah2 taman orang tu keluarkan tetek dia ok. pitam.

ni paling tak boleh terima kan.
apa ke jadah gambar ampaian seluar dalam pun kau nak google.
what the hell.
adakah kerana dia nak tgk kalau2 ada jual ampaian untuk sidai panties je ke?
or dia memang fetish tgk seluar dalam. hohoh.
macam2 hal manusia sekarang ni tau.

satu lagi dia google, 'cantiknya badan dia'
entah kenapa. macam kelakar aje. tu kan ayat penyata.
bukan google selalu if kita ada pertanyaan/mencari. 
ke dia mengharap orang buat kenyataan macam tu.
so dengan harapan dia dapat check out gambar tu ke apa.
tapi yang kelakarnya. dia google tu.
tiba2 sampai kat blog aku. tak ke pitam tu.

ok itu aje keyword merepek untuk kali ini.
(: