Instagram : @peejburhan

expose mistik : kolej keras.

Hye Peej.
Saja nak share sikit cerita. 
 
Waktu belajar-belajar dulu ada waktu-waktunya saya tak boleh tidur sampai tiga empat hari. tapi keadaan segar bugar boleh ke kuliah, buat assignment sampai malam buta lepastu ke kuliah semula esoknya sampailah hari terakhir tu saya boleh tidur semula lepastu life get back to normal. Katakan dua tiga bulan sekalilah perkara ni jadi tapi saya tak fikir lain, maybe penat je kot.
 
Sampailah satu hari tu waktu saya final sem masa buat degree. Dua tahun lepas la ni. Bilik saya hujung sekali bersebelahan hutan dan kat tingkat atas sekali bersebelahan bilik fello. Fello ni pulak lelaki, dua orang, ala-ala pemalu gitu. So mustahil la kan diorang ni sesuka suki nak lepak-lepak kat koridor kan. 
 
Satu pagi dalam jam 3 macam tu saya masih sibuk-sibuk mengadap laptop. Meja study saya tepi tingkap koridor utama. Saya memang suka bukak tingkap (renggang sedikit) sebab rimas xde udara masuk. Malam tu pulak dua-dua roomate saya tidur bilik kawan. So saya tinggal sorang.
 
Tiba-tiba ekor mata saya nampak seseorang kat koridor betul-betul sebelah tingkap. membelakangkan saya. "aik, isap rokok ke org tua ni?" saya tanya dlm hati. lepas tu tah kenapa saya bukak tingkap tu luas-luas. tapi takde sesiapa. mak aih... terus saya tutup tingkap dan berselimut satu badan. malam tu kebetulan "waktu segar bugar" saya maka saya langsung tak tidur sampai ke pagi. pintu bilik pun terbiar tak berkunci. keras atas katil. takut! 
 
esoknya bangun solat, terpaksalah lalu kat koridor tu untuk ke toilet ambil wuduk kan. saya buat-buat takde pape berlaku. selesai solat subuh, selalunya saya wirid sambil mata tertutup. tiba-tiba saya rasa angin betul-betul depan muka saya macam ada orang lalu. terus bukak mata. takde apa-apa. depan saya locker, elok je tertutup. hanger yang tersangkut kat pintu loker tu punx bergerak langsung, tak macam ditiup angin. saya pun cepat-cepat doa & mengaji. dalam hati sy pk positif, mungkin ada yg nk tumpang beribadat sama.
 
Beberapa hari lepastu saya terdengar akak kerani kat office kolej cerita kat sorang student baru. antara port benda tu ialah kat bilik saya tu. alamak... boleh pulak saya yang dengar. sabar je lah. tapi nak buat camana kan. dah nak habis belajar pun. redha je lah duduk situ sampai habis belajar.
 
alhamdulillah, lepas habis belajar saya terus dpt kerja. mengajar kat sebuah kolej swasta.  satu hari tu student cuti sem. kawan-kawan saya ramai yg cuti. saya memang jenis tak suka bercuti maka datang je la opis.
 
waktu tu tinggal saya & bos je di opis. bos saya ni lelaki. dia nak keluar makan. memang tradisinya kitorg satu opis kuar makan ramai-ramai kalau xde kuliah. so hari tu dia ajak la sy makan. saya belum zuhur waktu tu so saya tolak ajakan dia. dia xjd pergi makan. lepastu dua tiga kali dia ajak saya dan saya tolak jugak. last-last sebab lapar kot, dia g makan sorang-sorang tapi dia sempat tanya "awak betul ke nak tinggal sorang sini?!" saya angguk je. siang pon. nak takut ape?!
 
office saya ni ada satu port dorg buat tempat solat. mcm kubikel je la muat 3 org solat. dalam jam 3 saya solat zuhur. sebaik habis doa, lipat telekung, saya dengar ada lelaki berdehem. kuat. dua kali. saya diam. seminit lepas tu sekali lagi. saya geram lalu jerit "oit cik XYZ jangan la main2 macam ni!" walaupun masa tu saya yakin sangat saya sorang je kat opis tu sebab saya tak dengar bunyi orang masuk pun. lepas tu diam. saya cepat-cepat pakai tudung nak keluar. berbunyi sekali lagi suara yang sama. apa lagi, saya terus capai ape patut dan terus balik rumah. sampai rumah saya sms boss saya "boss, sy balik. tolong off pc. esok saya cerita."
 
esoknya sebaik sampai opis terus saya masuk bilik boss dan ceritakan apa berlaku. boss saya cakap "sebab tu sy ajak awak keluar makan. degil! takpelah, dia nak main-main je tu kot. kita bersangka baik." tapi sejak hari tu saya tak pernah tinggal sorang dalam opis tu sampailah saya tukar kerja. rupa-rupanya bilik tu adalah antara yang terawal dan terseram kat kolej tu. dah ramai staff-staff senior yang dengar & nampak macam-macam.
 
well peej, ada part lain yang nak share. berkaitan tak boleh tidur 3,4 hari tu.
tapi cukup sampai sini dulu. will get back to you later =)
 
yours truly;                      
             addelle

nasib x nampak apa2 kan. dengar bunyi2 n rasa2 je.
tu pun kira scary la gak if kena kan.
bila dengar cerita office ni, teringat office mama.
office mama pun scary nak mampuih.
aku pernah cerita kot some dulu2.
lebih2 suruh mama cerita la yek. sampai la episode tu.
entah bila nak sampai. slow betul cerita episode mama tu.

to addelle. sila sambung cerita ni yea.
bagi orang suspence tau. nak tau apa yang jadi sampai takleh tido 3-4 hari tu.
:)

oh sesiapa yang nak cerita expose mistik.
boleh email to me.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik.

nanti ada yang tanya kan. so tulis siap2.
oh tak semestinya korang kena ada blog baru boleh share.
if takda tapi nak share pun boleh :)

ok tu je. selamat malam jumaat semua.

3 Comments:

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

wuh, naik bulu roma.addelle,sila cepat2 sambung.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

serammmm..lah

sweethOneY said... [Reply to Comments]

dah taw sgt cite ni seram. jd bila siang2 br klik baca :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...