Instagram : @peejburhan

expose mistik : gangguan di asrama

salam peeja,

kebetulan hari ni i ada type entry untuk share pengalaman peribadi kisah seram kat blog I.
Nak share dgn peeja jugaklah, tapi agak panjang entry ni..peeja buanglah yang mana yang rasa tak sesuai ye. 

--------------------------------------------------------------------------------
Kisah Seram 1: Tengok Budak Baru 

Masa aku form 3, aku nakal sikit dan asyik nak main arcade game jer kat Utama Complex, BM, Penang (sekarang dah bankrupt). So, my mum decided nak hantar aku kat asrama so that aku terpaksa ikut peraturan ketat kat asrama as well as I will study hard for my PMR.

So, aku pun di hantar oleh my mum kat asrama sekolah aku masa tu iaitu sebuah sekolah yang femes kat Bukit Mertajam tahun 1997. Asrama 2 tingkat ni merupakan antara bangunan tertua kat sekolah I ni.


Malam pertama di asrama, cikgu kaunseling siap tidur kat asrama sama2. Aku ingatkan sebab aku ni anak cikgu kan, so siap dapat layanan istimewa sampaikan cikgu kaunseling pun temankan kami. Aku siap bawak my tedy bear yang sgt besar untuk buat teman tidur tapi cikgu nasihatkan suruh simpan dulu teddy bear aku kat dalam locker, so aku ikut je lah cakap cikgu tu. 

Bila dah habis waktu prep, aku masuk bilik. Cikgu kaunseling suruh baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Masa tu dah around midnight, so aku baca lah kat atas katil tempat aku nak tidur. Kat katil bawah pulak, seorang kawan aku (kita bagi nama dia LIMAH la ye) tengah tidur dah.

Tiba2 masa aku tengah baca tu, si Limah ni menjerit2 marah aku. Rasa hairan lah jugak kan, nape pulak si Limah ni nak marah2 aku. Cikgu kaunseling terus datang dalam bilik bila dengar Limah marah2 aku. Ingatkan dia nak marah Limah balik, but instead cikgu kaunseling suruh aku cepat2 turun dari katil dan keluar dari bilik tu.
 Aku pun ikut cakap cikgu. Then cikgu suruh ketua aspuri pergi panggil Ustaz dan beberapa orang pelajar aspura cepat2.

Aku blur2 lagi, so tanya kat kawan2.."apsal ni weh?'. Tapi takde sorang pun layan soalan aku, semua orang cepat2 pakai tudung, ambil wudhuk dan pegang yassin.
 Tiba2 si Limah ni semakin kuat menjerit2 bila ustaz sampai kat asrama.

Terus ustaz suruh budak2 lelaki angkat dia letak kat ruang depan. Walaupun 5 orang budak lelaki pegang dia, selamba je si Limah ni tendang terajang diorang dan dia dapat lepaskan diri dari pegangan diorang..sampailah 8 orang budak lelaik pegang, baru lah Limah tak dapat lepaskan diri.

Sambil Limah meronta2, ustaz sempat pegang ibu jari kaki dia dan baca something.
 Suara Limah terus bertukar jadi garau. Lepas dengar dialog perbualan Ustaz dengan Limah baru lah aku faham perkara sebenar yang terjadi *blur gila, lambat betul nak faham* 

Ustaz: 
Kenapa datang sini kacau budak2 nak belajar?
 
Limah:
 Aku bukan kacau, aku datang nak kawan
 
Ustaz:
 Siapa Tuhan kau?
 
Limah
: Allah tuhan aku

Ustaz: Siapa nabi kau?
Limah: Diam lah...sakit lah..lepas lahhhh *berkali2 ustaz tanya soalan ni, Limah tetap tak jawab* 
Ustaz:
 pergi balik tempat kau, jangan kacau budak2 ni nak belajar

Limah: aku bukan nak kacau, aku cuma nak tengok orang baru je *sambil ekor mata dia memandang tepat ke mata I* 

Okeh, sekarang cuba korang bayangkan apa perasaan aku masa tu? Aku tengah berdiri masa tu, terus rasa lembik kaki dan jatuh terduduk tepi pintu. Kawan2 peluk dan tenangkan aku.

Akhirnya 'syaitan' yang masuk dalam badan Limah tu dapat di keluarkan oleh Ustaz, dan parents Limah datang pukul 2 pagi untuk bawak Limah balik.
 Sudahnya, sampai ke pagi aku tak dapat tidur sebab teringat2 lagi dengan jawapan Limah tadi dan jugak ekor mata di ayang merenung aku.

Malam tu aku tidur sambil peluk cikgu kaunseling tu. Sambil tidur, aku cuba baca ayat kursi tapi bila sampai ke ayat ke2 je, aku lupa dan kena minta bantuan cikgu untuk bantu aku baca sampai habis. Lepas solat subuh, barulah aku berjaya melelapkan mata dan pagi tu, kami semua budak2 asrama lewat ke sekolah termausklah cikgu kaunseling tu sekali..huhuhuhuhu.


2 minggu lepas tu, parents Limah dah keluarkan Limah dari asrama. Menurut kata cikgu, dah banyak kali gangguan tu berjaya masuk dalam badan Limah sebab dia lemah semangat dan juga agak lemah dari segi kesihatan. Kiranya, malam pertama aku di asrama tu juga merupakan malam terakhir Limah di asrama itu. 


Kisah Seram 2: Anjing meyalak tepi telinga 

Kisah ini berlaku kat asrama yang sama jugak. Masa tu aku tengah tidur tapi tiba2 terjaga tengah malam sebab rasa sejuk. So aku bangun untuk tarik semula selimut dari kaki. Bila aku baring nak sambung tidur, aku dengar suara anjing menyalak kat luar bangunan asrama. Aku anggap tu perkara biasa je sebab kawasan sekolah tu memang dekat dengan perumahan orang cina dan india.
 

Dalam cubaan nak kembali melelapkan mata, bunyi salakan anjing tu semakin kuat dan semakin dekat. Aku tidur baring mengiring ke kanan, tapi tiba2 badan aku jadi menggeletar ketakutan sebab aku boleh dengar dengan jelas bunyi salakan anjing tu betul2 kat tepi telinga aku.

Anjing tu menyalak dengan lolongan yang sayu dan panjang, memang sebijik bunyi macam dalam cerita hantu kat TV tu.
 Aku cuba tak nak fikir bukan2, dan selimut selubung sampai ke atas kepala tapi bunyi salakan tu semakin kuat betul2 melolong kat tepi telinga aku. Nak bergerak tapi sebab badan dah menggeletar sangat, aku pejam mata rapat2- pegang selimut kuat2 dan selubungkan muka sambil mulut terkumat kamit baca ayat kursi. Lepas 10 minit gitu, bunyi tu tiba2 berhenti tapi sumpah,aku rasa 10 minit tu macam sejam lamanya *aku tahu 10 minit sebab aku tengok jam loceng kat tepi kepala aku*.

Kalau korang nak dalami perasan aku malam tu, cuba pakai headphone malam ni masa tidur dan pasang bunyi lolongan anjing betul2 kat telinga korang. Nanti korang sure faham apa perasan aku malam tu. Takut tu bukan sebab apa, tapi sebab aku teringat orang cakap yang anjing ni boleh nampak hantu, sebab tu aku duk fikir entah2 anjing tu nampak hantu sebab tu lah dia menyalak gitu. Tapi yang misterinya, macamana bunyi lolongan anjing tu boleh kedengaran betul2 kat tepi telinga aku...uhuhuhuhu. 



Kisah Seram 3: Sambung nyanyi "Tanya Sama Pokok" 

Kisah ni pun berlaku di asrama sekolah aku kat BM tu jugak. Masa tu my friend and I seramai 5 orang tengah study kat bilik iron baju. Bilik tidur kitorang pulak kat tingkat atas. Tengah2 study tu kitorang rasa ngantuk pulak, so one of my friend start nyanyi lagu "Tanya Sama Pokok".
 

So kitorang pun sambung je lirik lagu tu sebaris demi sebaris sorang2.
 
Kawan 1 : Tanya sama pokok....
 
Kawan 2: Apa sebab goyang...
 
Kawan 3: Nanti jawab pokok...
 
kawan 4: Angin yang goncang...
 
Akua: Tanya sama angin..
 
Ramai2: Apa sebab goyang? Nanti jawab angin ....


Lepas tu kitorang diam sebab semua pun tak ingat sambungan lirik tu. So, sambung la study lagi, masing2 kusyuk menelaah dan suasana senyap sunyi je. Tiba2 terdengar suara sayup2 nyanyi semula rangkap lagu tadi.

Kitorang semua angkat kepala dan tengok ke bibir masing2, tak de seorang pun dari kami yang tengah bukak mulut dan menyanyi tapi kitorang ber5 dapat dengar dengan jelas suara sayup2 dari arah luar pintu bilik tengah menyanyikan lagu tu.


Suara sayup2: Nanti jawab angin..aku yang goncang..... 

Tunggu apa lagi, sambil tengok satu sama lain, kami semua cepat2 capai buku masing2 dan berdesup lari naik ke bilik tidur. Tapi kan...laaaa..ada tapi pulak. Tapiiiiii, pintu kat tingkat bawah kena di kunci dulu dan kebetulan malam tu giliran aku untuk temankan ketua aspuri kunci pintu tu. Shit!.
 

Dengan terketar2, kitorang berdua turun jugak ke tingkat bawah dan cepat2 kunci pintu, masa tu siap terfikir bajet2 kalau kunci pintu, hantu yang nyanyi tu takleh naik tingkat atas lah hehehe, sengal derr. Nasib baik masa kami turun kunci pintu tu, suara menyanyi tu dah tak kedengaran,pheww...lega.
 



Kisah Seram 4: Bertinggung di tepi baldi 

Masa pertengahan Form 4, aku dah pindah sekolah kat Kelantan pulak. Aku kalau boleh memang tak nak duk asrama lagi dah, tapi sebab rumah aku kat Tumpat dan sekolah pulak kat KB (about 20km); terpaksa lah stay kat asrama jugak.


Biasalah kat asrama kan, lepas pukul 12 je light off. Ada satu malam tu, aku takleh tidur so aku baca buku sejarah *nak bagi mengantuk* dengan bantuan lampu dari koridor tepi bilik sambil baring2 kat atas katil. Aku tidur kat katil tingkat atas dan katil aku dekat dengan pintu dorm. Kat tepi pintu dorm, kami susun baldi2 berisi toiletries.

Baru baca 2-3 pages, aku dah terlelap tapi tiba2 aku terjaga tengah2 malam tapi aku tak tahu pukul berapa sebab tak tengok jam.
 Aku terjaga sebab ada bunyi bising kat bahagian baldi2 dekat dengan pintu bilik kitorang tu. Aku ternampak lah ada seorang perempuan tengah duduk bertinggung dekat baldi2 tu dan kedudukan dia membelakangi aku.

Nampak dia berkemban dan rambut panjang paras ketiak. Aku assume tu salah seorang kakak dorm aku tu la, heran jugak buat apa lah dia nak gi mandi tengah2 malam kan..tapi aku tak tanya apa2 lah. Just tengok dia dan kemudian sambung tidur.
 

Bila bangun subuh esoknya, budak2 kat dalam dorm bising2 cakap semua buku2 kat rak buku bersepah2 dan berterabur jatuh atas lantai. Semua pakat tanya, angkara siapa lah sebab sebelum light off malam tadi, elok je semua buku bersusun kat rak buku.

Aku pun tiba2 teringat yang aku nampak perempuan berkemban kat tepi baldi, so aku tanya lah kakak dorm aku tu kenapa dia mandi tengah2 malam tadi.
 Alih2 kakak tu jawab, dia tak balik dorm malam tadi..dia tertidur kat bilik study. Pagi ni baru dia balik dorm. Pulakkkk..terus meremang bulu roma. Habis tu, perempuan mana yang aku nampak duk bertinggung tepi baldi tu?.

Tak de sorang pun budak dalam dorm tu mengaku yang diorang duk tepi baldi lepas light off malam tu...aiseh, agak2nya siapa lah yang aku nampak tu ye?
 Nasib baik gak aku tak tegur or tanya apa2 kat 'perempuan tepi baldi' tu. Cuba korang bayangkan, if aku gatal mulut nak tegur or tanya dia anything, dan dia menoleh untuk jawab soalan aku....mampussss terkencing atas tilam kalau aku ternampak muka dia yang mungkin mengerikan hohohoho tak sanggup nak bayangkan kemungkinan itu. 



http://yatiechomeyl.blogspot.com/


...............................................................................................


hohoh. panjang kan.
aku ingat nak share 2 je dulu. minggu depan sambung lagi.
tapi macam mana aku excited baca lepas satu satu. mesti korang pun sama kan.
korang biasa complain yang cerita pendek2 sangat. tak puas baca la apa la.
haaa ni amik. 4 cerita yatie ni bagi.


scary kan..
yang first tu dah scary.
aku dapat bayangkan sebab aku ada experience tang ni.
then cerita 3 tu. takooottt. meremang2 bulu roma aku baca tadi.
aku kalau korang bg email expose mistik ni aku biarkan dulu.
nak auto publish nanti baru aku baca.
selalu aku baca siang or time ada orang teman kat umah ke apa.
ni sorang2. malam2. n malam jumaat lak tu. nice.


to yatie. wsalam.
serious best cerita2 ni. very the expose mistik. heheh.
:)




12 Comments:

shuweet said... [Reply to Comments]

giler takotttttttttttttttttttt citer no 3 tuuuuuuuuuuu..serammmmmmmmmmmm

Ribbon Clown said... [Reply to Comments]

mmg seram citer no 1 tuh..meremang bulu roma time baca.. penah gak stay asrama camni, asrama dah tua.. kt melaka..seminggu je stay asrama tu, trus kluar..hehe x sanggup, scary sgt.. hari2 org kena histeria..

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

wa... sangat cilakak ok story ni.... melampau ketakutan aku!

dyna syamsuri said... [Reply to Comments]

seram nyo..

Nadhania said... [Reply to Comments]

*pitam

Lya Colours said... [Reply to Comments]

empat2 cite seram
tapi yang bab sambung nyanyi tuh, mmg pernah sy dengar2 gak masa dok matrik dlu
biasa la budak2 ni suka stay up malam2 nak stdy
biasa la stdy mesti menyanyi2 pny
ada yg dgr walkman lagu ulik mayang ke apa ntah
tapi masa dgr tiba2 jadi "ulik mayat bergolek"
wtf
ntah la dgr2 cite ni pon budak2 sampai kan
hehe

!Nt4N said... [Reply to Comments]

takut nak baca yg bertinggung tepi baldi tu..kang berjangkit lak aku takut ngan baldi uma sendiri..

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

ho yeah, dh keluar cerita seram daku..thanks peej sbb publish semua cerita tu wpon over panjang

Acid Voice said... [Reply to Comments]

best2...hehehe...leh wat buku nih

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

sumpah aku seram part no 1 dgn 3 tu!
yg no.1 tu aku bayangkan kalo time nak turun pd katil tu tetiba die main cak dgn aku dr bwh ke atau die pegang kaki aku ke harus aku plak hesteria kang!

yg no.3 tu. terasa2 plak mcm aku pon dengar skali suara yg smbg nyanyi tu. kusyuk betul aku membaca. cis!!!

sekolah asrama bm ni yg sekolah sains tu ke?? sbb aku penah join pengakap bercamping kat situ 3 hari 3 mlm. sempat la aku tido dlm 1 kelas tu. seremmm la jgk sbb kawasan sekolah ni besar. dah la tgh2 mlm kene jln kesana sini. huhu.

Sya said... [Reply to Comments]

Mak ai..terseksa btul part kena lalak ngan anjing tu..boleh naik BP reading aku...huhuhu..!

Olivia Chin said... [Reply to Comments]

lol~ ni cerita pasal sek. men. sains tu ke? I was from that school and graduated in 2006. Selalunya setiap kali waktu 'pulang bermalam' pada hujung minggu, semua kawan2 akan balik rumah dan tinggallah saya sorang. ada gak la senior-senior lain tapi dorang bilik lain. Jadi kalau takde kawan yang satu batch stay back, saya selalunya tido sorang je kat dorm. benda paling seram kan, kadang2 akan dengar bunyi orang jalan kaki di koridor tengah-tengah malam sambil heret besi di kaki. wow, tiba2 saya takut pulak ni. hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...