Instagram : @peejburhan

expose mistik : bilik misteri

salam... hi peej. saya mmg selalu singgah dekat blog awak yang cool ni. dengan awak yang cool. memang bestlah :)
ada ruangan mistik tu kekadang saya takut nak baca even saya pun ada juga pengalaman yang mistik. ok saya nak share sikit dekat awak ok.
benda ni jadi dekat saya tahun 2004. Masa tu ayah saya baru je pindah rumah. Pindah pun men terjah je masuk. tak ada buat kenduri doa selamat ke apa. sbb ayah saya busy. mak saya pun. rumah tu kecik je. ada 3 bilik. ayah saya dah siap2 cop bilik depan. saya dengan nenek saya bilik yang dekat tgh2. malam first day kitaorang pindah, tidurlah awalkan. yelah penat giler ngangkut barang2 yang saya rasa tak pernah wujud kat rumah lama pun ada. Saya tidur dengan nenek. ok tido dan sedap punya tido tetiba saya terjaga. pernah kan jadi kat korang. tapi aku rasa yang next ni tak pernah jadi kat korang. saya terjaga tup tup mata saya terus tertangkap rambut panjang jejak lantai dekat tepi almari bilik. lebat rambut tu. stiff ye. saya gosok lah mata ni yelah bilik samar sebabi  lampu dekat ruang tamu buka. rambut je. muka mengarah kedinding. muka macam melekap kat dinding. bila saya confirm je benda tu saya terus menyorok belakang nenek. saya tak peluk kang kena penampar. lepas tu terus tertido. 

saya tak cerita pun dekat sesapa. yelah takut kena gelakkan. buat tak tau jelah. dalam 2 atau 3 minggu macam tu nenek saya balik kampung. saya ok je. sebab saya ni macam berani yang beriani sikit. masa tu pukul 11:00 mlm. saya dah masuk tidor sorang2. ayah saya tgk bola dekat ruang tamu luar. tertidor and tertidor..tetiba saya terjaga. mata ni terus terbuka. saya dalam posisi terlentang. kira semua organ2 badan saya keatas. biji mata saya dah nak terjojol dengan apa yang saya nampak. ada rambut panjang beruban tengah beralun2 betul2 10 cm dari muka saya. beralun2 sambil yang pangkalnya naik keatas atap rumah saya. panjang rambut tu... rambut saja saya nampak. mukanya saya tak nampak. Alhamdulilah... lagi satu nasib baik saya nampak kawasan tengah rambut saja. bukan dekat pangkal. sampai je hujung rambut runcing macam ekor ikan pari. saya tergamam. terus melompat dari katil tekan suis lampu. saya tgk balik dah hilang. tapi mmg betul saya percaya apa yang saya nampak bukan ilusi atau mimpi. 

saya terus angkut tilam bawak keluar bilik. ayah saya punyalah terkejut. saya tak boleh nak kata apa2 terus masuk bilik mak ngan ayah. ayah ngekor saya. yelah apahal lak muka saya pucat lesi lepas tu tanya pun tergagap memang betul kata orang, kalu orang tu nampak benda tu memang tak boleh nak bercakap. macam org biol. bila saya kata saya nampak hantu. abah saya terus suruh saya tidur,.saya tidur dekat bawah. tapi tetiba nyamuk banyak. gatal gila. bunyi pun bising. saya pun dengan beraninya saya kata kalau kau nyamuk kau gigitlah, kalau kau bukan nyamuk pergilah jangan kacau aku. dan keputusannya...........nyamuk tu dah tak ada. wah sampai kacau saya dalam bilik mak abah. last2 saya ttdo. ayah baca yassin n tido dekat bilik saya. esoknya macam2 jadi ada telapak tangan basah dekat dinding rumah sampai tak kering2. lepas tu skang ni bilik tu dah dipecahkan...tapi bila lalu je kat area bilik tu mesti ada rasa seram.


ok tu je yang saya nak cerita...tq ya sebab baca cerita saya ni peej. Love u...

regards,
not one of da seekers. :)
....................................................................................................

wsalam naza zihah,

isk gila scary. x suka.
serious bila baca pengalaman2 mcm ni..
rasa bersyukur la tak kena benda2 macam ni kat diri sendiri.
mintak jauhhhhhhhhh. 

if korang ada cerita mistik. boleh email to me.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik

wokeyh :D

10 Comments:

AziniMZ said... [Reply to Comments]

hari tu aku dok rumah srg takut nak baca.. skrg dah balik rumah mak ada berani la mo baca balik segmen expose mistik ini..

AziniMZ said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
rul_tazmania14 said... [Reply to Comments]

hmm sy pon ade kisah scary..
br terjadi.
nk share tp mcm ne nk citer kat peej nih??
just type kat komen ni ker??

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

nasib baik die main kacau2 dgn rambut je. kalo tunjuk muka harus koma!

lily lotus said... [Reply to Comments]

boleh pulak pandang jeling jer. ishkk sape tak cuak

peej said... [Reply to Comments]

azini - sama la. sekarang ni macam takut je nak expose mistik sangat.

rul - dah edit blk entry tu. boleh hantar kat email yea :)

annasueg - kan. tp orang kata benda tu takleh tgk kita. sebab dahi kita ada kalimah Allah. Wallahualam.

lily - tu la. melampau kan.

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nasib nmpak rambut jer..agaknya dia nk ckp pakai jari pun boleh..he he he..Jauhkanlah sy ngan benda2 mcm ni..sy ni pun rajin jgk tetiba je terjaga..takutlah...

Princess Kekuri said... [Reply to Comments]

oii ni betoi2 punya scary dri yg lepas2 ok

peej said... [Reply to Comments]

hanim - amboih bukan main dia kan. kang kalau jumpa jari kemana. rambut ke mana.

kekuri - nasib masa baca ni tidak nightmare.

Iz said... [Reply to Comments]

tak boleh tahan aku baca cerita budak ni. Walaupun seram, tp dia tetap jugak nak buat joke sikit2, haha.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...