Instagram : @peejburhan

tips-tips berwaspada

haha tiba2 rasa lawak lak tajuk entry tu.
anyway. sebelum aku bebel2 lain.
nak share cerita ni. aku baca blog faryn.
hari tu dia ada share pasal kawan dia kena kat depan rumah.
sian kena kelar kat leher n tangan ok. sebab kawan dia bergelut.
then dia share link pasal ada kawan2 dorang kena rompak n tetak kat kepala ok. :(
takut sangat baca. dah la dekat area umah aku pulak tu. tsk.
korang baca la kat sana k. serious takut.
Ya Allah. jauhkan la kita2 daripada benda2 macam ni kan.

terima kasih ngan komen2 tu semua.
sorry la. mmg tak terbalas la. sedangkan komen sikit2 pun bercita aku nak reply kan ;p
pasal trauma. mmg until now trauma. nampak rempit mcm mimpi ngeri je rasa.
lepas kena tu noy terus demam. n kita orang tak keluar malam sebulan kot.
if kawan2 ajak gak lepak. mmg akan ajak siang la. n dorang amik semua.
nak drive pun takut ok.

oh kan ramai tanya. patut gelek aje.
memula kan aku cakap. kau dah cuak. kau macam tak terpikir.
kawan2 n family siap cakap. patut langgar. kedepan. then reverse balik. depan blk.
kira gelek2 la.
aku cakap betul gak. tapiiiiiiiiiii. kan tayar tu meletop.
buatnya sedap2 gelek. sekali tayar tercabut. mampuihhhh. haha.

oh pasal masyarakat pulak. aku x expect orang langgarkan mat rempit tu ke apa.
sapa tak sayang kereta kan. aku pun sayang. *cea macam ada kereta je ;p *
tapi atleast amikkan la nombor motor ke.
takkan dalam banyak2 tu. satu pun tak nampak. get it?
aku time tu mmg tak terfikir la. plus aku rabun. mmg tak nampak la.
aku ada terpikir nak snap gambar tau. sbb time tu aku kan tgh main camera.
tp mcm. "eh kau ni tgh kena kejar ni. ingat main2 ke?"
terus aku sorok camera. sebab takut kena curik. kang tak bergambar blog ni. heheh.
serious time tu aku terpikir tu ok. bungok gila.

tapi pasal masyarakat gak.
aku pun tak tau la.
macam ada komen. time accident tau lak nyibuk kan.
aku pernah amik noy blk kerja.
kat jalan pinang yang straight tembus ke jln tun razak tu.
kan gelap n tak byk keta.
aku n noy nampak ada kereta bmw kena tahan ngan dua motor. ada pembonceng. kira 4 orang la.
sebelah kat kiri. sebelah kat kanan.
tiba2 lelaki tu seluar angkat2 tangan la. macam menyerah tu.
kita orang jalan je. takut la kan.
ada rasa nak telefon polis bg tau. tp end up tak bg tau pun :(
so maknanya kita orang pun sama la kan.
so maybe time kena tu. padan muka. karma. pfffftttt.
tp lepas kejadian tu. aku akan lebih prihatin la. Insyallah.

eh jap. aku bukan nak bg tips ke? apa membebel panjang lak ni kannnnnnnnn.
ok mari kita ke tips.
ala bukan tips apa la. kira apa yang aku amalkan la.
tapi if benda nak jadi kita takkan tau kan.
macam aku kadang2 terlupa gak. tp noy ingatkan.
so saling ingat-mengingatkan la ye.


1. kunci pintu
-first sekali kau masuk kereta terus kunci.
tak kisah la bontot kau tgh senget ke.
tetek kau tersepit kat steering ke,
kau bawak banyak barang ke.
jangan nak sibuk betul2kan itu ini. masuk terus lock.
itu yang aku amalkan. lepas tu baru aku letak brg2 ke apa.
then baru start enjin.  get it.
sebab sementara kau nak kebek itu ini. tu yang dorang boleh bukak balik pintu. tau2 parang dah sampai kan.

2. hati2 bila keluar n terus ke kereta
-keluar rumah tu. tgk kiri kanan. ada orang mencurigakan. kau relax2 la dulu. jangan menyerah diri lak.
n bila dah keluar tu. terus masuk kereta n lock.
jangan tiba2 nak check mail box la, eh tiba2 nak petik2 daun2 yang kuning kat pokok bunga ke apa kan.

3. ajak teman
-kalau boleh seelok-eloknya time nak keluar tu ajak la sesiapa teman.
sampai kau masuk kereta n all.
apa takda siapa nak teman. kau lain la pija. kau ada noy.
bukan teman keluar jalan. sampai keta aje. mintak la tolong bapak ke. abang ke. bibik ke.
aku selalu kalau kawan aku blk dpd rumah aku. sampai dia gerak baru aku masuk.
aku tunggu dpd pagar la. takda la aku dok luar. kang tak pasal dia selamat, aku yang kena.
macam tu jugak if kau hantar kawan balik.
make sure dia dah selamat masuk semua. jangan dia turun je dpd kereta kau. kau terus pecut pulak.

4. posisi handbag
-handbag jangan letak kat seat.
macam aku. aku mmg akan letak kat bawah tempat kaki.
kira if la dia dapat pecahkan cermin. payah dia nak capai.
ok mungkin ada yang sayang. sebab handbag mahal. ala alas la kan.
tapi alaaaa. handbag je pungggg. bukan kau letak dia kat bawah tiba2 dia ada mulut cakap, "hoii..x sesuai ok aku dok kat sini" tak kannn?
tak pun aku letak kat tgh2 kat arm rest tu. n kasi seatbelt kan sekali tali handbag tu. heheh.

5.tinted kereta
- sangat2 penting. kalau boleh spend la lebih sikit. tinted yang mahal sikit.
takyah la sampai armor la apa. aku rasa mcm aircool tu pun dah bagus.
sbb tu agaknya masa kembara tu cermin tahan.
kira if jatuh pun dgn film dia sekali. bukan berderai bersepah ke apa.
macam kita orang mmg tinted gelap sangat. sebab mmg trauma kan.
tapi kita orang mmg bawak la photostat police report pernah kena rompak n all.
so kalau kena tahan ke apa. tak takut. boleh je jawab.
plus noy kerja semua kan. kadang2 sorang2. kalau aku malas hantar amik, hehe. so bahaya la kan.
so far ok la. tak pernah lak kena apa. maybe if kena tahan.
tp tgk muka aku macam mokcik2. dia kesian lalu lepaskan. haha. ;p
tu pun still takut. sbb kadang2 rasa mcm dorang still je boleh nampak samar2.
ikut hati nak tinted agung terus. tapi wahhh banyak cantik kan.
eh bila dah biasa naik keta cermin gelap. naik kereta kawan2 yang tak tinted. aku rasa terdedah sangat. takut berlipat kali ganda ok. tsk.

6. elakkan bertembung rempit.
kalau kau nampak sekumpulan motor. takyah banyak 2 motor 4 orang je.
sama ada kau pecut. sampai tak nampak dorang dah.
atau macam aku n noy selalu buat. kita orang bawak slow. kira tak potong dorang la. so that dorang tak sedar kehadiran kau. x kisah la bawka 60km/j je ke kan.
tapi takdanya rempit nak bawak slow macam tu. sorry. so make sure kau belakang dia.

7.elakkan stop kat tempat mereka berkumpul
contoh la. kau dah nampak depan kedai/ station minyak. dorang ramai gila.
jangan la gatal nak turun nak pergi beli belah la.
nak cucuk atm la. kau tak tau kalau dorang mark kau ke apa kan.
carik station minyak or kedai lain.

8.jangan turunkan cermin
kalau tiba2 ada orang ketuk cermin kereta kau.
jangan sesekali turunkan. tanya je dpd dalam dia nak apa.
sebab kawan aku kena. dia n bf kot. tgh lepak depan petronas ampang jaya tu. ramai ok. n pukul 12 mcm tu.
situ happening. sentiasa penuh.
ada orang ketuk cermin. kata polis la apa.
perempuan tu tak sedap hati kata jangan layan. tapi tau2 je bf dia ni turunkan tingkap. sikit la.
kau tau. lelaki tu terus turunkan tingkap tu secara paksa sampai kebawah.
tau2 hulur pisau nak rompak la kan. tak pasal handbag kena. hp semua.
n kunci kereta dia amik. sebab dia taknak kita kejar blk ke apa.
oh kalau la dia polis. n tunjuk badge ke apa. jangan bukak jugak la. mana tau betul ke tak kan. if dia tak naik kereta peronda ke apa.
senang ajak dia pergi balai. bincang sana. wah macam kita pulak polis kan.
oh satu lagi. jangan turunkan tingkap sebab dia boleh turun kan senang2 kan. satu lagi sebab bila tingkap kau tak tutup full. dia dah tak kuat. so possibility untuk pecah ke apa lagi senang la.

9.call polis
ini aku terpikir la.
kalau la aku kena lg kereta rosak ke apa.
sebelum aku call sesiapa. aku call polis dulu.
mintak tolong patrol car teman aku.
cakap je aku pernah ada pengalaman kena rompak masa kereta rosak.
betul tak. atleast selamat la sikit kan.
tapi adakah akan di layan? aku tak sure.
tp ye la. kita tak tau kan tow truck sampai bila ke apa.
n kadang2 aku tgk kadang2 if kereta rosak. call man ni berkerumun kan.
n mostly adalah scary. kang buatnya kita taknak amik dia amukan pulak.
ye aku mmg paranoid. semua aku takut.

so far tu je la kot.
yang aku boleh terfikir n share ngan korang.
oh if ada yang balik lewat2 tu kan. if nak sampai tu. call la sesiapa family
suruh tunggu kat gate ke apa. teman.
mesti ada yg jawab. aku sampai kul 2,3,4am. dorang dah tido.
kau anak beranak kan. malas2 tu mesti ada prihatin.
macam aku. kadang2 maki2 gak noy. sebab dia mesti nak kerja kena jemput n ambik. mcm mengada aje.
tp kadang2 aku kesian. n aku faham. mesti dia takut kan.
mcm tu jugak family. sapa tak sayang family sendiri kan?
if korang duduk ngan kawan2. mintak tolong la.
maybe kali ni kau. esok2 dia mintak tolong. kau tolong la pulak kan.
tapi kalau korang dikelilingi orang2 hampeh. haih. tak dapat den nak nolong. haha

oh lagi satu.
ni noy la start paranoid. tak pasal aku pun sama.
kadang2 kan kita set lampu dlm kereta tu kat door.
bila bukak pintu ada lampu. tak pun of je enjin lampu nyala.
kalau boleh off la. sebab if bukak. orang nampak kau dlm kereta.
biasa la pompuan. nak kebek itu ini.
n if dah lewat sangat. barang2 dlm kereta ke apa. if tak penting biar dulu. takyah nak angkat.
esok pagi baru pikir2 kan ye.

ok tu je.
if korang ada tips lain.
boleh la kongsi2 jugak kat komen ye :)

27 Comments:

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

pasang hon kereta/ alarm yg bunyi mcm lori,kalo jd pape tekan hon/ alarm byk2 kali biar sampai org keliling perasan. tapi kalo sorg2 je kat situ pun takleh nak watpe gak kan?

MAPPIAU said... [Reply to Comments]

halamakk...saye slalu drive then letak beg kat seat...hishh...bahaye nih...

dah la slalu drive sorang...anyway thanks pija sebab kongsi tips :)

eh..lupe lak salam kenal pija..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

thanx peej...takut dah nk kuar malam2..kalu kuar pun kene lebih berhati2...

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

thanks for the tips. ada yg aku dah amalkan mcm terus lock pintu keta lepas masuk keta tu. handbag pun mmg aku letak kat kaki. tak dpt org nak amek.

cikcoklat a.k.a Haiza said... [Reply to Comments]

seyes scary peej..i y baca pon leh bayangkan camne prasaan time tu kan....mmg betOl la masuk je kete trus lock...n if anything hapen langgar saja sume...janji kta selamat....

HarLisz said... [Reply to Comments]

sgt berguna tips peej ni..tp klu dh kena takut tak smpt nk pikir plak...trs blur blank bongok kt situ..hahaha..ada pglaman jgk kena rompak tp kt dlm umah la..tp time tu sempat minta sim card je kt perompak tu sebab sim tu bf bagi hahah..and perompak tu pun kasi taw..tp yg lain2 jahanam dia tak pulangkan w/pn yg merompak tu anak kawan mak rupanya..cittt!!!

F A R Y N said... [Reply to Comments]

tips untuk sesiapa yg parking jauh dari umah.. pastikan dari jarak kereta ke umah,korang buatlah call kawan2 soh layan korang bercakap sampai masuk dlm umah dgn selamat.. kalau terjadi apa2,at least ada orang tau...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mmg berguna tips ni..tetb ai terigt u kadang2 amik noy blk kerja lewat gak kan...?hati2 ye..

part tetek terselit kt stereng ..haha!apakah?

nur aishah said... [Reply to Comments]

thx peej kasik tips.

Yer aku stuju sape2 balik lambat call la family or sesape kt umah tggu.make sure korg selamat sampai. aku slalu ckp ngan ayah aku takyah tggu aku balik sian tgk die tertido2 kt tgh umah.aku ni keje kdg2 balik 3-4 pagi.tp tau die risau..kite plak sian kt die.xpe la kan kite jgn kasi ayah kite risau sudah.

C!kpuanmuda® said... [Reply to Comments]

good tips peej.. thank you..

syukur u and noy selamat haritu..takut bila baca :(

Tijah said... [Reply to Comments]

pastu kunci kena siap2 keluar nak2 kalu ko parking kat basement ke hapa kan? jgn dah sampai kat keta br nak korek2 bag. huiiii. ngeri mak dengar citer ko nih.

Iz said... [Reply to Comments]

aku selalu pakai seatbelt, sekali dengan handbag. lagipun senang aku nak capai apa2 dalam handbag tu.

Sejak aku duduk kat umah baru, kalau aku balik malam, biasanya aku call bf aku dulu, bgtau aku park kat mana, apa ada kat keliling aku (ada budak naik moto ke, org kat bus stop ke, minah tgh jalan ngan bf ke), pastu turun kereta, kunci kereta and still borak ngan dia sambil jalan laju-laju sampai kat rumah. Senang sbb if jadi apa-apa, dia tahu location aku and boleh tolong callkan polis.

Tapi itu pun aku still takut ok :(

Dils said... [Reply to Comments]

And kalau nak lagi berjaga2, beli mende yg mcm alarm tu. Letak sama ngan car key tu. The one that if you press, akan bunyi mcm siren.

But for guys, kalau bawak awek keluar tu, tolonglah teman sampai depan pintu and pastikan awek tu dah masuk pintu and kunci pintu baru ko blah. Jangan duk, hantar depan pagar terus pecut balik. Tak gentleman langsung ok.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

ok tips tu berguna
aku pun kalau masuk kereta jer terus lock....walaupun dalam kawasan apartment... manalah tau kan..... baik berjaga sebelum kena..nauzubillah

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

I agree, kadang memang kita fikir macam2 nak buat, tapi bila dah berdepan dgn situasi tu, jgn harap lah nak teringat nak kene buat tu semua. Same aje kalau berdepan dgn hantu. Pffft.

Aku tengok sedara2 aku kat JB dlm kereta semua ada standby selit mcm baseball bat kat tepi driver seat. Bila aku baca cerita kau, siap dgn ada parang semua, aku boleh imagine bat tu akan tak berfunction kalau kejadian tu berlaku. Sheesh.

Apasal eh boleh jadi sampai teruk macam tu. Haih. Aku cuba jugak nak fikir dari perspektif mat rempit, tapi tak boleh. Apa ke baghal sangat orang-orang ni buat kerja gila?

Aku suka entry ni. Perkara yg kecik yg kadang aku tak amik port pun boleh jadi bahan utk dirompak rupanya. Huwargh. Better be safe than sorry lah kan.

Haih, donia donia.

Sya said... [Reply to Comments]

satu je yang hubby sya slalu pesan, steering lock tu pastikan mudah dicapai, so that if emergency senang, xmenggagau nak cari...

tapi xtau la aku sya sanggup belasah penjahat ke tak...ye la kita bukan hati kering cm diorg..huhuh! Nauzubillah...

Wan Syamimi Aimi said... [Reply to Comments]

betul2.
sgt setuju.
jgn turunkan cermin bila org ketuk.
:D

p/s: first time comment,selalu jd silent reader je,hehe :)

Dils said... [Reply to Comments]

ooo.. ade satu kisah nk bgtaw. Pernah baca kat mana yek , blog ke newspaper.

One reader ni bagitaw die pernah kena rompak and belasah dgn rempit la ni, dkt R&R. Tetiba ade kereta berenti, dalam kereta tu ade one woman and anak laki teenager die. Anak laki tu keluar bwk steering lock ke or yang jack tu, gi hayun2 kat rempit tu suh stop. Terus lari bebudak rempit tu.

Adalah gile courageous ok.

Tah betul ke tidak kisah tu, tapi I remembered reading it sebab reader tu bagitaw if kalau woman tu or anak die ade baca ni sila contact die, die nak cakap terima kasih since mak and anak tu lepas polis datang terus blah.

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

omg...walaupon ko bg tips tetap la aku takut dgn malaun2 nih. mcm2 diorg buleh buat kat kita.
mcm aku mmg akan letak beg kat bawah. tak kira la mahal ke murah ke janji selamat.

cik syahira said... [Reply to Comments]

assalamualaikum peej,

sebelum keluar rumah tu jangan lupa baca bismillah dengan ayat kursi. even dalam kereta kalau teringat, baca je.

apa-apa pun semua Tuhan punya kuasa kan. if nak kena tu kena juga la. setuju tak? still kita ni berjaga-jaga juga la kan.

ada sekali tu saya kena follow dekat mall. mula-mula tak perasan tau. kebetulan sy baru lepas ke money changer tukar duit USD. mother called me sbb dia baru lepas dengar kat radio ustaz cerita pasal pukau-pukau ni.

mother pesan baca ayat kursi banyak-banyak. time tu sy macam ok je la. baca.. baca..

tak lama lepas baca tu sy perasan ada 2 orang lelaki ni sangat mencurigakan follow sy. mula-mula hati ni menafikan tau. kot la perasan sendiri je pada hal org tu nak ke tempat lain ke kan.

sempat lagi sy test pusing-pusing kat dalam mall, dia still follow. saya buat-buat baca iklan promosi ke apa ntah, dia pun diri-diri dekat saya buat-buat baca.

time tu memang dah nervous la! baca ayat kursi banyak-banyak. keluar ke parking kebetulan ada pakcik ni park kat area tempat saya, so selamat la masuk dalam kereta terus LOCK! serius.. menakutkan.

orang tu terus blah je. fuhh..

eh, terpanjang pula commentnya. hi3x

umi ameer said... [Reply to Comments]

sgt informative.. kadang2 mmg kita leka..

luvmum said... [Reply to Comments]

tq peej..byk info dpt arini..

lily lotus said... [Reply to Comments]

adoiii scarylah citer pasal ni. semoga kita sentiasa dilindungi Allah

linda said... [Reply to Comments]

Mai nak share, ape patut kita buat bila kuar rumah. Ini tips dari Ustaz supaya dipermudahkan sume urusan/selamat bila kita keluar:

1.Mengucap 2 kalimah syahadah
2.Alfatihah - 1 kali
3.Qulhuwallah - 1 kali
4.Ayat Qursi - 1 kali

Niat benda yg baik2 doa lam bahasa melayu je xyah tadah tangan pun

Last - Bismillahi tawakal tu a'lallahi lahaulawala quwatailla billa hil azim...
(Camtula bunyi nye payah kene tulis rumi ni)

Saya mmg jenis masuk kete je lock, start enjin, jalan smbl baca je ayat2 tu, dah jadi habit senang je. Kene yakin Allah akan lindungi kita coz saya jugak sll drive sorang2 ke sana ke mari balik lewat gak kadang2 bila lepak ngn kawan.

Ada 2 tips lagi:
1. Dekat mall parking bontot terus, I mean takdela nk reverse2 otw nk balik tu coz parking mall sll cam scary xde orang.
2. Kete kita yg girl ni jangan tunjuk girly sangat, orang suker marked.

Sekian :) syukur pija n noy selamat :)

linda said... [Reply to Comments]

Ops pija terlupa lak, yg last bismillah.... tu ulang 3X... Extra pun xper...

Biasa dah setel2 baca sume tu baru saya on radio, heee

A.I said... [Reply to Comments]

1 + 4 + 7 + 8 = mmg WAJIB aku buat!

no 1 + 4 tu benda yg aku utamakan masa memula masok kete. anak2 pon dah tau, masok je kete dowang sebut 'LOCK!'

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

thanx for the tips.my car tak tinted pun lagi.hoho
nak tinted asap!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...