Instagram : @peejburhan

pandai dia corner

semalam bawak mama pergi carrefour.
sebab mama kata nak carik stainless steel rack untuk letak kat utility area tu.
hari tu aku pergi kat giant kj aje.
so aku rasa. kat carrefour mesti ada kan.

so pergi la ke carrefour wangsa maju
pergi sana . barang memang ada.
tapi takda sapa nak layan ok.
takda orang langsung. nak amik sendiri memang tak sampai la.
tinggi n confirm berat kan.
tak pasal jadi mangsa kena hempap pulak kan. scary.
carik2 orang. semua cakap tu bukan section dia. wtf.
layan je laaaaaaaaaa. tak pun carik la mana kawan kau yg patut jaga tu.

kekecewaan. lalu tak amik benda tu. pffftt.
then mama nak buah. tp buah pun semua hampeh. kecut2 aje.
so end u beli tanah n cutter aje. hampeh betul.
siap2 bawak trolley. tp tolak 2 benda aje. kehhhh.

hari tu masa duduk2, me n noy ada cakap kat mama ada kedai ni perabut dia lawa2.
exclusive gila la. kita orang cakap la. bedroom set dia lawo nak mampuih.
tapi time tu noy nak beli pikir 85 kali. sebab dah la mahal menangis.
kira downpayment kereta honda lagi murah la dpd bedroom set tu.
pastu pikir. buat apa nak over2 sangat. lain la nak buat bilik pengantin ke apa kan.
so mama kata dia nak tengok la. mama kata bilik pengantin kena lawa-lawa.
bilik pengantin? muahahhaha. tetttttttttttttt.

so bawak la mama kat kedai itu.
terus tuju ke katil itu.
uwaaaaaaaaaa. dah takda ok.
ada la yang lain. lebih kurang la. tapi tak selawa yang aku n noy tgk few months back.
try tanya if la kalau kita orang nak order 1 ke apa. boleh tak.
dia kata takleh. sebab dorang buat untuk export. sekali buat utk 2-3 kontena.
so if ada lebih2 2-3 set baru dorang jual sini.
ok la fine.

so aku duduk la kat sofa tepi bedroom set tu.
mama pun join.
sekali mama terus tersandar.
sebab dia telah nampak coffee table, tv cabinet n display cabinet yang super lawa.
mmg terbaik la.

serious memang lawa la kedai tu punya barang2.
even tengok set dining table pun kami adalah meleleh.
tapi harus la. kalau dah lawa tu. tgk harga pun meleleh jugak air liur kan.
paling tak tahan. mama terus pikir.

mama : antik mama kat rumah tu nak campak mana eyh?
me : ntah. tau takpa. dah tak muat ok rumah kita.
mama : tapi ni lawaaaaaaaaaaa. it's about time for me to get a new set. mama jual la set2 lama mama.
me : jual kat sapa. ada yang dah patah.
mama : mmg la. kata antik. dah 20 tahun collection mama. mama mati pun benda2 ni tak mati ok. tahan.
me : suka mama la.

mama siap kata nak jual murah2 la.
tapi bila pikir2. aku tak bagi. aku kata aku nak.
kasi letak rumah aku nanti. sebab sayang.
daripada kecik ok benda2 ni. takkan senang2 nak bg org. siap dia kata nak present kat sesiapa.
pastu bertambah aku rasa rugi. sebab chest cabinet antik mama ni. 20 thn dulu dia beli rm3.5k.
duluuuuuuuuuuu ok. sekarang? memang aku takkan mampu la kan.
jadi. harus sebelum dia sesuka hati nak lesing sana sini.
meh sini aku sambut. muehehehe. biar la orang nak kata umah aku nanti mcm org lama.
lantakkkk. janji aku matik. benda tu hidup lagi. kasi temurun kat anak aku pulak.
wahhh jauhnya berangan uolls.

so sebelum nak tambah barang baru.
harus la kena pikir nak alih mana barang2 sedia ada ni kan.
which tahun depan baru boleh la kan.
so semalam mama terpaksa la terima hakikat pulang ngan air liur yang meleleh aje.

ingat berakhir kat situ la.
sekali jalan2 la ke part lain pulak.
n noy cakap la. tu coffe table yang dia beli.
sekali boleh pulak tepi tu ada chest table. kira set yang sama la.
mama terus suruh beli. noy dah macam. weyhhhh. taknak la. takda duit.
yang mama tak puas hati tak dpt set dia. berbaik hati cakap. takpa. dia belikan.
omg. my mommy is crazyyyyy.
siap paksa2. dia kata takkan dapat lagi. so baik beli.
mmg la betul. tapi apa dia ingat org kayo macam dia.
tapi kuasa veto di tangan dia. so beli jugak. hahhaha

kelakar ok.
balik rumah tu termenung2 dia. kejap pandang sudut ni. kejap pandang sama.
aku n noy dah gelak2 kan dia. mama dah gila bayang.

noy : lawa kannn kedai tu. maknanya taste pija n noy x kodi la kan.
mama : memang lawa la. marvelous. sapa kata korang kodi.
noy : ye la. mama kalau tau kita orang beli barang murah2 mama buat2 muka.
mama : tak. elok beli yang elok terus. tahan lama. tengok la barang2 mama. dpd kau belum lahir noy.
me : mmg la. tapi mahalllllllllllllll.
mama : takpa slow2 la. tapi design korang tu mama tak suka sangat. tapi sesuai la untuk orang muda. mama punya memang kena yang macam tadi tu. classic. muahh *sumpah over mak aku*
me : eee over
mama : kau la bawak mama pergi kedai tu. kan dai fall in love.
me : hellooo. kita nak tengok katil ok. mama tiba2 corner ke lain apesal?
mama : heheheh. mama sukaaaa laaaaaaaa.

amik kau semalaman cakap pasal tu aje.
dia tak sabar nak menyambar.
tapi apa kan daya. sila la sabar sampai boleh transfer barang2 ini. haha.

noy : mama relax je kan. dia nak beli. dia terus beli. keluar je cash terus.
me : noy dia dah tua noy. tak tau umur sampai mana. so kalau teringin dia beli aje la. duit dia belambak2 pun bukan boleh bawak pergi mana.
noy : betul la kan.

ok bukan la aku mendoakan apa2.
tapi its true kan. kita merancang. Allah yang menentukan.
macam mana. dia kerja berpuluh tahun. so if dia teringin apa2.
biar2 je la dia nak beli kan. kan? :)

tapi aku jugak adelah excited. :D
tak sabar mau deko2.
nanti akan di share gambar if la dah deko2 yea. hueheheh.
walaupun tak berapa nak deko la kot.
takpa slow2 kita kayuh kan.

6 Comments:

an15 said... [Reply to Comments]

my mom pun mcm tu. dulu2 anak berderet nak sekolah, duit kena simpan. Sekarang ni baru nak merasa beli sana sini. Tak sampai hati nak halang, biar je la.

:)

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku nak komen lain, sekali aku baca komen an15 ni, baru mcm hit me. OMG baru aku perasan, lately ni baru makji beli designers handbag, lepas aku hbis belajar smue. selama ni mesti die pendam je kan perasaan die tu. owh nanges *_*

ni komen asal: apa lg peeja, kata bilik kau mcm bilik urut kan, kasik masuk sana....

luvmum said... [Reply to Comments]

yeah betul..biar je mereka bli apa yg mereka nak bli.asal kan mereka gembira..

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

sy ikut jer lau mak sy nk bli aper..
duet dia..then pas tu leh jd harta pusaka ..hihi

rul_tazmania14 said... [Reply to Comments]

hahaha
best2..
tp lg best lau citer sal ank kuceng comel tuh..
hr2 tggu entry sal ank kuceng tuh..
hahaha

lets follow my blog
seribupersoalan.blogspot.com

peej said... [Reply to Comments]

tu la kan. lagi pun duit dorang. so suka hati lah kan. heheh.

akan update pasal kucing. dah load pic. buat entry je belum lagi.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...