Instagram : @peejburhan

lu punya nasib lu makan


siapa mmg fanatik karya Allahyarham P.Ramlee mesti tau ni dpd cerita apa kan.
yaaa betul. cerita seniman bujang lapok.
sapa yang tak tau tu. sila sepak muka sendiri laju2. apa ni. tu pun tak tau.

well ni antara my fav cerita.
tengok lapan juta kali pun tetap rasa kelakar.
antara yang aku suka. apa2 yang ada bujang lapok, musang berjanggut, do re mi, masam2 manis, madu tiga, anak bapak. kira boleh hafal dialog la.
ada banyak lagi la. oh cerita ibu mertuaku pun adalah sukaaaaaaaaaaa.

anyway. aku nampak PG tepek clip2 cerita p.ramlee kat fb dia.
dia lagi fanatik p.ramlee. aku kira hafal sikit aje.
dia almost 95% hafal kot.
anyway. sedang bercerita2 dengan kawan2.
tiba2 keluar topik2 rezeki ni.
pastu aku cakap la, " bagi aku ni rezeki aku. Allah dah bagi aku. takkan aku nak tolak."
bak kata pepatah, "musuh jangan dicari, rezeki jangan di tolak" kan kan kan.

tu yang teringat clip ni.
terus rasa nak share.
p.ramlee ni walaupun dia buat cerita lawak2. tapi mesti dia selitkan message sana sini.
takda saje2 je buat cerita takda motif ke apa.
macam singh ni cakap. " lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan. apa salah makan sama2"
very true.

jangan la tamak2. sama2 share.
jangan bila orang tu rezeki nak naik aje. kau menggelupur. 
keluar statement, "tanpa aku. sapalah dia", "ahhh takda identiti. tiru aku. aku nak meniaga ni. dia pun nak meniaga jugak"
kenapa kena keluar statement2 macam tu? 
boleh tak berfikiran macam, oh rezeki dia. good for her/him.
ok tipu la kau takda rasa jealous ke apa. mesti ada.
aku pun sama. aku bukan malaikat.
tapi lepas rasa tu. cepat2 rasa macam " ish takpa la. tu rezeki dia. bagus la. takpa mungkin rezeki aku part lain. semua rezeki ni daripada Allah"

sebab tu masa aku jual nombor celcom tu. aku mmg pasang niat nak rm50 aje.
kira macam win win situation la. aku happy. dia pun happy.
then aku ada tgk blog yg make up2 ni. macam blog a.i
dia kan make up. selalu mmg buat untuk adik dia.
tapi kadang2 dia buat job luar.
kira macam wedding blog lain agaknya permintaan tinggi. tak terbuat.
so dia pass job tu ke orang lain. kira macam share sama2 la.
sebab aku ada tau orang2 yang. contoh dia dapat job. dia tak dapat buat.
sanggup dia perap benda tu. takmo bg orang. semata2 kedekuit.
very the keji perangai.

oh macam aku. kan sekarang aku dah charge iklan.
terus orang tak berani tanya ke apa. haha.
mesti takut je semua.
takyah takut ok. aku bukan charge melambung.
macam aku cakap. win win situation. kau happy. aku pun happy.
siap ada yang terkejut bila aku bg tau harga aku.
bukan terkejut kerana mahai. tapi terkejut kenapa aku charge rendah sangat.
same goes ngan hantaran hari tu. aku bg tau harga aku. terus orang terkejut.
orang kata. penat tu aku buat.
tah aku tak sampai hati nak letak2 harga la.
wah sibuk ngan hati orang. tapi hati aku siapa yang jaga. matiklah tetiba emosi kan.
takda la. saje buat ayat gedik macam tu.

anyway. aku pun tak tau hala tuju entry ni.
aku cuma harap orang tu hati ada baik mcm aku. 
wahhhhh baik? *kena petir ngan kilat* hahahah.

cakap pasal rezeki.
aku tgk ramai cakap hasil hantaran aku not bad.
aku tak tau la kalau korang saje komen nak jaga hati aku kan.
so setelah bincang2 ngan mama. aku mau membuat business buat hantaran la.
ok hasil kerja aku takda la lawa macam orang2 lain. aku biasa2 aje.
so oleh kerana biasa. aku pun charge tak macam harga pasaran.
kira kalau dengar tu. orang pun rasa nak tempah 21 dulang terus. 
wah matiklah over kan.

so macam mana. korang rasa ok ke?
if ok. apakah nama aku nak buat untuk business tu eyh?
hantaran by peej burhan? 
gila tak best kan. ada cadangan?

akhir kata. lu punya nasib lu makan.
gua punya nasib, gua makan. jangan curik makanan gua. gua kalau bab makan boleh marah ok.
tapi kalau makanan lu sedap. hulur2 la kat sini yea. teringin pulak. gua suka makan. haha
ok merepek.
feedback plissssssssssssssssssssssss.

22 Comments:

Olivia Chin said... [Reply to Comments]

Sis, i sokong u. bagus juga buat business ni walaupun kecil-kecilan dan bercambah dari minat/hobi/kesukaan. start dari bawah dulu. just follow the flow. Sori bahasa tunggang langgan. :)

nur aishah said... [Reply to Comments]

sokong2 dengan bisnes hantaran tu.Kiranya side income la.hehe then guna je nama Peej Burhan tu. Ok pe..hihi nama ala2 komersial gitu..ecehh

mazzuana said... [Reply to Comments]

Goddess touch by peej..huahahha feeling2 kimora la peej..ur work not bad la..

NenekPenne said... [Reply to Comments]

ok jugak kau buat hantaran tu peej tapi kalau dah femes amous tu janganlah mula letak harga...

aku pun ada collection citer pramlee ni... dia memang superb..
tapi yang aku suka madu 3

ezanoor said... [Reply to Comments]

try la peej... rezki bisnes ni subjektif... bisnes kan 9/10 dari rezki kat dunia ni. Memang nabi menggalakkan bisnes. Blog dah ada, dah ada market dah tu... Go go peej... U can do it... Best of luck ya...

linda said... [Reply to Comments]

Pija??? Why not??? Am happy for u, nnt I tempah from u okay, insyaAllah :) Good luck! Psstt : masa tu jgn kebizian x dpt update blog pulekkk... Hhahaha

Leen said... [Reply to Comments]

Great idea. Tengok hantaran2 hari tu memang lawa k.. memg elok buat business. Dan nama tu pun ok what.. hantaran by peej burhan.Saya soookka.

~z13L@D@L@Dy~ said... [Reply to Comments]

rasanya dah bagus kalau nak mulakan bisnes sendiri..meramaikan peniaga melayu,persetan kan org dengki..kalau layan tak kemana..haha..sila lebarkan perniagaan nationwide..huhu

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

sokong 200% sis nk bt job hantaran tuuu....=)

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

ok aku charge 1 set pinggan noritake. jangan buat2 lupa plak. huargh huargh huargh

bab nama ni kene brain storming weyh. jenuh aku ngan nadh hari tu gara2 tamau berlaku lg 'kedaipanas' T________________T

sweethOneY said... [Reply to Comments]

aku taktahu pulak ko mmg amik hantaran2 ni. kalau tak bertunang ritu leh upah tolong buat :D

tengok design ritu, lawa and simple. suka!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Refer to tittle of your blog...
Lu punya nasib lu makan~~~~
Ada juga 'kaki' menyekat rezeki orang..dia fikir dia yg power, dia jer lah yg pegang rezeki..org pula akan influence dgn dia punya kerenah..jawablah dengan Allah kemudian hari nanti.

cik1356 said... [Reply to Comments]

peejburhan dah branding pun. bloggers kenal ko.. n kalo promo kt kwn2 pun mesti guna nama ni. contoh mcm aku la kan, mesti ckp kt kwn2.. 'ala.. peej burhan blogger tu. dia boleh buat hantaran' motip siap dialog? hahaha!
if nak create blog lain khas untuk hantaran, aku rasa kena nama yg ada kait mengait dgn kawen-hantaran. so kalo org google ada possibility terus hit url tu. blog title tu boleh la kot letak hantaran by peejburhan. ahaaa.. adoo la, pjg pulak komen. :D

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy sokong peej buat biz hantaran tu..mula2 hantaran pastu buat pelamin plak..pelamin mini pun dah ok dah..he he he..nama?peej burhan ok apa...gudluck peej

muna said... [Reply to Comments]

peej, aku setuju! ko doakan cepat2 sampai jodoh aku, bleh aku menjadik pelanggan, hihihi *sempat lagik suruh orang doakan :p*

C!kpuanmuda® said... [Reply to Comments]

why not? teruskan babe. hantaranz by peejburhan.. sure laku :)

farra8979 said... [Reply to Comments]

setuju!!! gn nama peejburhan lor.. komersial dh tu.. simple n sweet... ^_^

Xierra said... [Reply to Comments]

Yes, just guna PeejBurhan.. nama u dah branded ok.. and i tot u punya touch utk hantaran jugak not bad..maybe dpt sikit2 tangan mama u.. y not try..

ceritacherita said... [Reply to Comments]

i sokong u buat business ni, mmg u buat hantaran hari tu cantik. kalau i tak kawin lagi, sah2 suruh u buatkan. heheheh

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Hah! I is setuju. Peejburhan can be a brand too. I laike. But then, jgn letak mcm specific like Hantaran by Peejburhan. Cos, you might never know if your business can bloom into a provider for wedding services! :D :D :D

All the best Peeja! Aku akan fikir2kan juge nama yep. :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

semoga u akan maju dgn biss itew..nama?u je pilih sendr...mana ikut keselesaan u...

ceera said... [Reply to Comments]

kalau aku tak kawin lagi, lama dah aku suh ko buatkan hantaran untuk aku, ewahhhhhhhhhh

manis tak ayat aku. hahaha

so sila la buat bisnes tu.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...