Instagram : @peejburhan

kecik2 tak nak mampos. dah besar menyusahkan orang. hope u burn in hell.

entry ni akan panjang nak mampos.
kalau ada kesabaran silakan baca. kalau x. dpd sekarang stop.

lately ni makin banyak kes2 rempit nak merompak orang ni kan.
serious aku bengang la.
i mean what did our government do untuk tangani kes ni.
daripada buat banggunan tinggi2 baik la dorang betulkan masalah ni dulu.
sebab aku rasa makin menjadi2 aje kes2 ni.

last week tgh aku blk petang dpd beli makan2.
tiba2 aku nampak ada aunty2 jiran tgh sembang2 kat tembok.
tiba2 dorang panggil aku.
dia kata mlm sebelum tu dia kena rompak.
dia nak keluar pukul 8.30 mlm nak amik anak blk tuition .
lepas je masuk kereta. dia bawak baby. dia tgh betulkan baby dia kot.
tiba2 ada orang bukak pintu kereta dia. terus ulur parang kat leher dia.
3 orang. naik motor.
nak taknak kena bagi la segala handbag h/p semua.

depan rumah ok!!! n pukul 8.30pm ok.
melampau gila kan.
tu satu. then kawan2 noy pun kena.
ada sorang tu. tgh kat corner. ada 3 motor halang dia.
hentak cermin dia. sekali hentak aje. terus berderai cermin.
terus amik handbag dia. pergi.
budak tu pulak letak kat riba handbag. hmphhh.

lepas ni smlm sorang lagi.
kat traffic light. pukul 9pm.
tiba ada motor sebelah dia. ngan pembonceng.
hentak cermin dia berkali2. nak rompak la tu.
budak tu terkejut. so dia hon byk2 kali. pastu moto tu takut. terus gerak.
nasib tak jatuh cermin. sebab dia mmg pakai tinted yang armor tu.
tp berkecai gak la cermin.
memang trauma la budak tu nangis2 blk sorang.


kalau kawasan terpencil takpa.
ni pukul 9pm. n ramai orang.
orang ramai buat apa?
takpa tu kita sentuh kat akhir entry.

aku kan kadang2 ada sebut pasal aku trauma la. aku benci rempit la.
well aku bukan saja2. 
aku mmg pernah alami. sampai sekarang aku mmg anti la.
aku tak tau pernah cerita ke tak.
noy pernah kena rompak depan umah aku.
lama dah la. zaman dia kerja air asia dulu.
blk kan lewat. sekali kena.
so sejak dpd tu. kita orang mmg biasakan. masuk je kereta lock.
takpa tu nanti ada masa aku buat entry lain.
cara kita berhati2 la.

mlm tu aku n noy lepak bangsar.
lepak ngan chics, laki chics n a fren.
ok time kat sana dah ada benda pelik jadi.
jam aku bergerak setiap 4 saat.
faham tak. kira dia tak gerak. sekali gerak terus jump sampai 4.
ok korang leh kata. battery la apa kan.
sekali takpa. noy tgk jam dia. jam dia pun sama.
like wth kan. rasa x best je time tu.
laki chics boleh buat lawak semua. dia kata. boleh masuk mustika ni.
ambik gambar tunjuk jam. hahha. ok lawak. tak suka.

then around 12ish gerak kot. ke 1am macam tu.
sebab dorang nak blk jauh kan.
sekali sampai kat lebuhraya mahamehru bawah bukit tunku tu.
aku dengar bunyi gedoookkkkk..gedookk. gedook. rasa semacam kereta.
aku kata kat noy ke tepi. tayar pecah ni.
yang noy boleh taknak berhenti lak. sebab dia kata apesal nak berhenti. ada apa.
boleh kau dia bawak kereta. dia tak rasa kereta bergegar ke apa.
hampeh minah tu.

mmg tayar pecah.
nak tukar tayah takleh sebab tengok kunci padlock untuk bukak cover tayar spare takda.
haihhhh. papa keluarkan sebab ari tu bersihkan kereta ke apa.
so call la papa cakap tayar pecah n all.
then suruh PG datang ngan kawan dia. bawak kunci n alang2 tukarkan tayar. hihi.

lamaaaaaaaaaaaaaa gila ok.
sebab dorang pusing2 3-4 kali area tu.
dorang tak tau nak turun ke tempat kita orang macam mana.
ada dekat 1 1/2 hour kot tunggu.
so aku n noy amik2 gambar la apa.



kita orang kat area ni. tau tak. 
masa amik pic tu rasa pelik. dua 3 kali amik. tp pic jadi hitam2 mcm tu.
aku dah main2 cakap. eeee macam cerita hantu selalu. petanda.
noy siap main2 cota kata. haaa. sapa nak kacau. aku bantai.

oh tak rasa takut sebab kat situ terang sangat.
sebab intersection kan.
n kereta banyakkk sangat. sebab it was saturday.
kita orang matikan enjin. bukak tingkap. isap rokok semua.
n then after a while. a while? sejam lebih!!! aku panas.
aku bukak la pintu. nak kasi berangin sikit.
sekali kawan aku marah. dia kata tutup pintu. bahaya.
cepat2 aku tutup lock semua.
mampos berkuap kat dlm kereta.

oh kita org matikan enjin sebab tiba2 air a/c keluar sampai ke tengah jalan raya.
noy being a mengelupur punya perempuan. cepat2 tutup.
dia takut. wtf.
lama2 tak tahan. kita orang start la balik enjin.

dok dlm kereta masih menunggu abang aku n kawan dia yang tak tiba2.
tengah dok2 tu.
tiba2 datang sekumpulan motor keliling kereta.
sekumpulan as in almost 20 kot. n no. im not kidding.
kau tau la malam mingu dorang suka ronda ramai2. yeah right. ronda la sangat.
n untuk tambah best. setiap moto ada pembonceng.

dorang angkat2 kepala tanya kenapa?
kita orang buat tak tau pandang bawah aje.
pastu 2-3 orang turun motor pastu pergi kat tingkap pegang2 cermin. jelir2 lidah la.
kira nak menggatal la. kita orang buat bodoh aje.
agaknya lepas tu dorang nampak kat belakang ada kawan aku lelaki. dorang stop kot.

lepas tu tiba2 aku dengar bunyi hentakan.
rupanya belah noy dorang keluarkan parang panjang.
belah aku lak pengasah parang. besar la panjang n tebal 2 jari macam tu.
ketuk2 tingkap. cakap, "bukakkkkkkkkkkkk, bukakkkkkkkkkkkk"
sambil tangan macam mintak2 barang. 
aku dah macam jeling cakap. kau ni kenapa?
dorang hentak banyak kali sangat la. memang scary la.

then daripada depan lak datang hentak cermin depan.
kau tau tak dorang macam mana.
sapa pernah main patapon kat psp tu tau la.
dia macam henjut2 2-3 kali. then berlari n hentak.
aku rasa macam mimpi. mcm movie.
macam kau kena serang beramai. kau takleh buat apa.
kau tunggu masa ke kena apa2.

tingkap kiri kanan ok lagi.
tapi after kena hentak dekat 10 kali.
cermin depan start crack. dah cuak gila dah.
then tgk belakang semua pun dorang dah start hentak.
noy memang dah peluk aku la. jerit2 takut.
aku pun takut.
sekali kawan aku kat belakang jerit. "jalaaaannnnnnnn noyyyyy.. jalannnnn. driveeeeeeeeeeeeeeeee!!!"
yang noy taknak. sebab takut la dia. dia dah la penakut.

pastu aku lak jerit. noy jalannnnnnnnnnnnnnnnnnn. jalannnnnnnnnnnnnnnnnn.
pastu terus noy masuk gear n jalan.
depan semua penuh ni moto n orang.
aku cakap langgar aje. langgar.
so langgar je. mampos la kan.
n start masuk jalan la.

ingat abis kat situ.
dorang kejar ok.
kesian noy. bayangkan dia bawak sambil muka terbenam kat badan aku. aku tukang tengok jalan.
dia intai2 aje. dia kata. takut pija. takut. kenapa dorang buat macam ni.
aku just cakap. jalan je noy.
sambil dorang kejar dorang keep on hentak2 cermin. kau bayangkan.
siap jerit2. bukakkk. bukakkk.

sambil drive sambil horn2.
kau bayangkan ngan tayar pecah. macam nak roboh ok kereta. 
paling laju pun 60km/j je kot.
tapi noy tekan laju gak la. aku suruh slow2.
sebab kereta depan semua lagi sikit nak terlanggar.
ye la noy x nampak sebab dia benam muka kat aku.
n yeah. kereta adalah banyak nak mampos.
semua elak2 n buat tak tau. typical malaysian.

memang jauh la dorang kejar.
then tingkap blkg kat kawan aku tu jatuh.
aku terus amik barang noy letak bawah kaki aku.
kira kalau tingkap pecah. takleh la dorang capai je barang kan.
jauh gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dorang kejar.

sampai pekeliling ok.
kau bayangkan berapa jauh tu.
nasib aku teringat kat sentul ada balai polis.
n aku familiar area tu.
terus aku suruh noy masuk kiri. jangan naik fly over.
elok kita orang belok. terus dorang takda dah.

time tu noy dah nangis kuat gila.
yang aku badan bergetar gila babi la. 
sampai je balai polis terus keluar.

noy : uwaaaaaaaaaaaa. kami dikejar rempit. 

tah apa dia bebel2 kat guard tu. suaara dah tak serupa orang.
mcm orang nak histeria dah aku tgk. tak siuman pun ye.
yang aku menggigl takleh stop.
sekali agaknya kena percikan kaca. badan aku ada darah2.
noy nampak darah tu. " uwaaaaaaaaaaa. darahhhhhhh. badan kau darahhhhhhhhhhhhhhhhhhh"
aku ingat mmg parah la. sekalo aku tgk ada la darah bertakung besar paku payung.
hahaha.wth this woman. malu i kat abg polis tu tau.
ok ni boleh la gelak2. time tu mmg tak la kan.

then tiba2 PG call.
dia kata. kat mana. dia dah sampai.
kira dorang lambat 5 minit aje.
dorang kata if time kena dorang ade. dorang memang akan langgar je semua.
nak tengok kereta macam mana?

:: cermin depan ::

:: antara kaca2 yang menyembur kena badan aku tu ::

:: tgk la jauh mana kaca2 tu berderai. tu yang kena aku kot.  tu la cota steering lock bagai. konon nak guna. takda makna ok. dah cuak tu. lupa semua. ::


:: cermin blkg yg jatuh tu ::

:: bekas kena tetak ngan pengasah parang tu. ::

:: kau tgk la tayar hancur macam mana ::

mmg trauma.
tapi kita orang bersyukur sebab Allah selamatkan kita orang.
macam2 aku pikir.
benda2 yang might have happened.

- kunci padlock ade. kita orang tgh tukar tayar kena serang. sumpah kena pukul n rompak.
- PG n wan dah sampai. dorang tgh tukar tayar. dorang pun kena.
- kawan aku tak jerit suruh jalan. kita orang tunggu masa je jadi mangsa rompakan.
- Allah bg kekuatan kat noy untuk drive. walaupun dia sebenarnya paling la penakut. aku rasa entah2 if aku yang tgh kat driver's seat. belum tentu aku berani nak drive. sumpah jauh. kalau korang lalu jalan tu. tgk la betapa jauhnya bukit tunku ke sentul tu.
- cermin belah aku n noy tak pecah sikit pun n tak jatuh. kalau jatuh. mesti lg cuak n takleh pikir.
- tayar kembara walaupun dah pecah. tp masih bertahan n tak total lost. bayangkan if la berderai n tinggal sport rim ke apa. tak pun kereta terbalik ke apa. macam2 la kan.
- boleh pulak cemas2 aku terpikir balai polis sentul. 

so kami bersyukur. sebab kita orang semua selamat.
setakat aku kaca termasuk sikit2 la kat badan n tangan. takda apa la.
tapi benda2 ni bagi lebih berhati2 la.
tapi benda nak jadi kita tak tau kan.
nanti aku bagi few tips.

tapi serious la.
kerajaan. tolong la tangani benda ni.
macam mana dorang ronda2 naik motor tapi boleh simpan parang panjang semua ah?
aku mmg pelik.

sampai sini dulu.
ni aku cerita pengalaman aku n few friends.
bayangkan trauma tu amik masa lama baru aku update ni.
aku kena dah lama. tahun lepas.
ikutkan taknak share. orang2 rapat je tau.
tapi bila tgk makin ramai kawan2 kena.
so aku rasa kena cerita la.
boleh orang lagi alert n tau whats happening around us.

orang kata. selagi tak kena kita tak tau kan.
boleh je cakap. aaaaa takda apa la.
tapi percayalah. orang2 ni takda belas kasihan ok. dorang akan tergamak buat benda2 macam ni.

sekian entry panjang yang amik masa lamaaaaaaaaaa gila baru aku nak cerita. :(

70 Comments:

Iz said... [Reply to Comments]

seram gila woi cerita kauuu.. aku yang baca ni mula la rasa takut gila. Dah la aku ni hidup membujang kat sini.. balik kerja je dah malam. Hari-hari bila sampai rumah, nak keluar dari kereta punya la takut.

nasib baik la ko tau jalan nak ke balai polis. Kalau aku ni tahu jalan apa je?? waaaaaaa...!!!

rosealley said... [Reply to Comments]

kesiannya..melampau tul mat2 rempit bodoh bangang tu, serius kalau kena pun mesti takut gilaaa, huuu

PuRpLeLiCiOUs LoVe said... [Reply to Comments]

sama kes cam my prenz kena semalam..asben dia kena tetak kat kepala..memang lahanat kan mat rempit nie...

chics said... [Reply to Comments]

Shit!! Scary gila.

Kalau aku dah trauma gila babi dah. Tapi thank God takde apa-apa.

Pleasela analysie all this rempit stuff, ni tak siap buat on rempit bagai.

And lately ni makin banyak cerita aku dengar, makin berani!

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

ya allah scary gila!

camne nie kalau sorang2..:/

.Faezah Zakaria. said... [Reply to Comments]

mcm babis siol. eeee. thanks peej for the reminder. I think we should keep nombor polis ke ape ke, kawan polis ke ape. Allahuakbar, nasib korang ok.

.ieLah. said... [Reply to Comments]

takutnya peeja. tengok kereta pon teruk.
memang tak suka rempit tau.. betul la kecik2 tanak mampos kan. menyusahkan orang je bila dah besar2.silakak jek!

Sya said... [Reply to Comments]

teruknya u kenaa..ALhamdulillah sume selamat kan...walaupun kereta teruk, and kalau ikutkan situasi mcm xleh selamat...

Sya pnah dgr org naik motor kena keja dr terowong klcc sampai hkl..pastu kena tetak..terus dia lari masuk hkl..

F A R Y N said... [Reply to Comments]

mcm sial kan diorang.. elok kasi mampos sekor2 kena langgar! kawan aku yg kena kelar tu,still kena cuti until 20nov... tu pun tak tau akan elok ke tidak.. tangan still mcm takleh nak genggam sume :(

Dils said... [Reply to Comments]

scary gile.

Kesian korang at the time. But mmg syukur at least korang tak kena harm.

Aku pernah teringat yang aku drive balik dari keje 9.30pm ade moto tepi aku tetiba hentak tepi kereta aku. But didn't think much of it, sbb kereta aku tgh gerak laju and org ramai. Die try skali and then terus pecut gi depan. Aku time tu pon dh ketar dah, terkejut.

But masalah rempit and perompak ni teruk kan. Aku rase almost byk org aku kenal at least pernah kena crimes. Aku pernah kena ragut jugak. Haih.

SueGinola said... [Reply to Comments]

Ya Allah..
Takutnya saya Pija..
Betullah tu, kecik-kecik tak mau MAMPUS, dah besar menyusahkan orang..!!

NenekPenne said... [Reply to Comments]

wow siyes ngeri okay.. kalau aku yang kena pun aku trauma

patut kan, orang sekeliling kenalah tolong..tolong call police pun jadilah...tak kan tak reti tengok bila mat2 rempit dok kejar keta kau peeja????

ni tak langusng, kalau bab2 perati kereta accident sampai jalan jem tu, depa prihatin pulak yer...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku kadang2 balik kenduri kawen pukul 11 lebih je, pakji dah call 18ribu kali ok. siap marah2 mcm aku tak reti balik rumah, or kalau die penat sgt sampai xlarat nak call, the whole family akan tunggu aku tido dekat ruang tamu. aku ske la marah marah diorg, ye la, bukan aku tak nak balik, majlis org kot kan? tp bila kau cerite ni, aku faham la, how worried they are actually.

mcm minggu lepas, aku n kawan2 aku balik mlm, kenduri nikah member. nasib la aku ni kawan2 ramai yg berjiran. so car pool. senang. masa tu ade lori ok siap halang jalan. bila kita bg laluan, die berenti plak kat depan, buang sampah dlm sungai, kitorg ni dah siap handphone kat tgn tinggal nak call je.sbb terbayang kot2 die buang mayat org ke apa. jalan tu jalan kampung tau. one way. so nak tak nak kitorg kene tunggu. siap undur bg jauh sket dr diorg. nasib la tade apa lepastu. tp aku tak nafikan la. Malaysia skang makin menakot kan ok

aku baca ni, part noy benam muka n meraung tu aku rasa lawak nak mampos la. nak tergelak pon ade. tp cuba tgk aku yg kena. silap2 aku bukan takat meraung, histeria terus ok.

muna said... [Reply to Comments]

kawan aku cerita...satu petang ni dia kat rumah. dia dengar kecoh2. jiran dia, naik myvi, sementara tunggu ayah dia bukak gate, ada rempit ni pecahkan cermin and amik handbag dia. depan rumah tu. kawasan rumah dia tu dahla perumahan yang memang jalan mati, memang takkan saje2 lalu situ. rasanya rempit tu dah aim dari jauh tu. gilaaa ngeri.

syukurlah korang selamat. meremang bulu roma aku baca

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

teruk kereta kau dikerjakan.. ngeri betullah. harap masalah ni dapatlah disetelkan cepat².. apapun syukur, korang selamat.. patut ar kau kata kau trauma, trauma.. memang teruk kauorang kena. kena lebih berhati2 after this.. peringatan utk diri kita semua.. semoga dijauhkan dari bala bencana, amin..

nino said... [Reply to Comments]

scary giler baca entri ni. syukur alhamdulillah pija, noy n fren tak sempat diapa2 kan dek penyangak2 tu.

eLeMeNt 0f L!fE said... [Reply to Comments]

demn..takot nye kak...syukur semua selmt...allah memang lindungi akak semua time tu...so kena hati2 dri sekarang...sy pun pernah kena dulu...tp selamat dorg tak da bwk parang semua...

Lady Arween said... [Reply to Comments]

Seriau dengar cita Peeja..seb baik..pija & noy xda apa2..Tapi bab trauma tu memang tak blh nk hilang la..Sekarang nie memang mat rempit berleluasa..Even arae Shah Alam yang dulu aman..la kalau pas pukul 8 ke atas elakkan la drive sorang2..Ada kawan kena dekat traffic light Depan PKNS..Mat rempit simbah cecair apa ntah..sekali ketuk dah berderai cermin kereta..Masa tu ada kereta lain keliling..tapi takut nak tolong..My fren pecut gak bawa laju2 pi balai polis sec 6..Baru derong tak follow..Kira macam cerita Peeja gak la..Anti mat Rempit!!!

mini_ace said... [Reply to Comments]

ya Allah nasib baik la korang selamat semua nya. i will keep in mind to be always prepared after this.drive laju2 gak, sbb if i kene mesti blur nak buat apa time terkejut. simpan numb polis, handbag tak kan tayang da, simpan at least stering lock dlm kete, make sure dpt contact kwn yang paling dekat dgn tempat kejadian if kete rosak ke apa. thanks for sharing.

nyna said... [Reply to Comments]

omg.scary gila.
mmg tahap anti nak mmpus dengan rempit ni.
mcm xde keje lain.
ish.cuba bygkan kalau famili dorang yang kene mcm tu.takde otak punya rempit.

cik1356 said... [Reply to Comments]

iskkkkkkkk! scary nye. aku dah la selalu sangat kuar malam2 skg ni. walaupun area sini belum lg dgr cerita2 macam ni.. tp, seram pulak dah. naseb zmn aku menggatal ulang-alik shah alam tiap2 malam dulu x pernah jumpa setan2 nih. alhamdulillah korang selamat.

aku kalo nampak budak2 rempit,selalu aku cakap... kalo nak mati jangan menyusahkan aku. jangan mati depan kereta aku pasal dorang kan suke buat aksi2 giler tu. ni jenis idup pun tak guna, asek kena maki je. baik mati! hohoho

Shahrizat said... [Reply to Comments]

huh ini baru baca cerita dah cuak,
kalau yang menghadapi lagilah cuak...

ini baru mesteri nusantara!

putrinorashiqin said... [Reply to Comments]

perghhhhhhhhhh macam nihlah kene kat curve member kene...polis dah pesan malam2 kalau kol 10 dah takder org tu ...traffic light langgar jer jgn tunggu ...derang memang aim...beg semua jgn kasik org nampak pun letak bwh kaki..sebab buat derang berminat nak rompak

putrinorashiqin said... [Reply to Comments]

alhamdulillah akak n noy selamat =___)saya baca remang2 bulu roma nih

reena said... [Reply to Comments]

Sorry Kak Peej but i dont agree dengan ayat ni:

"i mean what did our government do untuk tangani kes ni.
daripada buat banggunan tinggi2 baik la dorang betulkan masalah ni dulu"


U cant just blame government for every single thing setiap kali something bad happened. Bas eksiden, salah goverment. Kena ragut, rompak, salah government. Banjir, salah government. That's is so tak logik & not right. (Tapi bila government sediakan kemudahan asas, tak ada orang guna plak. Cth mudah: Jejantas).

Government bukan Tuhan Kak Peej. They cant control sikap manusia. They cant prevent something like this daripada terjadi. Tak boleh semua nak salahkan government benda yang bukan di luar bidang kuasa dan something yang government tak boleh nak control. Faham tak ni?

Ada hukuman gantung sampai mati untuk pengedar dadah pun still ada orang mengedar dadah. How?

Sorry again Kak Peej. I;m sorry for what happened. But i dont agree kalau semua nak salahkan government..And hey, i like reading your blog tau. Peace.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Bila peeja buka cerita ni, memang mama sendiri terloncat2 bila nampak keadaan kereta dan anak mama yg trauma masa tuh..
Allah Hu Akbar, anak2 ku tak aper2..
tapi sentiasalah berhati2..
memang ramai penjenayah diluar sana..

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

takutnya peej kene mcm tu...ade lekai pun dorang xtakut yer,,bahaya ni kalu nk kuar mlm2 wpun ngan asben semua...patutnya peej trauma n fobia, teruk sgt kene....nasiblah xde bnda yg xelok berlaku

tadi pun sy ada bc kat blog ade kwn dia kene tetak..takutnya peej..
betullah mmg skrg kene lah do sumthing utk hapuskan rempit n perompak pakai motor nie..

Lya Colours said... [Reply to Comments]

ya ALLAH menakutkan
kenapa wujud orang2 bangang mcm tuh
seriously sy pon benci mat rempit
rasa nak sepak2 je
muka sekor2 mcm tembok pecah 1 hal, perangai hodoh lagi
x sedar diri
wah marah btol. hahaha

tp xpe alhamdulillah uols selamat
itu yg penting

Green Ogre said... [Reply to Comments]

sangat scary bc entry nih..
agak jauhlah dr bukit tunku nak ke sentul tu..
tambah2 plak tgh banyak kete..
ish..
menakutkan betol..
sekarang ni..duk dalam rumah ke..luar rumah ker..mmg xselamat..
haih..apa nak jadi lah..

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

wooooo scary gile ok!!!! lahanat punye rempit. patutnye masa diorg tgh ketuk2 kat cermin dpn tu langgar je kasi mampos! geram! tp time tu dah gelabahkan, mesti kepala hotak jam kejap. yg keta2 yg lain pun cam haram, sekor pon tanak tolong??!!! wtf?!

aku pon penah kene ragut, masa tu aku naik motor dgn laki aku nak balik keje. tetiba selamba je si rempit tu dtg sblh amek beg aku kat raga. waaaaaa! dah la beg baru sehari pakai. tp padan muka dlm beg aku cuma ade seringgit & hp 3310! hambek~! vavi btol.

KaYraKamaL said... [Reply to Comments]

serius mmg scary ok.....
i mmg dpt bygkn ble u citer....
dlm my car pon ada kayu gak tp u kata eventho ada weapon but still u xtau nk wat ape....
i confirm klu jd kt i,mst i lg blur...tah2....i da koma sndiri dlm kete....

Yours Truly said... [Reply to Comments]

alhamdulillah you guys selamat...ngeri betul la..

fana said... [Reply to Comments]

Astaghfirullah...
berdebar2 i bace entry ni...rase mcm i yg berada kt tmpt u. syukur, Allah masih bagi uols kesempatan utk berfikir...and syukur jugak uols selamat. thanx for this post. sgt mencelikkan i...

wahieda said... [Reply to Comments]

omg kak peej..i yg tengah baca ni pun rsa seraaaam gila macam betul2 ada dekat tempat kejadian pulak..nasib tak cedera teruk kan..stupid mat rempit..sangatlah tak suke..

i pun ada experience but not with mat rempit la..ada orang tu pecah masuk rumah i nak merompak..dah lah time tu ada my younger sister je tengah tido kat dalam bilik..nasib la diorang tak usik my sis tu..balik rumah berderau darah tengok pintu rumah dah terlopong kena pecah...

Hazey said... [Reply to Comments]

Syukur Allah masih sayang kalian berdua, tabik kat peej and noy yang berani untuk 'survive' dlam keadaan yang sangat bahaya!

shuweet said... [Reply to Comments]

coo chekeri...alhamdulillah korang tak ape2....giler la rempits2 bangs*T tu...aku yang rumah baru kne pecah pun dah takut giler apetah lagi kalau kene kes cam ko...perrgghhh

A.I said... [Reply to Comments]

YA ALLAH, YA RABBI!!

teroknya kowang kene.. (-_-)
syukurlah kowang selamat. aduh..apelah kejam sgt ha? aku rasa dowang sume tu khayal la peej. giler sungguh!!
kalau mcm skang ni mmg le teringat memacam benda yg boleh buat kita selamat dari situasi ngeri camtu. tp bila benda tu jadi, kita jd panik. sume dlm kepala hilang kan?

aku anak branak mmg wajib bila naik kete, LOCK! beg letak kat bawah kaki. mmg risau bila baca pasal rompak2 gini..isk..mintak dijauhkan la..

tp yg penting kowang sume selamat..alhamdullilah..

zie said... [Reply to Comments]

My goodness. Celakak punya mat rempit. Patut kena bom aje semua tuh. Demmit!

Dah lama kan korang kena nie, baru Peej cerita skrg? Trauma kan? Sapa tak trauma. Seriau darah bial baca nie.

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

Oh my God,

Peeja, mmg panjang nyawa korang! aku yg dgr ni dah seram-seram baca. kalau aku kat tempat korang, xtau la. komfem trauma sampai skrg.

aku mmg benci dengan mat rempit yg jahat mcm tu. lg elok kalau diorg tu melayang nyawa kat jalan tu

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ya allah takutnya..ini baru2 jadi ke lama dah ni?semlm ai pon sesat barat dua org pompuan je...jalan area2 situ gak..ya allah naseb baik x kena cm ni..takuntnyaaaaaaaaaaaaaa..syukur uols pon x ape2..hati2 ok?

ceera said... [Reply to Comments]

takut giler weyyyyyyy
kalau aku pun aku nangis kot,=P
dan aku langgar semuanye... bodoh nye rempit

K~UN said... [Reply to Comments]

scary nyaaaaaaaaaaa! kalau sy, konfem nanges gila2 dulu, baru terfikir nak start enjin balik. huhu.

izatieunos said... [Reply to Comments]

yeah!hope ol of damn rempits burn in hell.
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Owhhh..... Peeja... Sungguh menakutkan okie... Sangat! Mengapa manusia begitu kejam? Ngalahkan binatangkan?? Diorang ni kecik2 memang tak nak mampus! Besar mcm ni lah! Menyusahkan org.. Diorang tak fikir langsung keselamtan org lain..Syukur korang tak apa2 n ade lelaki lam kete.. At least dpt die berfikir suh jalan kan.. Ko bayang kalo ko berdue je?? Ee... takut aku nak bayang! Beriye2 kate negara kite ni selamat.. Selamat dr penjajah tp dr mat2 rempit ni takde maknenye.... Elok diorang ni anta duk kat Gunung Merapi tuh! Biar mati telan dek debu and lava! Boleh??? Maaf emo di situ

funky_D said... [Reply to Comments]

omg....aku dah la balik kol 11mlm ari ni. scary giler ok.

patut la mr tunang ckp kalau jln sunyi n xde kereta, traffic light merah tu langgar je. yg penting safety kita.

tapi betul la....pengalaman peeja ni cam dlm movie. bravo for u sbb pantas berfikir masa tu. =)

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

tajutnye peej, i share cite ni kat FB eh, untuk amaran dan peringatan utk kawan2 i

Alia said... [Reply to Comments]

Omg.omg omg omg omg. Ya Allah syukur korang selamat. Tapi aku pulak yg takut gila...dah la aku kena pergi kerja pukul 10mlm ni, sorang sorang..

aku mama chami said... [Reply to Comments]

takutnye..nasib baik awak semua tak apa2..

Che Sue said... [Reply to Comments]

takutnyer nk balik mesia!! seyes takut sehh skang ni..

Ann said... [Reply to Comments]

Serius scary...Alhamdulillah korang selamat...kalau ler badigol semua tu dpt ditangkap, sesah je semua dgn parang & rantai besi!! dorang ni mmg hati kering & x mercy...ni peringatan utk kita semua....

kupaslaroren said... [Reply to Comments]

Allahuakbar! takutnya hurmm

Arin said... [Reply to Comments]

kalau aku, sure trauma takleh pegang stering. nasib baik kornag tak diapa-apakan.memang dasat jahat la bebudak rempit ni!

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

babe..kawan aku baru kena smlm.kena tetak arang..area Au2..aku rasa orang yg samaa la...celaka la kau mat remut lahanat

Drama Mama said... [Reply to Comments]

omg peeja! i rasa nak takut keluar rumah plak skang!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

..nOWa.. said... [Reply to Comments]

bleh plak yang lain tengok jer? nauzubillah..paling tak pun, kereta2 lain pakatlah ramai2 langgar sorang satu rempit tu..geram laaa!!!

Nadhania said... [Reply to Comments]

siyesly, i tunggu cite ni kot. sbb da few times perasaan peej cam anti sgt dgn mat rempit psl something. at last u cite.

siyes. sgt scary. OMG.
tak terbyg. i da slalu drive sorg. ikot jln yg gelap. speechless.
tak terbyg kalo terjd pd diri sendiri.

Nadhania said... [Reply to Comments]

btw peej, mintak izin nak share entry di fb ye. thanx :)

bOnda said... [Reply to Comments]

dasyat! memang dasyat!
tambah dasyat bab lahanat tu ngejOr tapi keta kiri kanan wat tatau..
apa punye masyarakat laa

btw, gigih tau bOnda gOogle guna gOogle map cari bukit tunku ke sentul tuh..
mak aihhh..
memang dasyat lah!

bb7ady said... [Reply to Comments]

huhuhu. takutnye bile bace entry ni.tapi alhamdulillah korng semua selamat.

my fren pon penah kena lebih kurang camni, rempit tu siap hijack kete dia bwk lari, dia kat sebelah. bf dia dipaksa duk blakang. huhuhu. pastu rempit2 lain follow beramai2 mcam kerumun kete tu. gila!!!

aritu tayar kete sy pancit, tp mase tu dah tgh malam & drive sorng2. takut kena rompak, rela x benti tepi pon, terus tawakal drive jugak sampai umah. pastu tgk tayar kete mmg hancur sebiji rupanya macam tayar kembara tu.

Wawa said... [Reply to Comments]

oh my, this is so scary.

semoga Allah pelihara kita dari kejahatan jin dan manusia.

kadang-kadang manusia ni lagi jin dari jin tu sendiri.

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

HUUUU~
SCARY okehh sy bc ni sis..
sumpah berdebar debar j time bc...
mcm drma pon ader...
Nasebla sis ok n xder aper2..
tp tu lah..ALLAH bg kekuatan kt sis noy tuk bwk kete tu...

sy pon pnh kejar ngn moto n member bwk kete..time tu around 9p.m n jln kg n xder sorg pon yg peduli...nseb dh dkt ngn rumah n dia xleh nk kejar sbb jln kg kan kecik..dia nk bergesel ngn kete lain time kejar tu..tp sempat la jugk dia ketuk cermin kete..huuu~ i knom how u feel sis..

aienhanifiah said... [Reply to Comments]

OMGGGG sumpah scary gile! thank God you guys were fine! I bace pun sampai gigil2 ok sbb takut.

Never leave comment before, tp terpanggil plk nk komen this entry. :)

nur aishah said... [Reply to Comments]

baca citer ni pun dh trauma..kalo aku dlm kete tu xtau kategori apa dah.

See, mana de rempit baik..aku x stuju btol filem2 yg ckp bukan sume rempit jahat...kalo ko x jahat ko xdenyer wat keje2 camni..rompak la ragut la..lumba2 haram.kalo dh bahyekan org len jahat la namanya.

aku x agree ngan komen kat atas ckp bukan salah gov.bukan nak salahkan gov tp kite nak gov buat sumting utk tlg rakyat lain yg bukan rempit ni.takkan xleh kuar mlm lgsg..yg kne pegi keje ni camne..esp girls la..takkan nak ckp pompuan kne keje time office hour je.gile pe.

takyah dok kejar kejayaan dgn bina bangunan ke or anything yg xde manfaat utk rakyat.
kalo rakyat ni dok dlm ketakutan..xde maknanya negara tu berjaya.gov ada satu malaysia ni die boleh guna utk handle prob rempit ni.tak kira la camne pun tp yg wajar la kan.kalo tgk la kan..rempit yg berkumpulan camni slalunye org melayu..sume yg xbrape nk mampu.bukan nk suh gov bg duit buta2 kt diorg tp penyelesaian lain la kot. ishh dah la kang peej bc nk approve komen ni dh mcm bc entry plak. hihi

p/s:tlglah pasni xde muvie pape pasal rempit dah.gov guna la kuasa utk sekat filem tu or bg je nasihat awal2 jgn buat dah. benci tgk rempit2 yg bangga ada filem pasal diorg.dan2 makin menjadi2 perangai diorg

nur aishah said... [Reply to Comments]

terlebih emo lak atas tu..

tetibe nak tanya korg takde terpk or rasa2(bermain2 difikiran je la kan)mcm nak himpit je rempit yg ketuk2 kete kite tu then dia jatuh.pastu ada kete dtg tak sempat break lenyek sama rempit tu. hohoho rupanya emo dan trauma bc entry ni x habis lg

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

btl la kan, kdg2 simpan mcm2 brg utk protection pun bila time kena mmg tak terpikir pun nk guna semua benda tu..

Faizal n Fashitah said... [Reply to Comments]

Bangsat punye rempit. Patut mati mampus eksiden awal baru dorang tau..

theblabber. said... [Reply to Comments]

scary gila.

**Bila Comel Jadi Comot** said... [Reply to Comments]

giler ngeri..memang menakutkan kalau rempit bawak gang nih bukan stakat kayu besball parang pun diorang ada..
penah gak ada pengalaman kena kejar ngn mat rempit tapi xdalah sampai 20 orang 4 orang jer..tapi yang xleh blah dorang punya berani nak langgar2 kita tuh sudahnya kita yang langgar divider..dan keta punya skirting tercabut..memang anti rempit2 ni dari dulu lagi..lagi2 bila perkara camni jadi kat diri sendiri..jahanam tul mat rempit nih..so u lepas nih hati2 ok

whenishutmyeyes said... [Reply to Comments]

Dik, akak sokong kalau adik publish this story to TV3 or bagi pada karam singhwalia. Atau send pada FB Najib. betul cakap awak bina bangunan tinggi2 tak guna walhal masalah sosial dok macam tu ja. macam mana nak maju. lepas tu kalau graduate xmau balik tanah air sendiri tau nak bising kata lupa diri padahal negeri sendiri tak selamat diduduki. luar negara msalah sosial dia takle seteruk ni. yang penting polis depa RASUAH tak teruk macam kita!!emo plak.

khani said... [Reply to Comments]

yang lagi mau jual kebun sengon mau bagi info nich tentang bibit jabon dan kayu jabon bagi yang suka bertani

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...