Instagram : @peejburhan

expose mistik - gangguan belajar.

Salam Kak Peej!

Akhirnya ada masa gak nak mengarang cerita seram suam kuku ni. Nak cerita seram2 sangat tak berani, lagipun tak pernah lagi berdepan dengan kisah seram sangat. mungkin kerana hantu pun kesian nak kacau sy yg penakot ni. ;p

ok terus kepada cerita lah kan.

Dulu sejak SPM, mmg tabiat petang tido, malam berjaga tido sampai jam 4 pagi utk study last minit utk SPM. So terbawa-bawa hingga ke asrama di Poly Penang, tahun 2002-2005. Cuma kontra dengan roommate sy, Rabia. Dia kul 10 mlm dah tdo, study awal pagi time sy tido. huhuhu,

Maka, bila nak study dari 12tghmlm - 4.00pagi, mestilah lampu utama bilik tdo kena tutup kan? so gunalah lampu study kat meja sahaja. oleh kerana tiada pengalaman kena kcau ni, su dulu mmg sgt berani orgnye lah, mlm2 p toilet sorang, p kafe sorang mlm2, lepak kt luar menyembang smpi mlm, basuh baju dlm bilik air mlm2..pendek kata mmg tak pernah kisah.  plus, sy ni ni suka 'eksen' "alah tak takut pun" "alah p toilet pun takut?". unsur riak di situ. ;p

maka satu hari, spt biasa, sy suka bukak tingkap bilik tgh2 mlm sbb rimas bilik tertutup, alasan xde udara segar. maka, cara aku study. radio kat meja study Rabia bukak, walkman pun bukak. so, earphone walkman pakai, radio pun bukak jugak, stesen yg sama, Hitz.FM.

tgh tekun study, masa tu kul 3 kot. angin masuk ikut tingkap. sekali hembus macam tu. trus rasa seram, dan trus tutup tingkap. oh nk hujan kot?

pastu dan-dan rasa ada orang tarik sehelai rambut. pernah rasa tak macam mana org tarik rambut kau sehelai, tapi tak putus2, sakit woi. perit! aku hampir menjerit nk marah Rabia, tp tak jadi bila tgk dia sdap tdo berselimut. oh ok! maybe pepijat or serangga apa2 lah gigit. sambung study.

so masa sdg layan study, tetiba dengar macam stesyen radio bertukar. dekat radio lagu melayu perampuan nyanyi, kat walkman lagu omputeh.  ingat Rabia tukar, sekali tgk dia masih tido berselimut masih di kedudukan tadi. dang!! tapi masih bersabar lagi. mungkin radio murah kan. bengong siket. nak bertambang bengong, kat walkman langsung takde siaran, puas search signal, tp tak dapat, semua bbbzzzzzzzzzzzzzzzz. nak pasang kaset, takde bateri plak.

tgh sibuk carik signal dlm walkman, lagu kat radio tukar2 siaran la pulak. bertambah teruk, siap bergaung! mcm dlm gua tu?, suara penyanyi nk double-double. oh men. masa tu trus bangun otomatik tutup radio, cabut plug trus! sbb masa tu rasa semacam dah.

apa lagi, bukak dua2 lampu study, tidor. tak sampai dua saat aku tutup mata, aku mimpi. seorang budak perempuan jatuh dari bangunan asrama kami,pastu aku jerit nama dia. aku lupa nama dia, contoh la nama dia Britney Spears kan. "BRITNEYYYYY!!!"

dalam masa yg sama aku jerit, aku terjaga dan rasa badan kena hempap. satu badan nak angkat tak boleh. keras. siyes macam ada batu besar tindih setiap inci badan. mata je bleh bergerak. masa tu aku mampu mengucap je, baca ayat Qursi tunggang terbalik masa ayat terakhir tu. asik ulang2. adalah dalam 3-5 minit. tp mmg terasa lama. bila dah leh gerak, terus rasa mual. bangun, p toilet muntah. (berani kan baru pas benda pelik berlaku leh lari ke toilet?) tapi aku rasa ni 'sleep paralysis' sbb badan baru nk tdo tetiba bangun kan? tgk aku masih berpikiran positif ;p

ok masa tu jam dah kul 4 kot. rasa letih sangat. tertido. esok p kelas, cerita kat roommate dan classmate. masa tu tobat dah tak ejek orang penakot. haha.

sbnrnye apa yg terjadi kat aku tu sikit je. kira dia acah -acah, cuit -cuit je lah. budak kelas aku, Ina. siap kena cakar kat muka, tangan, badan. mmg jelas taw kesan cakar, pagi2 masuk kelas die mengadu. haih siap nampak perempuan bertelekung lalu-lalang kat kawasan asrama. Ina ni mmg sng nampak benda2 halus, hari-hari ada cerita seram bila tiba musim bulan mengambang. Yang sorang lg aku tak ingat nama, siap nampak perempuan duduk kat tangga menangis dan kemudian nya terbang mengilai. aiyoyo. seram!

tp mmg ada satu musim kat asrama, warden blok kata bulan bertukar apa ntah, akan terjadi benda2 ni. hari2, kitorang diminta baca Yasin dalam bilik. histeria tu xleh nk cakap lah kan.

tp mengikut kisah benar, mmg ada seorang penghuni asrama jatuh dari tingkat dua. sbb nak ke bilik dia ikut tingkap bilik kawan, sbb bilik dia terkunci dari dlm  :( budak-budak blok sebelah yg nampak masa arwah jatuh, mmg mengalami trauma. Al-fatihah utk arwah.

ok ini sahaja buat masa ini. seram ke? tak sgt kan, org lain punye lg seram taw. lgpun ruangan expose mistik kak peej mmg nk yg suam2 kuku je kan? hehehe. ok ni tgh seram, dok tgh taip2 ni kawan dok sibuk cerita psl hantu kt putrajaya. deym. ;p

akiss,
 

...........................................................................................

wsalam akiss,

hoih. ini kau kata suam kuku.
entah la. sebenarnya dpd nampak kelibat ngan gangguan lite2 macam ni.
mcm lagi seram lite2 ni kot.
sebab if nampak. kita memang confirm la tu adalah benda tu.
tp kalau macam ni. rasa macam, "aik, ni mainan perasaan ke apa kan"
hoh tak suka. nasib la diri ini bukan jenis rajin stay up malam2 nak study sorang2.
tak sanggup weyh kena macam ni.
citt. patutlah kurang pandai masa kat asrama dulu. haha. :)


8 Comments:

Tijah said... [Reply to Comments]

aku suka tang dia panggil brittney tu. huhuhu. tapi siriyes la. asrama mmg menakutkan nak2 mrsm yg lama2 tu. dah la dorm .

Jom Gebang said... [Reply to Comments]

noks, ko bikin mak seremmmmmm!! nyesal mak baca! sekarang mak nak tidur pun dah mula rasa ngeri ni! choyyyyy!!!!

meremeng segala bulu yg mak hadoooo ni hah!!

akiss ferrero. said... [Reply to Comments]

kak peej,
kurang suam ek? haha. alamak. tp sbnrnye seram sbb tataw punca sbnr kan. tp cukop skali pengalaman, bg pengajaran jg riak sgt kate berani hihihi.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

kita dulu masa dok hostel mmg penakut gilo
and tiap2 hari, kol 10 mlm mesti p toilet utk buang air, lepas kol 10 jgn harap nk p
if nak p sgt mesti kwn teman, gila penakot x munasabah
haha

Shahrizat said... [Reply to Comments]

adeh tak pasal-pasal pagi ni kat ofis semua lampu saya bukak, sampai lampu lemari fail pun on haha...ngeri hokehhhh!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nasiblah masa duk itm dulu xpde mgalami mcm2 nie...takut...n nasiblah sy bc siang cerita ni, krg seram sikit..

Azierazwan said... [Reply to Comments]

SERAMMMMM....saya pun duduk hostel dulu pun ada pengalaman cam ni gak. Biasalah hostel kan?

wannurzalia said... [Reply to Comments]

memule aku saje je baca cerite2 expose mistik ko ni sekadar nak isi masa lapang.lama2 jadi addicted lak.mule2 aku x cuak sikit pun, langsung tak takut.alih2 semlm aku mule la dengar bunyi2an (padahal bunyik cengkerik) la,ape la.sah mule hari ni aku tak stay kat opis sampai mlm2 lagi.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...