Instagram : @peejburhan

cuti-cuti malaysia

plan awal adalah hendak bercuti di tioman.
excited abis dah ni.
sekali last minute cancel sebab huda on standby.
so xleh la jauh2. :(
so tukar pergi PD. noy dengar PD terus xmo join. keji.
aku memula malas gak
ye la. mana tau ada orang nak honeymoon.
tiba2 aku nyelit jadi bodyguard pulak kan.
tapi dorang beriya ajak. kalau aku x pergi. mesti lagi sedih. dorg berdua aje.
wah confident orang emosi aku x pergi kan. poyo. haha.

so sabtu malam ahad tu tido umah ice n huda.
wah first time pergi umah dorang. so big. sorry aku x amik picture.
nanti2 la dorang buat house warming ke, bbq ke aku snap2 yea.
plus aku kan sekarang kemalasan nak amik2 pic sangat.
lama betul sembang2 malam tu. dekat kul 3 baru tido.
noy poyo. dah la x ikut. tapi sikit2 bbm aku. cittt.
rindu la tu.

esoknya. kul 10ish macam tu aku bangun.
luar dgr sepi aje. dlm hati pikir. xpe la if dorang x bgn lagi. aku bgn je la.
sekali dua2 dah jaga. haha. ye la. bg aku 10am tu awal ok.
ingat senang nak bangun awal macam tu.

sembang2. breakfast. layan melodi sat. siap2 n gerak.
singgah domino's untuk bekalan makanan.
ceh poyo. dekat pun nak bekalan makanan kan. haha.
check in time kul 3pm.
lambat kan. rugi tauuu.
oh kita orang dok kat ancasa resort.

:: check in ::

:: view from the balcony ::

:: cantik kan. ni area spa x silap ::

:: gambar terpusing xleh nak buat apa. kena biasakan diri la ye ::

makan2 sat.
then siap terus turun menyerbu laut.
bestnya sebab cuaca mendung aje.
xde la matahari mencucuk ke apa. sukaaa.

:: pool view ::

:: ramai gila manusia. ni kira pantai teluk kemang ::

mmg dpd awal dorang dah cakap nak naik banana boat.
me dont want ok.
tah macam scary.
aku bukan takut apa. aku tgk dorang terbalikkan tgk2 laut kan.
ok aku tak takut terbalik tu.
tapi terbayang macam mana aku nak naik balik atas banana boat tu.
aku ni dah la terlebih muatan. mesti seksa nak naik. balik. tsk.
tapi ice n huda paksa2.
tau2 dorang dah deal ngan pakcik tu nak naik. tsk.

:: amik pic ngan banana boat. muka coverline tu. sebenarnya cuak. haha ::

oh murah je kan. sorang RM10.
then naik 3 orang je pun boleh. :)
x silap aku dulu mahal gila kan. n mesti penuhkan 8 orang baru dia gerak. la la la.
sekaliiiiiiiiiiiiiii best ok naik. hahahha
ok scary tp best la.
jauh gila pakcik ni bawak.
tapi kan. konon nak bertahan la pegang kuat2. takda makna. tergolek gak.
mula2 cuak ok. sebab ingatkan dalam. sekali x pun. if jengkit kaki sampai.
huda la sian. life jacket dia tu longgar. so everytime jatuh terbukak. dah la dia tak pandai swim.
nasib pakcik tu jatuhkan tak dalam. dia kata if jatuh tgh2 laut tu sbb orang request. oooooo.

tapiiiiiiiiiiiiii. mmg betul. payah ok nak panjat. aku panjat. pastu aku mulucut jatuh blk. wtf.
buruk ok.
nasib pakcik tu baik. dia kata if susah naik. tarik ke tepi lagi.
mmg tarik jauh pun.
ice lg bengong. dia dah panjat. pastu ada hati nak tarik aku naik atas. hello. silap2 nanti aku yg tarik dia ke bawah. x sukaaaaaaaaaaaa. hahahha.
lama nak naik. pakcik tu siap matikan enjin boat la nak bg naik dulu. hahahhaa.


lepas tu mereka mandi2 kat laut.
aku malas. aku pegang barang aje.
x suka. dah la ramai orang kan.
n nanti baju melekat2 keluar dpd laut. me not loike. ;p


aku menikmati permandangan je la.
sambil takut2. terpikir. huish terbentang luas laut.
macam mana la time tsunami tu kan. mesti takut gila n takkan selamat. :/
lepas tu mandi kat pool pulak.
semangat aku lap 2-3 kali je.
pastu merasa 2 hari tangan sengal semacam. sengal je la kan.
bukan jadi muscle pun. pffftt.

malam carik tempat makan.
makan je mana ada.


ramai gila orang. n makanan x sampai lagi.
time tu aku main2 cakap. ni mesti lg pukul sekian2 sampai la makanan kita.
mmg betul pun. ada dekat sejam kot.
n hasil x best pun. :(
pelik la aku. dah tau kau takleh masak cepat. jangan la tebar meja banyak sangat kan.

:: abc ::

:: nasi goreng tomyam ::

ada la udang 5 ketul n minyak segantang. nice.
lepas tu singgah bundle tepi tu.
murah ok. satu baju rm5 aje.
aku mmg jakun. x pernah pergi bundle. so aku kagum murah. sukaaa. heheh.

dan amat kagum. aku tido awal malam tu.
itu pun sembang2 lama ngan huda.
esok aku bangun kul 8ish am. kagum kan. kagum kan.
takda program apa pun.
aku tgk laut pun sepi aje. takda orang apa.
dorang ajak la mandi kolam. tp mak x kuasa. sejukkkkk.
so tgk tv aje. hampeh.
n lagi best. aku x amik pic langsung day 2. maleh.

lepas check out makan lunch kat pekan PD.
tapi kedai yg aku biasa makan tu dah tukar org. tak syiok.
kalau x ada masak lemak siput sedut. noy siap kirim. hmphhhh.

mmg huda on standby. otw balik tu singgah office. ada kerja.
aku n ice sembang2.
lama gak ok. nice.
lepas tu kami pulang ke pangkal jalan.
oh x puas.
serious best naik banana boat. haha jakun. org dah naik lama. aku baru terhegeh2.
nak pergi ramai2 la. mesti lg best.
PD dekat aje kan. petik2 jari dah boleh pergi.

monsoon sila la abis cepat.
saya rindu laut biru pasir putih.
n feeling baywatch.
baywatch ke? dugong ado. heh.

12 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

pd ai kan pergi cuti mana2 pn dekat ke jauh ke..kalau pergi dgn kawan2 yg sekepala nng best!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

samalah peej sy pikir mcm mana nk naik balik kalu dia dah jatuhkan kita tu...dah lah ssh nak naik tu balik..smpai skrg sy xnaik lagi banana boat..tp boleh requestkan jgn jatuhkan kita..he he he

musfirah said... [Reply to Comments]

kedai mkn sebelah bundle tu memang tak berapa best sgt. klu nak best pegi kedai yg dekat sebelah pasaraya mesra on the way ke teluk kemang. seafood dia pun fresh

Xierra said... [Reply to Comments]

Jom pg Pulau Perhentian / Redang.. situ barulah boleh feel jadi duyong.. hehehehe

nur aishah said... [Reply to Comments]

banana boat tu dia akan jatuhkan gak..hihi tp slalunyer die wat last skali la.

lama giler tak jumpa ice..kem salam la kat die ekk kalo jupe die lg. ckp ecah geng wani budak utm satu course ngan dia. itu pun pun kalo die igt lg la.

p/s: tak bleh blah siap explain geng sape tu..huhu

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

aku pun baru balik pd.lately cuaca adelah best jd tak adelah sunburn bagai.uu, aku tringin gak nak naik pisang tu tapi takutttt. huhu

aliaaroslan said... [Reply to Comments]

redang pon ok kak..

Db Cooper said... [Reply to Comments]

gua baru cekidout tempat nie 2 bulan lepas

peej said... [Reply to Comments]

buyui - kan. tp kalau lg ramai mesti lg best.

hanim - tp x syok pulak if tak jatuh kan. apa la maknanya tu kan. time best time jatuh tu la kot. heheh. tp boleh request nak jatuh x dalam. so that senang nak naik blk :)

musrifah - ok. noted. if pergi lg akan try kedai yg di suggest itu.

xierra - tp kena tunggu tak monsoon. lambat lg. :(

nur aishah - kita time tu dua kali. pakcik tu siap ckp. nak banyak2 kali pun boleh. heheh. tp 2 cukup kot. kang kenyang air masin lak. Insyallah akan sampaikan salam tu ye.

sharpshouter - best eyk. kalau panas pening. haha. try la naik. aku pun mula2 takut. lepas tu rasa best rasa nak naik 85 kali. ;p

aliaa - x pernah sampai lg. ada rezeki nanti nak pergi la.

db cooper - nice name. feeling prison break. :p place was ok la kan.

cik1356 said... [Reply to Comments]

aku stay ancasa masa buat team building last year. apartment dia kira puas ati la kan..
teringin gak naik banana boat, tp x berapa berani. hahaha! eh, kaki dorang mandi kat situ x luka2 ke? tapak kaki aku calar balar mandi kat pantai tu. mcm kena kaca.. pedih oh!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

minyak segantang dlm nasi goreng?? ahaha. dlu time belajar, ada termakan nasi goreng 'minyak segantang' ni. pastu keracunan makanan, dgn kwn kite skali kena. lolx

hohh gmbr senget ni pun berlaku jugak kat hp kite!! biasa kite pakai photoscape utk rotate, lps tu baru upload msuk blog :)

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

kalau nak pergi lagi..hint2 la..Lisa kat seremban jer..leh la lepak2...pergi ramai2 seronok weh..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...