Instagram : @peejburhan

cepat dimasak, sedap di makan :D


paling la sedap kan.
lately ni kalau lapar. tak rasa nak makan nasi.
then tengok roti pulak takdak.
korek2 tengok apa ada. tengok ada tepung  gandum.
so terus buat lempeng.
cicah pulak ngan sambal tumis. tak pun asam pedas ke. hoh terbaik ok.

serious sangat senang buat dia.
cuba la korang try.

bahan

tepung gandum
garam secukup rasa
air

cara-cara

gaul sebati.
jangan lebih sangat air. sampai cair. bukan macam buat jemput2.
ni bagi macam pertengahan. tak cair. tak likat.
then letak minyak sikit aje. kira bg kuali tu berminyak aje. supaya tak melekat la nanti.
pastu lempengkan lah ia di kuali itu.
balik2. n goreng ikut suka. if suka garing2 sikit lama la sikit masak dia.

kalau jadi ala2 gambar kat atas ni. jadi lah lempeng anda.
if tiba2 nampak macam jemput2/cekodok tu. maknanya tak jadi.
aku pernah je tak jadi.
tak rupa lempeng. tapi macam jemput2 giant. tah apa2 tah.
ini pun kira aku buat agak besar n tebal.
sebabbbbbbb. aku malas nak buat berkali2.
so letak je semua bancuhan tu dalam kuali. ngeh ngeh ngeh.
oh pakai la kuali leper yek. 

macam poyo je nak letak resepi kan.
padahal senang nak mampuih.
takpa la. aku share ngan orang yang tak tau or tak pernah makan macam ni.
cuba la try. layannnnnnnnnnnn.

21 Comments:

landaklaut said... [Reply to Comments]

Wahh.. senang rupanya nak buat. ok pengakuan ikhlas. sumpah x reti buat lempeng.

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

musim2 hujan sebegini, lempeng adalah antara makanan yang akan buat i stone huhu..kalo dapat makan ubi rebus cicah sambal tumis pun best jugak.. :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tu la, kalau xnk mkn nasi, kitorg mkn je lauk tu dgn lempeng or roti canai xD biasanya sardin la. sedap gle. drooling la pulak. hahaha

F A R Y N said... [Reply to Comments]

memang menangis makan lempeng yg garing2...cicah sambal.. meletupss!

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku pon tatau buat lempeng T___T

farra8979 said... [Reply to Comments]

ko buat makanan yg simple pun nampak menarik, peeja...

p/s: lame dh x makan lempeng.. biasa nye klu lapar, wat jemput2...

Wan Nurzalia Wan Saelan a.k.a NoZ said... [Reply to Comments]

haha..btol2..sedap dan senang..saya makan dgn telur goreng hancur je..buh bawang,black pepper, garam..wahh syedapp..roti ni dulu mak sy selalu buat..lagi sedap dr capati kann..

Lya Colours said... [Reply to Comments]

saya suka lempeng cicah kari sardin
sardin tuh hancur2 kan
huih meletopp

Shahrizat said... [Reply to Comments]

kena pulak lagi makan time hujan, adehhh syahduuu...

Tijah said... [Reply to Comments]

cuba ko balut eskrem vanilla dgn lempeng tu tengok. terbaik nok. rasa cam eskrem goreng. tapi make sure lempeng ko garing sket...

shuweet said... [Reply to Comments]

peberetttttttttttt ni..kalau di tambah ngan kelapa muda yang di parut memang lagi leleh...cicah sambal tomis...yummmyyyyy

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sll wt peknga/lempeng x jd

CikLilyPutih said... [Reply to Comments]

hujan2 nie sedpa pekena lempeng lah.. kena plak dgn sambal sardin. terangkat.

mazzuana said... [Reply to Comments]

You made me eating lempeng straight away after reading your post! WaLllllllaaaaahhhhhh...heaven betul la..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

ooooooooooo.. gitu ke buat dia weh. sumpah tak tahu. hahaha. padahal selalu makan sebab housemate aku rajin buat cicah ngan sambal bilis. sedapppp!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

mmg sedap lempeng nie..paling suka cicah ngan smbal ikan bilis...

Lya Colours said... [Reply to Comments]

peej, boleh x share resepi lempeng pisang mak u
kita buat x jadi weyhh
so sedih
tgk mak u pny lempeng pisang sgt lahhh tempting

peej said... [Reply to Comments]

landaklaut - so lepas ni boleh la try kan :)

huda - hoih. bikin gue mengidam ubi kayu cicah sambal tumis. gulp.

wani - kan. x kisah la sardin sambal opr kari. dua2 pun best.

faryn - tu la kan. menangis sangat sampai asyik nak makan ni je rasa.

lilred - kau mana reti benda2 senang ni. kau kalau buat terus sedap2. sampai orang passed away mengidam nok.

farra - thank u. simple ni best. lapar je buat. siap. telan. heheh

noz - wah tak pernah pulak makan macam tu. nak try la nanti.

lya - membinasakan betul.sampai meletop. heheh

shahrizat - pun gone case kau ni. sampai syahdu. over ok. haha

tijah - kau mmg over ok. balut vanilla la. hari tu kau suruh cicah coklat la. manis weyh manis. ntah aku antara manis2 n pedas2. aku prefer makan pedas2. manis ni kurang la.

peej said... [Reply to Comments]

shuweet - tau. tu fav arwah maktok n papa. makan ngan kelapa parut muda tu. then ngan gula melaka. suka betul dorang. aku lak lg suka pedas2 dpd manis2.

buyui - apa tu? tak faham.

lilyputih - wah terangkat. so scary ah.

mazzuana - hahaha. terbaik kan.

sweethoney & hanim - wahhh.sambal bilis pun sedap gilos. sukaaaaaa. bilis petai lg stone.

lya - diri ini pun tak reti nak buat la. takpa nanti akan di mintak resipinya n tepek sini k. Insyallah :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ai ckp ..ai selalu wat peknga aka lempeng tapi selalu x menjadi..peknga tu kedah cakap for lempeng :)

peej said... [Reply to Comments]

buyui - oh ok. mana la acik paham. acik bukan org utara. heheh. ingt typo ke apa la tadi. hehe.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...