Instagram : @peejburhan

cabut bulu lalu shopping.

last thursday ajak noy ke IKEA. sebab aku nak beli meja.
wah poyo. mcm nak shopping byk kan. padahal nak meja aje. ;p
noy memula malas. setelah buat muka kesian baru dia ok.
tapi before that dia ajak pergi threading.
sebab dah lama gila tak pergi.
aku kening mmg tahap horror. malehnya nak bersihkan.
kening takpa lagi. tapi upper lips ni.
ada misai puilerrrrrr. hahha
ok xde la misai. x ketara pun.
tapi bila dah biasa bersih. setakat nampak sikit2 pun kau rasa macam.
eeeee. tebalnya misai. ;p

so pergi ke solaris mont kiara.
ada lavinas baru bukak. dah 2 bulan kot.
selama ni lavinas ada kat ampang point tu kan.
so bukak branch sini. yippa.
so pergi la.

tempat adalah canggih n besaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr gila.
tapi pekerja yg buat kerja sorang aje.
sorang lagi penjaga la. org philipine. so dia x buat.
time tu pulak ada orang tengah wax. so kena la tunggu.
maybe tempat baru n tak ramai customer. so tak letak ramai pekerja. :)


:: seperti biasa. setiap gambr noy mesti pegang h/p ::

deapan tu ada saloon, tempat manicure n pedicure.
aku tak sure dah beroperasi ke belum.
takkan minah tu buat sorang semua kan. gila betul.

:: tempat threading. kalau kat cermin tu. pintu terbukak tu tempat waxing ::

:: noy sedang di threadkan. eh ada ke perkataan macam tu? lantak ::

kening RM5 n upper lips RM7.
then baru ke ikea.
sampai je makan dulu.
sebab tak makan apa. before keluar makan sandwich je noy buat.
so makan itu karipap. yang semua kata sedap tu.
aku tak pernah try. so baru try la ni :D



ok la.
tp pelik kan tiba2 ada telur rebus dalam tu.
ok la not bad.
tapiiiiiiiiiiiiiii. wah nak jugak tapi kan.
kalau di beri buat pilihan. aku lg suka karipap besar yang kat terowong antara mid valley ke gardens tu.
x ingat la nama apa. tp yg satu rm2 . sedappp. aku sukaaa.
ada karipap sardin juga. nyam nyam.

konon nak beli meja je kannnnnnnnnnnnn.
mmg x la. sampai sana jadi rambang mata.
noy yang konon2 nak teman aje pun capai itu ini.
tau la ikea kan. kalau mahal mmg mcm tak berbaloi aku rasa.
tp kalau murah tu pulak. mcm tak masuk akal. dah la comel.


:: hak hak hak. teruja ::

:: hasilnya. tak banyak pun ;p ::

meja, bakul baju kotor, scented candles, roller untuk buang bulu tu, bath mat, bantal busuk n tempat potong buah :D

bantal tu syok sebab noy ada. aku suka macam nak tercurik.
tp sebab bantal busuk dia. so busuk. aku x suka. beli sendiri punya.
roller pun noy ada. tp dia ikut mood. kadang2 kang aku nak pinjam dia amukan puaka.
so beli sendiri punya. sebab kawan2 aku suka cakap baju aku penuh bulu kucing ;p
lilin noy paksa aku beli. 
bath mat sebab hanya rm1.90. la la la.

oh tempat potong buah tu sebab hari tu sebab mama suruh potong buah ada sekali tu.
pastu aku cakap la. kan bagus kalau ada tempat potong tu.
senang kerja. kita ni menyusahkan diri padahal ada kemudahan.
bengang je semua orang. sebab dorang kata potong buah pun malas.
bukan makan. kan senang if ada.
so aku beli itu. mau bg mama. hihi.
senang lepas ni if dia nak makan epal ke apa. pakai tu aje. :)

oh total tak sampai seratus. happy kan.
tapi ikea ni bikin kau keluar belon2 kat kepala.
macam terpikir2. eeeee bestnya dapat beli ni. eee bestnya yang tu. ok next target.
wah tiba2 ada target kan. lantak. suka la kan.

pastu aku n noy emosi.
sebab kenapa tiba2 kita orang excited beli barang rumah n dapur ni.
so not cool. tanda2 dah tua. sibuk pikir umah. hahaha.
dah tiba masanya kot. cehhh.

ok itu aje.
ta-ta
hah tiba2 je abis kan. aku mmg hampeh. ;p



14 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Kata nak beli meja....tak de pun??
Ishh..lain target lain yang kao end up..Ishhhh...

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Okay...sorry2..meja belum pasang lagi..mama nampak dah..

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Peej..
Karipap kat antara MidValley n Gardens tu karipap HOMI
Sedapnyaaaaa..

Btw, rindu nak threadkan bulu bulu..

Shahrizat said... [Reply to Comments]

haah..mana meja..takde punnn...hahaha alahai lepas keluar ikea mmg feeling dia macam tu...semua jadik interior designer jap..ahaks

an15 said... [Reply to Comments]

oh karipap!

balik hari tu sempat beli skali je. Sekarang teringat2 :P

an15 said... [Reply to Comments]

oh karipap!

balik hari tu sempat beli skali je. Sekarang teringat2 :P

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

karipap sardin mmg sedap kan sis..=)
meja yg wana itam tu ker????
xnmpk dgn jelas...;p

appledia said... [Reply to Comments]

Lupe nak kasik salam^_^
2nd time comment kek sini.
Aritu tepangge akak plak *yer2 sile lempang*
Selalu buat threading kat KL Sentral,to be exact opposite dia,dekat deret CIMB(area Brickfields) dekat situ.Terasa penatt(read:pemalas)plak sekang nk pi sana..jauh.Leh rekomen tempat threading dokek2 area Setiawangsa ke..(kalo tau ar) Mekasih u!^_6

aliaaroslan said... [Reply to Comments]

ikea memang the best! kalo buat list barang untuk beli pon, konfem tak ikut punya. hihi

deasa said... [Reply to Comments]

karipap kt terowong MV Garden tu sedap eh? harus aku nak gi try plak..
siap ada sardin? harus cuba ni

khairierahman said... [Reply to Comments]

hahaha comel je ayat yang hujung2 tu :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha. ecehh da tibe masanya ;)
tp memang seronok shopping barang2 interior ni. duit pun kena 'seronok' jugak. haihs *check purse* :P

peej said... [Reply to Comments]

mama - tau xpe. tu la gelojoh sangat nak comment. haha. matiklah kena panah petir cakap mak sendiri gelojoh. haha.

kakak gedil - ya betulll. sedap kan karipap tu. besauuuu.

sharizat - ada. tapi belum pasang. amik pic dulu. ;p

an15 - tp time lapar2 ni. dpd karipap tu pun aku happy. ;p

talkwithmykeyboard - a ah. warna hitam tu. belum pasang lagi.

appledia - setiawangsa rasanya takda. tp kat ampang point ada. barisan kedai tepi dia tu. nama kedai lavinas. cuba try.
kat jj au2 pun ada. nama kedai mico kot. tp tu chinese buat. macam tak kemas la. n mahai.

alia - kan. mesti terlajak2. nasib budget sikit. kalau duit berkepuk2. tah apa2 lagi la yang beli.

deasa - ye sedap. sila try.

khairie - tang mana lak yang comel tu? tak susuai tau aku ngan comel2 ni.

wani - tu la kan. kalau duit berderet. boleh beli macam2 lagi. borong abis.

appledia said... [Reply to Comments]

Laaa...chinese buat ka threading??
Musykil jap ^_^
Lavinas eh,oke2 kite cube,try test tengok later.
Macih u!^_^

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...