Instagram : @peejburhan

apa kejadah?

heheh tiba2 aku nak tergelak tengok tajuk.
tapi tahukah anda. benda paling susah nak buat adalah tajuk.
macam. apa aku nak bagi tajuk ni kan.
satu masa dahulu, hanis zalikha pernah bagi tips.
dia kata. kalau nak blog orang click. sila buat tajuk yang best2.
tapi kan. aku tak pernah berjaya buat tajuk best.
sebab aku tak dapat pikir. nak tajuk apa.
kadang2 tajuk aku tak kena ngan entry pun. haha hampeh.

maka terjadi lah tajuk macam atas ni.
tak menarik langsung.
tapi familiar kan perkataan tu. kejadah. hahaha
lawak pulak bunyi dia.
tapi actually apa bendanya kejadah tu hah?
ada dalam kamus ke? aku rasa takda kan.
satu lagi orang cakap. haram jadah.
apa benda tu eh? jadah.

aku ingat masa kecik. kawan pernah tanya. apa haram jadah tu.
aku pun dengan yakin cakap, " macam haram sejadah. sejadah kan bagus. so haram buat benda2 tak elok kat dia. so kalau haram jadah tu. memang buat benda yang paling tak elok. dosa sangat"
dan agak seronok. ramai percaya.
tah apa2 la kan. hahahahha.

sebenarnya dah melalut dah ni. aku nak cerita pasal lain.
tadi tu kira intro la kan.
apaaaa? intro sampai 3 perenggan. haha. lantakkkkkkk.

aku ni takda la rajin sangat berkomunikasi.
tak kira ngan kawan ke ngan strangers ke.
wah gila kuang ajo cakap strangers. kira readers la.
maafkan hamba. hamba memang pacal yang hina.
anyway pacal tu apa? pecal aku tau la. ngehhh.
apesal aku banyak tanya lak ni.

ok sambung. aku x rajin.
tapi kadang2 if mood ceria. orang email aku balas.
kalau x balas tu. again aku mintak maaf hamba pacal yang hina. eh mcm best pulak ayat ni. ;p
nway, if balas tu kan. susun ayat gila sopan. n terbaik.
siap bahasakan diri pija/saya ok. ye sila muntah2.
ye la. dah orang tu sebut2 nama aku n saya2.
takkan aku nak aku kau pulak kan. tak pun i u. so biadap n gedik ok. *ok melalut lagi*
lepas abis. aku pun tekan la send.
then later dapat email macam ni.

:: click fir larger view ::

ok inilah time nya nak guna tajuk entry aku.
APA KEJADAH nya boxbe ni weyh? *agak gumbira dpt guna tajuk dalam entry. haha. sewel*
dah banyak kali ok aku kena.
adakah maknanya email aku get through kat dorang ke tak?
ke tak sampai2 ke mereka?

sebab selalu kena ni pulak kat yang selalu bagi pertanyaan.
pasal iklan ke. nak tanya sesuatu important ke.
walaupun aku pemalas. tapi aku taknak la sampai orang ingat aku saje2 taknak balas pulak.
esp kadang2 email orang tu panjang lebar. kesian ok.

kenapa aku tanya. sebab selalu orang yang aku reply.
tiba2 aku dpt email mcm ni. selalunya orang tersebut takkan reply balik kat aku la.
bukan la aku kemaruk nak orang reply ke apa.
aku just nak make sure dorang dpt balasan aku. cakap ok ke. tak ok ke.
kan?
esp kalau aku terpaksa turn down the offer ke apa. kesian pulak if orang tu tunggu jawapan ke apa.
ke orang2 ni sebenarnya dapat reply aku. tapi dorang pulak malas nak reply cakap ok.
very the keji ok, if like that.

so sini mau tanya.
sapa pernah kena macam ni?
apa maksud dia?
n again. APA KEJADAH nya boxbe ni?

nota buntuit : ada 3 pertanyaan, apa maksud kejadah, maksud pacal n boxbe ni apa??? selamat menjawab. anda ada 45 minit untuk jawab soalan ini. wah macam soalan spm kan. apa jadah nak tulis kat comment box sampai 45 minit kan. e eh, aku macam terlebih dos ceria pulak. so scary. 

12 Comments:

Che Sue said... [Reply to Comments]

ko sugar rush ke pija pepagi ni..

appledia said... [Reply to Comments]

JOM gugel.Kite pun jadik kepochik neh!ngeee

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

jadah aku tatau. tp aku ske je pakai.... haramjadah!!! eceh... nampak mcm habis chelaka lah haramajadah tuh. kau lg over ye. apakah masukkan sejadah. cheyt!~

pacal ni kalau tak silap aku selipar yg lelaki tuh. eh apesal aku pergi terangkan pat ko. gugel sana la weyh!!! nyiaahahha


asal aku komen, aku pon nak tau apajadah box box tu ha. aku selalu je dpt ok. lelagi kalau org order brg. aku pon kuriyes. org tu dpt tak reply aku. because i never get the reply back. hmmmmmm

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

hazabedah aku nak jawab tiga2 soalan ko tu! haaa, ape plak hazabedah?!! apekejadahnya nama bedah disebut2? lol!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Ha ha ha...mama pakai the word jadah too in todays entry..

Filem hindustan selalu ada..tapi
'harem jadehhh..kata mereka

sweethOneY said... [Reply to Comments]

apesal aku tgk ko high semacam je type entry ni? ahaha :p

shuweet said... [Reply to Comments]

aku pun slalu kene cam ko tu..yang boxbe tu..cam haram je..bila tanya tuan punyer email nape bila kite reply kuar mende2 tu die pn tak tau..sudahnyer aku terus tak email kat orang tu..hehehe..
bab pacal tu kurang tau lak..aku ingat die sebut pacai yang hina..hehehe..pecal aku tau la..sedap tu untuk di makan

peej said... [Reply to Comments]

che sue - haha. entah. aku pun takuit ngan diri sendiri. haha

appledia - haha tgh2 pagi smlm lupa lak boleh google. hampeh.

lilred - really? pacal selipar. bukan capal ke? entah. eh aku dah dpt reply dpd org yg dpt boxbe tu. maknanya org2 sebelum ni yg tak reti bls email aku. haha

annasueg - kau lagi keji weyh. tak pasal2 bedah kena tau. kijamm.

mama - mungkin sampai kat melayu tinggal jadah aje. hahah.

sweethoney - hahahaha. tu la kan. aku pun rasa. tapi aku tak amik apa2 untuk high. sangat pelik ok.

shuweet - sedap kan pecal. ish teringin. selalu bulan puasa banyak jual. tp mesti pedas. if manis aku rasa potong sgt la. haha

Iz said... [Reply to Comments]

aku pun penah dapat email dari si boxbe ni.. tapi aku pun tatau apa kejadah maksudnya, hahahaha..

lily lotus said... [Reply to Comments]

haram sejadah! haha! sabar jerlah

cyan said... [Reply to Comments]

pacal tu sumthing like anjing kot. cikgu bm aku yang cakap dulu... kire tahap hina habis la

otakosong said... [Reply to Comments]

Pacal membawa maksud "anak anjing".

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...