Instagram : @peejburhan

kursus? kursus apakah tiba tiba aje?

ikutkan aku adalah sangat2 letih sangat ni.
mentally n psychically.
tapi sebelum aku tido ternganga n terkangkang. mari update.
sebab rasa lama pulak tak update. wah poyo kan.
padahal macam biasa je tak berupdate kan. mmg dasar pemalash lah.

pasal entry semalam tu lupakan.
dah ok kot. biasa la aku emo kejap2 aje.
PMS kot. tu yang sikit2 nak emo.
bila mood ok balik. rasa malas nak besar2kan emosi tu :)

anyway. jeng jeng jeng. tajuk sesuatu kan.
siapa yang tau tu. mesti tgk tajuk je dah dapat agak2 kan.
sebenarnya aku sedang berkursus ni. haha.
maklumlah orang yang amatlah jarang bangun pagi.
so bila bangun pagi sekali aje. pastu seharian kursus. ok x seharian la. half day je. ;p
tapi dia punya penat la haiii. rasa nak pengsan.

sapa yang tak dapat agak apa.
mesti macam. apa la yang pija merepek ni. tak faham.
hahahhaa. nak cakap pun mak segans uolls.
sebab angin takdak. ribut takdak. tiba2 pergi kursus kawin kan. sesuatu sangat tau.
YESSSS people. mak pergi kursus kawin. hahahaha.
orang rapat2 pun terkejut je tiba2 aku nak pergi. ada yang tak tau pun. ngeeeehhhh.

semua last minute. tiba2 ada orang ajak pergi kursus.
on aje. so google2. carik area berdekatan. nampak yang ni.
so call2. booking tempat. tunggu time aje.
rupanya tempat ni katanya glamour. katanya la.
aku tak tau pun.
so ok je la.
ice dengar pun hangin aje.

 *call*

ice : weekend ni apa plan?
me : aku ada kursus kawin.
ice : haaaahhhh? tiba2 aje.
me : dah orang ajak. aku ok je la.
ice : kat mana?
me : kat bangsar.
ice : oh tempat yang banyak artis pergi tu?
me : a ah. hahahahahhahaha.
ice : waahhh. tempat nak best aje. artis2 aje.
me : haruslahhh. kata i artis kan. *muahaha. tolong la lempang aku ngan kekuatan maksimum*
ice : ihhh..over.
me : takda la. senang. dekat ngan area ni kan.
ice : wahh. bagus2. selamat berkursus ye. sila fokus
me : hahah. over..wokeyhhhh.

dia kata boleh register on saturday. tp datang kul 10 pg.
so saturday it is. kosser nak pergi 2-3 kali kan.
so kalau kau kena ada sana kul 10. harus la awal dpd tu kena bangun kan.
nak siap semua. aku ni dah la mana reti tido awal.
semalam kul 4.30am baru lelap. kul 8.30am aku dah bangun. nice.
lepas tu rasa nak pitam aje.
tapi lepas mandi tiba2 segar.
siap menyanyi n menari2 dalam kereta. orang ingat aku sewel.
hoih. bukan senang ok nak keluar pagi2 macam tu. nak pergi kursus kawin pulak tu.
harus la ceria kan. ngehhhhhhhhhhhhhhhh. *sepak laju-laju*

sampai sana aroung 10ish jugak la.
dah ramai gak ada.
amik segala borang. bayar2. then register.


gigih tak gigih la kan. tgk la nombor berapa registration aku.


no 1 tau. haaaaaaaa. orang nak kawin la katakan. hahahhahaha.
ok poyo. takda la.
sebab utk registration tu dorang susun kerusi memanjang kebelakang.
aku tgk minah2 tu semua dok kerusi no 3 la. no 5,6 la. no 10 la. bungok.
aku terus dok depan. haaahh senang. dorang penat beratur. aku register first sekali.

settle semua turun makan kat kedai mamak bawah.
time tu baru pukul 11ish am.
mmg dah ada nasik2. tp mcm to early nak makan nasik kandaq kan.
so aku order tosai aje. kenyang.
tp kau tau next break kul berapa? 6.00 ok.
time dalam ceramah tu aku dah gigil rasa nak marah.
dah la lapar. smoke pun tak boleh. erggghhhhh.
mmg dia kata boleh keluar kejap2. tapi aku tgk takda sapa bangun.
takkan aku tiba2 nak bangun2 kan.
aku ni dah la besar peti ais.
ada aku bangun jalan2. aku langgar semua orang. tsk.


yours truly. wah baju kurung tau. feeling nak pergi kenduri kawin. ;p
tapi aku tengok ada yang pakai jeans semua. body hugging tak pakai tudung/selendang semua.
boleh ke? kalau boleh acik pun nak pakai baju biasa.
tapi still with selendang la.
tah aku rasa tak respect pulak if semua pakai. 2-3 ketul je tak pakai. free hair.
tapi tapi tapi. panas nauzubillah. berkuap2 aku.
by the end of the day. aku rasa aku dah bau macam ikan masin. nice.
oh muka kabur tu abaikan je la yea.
biar jadi manusia misteri. heheheh.

dia kata berkumpul pukul 1pm.
naik atas. sekali ramai lg still register.
so tunggu je la.

:: ada manusia dengki. baru nak feeling pout mak datin tau. tiba2 kacau daun. mula2 letak aje. last2 dia korek hidung aku pakai pen tu. tu yang mcm harem muka. pedennnnnkiiiii ::

:: rasa2 dah tak tau nak buat apa. masuk je la tunggu penceramah dtg. wah lapang. sejukkk ::

:: feeling ayu. tapi seperti biasa. rotation ni pedengki ngan aku. taknak korang muntah tgk aku vain kot. ;p  ::



;; tiba2 kelas penuh je ok. tak syok. tak dapat letak bag kat kerusi sambil amik space. ::

kesimpulan.
aku rasa tempat ni indah khabar dari ghupe la.
sampai je aku tgk keliling penuh gambar artis. ok mmg ramai la artis pergi sana.
tapi aku annoyed. apesal macam terlebih2 bangganya kan.
1 artis sampai 20 gambar. sumpah tak tipu.
pastu dia letak la keratan akhbar artis itu ini selamat kawin n all.
tapiiiiiiiiiiii. aku rasa 60-70% of artis2 tu end up cerai.
kenapa tak tepek sekali akhbar pasal dorang cerai. hahaha
of coz takkan la kan.

antara yang aku nampak.
adlin aman ramlie n emelda.
maya karin, vanida n shidee, wan nor azlin, anne n darling ngasri, raja farah, dynas, ayu raudhah n pemain bola tu. khairie jamaluddin n noury, ramlah ram, abby abadi n norman, ac mizal n emilia, ina naim ...ramai lagi la. tak kuasa nak check.
ni yang sambil lalu je tengok2. tak pun kat tepi kerusi aku.
serious bersepah dorang tepek.
pastu time ceramah pun letak gambar penceramah tu ngan artis. macam takda kena mengena. motiffff?
maybe aku je rasa macam ni kot. sebab PMS *matiklah salahkan PMS aje*
tak tau la if orang lain suka. orang2 yang taksub artis ni ke kan.

tu takpa la. tu tarikan dia kot.
tgh kursus tu. ada la 6 kali kot electric trip. pastu on balik.
ni bukan exaggerate. mmg pun. tah apa kena.
so dengan kelas yang ramai. 10 kali trip. berpeluh ok.

then lagi satu. ada 2-3 org rempitness sesat.
kalau behave takpa. kau tau la jenis kecoh.
penceramah tu bercakap. dorang sampuk2. konon lawak n cool la.
tapi macam haram. fucking annoying. 

however. 2 penceramah tu best. 2-2 ustaz. yang pertama tu macam alim2 je mula2.
aku dah macam, " aaaahh mesti scary. tapi tiba2 best. lawak2.
paling best ustaz last tu. OMG. sangat kelakar. rasa tak ngantuk.
siap dia buat drama2 suami isteri. dah la memang sebijik ngan situasi yang selalu berlaku. sukaaaa.
cuma part ada penceramah yang pic atas tu buhsan la.
sebab dia pasal cara2 nak isi borang la. borang apa nak amik la.
aku tasa 1  1/2 hour tu mcm too long.
dia dah bg lampiran apa yang kena ada. aku rasa dah faham kot.
tapi maybe la ada orang tak reti ke apa.
so benda tu membantu mereka2 la kot.

banyak la pengajaran dapat.
tapi most of it aku macam dah tau.
dah tau bukan sebab aku pernah kawin. hello mak belum kawin lagi ok.
tapi aku ngan mama kan rapat. so mmg daripada dulu mama selalu cerita pasal kawin.
cabaran kawin bla bla bla. so tadi tu, rasa macam refresher class la. :)

ok esok adalah hari yang panjang lagi.
esok dpd 8 pagi sampai 6.30 ptg.
hoih. sat lagi kena tidur la.
kalau tak ada yang orang dengar ceramah. aku tiba tergolek dpd kerusi tiba2 tido terkangkang aje. naya je.
ok itu aje.

kepak-kepak-kepak..kepoong..kepoonng..kepooonggg..
ahaksssssssssssssssssss.


31 Comments:

cik1356 said... [Reply to Comments]

wawaaaaaa! ni dah bukak step dah ni... intro ke alam kawen.hehe.. aku punye sijil tah mane pegi, kena amek lg kot pasni.
kalo ustaz kelakar2 memang nak menanges tahan ketawa. ;p

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

suke over kan. pergu kursus kawen tak ajak!!! bencciii... hahah tetibe
:p

wahhhhhhhhh dot dot dah cerah!!! setelah sekian lama bersembunyik. hak hak hak hak suke suke aku buat spekulasi. mampops kene lempang ngan peeja :p

Miss Lili@ said... [Reply to Comments]

woot ! woot !

anyway my sister was attending the same class too.. :) dia yang pakai tudung biru kat pic last skali tuh. so tomorrow she'll be the as well.. jengjengjeng...

haha tibe2 jengjengjeng.

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

happynyaaaa peeja!

wah semoga pjg jodohnya amin
seyes senyum2 jek baca entry ni ok ;)

esok update lagi orait hehe

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

kat situ jgk la aku pegi dulu2.mmg berlambak gambar artis. lawak pun ade. hari ke2 ngantok ya amat. lamaaaaaaaaa sgt nak habis kelas.

kakakdegil said... [Reply to Comments]

Eh.. gambar aku ada tak?'Hihihi
Aku g time 2006 dulu.. takderpun tv lcd tu
Hari kedua boring sket kut sebab citer pasal cerai berai ni..
Aku tidur time tu... sebab boring sangat.... hihih

Pak pak kepung kepung...

shuweet said... [Reply to Comments]

wahhhhhhhhhhhhh, tahniahhhhhhh..hehehehehe.....

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

nampak sgt tempat tu bangga sbb glems ngn artis2..n tetb kan ai rasa u dh mcm artis ni tang gambar yang blur2 tu...muehehehehhe!

slmt berkursus sok...

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Waaahhhh Peeja nak kawenn :)...

Kenapa aku yg excited?.. Happy for u peeja, alhamdulillah..

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

wiwittt
kepak kepak kepung kepung kepung ketung

happy for you..bila bintik2 kabur nak menjadi terang aa?

Tak sabar tak sabar ok

ANyways ...TAHNIAH darll

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Yea!! Yea!! Peeja nak kawen!! Hahaha.. Suke2! Erk? Y aku yg suka terlebiy ni! Ape pun, I'm happy for u la!

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

wahhh...berseri tau muka orgg kursus nii..heheh..

nt xsaba nk bc sis tlis sal kawen2..t da kwen sal pregnancy..t sal ank lak.. eee..suke tau..hihihi...

im happy 4u sis..=)

Rina Zuber said... [Reply to Comments]

rasanya leh makan nasi minyak nie x lama ag...peej jangan lupa aku wpun x penah jumpa ko ag..

marinahunny said... [Reply to Comments]

ayu sgt peeja pakai tudung dgn baju kurung..so sweet..

x lama lg boleh lah mkn nasi minyak peeja plak..jeng jeng jeng

Alia said... [Reply to Comments]

Omg kalau aku ada sana pon aku rasa diorg taksub dgn Artis Artis. Yer ah, motip nak letak gambar aetis Artis???? Mcm ala ala riak je...

Weh kursus kawen tu dia kasi ceramah je lah? Tak der exam ke apa? Tapi in English ke Malay? Sebab aku nak pergi jugak, tapi kalau aku pergi yg BM punya mampus sepatah haram si Don tu tak paham..

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

wah wah wah. ai likeee.. tetibe je kan peej, ko pergi kursus bagai. tempat glems la amat kan trip sampai berkali kali. gila bengong.

niway, selamat berkursus ")

KV said... [Reply to Comments]

dah agak dah mesti borang kursus kawen. Thehe
Moga berbahagia peej. Insyaallah.

Qas Firdaus said... [Reply to Comments]

ya Allah peejaaaaaaaa. aku dulu pegi kursus kawen dekat sini jugek laa.

macam harem. sakit jiwaaaaaaaa. mmg part cite pasal borang tu org tua tu mmg membosankan. borang itu borang ini. masa dia duk terang tu aku rasa mcm complicated gile. padahal time aku dah nak apply kawen, isu isi borang ni senang je. takde la serumit macam dia ckp.

hazab gileee aku rasa dua hari aku pegi attend kelas dia. T__T

chics said... [Reply to Comments]

Pang pang kepung kepung.. pengantin datang.lalala [nyanyila apa-ap yang patut]

Aku pun pergi situ dulu, tempat dia ala-ala je kan. Tapi swirly marah sebab dia banyak tak faham ada certain penceramah cakap loghat negeri diorang. Dia kata ada dua tiga yang bukak non-malay macam tercangak-cangak tak paham hehe

sweethOneY said... [Reply to Comments]

vavavvaa.. alih2 terus pergi kursus kawen aku dgr.. hihi.. adakah mcm ada bau2 nasik minyak neh :P

Tata Azha said... [Reply to Comments]

Peej,

I gi aritu kat jelatek tu jer dekat ngan umah mama I jer, mula nak ambil kat zura's tp bila member kata penceramah sama jerk cuma dia tukar2 time tak kose I nak bangsar.. Tp kat wani pesona tu best tempat dia.. Time break siap gi berasap..

Selamat pengantin baru.. Nak card juga jgn lupa.. Dekat dah rumah u ngan I ;)

peej said... [Reply to Comments]

cik1356 - omg apesal hilang? carik pliss. kau sanggup nak harung lagi kursus? seksa ok.

lilred - haha. aku kan suka mengejut. tapi sila la bawak geng. kalau x sanggap nok. yeee. proses bleaching. ;p

kak lilia - i know. i tgk muka dia sekali je dah tau. sebab dia kan terendak jugak kan. oh adik kak dayana pun ada ok.

fieza - aminnn. semoga jodoh panjang sampai ke akhir hayat.

annasueG - kau tak rasa ke dodgy tempat dia. aku rasa nak tikam diri sendiri.

kakakdegil - mmg takda la weyh.. kau tu artis ke? dorang ni banggakan artis aje. setakat orang biasa. takda makna la gambar nak feeling kena tampal kan.

shuweet - hahaha. belum apa2 dah tahniah? apa2 pun tq la ye. ;p

buyui - gila ke apa? tiba2 nak artis. tak sesuai ok.

una - hahaha. entah bila la tu kan. nanti penat kau excited awal2 ok.

arianna - tahniah jugak? tq. gambar tu nak jadi terang? entah la. hahah. biarkan misteri je la.

peej said... [Reply to Comments]

brain freeze - over sangat tau. malu i. hahahha sepak plisss.

talkwithmykeyboard - omg. jauhnya perjalanan. takpa slow2. one step at a time. nway, tq dear.

rina - hahaha. ok tak tau nak jawab ape.

marina - perempuan melayu terakhir sangat kan?

alia - sangat ok. aku ingt sikit takpa la kan. ni bersepah sampai 2 tingkat ok.
takda exam. kau dengar aje. mmg in malay la weyh. ada satu pompuan ngan bf mat salleh gak. yang pasti setiap penceramah ckp english ni je, "where r u from sir?". "germany". "ooo..gooodddd" like seriously. pastu ckp melayu. tp kau akan special dpt dok depan la ngan laki kau. boleh translate sembang2 la. takda la dia terpinga2. tak tau la if ada centre yang in kursus kahwin in english.

peej said... [Reply to Comments]

lady sshooter - tu la kan. tp semalam ok pulak takda trip.

kv - aminnn. Insyallah.

qas - kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. aku rasa nak lari laju2 langgar dinding ok. mmg hazab la. agaknya pergi kursus kawin ni la paling hazab dekali utk nak kawin.

chics - mmg la. time kita orang pun ada. pastu orang dorang je yang paham joke tu. nice.

sweethoney - ada bau eyh? belum maska lagi ni. macam mana boleh bau? terbau lain niiiiiii... hahha

tata - sini pun boleh. lantak. aku mana kisah orang. tapi tu la. dah orang ajak ke sini. nak buat macam mana. tahan je la. n Alhamdulillah dah settle :D

F A R Y N said... [Reply to Comments]

yey.. aku nak renjis2 ko nanti..
muahahahaaa

zie said... [Reply to Comments]

Bila sebut Bangsar - ok. Sekalik bila Peej kata tempat artis - macam familiar. And then bila letak Zura's Akademik, sah!!!

Samalah tempat yang Zie pergi dulu, boring giler okay. Apa pasal ntah ramai artis pergi pun tak paham. Dulu masa zaman Zie dulu, ada sorang ustazah cakap pasal merancang kehamilan - Ya Allah, boring giler, siap bantai tido okay. Yang lelaki attend kelas nie semua , tido menganga aje..bab nie.

Tapi azab wei, pergi kursus kawen, Nasib 2 hari. And then hari pertama - kita pakai baju kurung, sebab bajet kursus kawen kan, kena la sopan. Tapi ramai aje yang pakai body fitting gile ketat, and then selendang aje.

Hari kedua , siap la...Zie dah pakai seluar aje....

nasaoji said... [Reply to Comments]

aisehh..memang misteri itu org oooo....

dulu aku amik kursus kwen pun, sb teman akak aku, sb dia nak kwen..

sudahnyer, aku kawen dulu, dia kwen lambat...

kau memang ayu ber-selendang!

lily lotus said... [Reply to Comments]

phewit :)

A.I said... [Reply to Comments]

hoiiii pompuan! kau dah nk kawen ke? hohoho..nak ucapkan tahniah jugak la (^_^)

lalalalala...hati gumbira...lalalala

peej said... [Reply to Comments]

faryn - confirm je kau aku sanding kan.

zie - kan sama la. pun terpikir. kenapa artis suka gi sana. takda apa yang menarik pun.

nasaoji - heheh. sebab jodih kau sampai dulu. kan kita merancan Allah yang menentukan. :) ayu kan? ahahha.

lily lotus - amboih.

a.i - ni kenapa awal sangat tahniah ni. takpa la. aku cakap thank u awal2 jugak la yea. :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha siap promosi gmbr artis2 :PP hoo betulkah spekulasi mereka itu yg ko nk kawen?? tp ada kwn2 kite yg pergi dlu awal2, sbb ckp tahun akan dtg ni kursus lg lama ke mahal.. xingt. tu yg diorg pergi dlu. lolx

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...