Instagram : @peejburhan

terpaksa menerima kenyataan

aku tak tau korang pernah alami ke tak.
tapi aku rasa mesti ramai pernah kena.
kalau korang pergi membeli belah.
selalu kat pasar malam ke, pasar tani ke. gerai2 la.
kau tau jurujual tu muda daripada kau.
tiba2 dia potong stim panggil kau "kakak"
contoh.

"ye kak nak beli apa?"
" semua sekali 8 ringgit kak"

ok bukan la aku stim ngan jurujual ke apa.
tapi aku rasa ditikam sebab orang tu panggil aku kakak.
cibais lu. mentang2 la aku gemuk seperti anak 8, kau panggil aku "kakak" ye.

sampai la aku blogging.
aku start masa umur aku 23. ok masih perasan muda la kan.
tapi bila orang comment tulis kakak. aku macam. hmmmmmmmmm.
ok mmg la tanda hormat kan. sebab tu orang tulis "kak peej" bla bla bla.
tapi bila aku nak reply komen. aku macam takleh nak bahasakan diri aku kakak.
entah rasa kelakar sangat. rasa mcm. aaaahh gedik nye.
wah gedik ke takleh terima kenyataan kan.
tak sebenarnya aku rasa kelakar la.
membayang aku tulis macam ni.

"ye akak pun rasa yang sama"
" betul la tu. akak paham"

aaaaaa pitam.
but now. umur pun meningkat. cea cea.
so macam dah kena terima kenyataan.
blogger semakin bersepah. muda-muda je semua.
so half of it aku rasa muda dpd aku. tsk.
so semakin banyak komen2 yang panggil aku kak or akak.
lalu aku pun mengadjust diri reply ngan gunakan perkataan akak. hahaha.
seee. aku gelak. sebab masih rasa kelakar.

kadang2 rasa terbawak2. kadang2 aku beli belah.
aku rasa2 budak tu muda je dpd aku. aku panggil "dik"
sampai kena sound ngan noy.

noy : asal kau panggil dia dik? aku rasa dia macam baya2 kau aje.
me : biarlah. aku dah tua kot. kang buatnya dia kecik hati aku panggil dia kakak kang.

haha. bungok kan. sibuk nak pikir dia kecik hati. pedulik la kan.
tapi tah. dah terbiasa pulak. ;p

aku pun tak tau la apa motif entry ni.
mungkin emosi ketika bulan mengambang kot.
sebab semakin tua. n ramai panggil kakak.
lepas ni orang panggil mokcik pulak. *help*
dah la adik beradik aku keji.
kan aku nak dapat anak buah.

noy : aku nak dia panggil aku mak uda.
PG : aku nak dia panggil aku pak ngah.
me : korang ni kenapa? kita pun tak panggil sesama kita macam tu. kenapa nak pak la. mak la. tak best la. panggil aunty n uncle la.
noy : xnak. saya nak mak uda. saya dah chop.
me : chop la kau. aku taknak pun. kau mmg nak panggil pak ngah ke PG?
PG : ye la. nak panggil kau apa? mak lang la kan?
me : tak nakkkkkkkkkkkkk. gila tak best. panggil aku aunt peej.
ayol : ish melampau betul.
noy : mana boleh la. mana la budak tu reti sebut. over gila nak aunt peej.
me : suka hati la. panggil jugak aunt peej. kalau tak aku piat2 telinga dia.
PG : eeee. mengada. suruh panggil kau mak mok la.
ayol : ahaaaaa. mmg sesuai.
noy : kaaaaannnn.
me : kurang ajar. tak nak laaaaaaaaaaaa. nak aunt peej jugakkkkk.

ye aku dikelilingi adik beradik keji.
tapi apa boleh buat. mmg makin tua. tsk.
tp mak mok adalah sangat keji ok.
still sampai sekarang aku tak tau nak suruh dia panggil apa.
wah keluar pun belum dah verangans kan. ;p

sekian luahan perasaan daripada kak peej.
bila la nak merasa dipanggil dik pija.
wahhhhhahahaha. geli pulak buntuit mendengarnya.
ok sebelum aku makin merepek. baik stop.
ta-ta.

29 Comments:

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

aku lg sentap. doc lelaki yg sambut baby aku dulu tu panggil aku kakak. padahal die dah beruban!!! wth. sigh.

aeinio said... [Reply to Comments]

hahaha anak buah aku panggil aku mak mok long.. atuk dia yg ajar.. uwaaaaaa..

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

sama!!! exactly!!! sampai aku pon skang terbawa bawa panggil waiter ke, beli brg kat luar pon aku panggil dik. haih la... pitam T______T benci tau. lg tak leh blah bila pat online shop org panggil akak tp sah sah muke kau dah beranak 18! benci. ehhhh, kau ye? bahahhaha tak lah, ade lg tua ok. ni yang mmg stock kalau kau tgk album die mmg betol dah beranak.

agak kurang asam panggilan mak mok itu. ok la peeja mak lang, dr kau suh panggil aunty peej kang budak tu pelat ntah apa apa sebutan jadik. mcm nizam kan pak long, anak buah die yg 1st pelat, so sebutan menjadi papong. sampai la anak buah ke 8 pon papong terus. apakah papong???? esok kalo aku kawen jadik mapong ke??? ahhhhh no wayyy mannnnnn panggil aku aunty farah ye. hergh

♥cybermummy♥ said... [Reply to Comments]

i think i had the same idea as u lah peeja .. My kids semua panggil my adik beradik baik yg tua or muda dengan panggilan uncle or auntie .. At least rasa muda kan .. rather mak and pak .. huhuhu

syida_spears said... [Reply to Comments]

alamak alamak baru tulis "kak peej" kat komen lepas. haha. sori2. hai peeja =) have a nice day!

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Aku tensi bab nama-nama ni. Nasib baik aku mamak, nak panggil 'auntie' tu adelah sedap jadi Mami atau Amayee. Anak buah aku semua aku suruh panggil Mami Dyra (padahal spelling Dirah nak jugak ada curlast kan.)

HAHAHAHA.

Adik beradik kita ni kan, rasanya mmg semulajadi keji. Aku lagi horror ok, suruh panggil Mak tam. Sangat lanchhhhh. Pffft. T_T

Suruhlah anak buah kau panggil Mak Peej.. Haha nanti pelat-pelat sebut Mak Pit. LOL.

cik1356 said... [Reply to Comments]

aku ada 14 anak sedara, start umo 11taun dah jd makcik secara otomatik. tp,aku x suke term 'mak2' kat depan.. dorg panggil 'ucu ben' je.
cuma dgn anak2 kwn, aku kdg2 konpius nak bahasakan diri. 'makcik ben' adalah tidak cool. so prefer 'aunty ben' wpun dah mcm jantan nama aku ni. hahahaha!
kena panggil 'akak' tu aku x kesah kot..feeling akak2 sket wpun xde adik. ohooo...

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

haha. tang dik pija tu mmg tak boleh blah. haha

aku kl panggilan ni, kl dpn2 ok kot. atau beza umo tuh tahap jauh sgt baru aku panggil akak. tp slalunya tgk org gakla.yg ade anak,ckp pun style sopan santun berbudi bahse aku kakakkan aje. kl yg gila2 aku tak sgt nk berakak akak.hehe.

zie said... [Reply to Comments]

Kita dulu pun verangan nak suh anak buah panggil kita Aunty. At last kuar panggil, Mak Long.

OMG...sabar je la...Noy betul la Peej, budak tak reti panggil Aunty, hanya dah besar aje.

PertMuffin said... [Reply to Comments]

Oh... belah2 family hasben mereka panggil saye Aunty Hawa... belah2 family saya pulak masih nak mengekalkan panggilan2 tradisi. tapi ai tak suke di panggil maklong.. jadi, kami sepakat tukar moden tradisi kekdahnye.. lalu anak2 buah panggil ai Aunty Long. Lain2 aunty ngah, aunty chik & uncle ucu.
Anywei... ai memang suka orang panggil ai kakak sbb nampak respek.. Tapi ai bahasakan diri AKU aje ngan diorang. huhuhu!

farra8979 said... [Reply to Comments]

dik pija ade lah panggilan mase ko sgt muda dik.. ^_^

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

ikut macam Lisa la..dari Mak Lang terus Jadi Mak Yang..sweet kan?

Pnut said... [Reply to Comments]

adik peja...
akak harap adik tabahlah menerima hakikat bahawa dulu pegi kedai orang cakap, "ye dik, nak beli apa?" pastu tgk adik-adik lepas spm jaga kedai, kita masuk kedai dia cakap "akak nak beli apa"?? menten..menten...

skrang akak masuk kedai... awek lepasan SPM jaga kedai tetiba cakap "makcik nak beli apa?" oh noooooooooooooo pitammmmmmmmm

anak aku baru darjah 3 ok, ko panggil aku makcik??? sabo je la... kansel dari nak beli

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

hahahahaha..
peej, akupun pernah lah mengalami sindrom yg sama mcm kau. Agak kekok lah aku nk bahasakan diri aku kakak mula2. Dalam keluarga pun aku x bahasakan 'kakak'. Tapi bila lama2 asyik org ckp mcm tu jek, akupun start lah belajo2 guna bahasa diri kakak..hahaha...mcm dh tua sangat pun ada aku rasa..

ceritacherita said... [Reply to Comments]

heheh samala kita, aku actually mmg rasa janggal nak guna perkataan kakak utk diri aku walaupun umur aku dah 36, so mmg kalau boleh kau panggil je aku dgn nama, tak yah kak kak ni, aku tak kecik hati, aku pun mmg tak reti bahasakan diri kak kat org yg muda dr aku, aku just i u kecuali family members.

bab panggil utk anak sedara tu, ikut je mana kita comfortable, aku sama mcm noy & pg masih suka dengan gelaran mcm dulu2, mak uda, pak ngah, kalau org perak, ayah chik, wan yung.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ye kita mempunyai perasaan yg sama nak2 pergi beli brg kt kedai...mentang2 la aku selekeh badan besar igt aku anak sepuluh keeee???!!sbb tu ai x mau org lain mcm rasa x best je panggil akak..unless diaoau umo ai lg tua ke diaorg kan...?[padahal x sedar dr dh tue]

Vee said... [Reply to Comments]

dulu2 sentap jugak kalau org yg jual2 tu panggil kakak. kalau mula2 mcm nak beli pun, tetiba rasa tak jadi pulak. mmg sentap..

tp sekarang da biasa da :p

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

ha ha ha kurang ajar panggil Mak MOk, maner boleh kecik2 dah ajar biadap.
Betul lah kata PG, Mama pun suggest panggil kau Mak Lang lah..

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Omaigod.. Yelah Peej... Aku slalu kena mcm tu gak... Mane2 g orang panggil akk... Sampai naik lali plak! Sekarang ni kalo sape2 pn aku jumpe aku panggil dieorang adik.. Lantak da.. Malas aku nak sentap2 g.. Mule2 dulu sentap gak la.. hahaha... Why ha? Muke kite nampak tue sangat ke???

Leen said... [Reply to Comments]

Kira ok la tu dapat gak buat pilihan, yang saya ni balik2 rumah nak tengok first anak sedara saya (time dia lahir dok kat asrama), tetibe dah dapat panggilan mak cik. Memang x ada mesyuarat perbincangan apa pun.. lagi sadis :( tapi sekarang dah biasa dah walaupun ntah apa2 ntah panggil makcik,..

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

salam, nak tumpang sampuk..
kalo yg lagi muda blh consider lagi kan..tapi kalo yg confirm2 lagi tua dr kita pun nak pggil "kakak" mmg x sdr diri le tuh.

p/s: u gonna be aunty, but me gonna be granny..hehe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha kalau jumpa cousins kan, diorang ada anak, diorg suh panggil kite mak long!! apekah. "pergi salam mak long.." *what the--* nnti kite tepis la smbil ckp, "auntie wani, ok! bukan mak long!" hahaha. sama je kita dua :DD

A.I said... [Reply to Comments]

peniaga mmg gitu la peej. kadang tu dah sah2 jantan tu kita bleh panggil abang/pakcik. tp dia tetap panggil kita kakak. tu tandanya dia hormat kt kita (^_^)

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

2la kan sis...
im 21 but org tua dr i pggil i kakak..huhuhu..mntg2la i pon besar gedabak cm lemari..huhu...

nk pgil gk sis peej sbb i nk hormat u..hihi...;p

auntie peej la ada class..mak lang ada classic ..haaa..2 2 bulih..hihi

peej said... [Reply to Comments]

annasueG- tu mmg sangat melampau ok. keji sgt tau.

aeinio - hohoh. melekat ke nama tu?

lilred - tu la kan. motip lagi tua nak panggil kita kakak kan. dia nak feeling muda kot. tapi kes pangkat tu. kau terima je la kau akan dipanggil mapong. hahahaha.

cybermummy - hahaha. kan. mcm best la sikit kan. tp nak buat macam mana. kalau dah mmg nasib kena panggil mak mok. tsk.

syida - haha its ok la. dah ok dah. dah adjust diri. so sekrang dah tak kisah. ;p

nad - tu la selalu nampak kau tweet amayee. macam best bunyi dia. tapi aku ada ura2 nak dipanggil mak tam ok. kenapa? sebab aku kan suka orang yang ke arah kegelapan. hak hak hak.

cik1356 - ok la. sbb kau ucu. aku suruh noy amik ucu. aku jadi uda. dia takmo. so dpt lang. lang tak best aaa. :|

sharpshouter - sama la. kalau aku tgk akak tu bahasa kan diri dia akak. aku hormat panggil la akak jugak. tapi kalau kepala lebih kurang sama n dia aku kau aje. aku pun ikut aje. ngeh ngeh

zie - a ah kan. budak mesti panggil jadi taty kan. tp mcm sedap jugak bunyi nya tu. haha.

peej said... [Reply to Comments]

pertmuffin - dia ikut cara la rasanya. mcm dulu ada kawan noy panggil nama. tapi cara tu tak kena. macam weyh pija. tah mcm kasar bunyi dia. dah la budak2. so aku suruh panggil kak pija. kasi respect sikit. ceh poyo. pastu ramai2 panggil kak pija, sendiri terkejut. ;p

farra - tp masa muda pun takda org panggil dik. tsk. tp rasanya if ada org panggil mcm tu aku sepak kot. geli pulak. ;p

suria - best. ada my fren sorang mcm tu. :) hmm bagus jugak idea tu.

pnut - tu la. sekarang ni tengah adjust hati la kan. nasib belum ada panggil aku makcik. silap2 aku terus naik atas kaunter meroyan. hahaha.

sudut hati - hahha. tu la kan. tu la yang aku rasa. tapi mmg dah tu kitaran hidup. so terima je la kan. rasanya dah ok kot. ceh ade jigak kot tu.

cherita - tu la. sama la. adjust ikut orang la. kalau org tu ber akak2. so sama la. if org tu aku kau. kita ikut jugak. mana2 aje la ye.

buyui - tu la. kadang2 sendiri terkejut diri dah 27 tahun. hahhaa,.

peej said... [Reply to Comments]

vee - sama la. mmg memula sentap. tapi lama2 dah ok. suka kau la nak panggil apa.

mama - i dont want. tak suka mak lang. tak best langsung. i want something else. akan ku pikirkan. ada lagi 4 bulan untuk fikir. :D

brain freeze - entah la. masalahnya aku kena dpd 16 thn. keji sgt kan. takkan muka tua. remaja je i rasa. wah nak jugak. tapi rasanya sebab badan ni haaa. mcm almari sgt. tsk.

leen - hahaha. tu lagi kejam kan. tp kata budak2 kan. dorang buat apa pun kita terpaksa terima kan.

huda - serious?? granny? kenapa. u ada anak buah yang nak dapat anak dah ke? lg emosi kan. tetiba ada orang nak panggil diri ini nenek. uwaaaaaaaaa.

wani - kira ok la tu. anak cousin aku panggin aku mak pija. aku cakap, " hello. kakak ok" hahah lagi kes x sedar diri kan.

a.i - ye ke. tp mcm tak appropriate la. if dia dah pakcik. kena la panggil kita adik kan.

twmkeyboard - takpa. sekarang dah ok. memula je rasa pelik2. sekarang dah ramai panggil kakak/sis. so ok aje. :)

nasaoji said... [Reply to Comments]

kak peej.. ;)

hehe...aku pun pernah rasa eh tuanya aku bila peniaga panggil aku "kak"..

tp, en. suami aku ckp, panggilan tu tanda hormat, tak kisah panggil kak atau dik..huhu..

aku xdak adik, lagi sedis tak reti nak bahasakan diri "kakak" bila dgn adik ipar or adik sedara..huhu...

Missy Linda said... [Reply to Comments]

doc mmg suka pggil sape2 akak2..ntah la diorang prasan muda sgt pdahal nmpk sgt tua kot...huhu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...