Instagram : @peejburhan

sekejap je la kecoh. lepas tu nanti senyap je~

aku rasa mesti ramai dah tau pasal kemalangan ngeri kat PLUS dekat ngan junction Simpang Ampat.
aku tau pun sebab mmg kat tweeter aku follow @kltrafficupdate n satu lagi @klroadblock
saja follow sbb boleh tau kat mana jalan tgh jam n ada roadblock ke apa. ;)
so ada banyak tweet pasal accident tu.
kata dorang stuck 3 jam n just bergerak 15km aje.
ada yang tweet cakap. teruk gila la. the worst accident la.
jalan macam kena simbah ngan cat merah(darah) n all.
pastu ada la tweet cakap kat blog ondscene.my dah keluar update pasal accident ni.
so aku tengok la.

kemalangan melibatkan 2 bas, n beberapa kenderaan lain.
12 maut, n 40 lagi cedera parah semua. :(




kau tgk la macam mana hancur kereta tu.
as usual mmg salah bas la kan bawak laju.
time aku baca tu aku rasa tak sedap hati jugak.
sebab ayol kalau weekend mmg ulang alik naik bas KL-Melaka-KL
malam ahad mmg time2 dia balik kl dpd melaka.
tapi tgk takda text ke apa. so i guess dia selamat sampai la.

aku sejak tgk2 gambar2 segala ni. aku jadi sangat takut ok travelling.
tak kisah la dekat2 ke apa. orang bawak lebih 80km/j aku dah pejam2 mata or bebel2.
ngeri ok. sebab tu nak balik melaka pun aku mesti mulut berdoa aje.
sebab serious ngeri.
tapi orang cakap, ajal maut di tangan Tuhan kan. kalau benda nak jadi. jadi jugak. kau berhati2 la macam mana pun.
macam kes ni la. yang salah bas delima tu.
dia bawak laju. tak dapat kawal. pastu langgar pembahagi jalan.
pastu melambung ke arah bertentangan tak silap.
pastu dia langgar bas lain. pastu himpap 2 kereta ke apa. macam tu la.
so bayangkan kau yang bawak kereta tu. kira tak bersalah apa. elok bawak semua.
sekali kena hempap ngan bas. :( hmpphhhhh.

yang bas ni dorang nak bawak laju2 kenapa?
bawak normal boleh tak. kau dah la besar.
aku pernah bawak kembara blk dpd melaka. kena himpit ok.
kiri aku ada bas. yang sama laju. time tu aku bawak 90-100km/j mcm tu.
depan aku ada bas sebab dia nak potong bas kiri tu.
belakang aku pun ada bas. siap hon2 n beam2 aku sebab konon aku lembab. dia nak potong bas kiri tu jugak.
dah la hon bas kuat kan.
kira bas kiri tu bagus la tak bawak laju.
kau bayangkan betapa scary nya. kalau la aku jadi sandwich kat tgh2. :( Nauzubillah.
last2 bas belakang aku tu potong masuk fast lane ok. sebab nak potong semua.
gila laju. bongok.

tapi aku bukan nak cakap apa la.
Malaysia ni poyo2 kejap je.
kau tgk la. isu bas express ni akan kecoh selama sebulan. konon la nanti nak pantau la. buat itu ini la.
tapi nanti tiba2 senyap aje. bukan pertama kali kot kes accident bas express ni kan?
bukan dulu kecoh jugak ke?
contoh la. kau tgk. before ni kecoh pasal buang bayi.
pastu masuk kes dato sosilawati. kes buang bayi senyap.
ni lepas kes bas ni. kes dato sosilawati tu akan jadi suam2 kuku.
semua macam tu la. malaysia ni ikut apa tengah in.

sama la macam industri muzik.
ada musim2 dia.
musim dangdut. bersepah2 la semua nak buat album dangdut.
pastu musim nasyid pulak. amik kau. macam2 jenis nasyid ada. nama2 group nak glamour aja. tak tahan.
pastu musim hip hop. sekarang dah senyap kan? kurang la.
then few years back. konon band indie bagus.
dahhhh. bersepah semua nak indie aje.
sekarang dah start sepi blk.
sekarang aku tak tau la musim apa pulak.
aku tak ikut sangat.

eh apakah tiba2 masuk cerita muzik? tib2. lari topik tau. ;p
ok sambung.
macam jugak la kes ni.
kita tengok je la macam mana kan.
adakah after awhile akan senyap.
ada penyelesaian ke. ada tindakan yang di ambil ke. if ada bagus la kan.
we'll see.

so itu aje.
takziah kepada keluarga mangsa2. al-fatihah.

p/s : pics credit to ondscene.my for more pictures. n cerita lagi detail. sila ke blog http://www.ondscene.my/ ye.



24 Comments:

Che Sue said... [Reply to Comments]

since bas strt terbalik2 ni aku terus phobia nk naik bas..! nk naik flight bazir lak rasa takat dlm negeri je tp tu laa diaorg ni kejar time pija.. nk buat trip byk, let say 1 hari 3-4 trip bley wat.. masyuk laa.. tu yg bw mcm pelesit! sian org yg xbersalah tu xpasai2 kna hempap walhal bw elok je cermat2.. al-fatihah to them all :-(

Pnut said... [Reply to Comments]

sebulan je?? tak kena gaya seminggu je dah senyap... sehari dua je menteri sebok bagi komen, pastu diam le...

luvmum said... [Reply to Comments]

bas memang suka bawa laju2..agak nyer mereka ingat F1 gamak nyer..kami slalu balik melaka memang slalu la bas lebih laju dari biasa.wat aduan pun still mcm tu..dah jadi baru nak wat mcm2 tapi still....

fatster said... [Reply to Comments]

hye kak peej.
just nak share jugak pasal ni.
saya kerja melaka. every weekend memang balik rumah parents kat PD.
and sunday around 5 or 6 pm memang dah gerak balik melaka.
but yesterday macam penat sangat so i have decided to balik early this morning.
and last night masa tengok buletin utama ada bagitau briefly pasal this accident. memang terkejut beruk kejap.
and pagi ni memang nampak sikit kesan accident tu. yang dekat divider tengah tengah jalan ada kekotoran semua la. and ada seketul patrol car kat tepi. entah buat apa.
oh lagi satu. friday haritu when i was on my way back to PD pun kena sandwich between trailer and bus yang nampak macam tengah racing.
bangkai sangat. benci gila.

anyway comment ini panjang macam karangan. maafkan.
may the lost souls rest in peace.

Leen said... [Reply to Comments]

Ngeri betul kemalangan ni.. takziah kepada keluarga mangsa.. bas2 dekat PLUS memang melampau, tak padan ngan besar, laju melebih2

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ngeri ok..ai sll travel blk ke kpg naik bas every two weeks mmg tawakkal je noks...huwaaa...

Lya Colours said... [Reply to Comments]

al-fatihah
gerun jugak, sebab tgk pic kat fb ada org upload, ada gambar tgn tercabut
hurghh seriauu

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

setuju!!!! aku dulu pernah teringin naik bas. pujuk2 pakji, die bg la sekali. tu pon balik dr kampung johor ke kajang berenti dekat serdang time tuh. masa nak naik bus tu pakcik aku tunggu sampai aku naik, masa sampai pakji dah tunggu depan pintu bus. tade la feel apa sgt pon. stakat travel lain kenderaan. boasa kereta hari tu bus

tp yg xbleyh blahnye, aku tak leh tido ok! sbb depa ni among the buses du berlumba atas highway. kejap org ni potong, kejap bus aku potong, kejap bus lain potong. lepastu kenkadang bersiang plak kiri kanan. ya Allahhhhhhh rasa mcm terbang ok! gila nak mampos diorg ni.

lepastu skang ni kalau balik kampung aku yg drive kan, mmg betol la apa ko ckp tu. dengan bus bg high beam, hon. dah la hon kau bunyik mcm serombong kapal, lampu kau tu besar mcm lampu stadium. silap hari bulan yg drive tu ade sakit jantung mmg mampos time2 tu jugak.

for me its not worth a cent to compete with them. nak marah ke apa time atas jalan tuh. tak berbaloi nyawa aku melayang dek kerana pemandu bus bangang. so usually aku akan let them passed. aku rela la ke tepi dr kang tetibe kang keta aku plak bawah bus.

semoga pemandu bus delima tu mati dlm kejadian nih! eh mcm jahat sgt plak bunyik. tp pedulik lah! die tatau ke amanat besar tu bawak nyawa org???? bukan sikit ok. satu bus capacity! kalau die tak mathi, semoga die meringkuk la dlm penjara seumur hidup. ini mcm punye org tak boleh kasik chance!

NenekPenne said... [Reply to Comments]

kalau boleh ambik pemandu bas yang ada sifat sabar laaaa

nak laju2 sangat buat apa.. kalau dia sorang nak mampus, tak kisahlah, ni dengan penumpang sekali kena...

kalau i jadi keluarga mangsa, i saman jer company bas tu..

sekali tengok pemandu tu ada kes kesalahan traffic selambak bak...

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

hu.. Betul la Peeja.. Aku bukanlah nak kate sume pemandu bas ke hape tp kan kebanyakkan la.. Kalo bawak tu macam da takde ari esok ke hape.. Aku lu slalu gak balik kg naik bas kan.. Ngeri jek!!! Hu... Tak psal2 bas JKM ku pun terlibat! Huh!!!

Ietams said... [Reply to Comments]

ngeri rasanya bila tengok

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply to Comments]

ngerinya..uwaaaaaaaaa
semlm pun ade kemlgan kat area curve.teruk jugak xcident tu..

Ann said... [Reply to Comments]

Peeja,

takziah utk semua mangsa..mmg seram eksiden ni...menurut saksi, kejadian ni berlaku pukul 630ptg, masih siang lagi, and bau hanyir darah start time maghrib...driver bas delima tu putus kepala..nasib baik driver bas JKM tu sempat elak ke tepi, kalau tak, lagi haru jadinya..dan ada satu lagi bas yg sempat elak jugak...tp mmg salute kat driver bas JKM tu..walau dia cedera agak teruk, tapi dia cuba usaha keluarkan passenger kat dalam bas JKM tu..bantuan lak lambat sampai, so kebetulan 3rd bas yg sempat elak tu..passenger nya ada yg nurse..dalam 6-7 org camtu..dorang laa yg bagi bantuan kat mangsa...tp yg paling tak bole dilupakan kat saksi ni...suara sayup2 minta tolong dari myvi tu :(:(:(..

ceera said... [Reply to Comments]

kesiannyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
betul la cakap ko, kita bawak hati2 macam mana pun, kalau tetiba ada orang sengal bawak laju2 pun tak guna jugak..

i.z.m.a said... [Reply to Comments]

aku tak tengok berita semalam dan tak tau langsung pasal ni. terasa macam katak bawah tempurung kejap.. :( but, serious la, mengerikan! teringat zaman aku selalu ulang alik Melaka-KL-Melaka naik bas dulu. Delima ni salah satu feveret aku jugak sebab selesa bas die. gulp!

nasaoji said... [Reply to Comments]

mmg bermusim kot kemalangan2 nih...

tak moh pk sgt, aku pun, evry wkend travel kl-ipoh-kl tgk anak..

moga kt jauh dari situasi gtu..

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

takziah buat keluarga mangsa dan al-fatihah buat mereka...

lily lotus said... [Reply to Comments]

siannya keta2 yg kena hempap tu. semoga timbul keinsafan kat driver2 bus yg gila2

cik1356 said... [Reply to Comments]

aku x tenguk berita, takat baca kat blog2 dengan ada org post kat fb.
seriau betol.. aku dah la balik kampung ke johor. tapi bus memang laju2... aritu masa otw balik lepas raya 2-3 bijik bas potong aku. aku kt lane tengah dah tekan 100. agak2 dorang bawak bape la kan...
al-fatihah untuk arwah2.

dhr said... [Reply to Comments]

betul tu Peej..i pun same risau sb my sister mmg ulang alik h/way tu time weekends..it could be anybody kan..tp sedihla kalo jd mangsa keadaan sb salah org lain!

PertMuffin said... [Reply to Comments]

pemandu bas JKM tu husband memberku.. then salah seorang yang mati penumpang dalam bas tu (sofia) anak murid my sis. comel budak tu.. nak gi jumpa boipren kat kl.. tak panjang umur.

tetiba aku teringat penah baca cinta misteri dulu2.. ada mamat nih nak gi jumpa awek dia. pastu tunggu2 tak datang2 awek tu..pastu 2-3 hari awek dia tak contact. mamat tu sampai tensen + fedap..

tak lama lepas tu dia dapat sms dari awek dia, suh cari dia kat sekian-sekian belukar..
rupanya awek dia mati eksiden langgar lari, mayat tak dijumpai. kira roh awek tu yg antar sms kekdahnya..

anyway, mmg sedih. sbb banyak nyawa yang tak bersalah menjadi korban..

tadi dengar kat buletin dia kata driver delima tu tak pernah kena saman, tak pernah buat masalah.. tup2 bawak bas laju gile macam yahudi mabuk..dah nak sampai ajal kan...
mungkin dia ada sindrom kemurungan yg menyebabkan dia bertindak luar kawal (ini aku tuduh jer...bukan fakta pun)

apapun, al fatihah utk mangsa muslim.

peej said... [Reply to Comments]

che sue - nasib la zaman aku naik bas masa form 3 tu je. time tu takda pulak rasa dia bawak laju ke apa. sbb mmg tak sabar nak blk rumah pun. ;p

pnut - tu la kan. nak gak tulis 1-2 minggu. tapi mcm keji sgt. so bg chan la sebulan katanyer kan.

luvmum - tu la kan. adu pun ke syarikat dia kot. so sapa kisah. dorg mmg nak cepat. sebab nak buat berapa trip kot.

fatster - rasanya benda ni xkan settle sampai bila2 la. kecuali ada orang cipta device yang install kat dlm bas2 ni. laju je boleh detect.kan?

leen - tu la kan. dpd dulu sampai sekarang. sama aje.

buyui - tu la kan. mintak dijauhkan la segala ni kan. Amin.

lya - benda2 macam tu la bg lagi takut nak travel. :/

lilred - kan. dah la hon kuat nak mampos. mmg boleh heart attack. aku mmg selalu bg laluan pun. tp mmg scary la selalu kena macam tu kan.
mmg mati kan pemandu bas tu. entah la. berita kata pemandu tu takda rekod kesalahan apa2. n dorg takda bukti yg bas tu bawak laju. entah la. maybe mmg dah ajal kot.

nenekpenne - x silap dorg kata takda kesalahan apa pemandu tu. clean. susah nak cakap la. i mean kita sebagai umat islam. bila fikir. semua ni dah tertulis kan. kalau dah ajal kan. kemalangan ni penyebab aje.

brain freeze - tu la. x kisah la naik bas ke naik kereta. tp kalau begini cara. kita yang naik kereta lagi scary kalau dah kena himpit ngan bas kan.

peej said... [Reply to Comments]

ietams - tu la. ada blog yang tunjuk lagi ngeri2 kan. tak sanggup tgk. :(

nemo - smlm aku pergi kat curve. kat belah mana accident tu?

ann - Ya Allah. scary nya cerita ni. huish. nasib la aku takda kat kawasan tu. kalau x dah lama pengsan. :(

ceera - tu la kan. kalau benda dah nak jadi tu kan.

izma - ye ke? tak tau bas ni. sebab kalau zaman2 aku naik dulu transnasional or naela. lagi satu apa tah. lupa.

nasaoji - ye moga dijauhkan. Amin.

intan - ye. takziah dan al-fatihah. :(

lily lotus - ye. dan jugak pemandu2 kereta. sebab kadang2 dorang ni suka pecut tak agak2 jugak. hmphh.

cik1356 - tu la kan. rasanya mmg lagi laju la. tah apa la nak kejar sangat kan. apa la guna slogan, " biar lambat asal selamat". aku je yang amalkan kot.

dhr - betul jugak. tapi bila pikir. takleh nak cakap la. i mean mmg dah tertulis benda nak jadi kan. dah ajal. kira kemalangan ni penyebab aje. :(

pertmuffin - tu la. most mangsa muda2 lagi kan. tak silap dorang kata takda bukti pun bas tu dibawak laju. entah la. susah nak cakap kan. tapi serius sangat scary. bg aku bertambaht2 takut nak travel.

Iz said... [Reply to Comments]

Bas memang laju kalau kat hiway. Aku kan dulu biasa balik Kuantan naik bas, selalunya aku duduk depan sekali tau.. bila tengok meter bas tu, max 110km/j. Dia tekan sampai habis! Memang laju. Siap dia yang bagi lampu kat kereta lain suh ke tepi.

Kalau bas potong kita, memang berayun kereta, kena pegang stereng kuat2. Impak dia memang kuat, rasa nak melayang kete aku yg kecik cinonet tu.

So smlm bila baca org ckp "bas tu takde la laju sgt, dlm 110km/j je" - itu maknanya max speed, sgt laju bagi bas ok. Kereta kalau 110 memang tak laju sbb tayar kecik. Kau tgk tayar bas besar mana kan?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...