Instagram : @peejburhan

random gambar

ni gambar2 untuk minggu lepas.
katanya aku ni kan suka tangguh2.
malas nak buat satu-satu entry. so aku kasi kumpul semua sekali je kan.

sapa yang rasa-rasa nyampah nak tengok asyik la cerita makan aje kan.
well. nak buat macam mana. tengok badan la kan.
dah katanya makanan adalah sangat men-terujakan. hahhaha.

aku ni ikut mood if nak masak. if malas tu memang tak dapat di tolong.
ikutkan nak makan kat cafe aje. tapi nanti noy tu emosi lak tak tunggu dia la apa.
tapi nak tunggu dia bangun. boleh kebuluran ok.
wah kebulur ke? macam tak percaya je kan.

tiba2 teringat ada cucur. yea terus melompat ke dapur.
dah lama ok beli. tapi tak buat2. bagus.
senang. kasi tuang. kasi letak air. kasi cucur. goreng. ngap2.



aku lagi suka kalau ikan bilis. ikan bilis punya dah makan kot.
tapi kita orang akan alter. tambah ikan bilis. kasi lebih ;p 
n if tgk kat fridge ada cili dah siap blend. kasi tambah gka. kasi pedas. nyam.
tapi hari tu takda. so mmg segera abis la.
hoh suka.

:: cicah ngan sos tomato. sukaaa. aku suka tomato. tak suka sos cili. ntah kenapa. ::

ni lak lauk2 mama masak hari tu.
dia suka semangat2 tau.
ikutkan dia nak buat pulut kuning n rendang.
sekali pulut takda. so makan ngan nasik aje. pun lazattttttttttt.

:: rendang daging ::

:: kangkung goreng ::

:: telur dadar ::
:: sambal belacan :;

:: ikan tenggiri masin :;

hoh sedap tersangt. sukaaaaaaaaa.
papa n noy keji ok.
dorang makan ikan masin tu. 
aku tak makan. aku mmg ikan masin n sambal belacan ni ikut mood je makan.
usually tak la. tak suka ok. dorang macam pengisa. penyedap.
kang tak pasal kau macam nak tambah2 nasik. so baik takyah kan.

anyway. dorang tanya la ni ikan masin apa.
aku cakap la ikan masin tenggiri. tak percaya ok.

noy : apa? tenggiri tu apa?
me : yang petak2. kau panggil ikan ninja turtle tu la. 
noy : tapi ni tak petak.
papa : ni bukan yang acu bagi ke?
me : tak la. acu bg terubuk. ni tenggiri la. ni bahagian ekor. mmg mcm ni la.
noy : mana ada la. tak pernah nampak pun mcm ni.
me : aku tau la. aku nampak kot mama masak tadi. dia keluarkan dpd bekas ikan masin mcm kita tu la.

tetaplah taknak percaya ok.
sampai aku tanya mama tu ikan masin apa.
mama cakap tenggiri baru nak percaya.
tah apa-apa tah.

tu takpa.
pastu tertido tgh hari tu.
wah tertido ke mmg kuat tido kan.
bangun2 je tengok mama buat lempeng pisang.
favourite. dah la lamaaaaaaaaaa gila mama lempeng. banyak la tu.
aku dah macam tak tahan ok.
aku cakap. dah-dah2 la tu kan.
baru la dia kata last.

siap je terus aku capai nak ngap.
terus kena jerit, " hoihh. amik la gambar lempeng mama. penat tau mama buat. ambik pic dulu baru makan"
citttt. potong stim tau.
terus snap cepat2.

:: rasa-rasa yang mana yang aku capai nak ngap tu? ::

siapa jawab yang paling garing.
ye. anda memang pembaca setia. tau-tau je i suka yang black2 kan. mueheheh.
sedap ok. aku suka. sebab macam keras2. krup krap. pastu tengah lembuts. 
oh me loike.

within minutes licin ok lempeng ni.
mama makan half je kot.
yang lain2 aku, noy n papa bedal.
pastu tergelak2 sendiri.
sebab bersilang2 tangan.
tiba-tiba terasa kita orang macam piranha ok.
letak je. zass.zasss.zasss. licin. 
pastu ckp kat mama. mama jawab, "sebab tu mama buat banyak. mama tau sangat. semua suka. papa aje oleh abiskan 4 keping."
ye kami mmg piranha.

:: teh tarik by yours truly. sedap weyh minum2 petang. layan ::

ni pulak masa aku teringin nak ayam penyet.
tapi kesepian. noy kerja.
aku jenis tak suka keluar sorang. or makan sorang2. macam pelik sangat ghupenye.
so harus bungkus ok. siap request nak sambal lebih.
selalu ala2 tak puas kan.
hambikkk. banyak gila ok dia bagi.
mmg puas hati la makan.



tapi tak larat abiskan sambal tu. 
3 suku je. lg suku tak larat.
sebab dah menangis2 ok makan.
well aku tak tipu bila aku cakap aku menangis makan.
tak caya tgk pic bawah ni. haha.
if besarkan can actually see ayaq mata ok.
mata still bergenang2 tu. pedas sangat.


:: excuse the ugliness ye ::

this was suppose to be a short entry.
tapi aku ni kalau dah bercerita mana nak reti sikit2.
ok la. tu je.
selamat tgh malam uolls.
it's halloween baybeh.
halloween la sangat. aku kat umah aje.
jangan tiba2 ada yang nak berparty kat umah aku sudah.
me alone. me cho sraced ;p




13 Comments:

aliaaroslan said... [Reply to Comments]

kak peej, lempeng pisang tu boleh mintak recipe tak?

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

HEHEHE...
ur mom mmg sllu msk mcm2 kan...=)

giler pedas smpai kuar ayaq mata...
x cirit ka sis?? heheh...;p

~Cik Ati~ said... [Reply to Comments]

ala...sedapnye..nk tnye la sis..mcmane nk bt telur dadar mcm tuh? sy bt x best pun rupenye..

p/s: sy ingat sy sorg jek x berape suke sos cili..huhuhu

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Ha Ha Ha kawan peej mintak recepi lempeng pisang tuh...
Yang buatnya mama, peej reti ker??
Anyway, pisang ada lagi..mama nak cuba buat kek pisang lilRed lah..tapi masih tertangguh lagi...

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

lempeng pisang me loikeeee too.setuju dgn aliaroslan, resepi buleh?

eh, aku rasa ko mkn ayam penyet menangis2 tuh adelah sgt kiut.sbb muka inesen habis.haha

Melati Anne said... [Reply to Comments]

lempeng pisang & teh tarik memang classic. sedapnya sejuk2 ni kalau dapat makan :))

Tijah said... [Reply to Comments]

pisang tu kannn. ko celup ngan coklat cair jer nok (cadbury paling sodap) pastu ngap. orgasm wa cakap lu.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sini dh mula ujan all the time..sekali nampak lempeng,cucur ngn teh tarik...harussssss ptg ni ai buat!!teh tarik je lah..muehehehe![tu pn kalau pergi kedai]~dasar "rajin" :p

A.I said... [Reply to Comments]

tu diaaaaaaaa!! smp meleleh2 air mata kau. perrrrgghhh..musti yg terbaek punye sambal tu. aku ni berkolah2 dah air liur bertakong dlm molot bila tgk gmbr yg kau tepek ni. ayoyo..mlm ni aku laok telo mata je..geget ngan cili api. huhuhu very the 'Bersamamu'!!

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Ye.. Ini entry paling laju okie... 3 in 1... Mcm instant coffee dah! Owh lempeng pisang.. Meleleh air liurku melihatnye... Lame dah tak makan! Ko saje lah kan... Nk bg orang teringat2 lempeng tuh! Cekodok pun same.. Lame dah tak beli instant punye!

cik EPAL said... [Reply to Comments]

lempeng tu nampak simple. tapi cam menyelerakan la pulak daripada yang lain lain. ehehehe =)

peej said... [Reply to Comments]

aliaa - haha tak dapek nak menolong sbb mama yg buat. mak tau makan je uolls. haha.

talkwithmykeyboard - hahha. cirit kira cerita lain la. ;p

cik ati - entah la. sebab mama yang buat. pernah gak dulu buat entry tanya dorang macam mana nak buat. dorang kata api kena panas n minyak lebih. something like that la.

mama - tu la pasal. wah. nanti dah siap kek. sila roger k.

sharpshouter - tiba2 rasa mcm nak makan ayat penyet. pffftt.

anne - syiok sangat.

tijah - lain macam kau ni. sampai orgasma.

buyui - hahha. ceh. mmg hampeh tau.

a.i - aku kan. mmg suka pedas. tp aku takleh makan gigit cili api. ntah mcm scary. ;p

brain freeze - tak la. dah ada gambar alang2 kan. kasi tepek je la.

cik epal - sedappp. esp letak pisang lebih kan. hoh. terbaik.

shuweet said... [Reply to Comments]

wahhhh.terliur lagi aku tengok lempeng pisang tu..kalau kat belah perak deme panggei tepek pisang...die letak ateh daun pisang, then daun pisang tu lipat 2 pehtu letak dalam kuali leper..balik2 kan sampei masak...sedapppp jugeeeeeeeeeeeeeeee

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...