Instagram : @peejburhan

random bebelan

ok i dont anything specific to talk about.
so macam tulis je apa tergerak ye.

first nak tanya. kucing pun ada darah nifas ke?
ok before that. dalam sebulan lepas kot.
noy cakap, kawan dia ivy ada bela anjing.
ivy tu cakap. anjing ada period. so nanti akan ada berdarah.
pastu kawan dia tanya takkan kucing takda.
entah. setahu aku takda kan?
aku pun x sure. sebab the last time kita orang bela kucing betina back in 94 macam tu.
lepas tu bela kucing jantan aje. sebab mama takmo kucing betina. takmo nanti beranak2.

anyway. aku takda jawapan kat situ.
tapiiiiii. ni yoki dah beranak. n aku rasa dia ada darah lepas beranak tu la. erk.
sebab aku pernah nampak kat buntut dia tu.
pastu dia tenggek2 tepi aku. bila dia macam duduk tu. eh duduk ke berdiri.
ah apa2 la. ok bila dia duduk tu. bontot dia akan kat lantai ke sofa la kan.
merasa. melekat ok darah2 tu. euuuuwwww.
pastu kat area cat condo dia tu. penuh darah2 tumpuk2 la. melecek2 la.
aku nak snap pic. tapi takdo camera. nanti la.
tp rasanya sebelum aku sempat snap. aku dah bersihkan kot. geli aahhh.
korang pernah kena tak?

ok tukar cerita pasal toilet pulak.
aku adalah sangat cerewet pasal toilet.
sebab aku adalah beris n kenc sebanyak 80 kali setiap hari.
so aku suka toilet yang selesa n bersih.
selesa bagi aku ialah kena ada paip tepi. sebab gila kering if takda paip. kan?
ok la kalau toilet kau tak cantik. aku bukan mintak toilet macam hotel.
tapi biar bersih la kan. ni ngeri semacam aje. uwaaaaaaaaa.

kau tak boleh buat apa if public toilet la. tp if kat rumah tu. biar la bersih kan.
contoh. kasi sental la lantai, sink, toilet bowl tu.
ni berkerak semacam aje. kadang2 rasa nak tolong sental aje.
kadang2 aku buat ok. aku try sental2 toilet rumah orang ngan kaki aku. hahah.
paling ngeri toilet bowl la. berkerak.
ok la kadang2 kita lupa. tapi takkan 3 hari sekali takleh bersihkan kot.
banyak cara ok. kalau malas sangat n taknak nampak ngeri.
beli la benda biru tu. so that bila pam. air kau jadi biru. so tak nampak la kerak2 tu.
bukan mahal pun kan.

oh paling syiok. baru2 ni beli la harpic :D
ye aku n noy obsessi toilet.
selalu la aku tgk iklan kat tv. konon pakai je tu. orang rumah tu teruja konon bersinar toilet bowl dia.
aku rasa macam poyo n penipuan. i mean. elehhh. kau buat iklan mesti la kau cakap bagus kan.
so aku pakai la benda tu. aku letak tu. biarkan aje selama mungking.
aku hanya akan pam lepas aku masuk blk toilet lepas tu if nak kenc ke apa.
amazingly. mmg macam nampak bersinar2 ok toilet bowl kau.
mmg la kau sental ke apa ke. mmg bersih. tapi lepas pakai benda tu. mcm nampak extra glow.
sumpah tak tipu ok. so adalah sangat suka. :D
oleh itu. sila la beli. nescaya berpuas hati. hahaha

aku ingat lagi pengalaman ngeri aku masa dok umah sewa.
mula2 aku kongsi toilet ngan noy.
so adik kau. dia malas pun. aku tak kisah nak bersihkan. sbb kata adik aku kan.
sampai la noy pindah. then ada budak baru masuk.
so aku kongsi la toilet ngan dia.
aku rasa nak nangis ok.
sebab ada sekali tu aku masuk after dah lama tak balik.
lantai berlumut toksah cakap la. ngeri nak mampos.
then aku kenc. sekali air tu naik ke atas ok. nasib tak melimpah.
n amik masa berjam kot nak turun. uwaaaaaaaaaaaaaaa.
nasib aku kenc. kalau aku beris?????
sumpah aku tak tau apa yang dia buat.
aku dok setahun takda apa. dia dok 2 bln jadi mcm tu.
lepas tu tak lama terus aku pindah. x sanggup.

cea matiklah bebel kan.
well aku ni takda la rajin mana.
boleh tahan pemalas.
tapi takda la sampai sepah or kotor takleh nak bernapas.
aku suka biar rasa selesa.
tu kadang2 aku sembang2 ngan mama.
cakap pasal rumah.

kita org umah boleh tahan kena bom la kadang2.
tapi dapat call dpd orang otw nak datang umah je. macam kartun semua orang sama2 kemas umah.
tiba2 dpd bantal berspeah ngan tilam tgh umah.
pinggan n cawan2 penuh kat coffee table. cermin coffee table berkerak.
dalam x sampai lima minit. umah kilat2. if sempat kadang2 siap vacuum ok.
ok x la kilat. tp takda la tahap semak.
kira bersedia menerima tetamu la.
sbb tu cukup pantang. orang datang rumah muncul tiba2. sbb umah kena bom. malu la kan.

so bila benda tu dah di terapkan kat jiwa kita orang dpd kecik.
mesti nak umah kemas.
tau je orang nak datang. mesti akan vacuum, if rajin mop. kemas2.
walaupun tak la lawa ke apa. tp biar orang selesa kan.
takda kau rasa sakit jiwa n tak selesa lepak.
but sangat pelik ngan certain people yang tak amik pusing pasal benda2 ni.
ada yang buat majlis besar2 kat umah pun. umah sepah tahap melampau macam hari2 biasa. u crazy?

ok matiklah tiba2 mak bebels dpd pasal kucing. ke toilet. sampai la ke rumah. ;p
well this is the time of the month.
merasa la semua benda aku rasa annoying aje. ngeh.
korang macam mana? korang tak kisah ke? ke korang pun takleh biar umah berselerak/kotor sangat?
oh jangan lupa jugak jawab soalan aku pasal kucing tu ye.

17 Comments:

Iz said... [Reply to Comments]

kawan aku dulu bela kucing banyak.. dia kata kucing betina memang period. Bukan darah nifas, tetapi ialah period. Tapi aku tatau la sbb aku tak bela kucing. Kau cuba confirm dengan Chics. Dia kan ada MJ. hehe

khairierahman said... [Reply to Comments]

shared toilet, where the other party malas nak sental is horrible. i feel you. seriously. pfft.

Tijah said... [Reply to Comments]

mak tak bela kucing so mak tatau. tapi pasal kebesihan toilet mmg setuju. lagi satu tak suka toilet letak benda lapik plastik yg tajam2 tu. eeeee. mengumpul cacing ok benda tu. nyesal beli last2 letak luar je buat alas selipar.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

yg kucing tuh, x tau sebab x pernah bela kucing
hohohoho


yg bab toilet tuh, sepatutnya bersih la. x haruslah pemalas sebab toilet tuh antara tempat wajib dikunjungi kan.haha

tapi pernah la dulu zaman study, dok rumah sewa. so dlm rumah ni ada 2 grup. 1 grup aku, 1 grup lain. yg grup lain ni, bapak pemalas la. da la menyapu pon x penah, asik ktrg je. buang sampah jgn ckp la. dorg tau buang je, bila sampah penuh, x nak plak tolong letak sampah tuh kat luar. pernah ktrg geram, biar sampai berulat. last2 ktrg jugak buang. bodoh gila.

toilet lagi la, mmg ktrg gilir2 cuci. pernah ktrg fedup gila, malas nk cuci, pastu ktrg memekak sendiri "sape punya turn cuci ni hoiii".. boleh x dorang buat x tau. sakit jiwa btol. dah la bila mandi, rambut sepah2 kat lantai, bukan nak jirus elok2 kan
mmg bangang la. sakit mental

nasib zaman tuh da lepas
kalau still sampai skrg, sure aku duduk dalam keadaan rasa nak bunuh sorg2

Hanis Zalikha said... [Reply to Comments]

Kucing kiter period. Tapi tak menentu. Kadang2 lamaaaaaa sangat tak period. Tiba2 period balik. Ada juga yang tak period langsung or suka jilat bontot jadi tak sempat nampak period dia? Tah2 pakai tampon

darling8tabby said... [Reply to Comments]

period tak sure...tapi kalo lepas beranak mmg dorang ada darah balance beranak tu..normally 2-3 hari dah kering dah..kalo dia rajin cuci *jilat* ok..lagi cepat kering...

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Seingat aku, aku tak dapat ingat jugak hahaha.. berabis mengingat ni tak dapat huhu.. sebab kami bela kucing betina time kecik2 dulu. waktu dah besar tua bangka kami bela kucing jantan saja, sebab sama alasan dengan mama peeja, kucing betina asyik beranak..

Pasal kebersihan tandas pulak, teringat kata pensyarah...kalau nak tau orang dalam rumah tu pembersih atau tidak..masuk check dalam tandas dorang.Kalau bersih, memang pembersihlah seisi keluarga dan sebaliknya.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

pasal kucien tak boleh bagi idea sebab tak pelihara kucen

lagi tak tahan ya bila someone buang air besar, dia punya bahan buagnan tu kadang2 terlekat2 kat pelapik tandas.. ooh what the fish sampai ke situ.. errr geli sey...

Wirdalisa said... [Reply to Comments]

Haha pasal toilet, hamba sungguh benci nak tumpang toilet public macam stesen bas. Dah lah kena bayar untuk masuk, abehtu lecak lah - pintu tak leh tutup lah - and paling best, kotor tahap hamprak. Ish geli!

Tapi ada juga toilet orang macam gitu. Pemalas harem lah katanya!

Anna said... [Reply to Comments]

kucing dan anjing memang ada period. Sehinggalah di ikat.
pengalaman- kucing saya bila dia period darah akan keluar dibahagian belakang. Ditahap kesuburan yang tinggi darah akan sentiasa keluar, kekerapannya membersih punggung pun tinggi. Kadang kala kucing nampak kurang selesa dan diwaktu ini kucing jantan akan datang rajin sniff punggkuk.
Anjing, angjing yang direscue di beri kepada org. Disebabkan anjing tersebut masih muda, blm diikat, bila periodnya datang ia akan keluar agak banyak. Sehingga terpaksa dicuci lantai simen.
Kucing kalau beranak kalau dia terhenti kena sediakan sedikit air dan vitamin ke atau makanan. Seperti manusia,pakai drip ada continous supply.
kadangkala, kita kena perlu menolong mengoyakkan amniotic sac for the first time.

Keep an eye supaya kucing tidak mengandung lagi sehingga diikat. Mereka boleh mengandung walaupun masih tegah menyusukan kittens..

Pasala toilet berkerak, bayangkan its a reflection of the owner's cleanliness internally and eternally.
I have been to this person's hse, nak ambil kuih etc dan makan makan. alamak bilik air nama saja brand new,less than 4 months, tapi Ya ....nak muntah..hilang selera nak makan nak beli apa apa.
Ni jenis bleh duduk bertenet berjam jam, kemas rumah adalah vakuum lantai je kot..
Pastu dtg rumah saya, dia guna bilik air bah. Dah disekian macam watering can untuk cebuk sbg gayung, dia pakai bekas apatah..abis air basuhan yg kotor.. keluar kebelakang toilet seat dan lantai.Hancing dan yeeek..

Our people has got to learn how to clean the toilet and use it properly...

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

yeap, kucing2 aku pon sama mcm darling8tabby ckp. lepas beranak, dia mcm ade balance darah. so mmg melekit2 je cop2 darah bentok bontot die di lantai2. tensi. kang tetibe pat tgn aku pon ade darah tu skali. hoihhhhh

pasal jamban! aku cukup pantang lah. ni aku bukan buat2 cerite ye. tu tukang citer mak ji tu ido lg kalau ko nak tanye die. aku tgk jamban burok, penuh pasir, alaaa senang citer jamban pat kampung aku dulu la. nak beris, taik pon tak nak keluar ok. punye dasat nye. cangkung la situ 8 mlm pon, stool aku mmg tamau keluar, bahana jamban berpasir n buruk. belom jamban kotor ye. aku cukup pantang pegi public toilet yg paip die keluar ikut dlm jamban tu. tepancut kenkadang sampai kene sependa. nak nak skang ni jamban cangkung pon dah ade bende alah tu. apa salah nye pakai paip??? jamban jasko gak terbaik, dah la pakai paip, air die laju menderu. perghhhh puas mencebok!

kalau tumpang bilik air rumah org, atau bilik air in flight, lg tekanan. sbb laki pompuan share toilet sama kan. bersepah baki2 kencing tu akan membuat kan aku heart attack. jijik okeyh! belom lg tetibe ko masuk jamban tergelincir sbb lantai licin dengan kulat. aku pon jgn kan toilet rumah org, kenkadang tu public toilet aku simbah sental2 dulu sebelom aku membuang.

nur aishah said... [Reply to Comments]

kucing period? tak pernah nampak plak w/pun kt umah ni ada 4 ekor kucing betina. Tatau la kan kot2 kucing i curi i punya pad nak coverline.hihi takpun mcm hanis ckp kucing tu dh jilat. Kucing i ni suke bersolek(suke jilat2 satu badan+muka). So tak perasan pun time bila ada kuar period tu.
Then pasal lepas branak tu mmg akan ada balance darah tak kuar lg. sbb tu ada stengah kucing lpas branak nampak cam buncit lg.tp lpas tu tetibe dh ramping balik.hehehe

Che Sue said... [Reply to Comments]

kucing ada peyet? err..aku tau ikan pari je ada peyet (err mana aku tau ni?)

pasai toilet tu kan..aku pun tak menahan kalo berkerak..dah biasa bersih2 gitu..and sum more..diaorg kata, tgk dari toilet je dah tau keperibadian seseorang..i mean tahap kebersihan dia laa..thats why dulu2 orang2 tua nk merisik anak dara, time mai rumah dia wat2 nk pinjam toilet..nk tgk bersih idak..sb kalo bilik sekecik itu takley jaga..camne nk jaga umah tangga..(cewah aku dah mula ceramah!)

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

urm, kera betina aku tau mmg ada sbb uncle aku bela. meleleh wooo. tp spjg pngalaman aku bela kucing betina, tak prnh la pulak nampak apa2 pendarahan bagai...

eh, family aku pun mcm tu. sbb ayah mmg tekankan btul bab2 kebersihan ni. tp aku tau ada satu family ni yg kl ko pijak lantai dapur dia ko akan rasa mcm jelly jelly sikit.lepas tu bila mak aku tegur, this aunty ckp diorang suma kat rumah dah biasa pakai selipar kat dapur, so tak sedar pun. bolehh? haha

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Ayo.. Aku pun tak bape suke la tandas yang berkerak and tak bersih ni. Dari jadi nak membuang terus terbatal! Aku ni pun takde la perajin or pembersih mane tp bab2 tuh tolong la sikit kan.. Malu lah orang datang umah ko tengok tandas macam longkang! And betul la peeja... harpic tuh memang baguih!!!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ntahnya. kucing tak period kot. sbb kucing kite si carpet tu, dia berdarah time nk beranak je. tu pun dia ada duduk atas lap, habis seluar jeans kite ada tompok darah dia!! wackt!!

Ita Shadila said... [Reply to Comments]

ha dah ramai pun reply komen.. kucing period gak n nifas gak.. tp period biasanya derang jilat cepat2.. nifas tu leh ada nampak trace dia kat alas sotkabar or kain towel tempat dia branak.. maybe sbb x sempat jilat sbb kittehhh tgk menetek, takleh bongkok2 jilat buntuit

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...