Instagram : @peejburhan

nasi lemak taman bandar

dah sekian lama mengidam nasi lemak.
aku tak tau area sini nak carik nasik lemak kat mana.
ok sebenarnya if carik mesti jumpa. tapi tak pernah cari pun. ;p
anyway. sebenarnya paling teringin nasi lemak city garden.

tapi adalah tak berani nak menyuarakan kat noy.
dia tu timing merepek sikit.
if mood baik. bagus la.
if mood dia tak baik. aku cakap teringin nak makan apa2.
mau kena maki. mula la dia bebel2 cakap, "mmg takkan kurus la kau. memanjang teringin. macam tak pernah makan. bla bla bla"
seksa ok.

sekali tiba2 dia yang suggest nak makan tu.
alangkah gembiranya. rasa nak menari goyang buntuit aje.
tapi ala2 coverline la kan.

noy : saya nak nasi lemak city garden la. kau nak?
me : aku ikut aje. kalau beli aku makan la.

wah ayat. macam di paksa2 kan.
rasa nak sepak muka sendiri laju2. haha. ;p
tapi pergi sana adalah tak best ok.
sebab kawasan tu adalah port rempit.
kau boleh jumpa 4-5 group. satu group paling sikit 15 orang ok.
tak ke trauma. hmphhhhh.
tapi mau makan punya pasal.

so if korang teringin. baik bungkus n makan kat rumah aje.
lepak sana adalah membinasakan. wah binasa katanya.
so beli-beli. terus gerak.
of coz ada la suara2 remps tu. buat bodoh je jalan laju2 pergi kereta. scary.


kita orang beli sekali sambal ikan bilis petai goreng tu. sedappppp.
tapi mahai. sesenduk rm3 ok. kita orang amik 2 senduk.
siap ratah2. sedap sangat.
esoknya pulak boleh dating.
merasa, sekarang dotdot panggil aku petai kesayangan.
sebab dia kata aku bau petai. terima kasihhhhhh.

sangat heaven. sumpah sebungkus tak cukup.
kalau zaman dolu2.
papa if keluar minum ngan kawan2 dia.
mesti dia balik bawak 20 bungkus. pukul 3 pagi pun sanggup bangun makan.
if papa beli. aku boleh makan 4 bungkus sekali gus ok.
siap esoknya pagi makan lagi 2 bungkus. dasar buruk lantak.
sedap ok.

masa makan ni sedikit sedih. sebab teringat kat arwah maktok. :(
sebab dia suka nasi lemak ni.
if papa balik tu. mesti kita orang kejut dia.
terus dia bangun kumuh2. makan sama-sama.
al-fatihah.



tapi time tu noy cakap.
dau bungkus je cukup kan.
aku cakap cukup. tsk. padahal celah gigi je nok.
kang aku kata nak 3-4. kena tempeleng pulak kan.
tapi noy makan satu aje. muehehehe.
so merasa esoknya sarapan aku makan 1 lagi tu. weeeee~

oh one thing aku suka pasal nasi lemak ni.
kata la kau beli kul 2 pagi. panas2 lagi.
tiba2 kau rasa xmo makan.
esoknya kau nak makan kul 10 ke 11 ke.
Insyallah elok lagi la. so syiok ok.
takda basi ke apa. oh suka.
aaaa..aku cerita2 ni tiba2 aku teringin. pfffttt.



oh kalau pergi sana.
sila la beli sekali teh ais dia ok.
sedap nak mampuih.
sebab macam teh kampung tu. terasa teh dia. terbaik la.
oh aku load gambar ni tadi.
terus aku masak air ok.
sebab teringin nak minum teh ais di malam hari. ;p

ok tu je.
sapa pernah makan. betul tak best?
siapa tak pernah. sila la try. best.

16 Comments:

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

kul 5 pg i bc blog u sis..
make me hungry okehhh..huhu....

grgnyer noy tuu..hihi...

i suka la u n ur shayang tu sis..
x hipokrit n boleh time each others...
suka tau psgn cm tuu...
i hope i got one..=)

Che Sue said... [Reply to Comments]

alaaa ko in pijaaaa buat teringin la pulakk! mana aku nk gagau daun pisang nk bikin serupa ns lomak city garden!! isk!! sedihh toi jd anak perantauan ni ;-(

@xiM said... [Reply to Comments]

lokasi city garden tu kat mana ekk?

A.I said... [Reply to Comments]

ayoyo...nape bila kau criter pasal arwah mak tok kau tu aku tetiba jadi sedey ni..isk (tingat kt arwah nenek aku jugak)...tsk tsk tsk..

shuweet said... [Reply to Comments]

aku pun teringin gak..tapi slalu g yang kat ngan keramat supermarket tu je...sama gak nasi nyer cuma lauk tak sebanyak kat city garden...

Melati Anne said... [Reply to Comments]

Sedapnya nasi lemak. Kejamnyaaaaaaaa mana nak cari nasi lemak kat sini!

kak Peej, i like your blog. sangat funny okay. been reading your blog for a month kadang2 baca entry lama gelak sorang2 okay ;)

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

aku baca dlm keadaan lapar, omaigoddddd lg lapar lapar lapar.

aku tak pernah jumpa orang buat sambal petai utk makan dnegan nasi lemak.kl nasi tumis tu pernahlah. hehe

peej said... [Reply to Comments]

talkwithmykeyboard - harapnya berpanjangan la macam tu kan. jgn tiba2 berubah sudah kan.

che sue - kau over kan siap nak berdaun pisang bagai. buat macam biasa pun best kot.

@xim - rasanya pernah buat map la. dia kat kg baru. kat sebelah suntan abd samad club x silap. dekat sebelah sekolah puteri wilayah. biasa tak area tu?

a.i - teringat la. sedih sangat. :(

shuweet - really? kat mana? management yang sama ke apa? ke yg kat keramat tu seakan2 sebab nasi lemak kecik2 jugak?

melati - kat mana itu? if susah sangat masak sendiri ke. haha. thank u. glad u like it :D

sharpshouter - hah tak faham. maksudnya tak pernah tgk sambal goreng ke? ke tak pernah tgk org makan lauk ni ngan nasi lemak?

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

ketinggalan aku.
sejak bile ko dan dotdot? teringin benar aku nak tgk. hikhik.

noy sejak azali bahasakan diri die saya ke? somell. ;D

peej said... [Reply to Comments]

annasueG - selalunya saya la. kadang2 guna gak la aku. tapi kita orang mmg guna saya/kau. haha tak sesuai kan. apa yang teringin sangat tu? macam mengidam aje. haha

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

tak pernah tgk mkn lauk ni dgn nasi lemak.sbb sambal tu ada petai.slalunya kl sambal yg ade petai tu makan dengan nasi putih or nasi tumis je.. ns tumis tu ala ala nasi minyak..

Melati Anne said... [Reply to Comments]

i kat India ni kak Peej (Bangalore to be exact). adoiyaaaaiiii nak masak sendiri itu malas. haruslah beriyani+tandoori setiap hari. mula2 mmg sedap tapi lama2 muak dah Indian+Pakistani+Mughal food! Nak nasi lemak sambal paru *nyum3x

Melati Anne said... [Reply to Comments]

oh anyway if nak pesan kain2 dari India boleh check out http://melati-anne.blogspot.com/ selalu sangat orang pesan sari, last2 buka blog terus baru2 ni kakPeej :))

p/s kalau nak kain labuci2 untuk wedding pon boleh tempah dari Melati-Anne boutique

shuweet said... [Reply to Comments]

peej, gerai tu kat ngan keramat supermarket yang kat nak g pasar cokit tu...kalau dari arah kg baru nak ke cokit pas traffic lite nak ke spital tu die masuk kiri...kat ngan station monorail chowkit...die same branch..cuma kat situ dulu pondan gemuk adik badik jaga situ...kalau tau katne keramat supermarket( skang supermarket tu dah takde), surely leh jumpa gerai nasi lemak tu...monday die tutup..hari2 lain die buka..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

nasi lemak aku tak teringin sgt. aku nak teh ais ituuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

ohhh mmg sedap terangkattttttttttttttt..sambal dia mmg pedas terbayekk....kalau ai pergi 3 bungkus sekali jalan.....ai pergi mesti pastikan ade dgn lelaki so akan rasa safe sikit dr rempppppsss itew....ohh next mth ai akan trn kl harus akan dptkan......terliur kecur oke!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...