Instagram : @peejburhan

little babies

haha. cerita kucing lagi.
sorry la kalau ada yang menyampah.
lantakkk. wah tadi sorry. tiba2 ni lantak pulak. ;p

aku suka la kucing.
ok tak obsessi. tapi sangat sayang. geram sangat tengok.
dua kenit dah besar n tombam.
serious rasa nak penyet2 aje. hmmm. tak tahan.

ada sekali tu aku bangun.
online macam biasa.
tapi si yoki ni asyik memekak aje. ngiau sana sini.
aku dah macam tak faham. apa kena dia ni kan.
nak kata lapar. aku dah bagi makan.
dia bising2 ngadap cat condo tu la.
pastu aku check la. tengok anak dia takda.
yang aku carik lulu tak jumpa2.
aku dah cuak sebab takut lulu makan anak dia ke apa.

terus call noy. sekali noy kata anak dia belakang langsir.
dia alihkan anak dia kat situ. sewel.
agaknya dah sempit kot. anak2 dia makin besar.
tu takpa. pastu aku tgk sepi aje.
tengok lulu memang takda.
dah cuak2 jugak la. mana pergi.
lulu ni bukan betul. suka buat adegan bunuh diri.
sesuka hati nak panjat2 tingkap. nasib perasan.
kadang2 if toilet punya pintu tak tutup. tgk elok dia bersantai kat tingkap tgk permandangan.
ish sesuka hati tau. kalau jatuh tu berkecai ok.

ok aku carik2 tak jumpa.
aku kan suka drama kucing. so aku macam terbayang.
yoki bising sebab nak bg tau lulu dah bunuh diri ke apa ke.
last2 jumpa dia kat bilik. terkurung. tah berapa lama la.
nasib tingkap semua tutup. hmmpphhhh.

anyway. hari tu mama ingatkan pasal bakul ni.
so terus amik n bagi dorang pakai.
dulu beli untuk chombii. tapi dorang tak suka.
omg. boleh tak last post tu aku cakap pasal kucing aku betina tahun 1994.
yang tu kitty. serious lupa pasal chombii. keji aku nih.
tapi chombii memang takda la darah ni. dia bersihkan kot.
oh thanks untuk semua yang komen bg info. membantu.
takda la aku macam terkejut2 aje.

sejak kenit2 tu dok tepi langsir ni.
sangat geram. duduk2 asyik terpandang.
dah la sekarang dah montel n gebu semacam aje. tak tahan.
terus aku amik bantal n meniarap mengadap dorang.


:: 2 gebu sedang tidur nyenyak ::

:: penyebuk ok. kalau tak elok dia main2. tgk aku ngadap anak dia. terus dia lompat masuk bakul. eleh macam orang nak curik anak dia pulak. ::

:: tak tahan sangat. terus grab puteh n bagi dia tersadai :D ::

oh mama suruh bagi ni nama puteh.
sempena arwah maktok.
siapa dah baca blog aku lama tau kot. kalau x ingat nasib la.
pasal entry nak bg nama kat sucre. punya la payah.
pastu bila dah dpt nama. bg tau maktok.
maktok pun ye ye la cakap ok.
sekali end up sampai sudah dia panggil sucre putih. heheh.

so ini adalah baby puteh.
cea saja je ejaan bagi classic sikit. ;p

:: too cute kan. how can u not love looking at this face. ::

:: ngantuk sangat dia. sampai buat apa pun dia ikut aje. eee geram tau ::

:: si yoki muka tension n tak tentu arah aku kacau anak dia. tah pape tah ::

:: ni masih tak tau nama. tapi aku panggil ceporeng. sebab muka dia comot2 ::


susah nak amik pic dia ni.
sebab dia jaga pulak. so asyik nak gerak sana sini. payah.
time ni elok dia tido. tak gerak. 
elok nak amik shot elok. sekali si yoki tu sibuk nak jilat2 pulak.
sebab tu la gegar2 n anak dia terus terjaga. 
so kepala tergeleng2 kat sana sini.


dah jaga terus isap nenen.
hoh. cepat la mereka besar. mesti geram tengok dorang main-main kan.
rasa macam. haih banyaknya kucing.
rasa nak give away aje.
tapi. bila asyik mengadap aje. terus rasa macam sayang.
hope dorang tak nakal terlampau la kan.
ah suka.

25 Comments:

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

comel hoih. aku gerammm je tangok seko seko. tapi si yoki muka dalam pic ganas ganas belaka, mcm marah je ko kaco dia ngan anak dia. haha. :)

Ann said... [Reply to Comments]

Mana Hannan???

NenekPenne said... [Reply to Comments]

suka baby kucen sebab comel tapi my apartment tak boleh pelihara kucen tapi hari tu i tengok ada sorang tuan rumah pelihara anjing..eh boleh pulak??? cesss

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

comellllllllllllllllllllllll!!!

si yoki muke stress ok ko dok ngadap anak2 die. hahah

S!eZaN said... [Reply to Comments]

Comel giler anak2 kucing tuh..geram..

harun said... [Reply to Comments]

AAAaaaaaAAAAAAAAA comelnya kucheng!!! nak kidnap satu boleh?

anyways, just curious, kenapa dah tak tulis pasal edan dalam blog ni?? i only hop in here once in a while,but yeah, im just curious hehhehehe.

GOod job on your hantaran though. with patience and practice im sure u'll be good / better at it!

chics said... [Reply to Comments]

Ye kan, pantang main dengan anak dia, terus masuk bakul/kotak. Macamla aku nak curik anak kau.

Geram jugakkk. Perut bau lemakkkk

Yours Truly said... [Reply to Comments]

comeinya!!!!!

an15 said... [Reply to Comments]

ololololo..cute ye! kat sini nak ada pet kena byr extra kat landlord. takut ada kutu la pe la.. Tension tul

an15 said... [Reply to Comments]

ololololo..cute ye! kat sini nak ada pet kena byr extra kat landlord. takut ada kutu la pe la.. Tension tul

A.I said... [Reply to Comments]

aiyooo!! geramnya wei..
aku suka cium dahi baby kucing (kompom lepas ni si peej try cium) ;P

ElyanaAzhar said... [Reply to Comments]

peej, salam kenal..

you'r not alone..crita laa pasal kucing2..yana pon mmg sukaaa kucing..teringat lagi last yr..kucing kat rumah ni beranak 5 ekor..masa tuh yana pregnant 5 months mcm tuh..mama punya laa marah duduk dekat2 dgn anak2 kucing tuh..ckp nanti effec baby..pastuh ada laa mulut2 yg benci kucing nih ckp nanti dpt anak downsyndrome laa bagai..melampau sungguh..tapi depan mama mcm jarang2 laa duduk ngan anak2 kucing tuh..tapi bila mama x der mmg mengadap diorg je..then 2 ekor bagi org..mmg masa tuh nanges gila2..terasa baby dlm perut tendang2..masa versalin kena dok hospital 5 days...giler laa..nanges sbb rindu kat anak2 kucing tuh...siap takut diorg da lupa kat yana..punya laa sayang gilaaa...

alhamdulillah now anak dah 10 bulan..dia pon suka kucing juga..siap boleh buat suara kucing tuh eeryime nampak kucing x kira laa live ke, dlm tv ke, kat magazine or even kat plastik makanan kucing tuh..syomelll...now my tabby cat baru beranak 5 ekor..gebuss2..tapi 2 eko da let go..ada 3 eko tgh buat circus kat dlm rumah nih..

+ aisyah + said... [Reply to Comments]

OMG CHOOOMEEELLL!!

DreamLogic said... [Reply to Comments]

eeeiii geramnye !
sengih2 sorg2 tau bace hihihi
tolong cubit utk sy kak peej :D

LaDy BarbeLLa said... [Reply to Comments]

Ololo..comeinya kitties 2.. boleh pinjam nk main dgn arjun.. hehe

Melati Anne said... [Reply to Comments]

eeeeeeee saya xsuka binatang berbulu. Ingat lagi kat Malaysia dulu ayah saya pencinta kucing asal jumpa kucing tepi jalan sepi2 mesti dia kutip bawa balik rumah. Dari kurus kering jadi gemuk2 kucing tu. Mak saya geli kucing so tiap2 kali kucing beranak mak saya senyap2 masukkan dalam kotak drive pergi pasar letak baik2 tepi stall ikan (dan saya komplot dengan my mom). Tapi lepas tu bapak saya bawa balik kucing baru (and the cycles repeated) :P

sweethOneY said... [Reply to Comments]

suka kucing yang comel2 je :P tapi nak jaga pemalas. ehe

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

isk mmg geram mcm nk picit2...rasa je la..kang picit betol2 kang matik lak..

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

me like kucing oso..
kat kampung dah mcm spca, sampai dh tak tau nak bg nama ape..mmg geram kan tgk kitten ni, rasa cm nak picit2 je.

darling8tabby said... [Reply to Comments]

rasa nak picit2 je idung dorang kan...gerammmmmmmmmmmm....

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Owh.. Aku pun sangat sukesama kucingss... Comey sampai rase nak squeeze2 je... Umah aku pun makin banyak kucing skang... Owh! Puteh..Classic sekali di situ... Sesuai!!!!

lily lotus said... [Reply to Comments]

kalau kata tak comel tipulah kan :P

Zumie said... [Reply to Comments]

comelnye puteh tu..i love cat...:)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

puteh cute gileeeeeee

cik ani said... [Reply to Comments]

Mak ai COMELnya,akak pu peminat kucing juga.Nak bela depa senang tak macam bela ORANG tak banyak songgeh.Yang penting buatla atau anggap depa ni macam anak kecil kita. Bagi KASIH SAYANG banyak2 dan rajin2 la bercakap dngn depa ni. biar orang cop kita ni gila tapi ingat depa ni FAHAM apa yg kita cakapkan.pengalaman akak bela kucing berbelas2 tahun memang indah la bila di kenang.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...