Instagram : @peejburhan

layan tekak birthday wamaaannn~

masa birthday mama hari tu takda apa.
cake pun takda. selalu ada la jugak.
mama cakap dia takmo.
mula2 plan nak makan 1 family kat kl tower.
tapi Ayol balik melaka la apa la.
sudahnya melepek je kat umah.
yang mama pulak tak berapa sihat.

tapi aku n noy macam tak puas hati la.
takkan taknak keluar makan ke apa ke kan.
kita orang mmg lapar. hahaha.
so adalah keji if tingalkan dia je.
ikut mama dia kata nak kirim aje.
kira kita orang bungkus macam hari tu. dia nak sushi lagi.
so aku paksa jugak dia ikut.
aku cakap la aku jumpa kedai tudung cantik la apa kat JJ tu.
dia dengar nak shopping2. terus berdesup dia siap. ;p

ajak papa. papa takmo ikut.
tah apa2 ok. pemalash la.
takpa. so macam girls outing la. wah 'girls' ke? ;p

sampai JJ mama tukar. takmo sushi. dia nak ikan stim. so ke madam lim's
kedai favourite dia ngan papa.
so order2. semua ikut tekak mama.
aku ye ye nak ikan stim masak tao cheow. sebab macam2.
tapi mama mintak soy sauce. fineeee.
so aku order satu yang ikut tekak aku. hihi.

:: nyonya ice kacang. la la la ::

sampai je terus mama cakap, " eeee macam burhanuddin. suka order over2"
hahaha lantak. nampak menarik sangat kat gambar tu.
tak menyesal i order. sebab tak kedekut bahan. sedappppp. pastu tak manis sangat.
i like. aku kalau manis sangat ni rasa pening.
sebab dah biasa umah aku memang tak kuat manis kot.
air semua manis2 buah je.

:: tak kira kat mana. sesuka hati dia selak baju kasi inject insulin kat perut ::

:: me kominyo ::



:: haha sempat dia tumpang. sesuka hati kan. tapi ok kot. tak manis sangat. n birthday dia kan. so kasi chance :)  ::

:: sambal udang petai ::

:: beancurd ::

:: kangkung belacan ::

:: kerapu stim masak soy sauce ::

kesimpulannya. aku n noy makan tak abis.
sebab tak kena tekak.
sambal udang pun pelik.
tapi mama ratah sampai licin semua.

pastu aku cakap la. tak best la. tak kena tekak aku.
dia kata. dia suka. sebab memang selera dia. fine.
aku cakap baik aku masak sendiri. lagi sedap.
terus mama buat, "bluekkkk". kuang ajo ok.
dia kata kau pandai ke masak semua tu.
aku cakap tak la. aku punya sambal udang petai lagi sedap kot.
dia kata tu satu je la kan. lain2 tak reti. fineeeeeeeeeeeee.
lepas tu tak abis2 dia buat "bluekk" tu. erghhh.

konon nak jalan2 kan.
tak jadi.
last2 pergi beli barang kat jusco garden tu je.
then terus balik. sebab mama tak larat pun.
lepas balik tu terus mama baring n tak sihat berapa hari sebab kaki sakit.
hoh rasa bersalah lak paksa dia jalan2.
tapi takpa. janji perut dia happy time tu kan. :D

akhir kata. birthday aku nanti nak ikut tekak aku.
wah mesti macam2 tu. pitam nanti. ;p
tapi birthday aku lambat lagi :|
ish lapar la pulak. nak makan dulu la.
ta-ta.

10 Comments:

Leen said... [Reply to Comments]

Nampak sangat menyelerakan

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

sedappppp

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahhaa..lawak la ko nih....peeja, katne ko beli baju2 ko sume ek..aku suke la...kite ni pun chomel2 gak badan...aku slalu stress sebab taktau nak cari baju2 size besor ni katne...(eh terlari dari topic entry ko lak) hehehehe

~Cik Ati~ said... [Reply to Comments]

sedapnye kerapu stim msk soy sauce...slurpp! eh,mak awk nmpak mude la..betul x tipu bkn nk kipas ke ape.. :)

deasa said... [Reply to Comments]

ice kacang nyonya tu menyelerakan!

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

pic breakfast tu menyelerakan lg..hihi

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Bila masa sempat snap gambar mama tengah cucuk insulin tuh..Ishhh!
Risaulah, korang tangkap semua candid..tak sempat mama nak beraksi comel..

peej said... [Reply to Comments]

leen - nampak. tp tak keno ngan tekak eden. ;p

buyui - ok la. boleh la. tapi mcm ada yang lg best kot.

shuweet - merata2 tempat la. yang affordable. macam yg dlm pic ni kat dorothy perkins :)

cik ati - ye ke? ilusi optik kot. haha ayat dengki. kehhh.

talkwithmykeyboard - sangat. sebab tak kedekut bahan :)

mama - harus. bloggerrazzi. kena lebih hati2 lepas ni. haha

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

wah kau rajin menjawab komen nampakkk..hihi

kerapu tu nampak sedap. tp mmg la peeja punya uadang sambal lagi nampak menyelerakan. belum lagi dia bagi terai tu. =D

peej said... [Reply to Comments]

arianna - haha. tah kenapa 2-3 hari ni mood ceria dan energetic. takut pulak ngan diri sendiri. haha.
serious la aku rasa mcm sambal aku lg best. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...