Instagram : @peejburhan

kalau belum sampai ajal~

semalam sembang ngan ayol.

me : eh yol. masa balik tu kau lalu tak kat highway accident tu? nampak?

ayol : tak lalu la. dorang tutup highway. so ikut jalan dalam. jalan kampung.

me : ooooo.

ayol : kau tau tak kalau tak aku hampir naik bas tu.

me : *bulu roma tegak* ish. abis tu?

ayol : pagi ahad tu. aku ngan zeity pergi la station bas nak beli ticket. aku tengok kaunter transnasional panjang orang beratur. so aku pergi la kaunter delima tu.



*situation*

ayol : ada tak bas pukul 7.30 ke, pukul 8 malam.

kaunter : takda la. last bas kita orang pukul 6.30 petang.

ayol : awal sangat la pulak. takpa. la. terima kasih.

*end*



me : omg. scary nya. dah tertulis kan. bayangkan if tiba2 kau naik. takpa maknanya umur kau panjang lagi. abis tu kau naik bas apa?

ayol : aku naik jebat.

me : ooo. a ah. dulu aku selalu naik jebat jugak.

ayol : aku pernah naik ok bas ni. maksud aku bas yang accident ni la. *ayol ada sebut no plate, aku lupa*. pernah duduk semua. *time tu kita org tgk internet. gambar rangka bas tu* tapi bas delima ni memang laju la. boleh sampai melaka 1 jam setengah aje.

me : iyeee? kalau naik bas2 lain berapa lama?

ayol : lama la. macam 2 jam. 2 jam suku ke. lebih.

me : oooo. memang laju la kan. ishhh. aku asyik terngiang2 je bila kau cakap kau hampir naik bas ni. bayangkan if tiba2 kau naik. nasib last bas dia pukul 6.30. aku mula2 teringat jugak kat kau. sebab aku tau kau selalu blk ahad kan. tp aku tau timing kau naik bas mesti 8-8.30. tapi macam mama cakap. kalau benda nak jadi. ajal kita dah sampai. kita buat benda yang kita tak biasa buat. tiba2 la kau nak naik bas pukul 6.30 tu. kesian baby dalam perut. anak yatim terus.


lepas tu terus semua marah aku cakap macam tu.
ye la kan. benda kalau nak jadi kan.
macam aku pernah cerita kat mama. pasal accident orang tercampak dpd kereta. kena gelek2.
aku cakap la. mesti tak pakai seat belt.
aku ni mmg jenis pakai seat belt. kalau x pakai rasa x lengkap.
kadang2 sebab penakut lebih. dok belakang pun aku pakai.
kalau aku rasa pemandu tu bawak laju sangat ke apa.
pastu mama cakap. sebenarnya kalau dah sampai ajal, even kita jenis sentiasa pakai seatbelt. tapi tiba hari tu. tiba2 kita lupa aje. tak pakai.
betul jugak kan.
ish bila pikir ni rasa takut aje kan.

pastu noy tanya la takda seatbelt ke dalam bas?
ayol cakap la takda.
noy cakap bas express yang dia naik untuk kerja ada.
seatbelt macam kapal terbang tu.
aku rasa semua bas ke, teksi kena ada la.
tapi aku rasa if ada pun. if orang tak ubah sikap takleh jugak kan.
aku rasa mesti ramai jenis pemalas pakai seat belt kan.
aku suka je seatbelt :D *freak mode*

tapi susah nak la nak cakap kan.
berbalik macam aku cakap tadi.
if dah tertulis tu. ada seatbelt ke tak. tetaplah jadi kan.
Ya Allah, mintak di jauhkan lah benda2 macam ni dpd kita kan.

10 Comments:

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

btulla kan...Memang abg awak diselamatkan ALLAH.....ermm..btul gak awak ckp...patutnyer setiap kenderaan kena ada seatbelt..utk keselamatan..

Olivia Chin said... [Reply to Comments]

Sis, masa my mum and I accident kembara masuk parit dulu tu macam tu jugak. usually saya yang selalu bising-bising suruh pakai seatbelt semua bila masuk kereta. alih-alih, malam tu jugak tak pakai, sekali accident malam tu jugak. baru beberapa minit kereta bergerak. scary ow.

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

setuju sgt.mmg semua kn ade seatbelt, n yg penting bl dha ada tu kena pakai la kan. aku kl naik teksi pun pakai beriya walaupun kdg2 driver tu ta peduli pun kau pakai ke tak. takut woo

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

bas tranasional mmg ade seatbelt..bas lain x lak perasan...tp yg ai perasan ..driver bus mmg x pki seatbelt..!!

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

aku manusia yg tak suka pakai seatbelt.selalu aku dok bayangkan, kalaula accident nanti, buleh tak badan terbelah dua sebab kene kerat dgn seatbelt tuh! perghh!

eyk@_zuL said... [Reply to Comments]

seatbelt utk bus perlu gak eh?cam lagi takot je nk pkai..tkot stuck ngn seatbelt tu.xleh kuaw..ui,mcm2 boley jd..kalo seatbelt kt kete ke kenderaan laen xpe gak...tp bas cam xperlu kot..ke cmne?

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

yg mmbe sy lak x suka kai seatbelt..
tp ari excident tu suma pkai seatbelt skali org blkg..
so terselamat..mmg btol ckp mama sis..=)

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

fuh, nasib baik ayol x naik.

A.I said... [Reply to Comments]

haiyoooo!! panjang umur ayol!!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha kite pun jenis yg pakai seatbelt. kdg2 kwn2 tnya, apsal nk dkt smpai destinasi pun still pakai seatbelt, nk gi dkt2 pun pakai seatbelt. sbb cousin kite meninggal dlu, xpakai seatbelt padahal nk dkt je smpai simpang nk masuk surau. so mmg hati2 sket la. dkt ke jauh ke, pakai seatbelt.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...