Instagram : @peejburhan

hantaran tema hitam & silver

buat hantaran ni serious mendebarkan ok.
ye la. aku biasa buat untuk family je kan.
mana ada pernah buat untuk orang.
buat yang orang bayar kat kau untuk buat.
kira tanggungjawab besar kan.
selama ni suka2 aje.
tapi kawan aku ni beriya2 nak aku buat.
so dengan kelat-kelat muka aku cakap ok je.

pastu second thing yang mendebarkan sebab dia nak tema warna hitam n silver.
taknak tambah colour lain. mmg strictly warna tu je.
kau tau la betapa kelamnya warna hitam kan.
sebab tu la yang aku cakap. nak taknak aku kena tambah glitter2 tu.
aku tak suka benda tu. tah kenapa. tp kalau tak mmg tak naik langsung.
so bila tambah tu. ok la sikit.

third pulak.
sumpah kebanyakkan hantaran dia besar bagak ok.
so kena pandai2 la begakan.
sebab dia dah bagi sekali ngan bekas. so nak taknak kena guna la.
sat lagi tgk gambar. puas pikir macam mana nak placing. heheh.
teringat mama selalu bebel jangan beli hantaran besar2. tak lawa nak letak kat dulang.
tak pun susah nak hias nanti.
tapi masing2 nak ikut kepala masing2 kan. tak dengar pun.
tapi ni bila aku kena gubah hantaran besar. baru la aku faham. ;p

so buat la. Alhamdulillah. hasil menarik.
aku rasa la menarik. heheh.
yang kelakar. aku buat hantaran ni. pastu aku hantar.
dia sengih2 la. tak tau la kalau dia ada kata apa2.
aku tak perasan. sbb kan aku katakan aku pemalu. pemalu la sangat kan.
so aku macam siput sedut je perangai. hahahaha.

pastu yang pasti semua orang sekeliling aku yang tau aku buat hantaran tu tanya.

"dia cakap apa? dia suka ke tak hantaran tu"
me : entah. tak tau. dia tak cakap apa pun
"takkan tak cakap apa? kau tak tanya"
me : buat apa nak tanya. biar la. kalau dia tak suka pun dia nak buat apa.

haha bongok kan aku. tak berani tanya.
serious ramai ok tanya. tension aku nak menjawab.
sampai la malam sebelum dia nikah tu.
aku dah hantar semua hantaran tu.
aku bbm dia. tanya dia suka tak hantaran aku buat tu? ok ke tak.
dia kata dia sukaaaaaaaaaaa sangat. menepati citarasa dia.
wah. perasaan ketika itu. rasa lega sangat.
cuma dia kata quran dia tinggi sgt. so dia tak pakai bekas hitam tu. dia letak terus kat dulang. :)
tu je. ngeh ngeh.

oh lupa. kawan aku jugak pesan.
dia takmo sarat. dia nak simple aje. dia nak nampak hantaran.
dia takmo bunga sarat sampai hantaran pun tak nampak apa.
so aku make sure. semua hantaran tu nampak.
kalau x nampak tu, bak kata p.ramlee. "pendek umur" haha.

so ini la hasilnya.


:: wallet & belt ::


:: jam tangan ::

:: kasut ::

:: cincin ::

:: sling bag. sorry ni satu je aku tepek. sbb yang lain2 terpusing2 la. ;p ni antara barangan yang besar ::

:: jubah. sorry aku tepek gak gambar terpusing. ;) ::

:: perfume set. pun mengalami masalah mental. semua gambar terpusing2. nasib la. pusingkan kepala anda ye ::

:: saje focus the details. ada few picture sebenarnya. tapi semua terpusing2. jugak. malas aku nak tepek ::

credit to noy. sebab dia yang snap kan gambar :)
time buat balance 3 hantaran ni. camera aku takdak.
so pakai apa yang ada. so quality tak sama la.
dah la alas mama tak menyempat buat bakul.
so takda alas ye :)

:: PS3. dah la besar juga berat. mmg pengsan nak buat. takut je. harta orang tu kan. hati2 je time buat. kang tergolek tak pasal kan. ::

:: chocolate ::

:: al-quran & rehal ::

pun delicate nak buat.
sebab rehal tu dalam dia macam baldu merah, tak lawa. nampak cacat aje.
so kena la kasi cover ngan kain silver tu. baru nampak berseri.
pun payah. sebab rehal ni besar tak muat masuk bekas hitam tu. so kasi lintang aje.
then al quran tu besar takleh sumbat dalam rehal. tu yang tinggi semacam aje.
so bayangkan if letak atas dulang. lg tinggi melangit ok.
so tak guna bekas hitam tu. letak atas dulang terus.
bunga depan tu aku letak je kat bekas tu.
so tadi masa sampai aku tgk dorang tak jadi guna. sbb takda ruang kan.
nasib mama dapat idea. so bunga tu sumbat kat dalam. atas al-quran tu :)

so amacam? ok ke takpa?
rasa-rasa boleh bukak business tak?
heheh.

40 Comments:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

pandaiiiiiiiiiiiii kau buh glitter tu. siap ade shades. sukeeeeee
boleh aje bukak bisnes!!!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

cantik sgt..simple..betul nmpak hantaran dr bunga2 tu...tp sbb dia itam kan..nmpak mcm tenggelam lah bak kata peej..kalu warna terang mgkin lagi tersrlah...apa2 pun peej mmg boleh lah buat biz godek2 hantaran nie..

syeka sweetheart said... [Reply to Comments]

series cantik..
n mmg boleh bisnes..
lps ni mesti byk tempahan..

C!kpuanmuda® said... [Reply to Comments]

memang berbakat. LIKE!

atty's said... [Reply to Comments]

kty tgk cantik je peej..

reena said... [Reply to Comments]

Boleh bukak bisnes laa. Cantik & simple je :)

Khalisa Ridzuan said... [Reply to Comments]

wow..u mmg berbakat gile okkk kak peeja.bole buat bisnes.eh ke mmg dh buat? nice!!!

momguess said... [Reply to Comments]

cantik noks
aku paling suka bekas cincin tu
sakit tengkuk aku tgk gbr pusing ko nie
serius beb
mmg cantik sgt

pss...
kalau aku nikah kawin nnt aku tempah kat ko je lah
tapi calon aku dah lari
camno?

Leen said... [Reply to Comments]

Cantek!! Seriously memang boleh bukak bisnes la camni..

zie said... [Reply to Comments]

Saya suka. sungguh cantek.

Nie la dia design modern, sebab tak sarat. Kalau design lama, bunga aje berlambak and cover terus hantaran.

Nice la Peej, kick start la wei...

And good luck!

nasaoji said... [Reply to Comments]

ko ni berseni kot..org berseni n minat buley r buat, menjadi ajer..

cantik r teme silver itam..kene..itam tu kelam, silver tu, menonjol... ;)

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

peej, harussssssss buka bisnes ok.mmg ade talent n mmg cantik sgt. ko mmg ada bakat seni. kl ko start letak iklan je, aku rasa berduyun2 org nk tempah.aku yg tah bila nk kawen pun tetibe rasa mcm nak suh ko buat sekarang jugak. hahaha

Iena said... [Reply to Comments]

cantik gilos!
x sangka kreative gile wak hantaran... big claps to peeja... :)

Drama Mama said... [Reply to Comments]

cantiknya peej! tetiba rasa nak suh u buat hantaran u tuk adik i nanti! pos ke penang boleh ka? hhahahha

http://twinkywinkystars.blogspot.com

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

wahhh..cantik giler..Lisa tgok pun rasa mcm nak tempah lak..opps..terlebih sudah...dah kahwin dah pun..Peej leh kawan ngan along Lisa..dia mmg ada sentuhan seni..dan selalu buat utk family jugak...

Bitter Sweet said... [Reply to Comments]

peej, serious..sgt cantek!

efa fairuz said... [Reply to Comments]

wahhh boleh dah ni peej! simple tp cantik ahh! kasi bukak bisnes aa apelagi.. gehehe

aMyErInAiMiE said... [Reply to Comments]

mmg cantik hasil keje akak.no doubt!

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply to Comments]

peeja..cantiklah ko buat..
nnti aku nak kahwin tempah ngan kau..bolehlah buka bisnes!!!! sokong!!

Lya Colours said... [Reply to Comments]

sangat cantikkk tempat cincin tuh

A.I said... [Reply to Comments]

hoiiii..lingkup bisnes aku! hahaha..cantek gilos. KELEZZZZZZZZZZ!
bravo peej! (^_^)

shuweet said... [Reply to Comments]

santeeeeeeeekkkkkkkkk sangat nokk...good job..leh buat bisnes kecil2an nih

shiela said... [Reply to Comments]

klasik..

green apple said... [Reply to Comments]

simple but nice and nampak mewah sangat!!

kreatif gila kau.

nasazfrog... said... [Reply to Comments]

ha pandai pun,,,,,, tak yah nak upah org buat,,, serius lawa hantaran tu semua..... simple n nice

cik1356 said... [Reply to Comments]

silver + itam kaler exclusive. nampak mewah cam kak di tulis tu... pandaila ko gubah2.. boleh buat biz weyhhh!

ceritacherita said... [Reply to Comments]

peej, cantiknya. kalau aku pandai buat hantaran mcm kau mmg aku buat business ni, business hantaran skrg masyuk la.

Petito said... [Reply to Comments]

wahhh!!! nok... stylo! nasib aku dah beranak-pinak. time aku dulu takde plak idea black-silver nih!

suhana azlin said... [Reply to Comments]

hi peej..sy silent reader yg baru hari ni bersuara hehe..

eh pandai la u buat..tp kan, kalau ur fren tu x kisah ada bunga kecik2 kaler merah maroon sure naik lagi..

ni pendapat i je la kan..apa2 pun, buat je biz amik tempahan hantaran..boleh buat duit tuh =)

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

wallaaahhh..~
meletop tau....
pttla org kt mjlis tu puji2..
mmg btol cntik...
gud job..=)

aeinio said... [Reply to Comments]

cantik.. sgtttt...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

wow!!cantek..ai nk tanya u charge bape leh?mana nk tau thn dpn adik ai kawen...ngeh ngeh ngeh..

nur aishah said... [Reply to Comments]

weh serius cantik..nampak exclusive sgt. yer2 harus bukak bisnes

-ecah achim

Che Sue said... [Reply to Comments]

ini yg ko malu sgt dok cakap tak pandai buat ni pija?? CANTIK giler lagii nk malu2..pelepaw melekat kat dinding kang..! giler2 berbakat ok tangan ko! aku dulu hantaran memang fail aa sila jgn kasi aku pegang ribon2 bunga segala..tahapa2 aku buat kan..silap2 kang terbelit kat leher sendri je yg lebih..

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Seriously tak semua orang bolehhhh okkkk buat mende niiii.

But, aku rasa kau kalau tak ikut kehendak customer tu, kau mesti ada theme kau sendiri kan? Your own personal touch.. Baru unique der. Cubalah!!! Mana tau boleh vavavoom letop letopppp menjadi!

:) :) :)

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Lupa nak cakap, aku sukaaaa design kau buat utk PS3 and even the tempat letak cincin! Awesome peh.

Chocolate tu tak boleh blah, aku ingatkan gold bar betul2. Exclusip! Makk sukaaaa. (Berangan dah nak mintak gold bar betul-betul jadi hantaran.) BAHAHAHAHA.

driedroses said... [Reply to Comments]

owh.. terkesima. chantekkkkk!! ;)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

nice weh!! nmpk eksklusif! dan kite sgt sukaaaa kaler kelabu. (grey=elegant). makanya silalah bukak bisnes hantaran skang!! :P

Silly Bunny Nuwwul said... [Reply to Comments]

cantikla hantaran ni....pandai u buat!

peej said... [Reply to Comments]

thanks for all the lovely comments n support. lepas ni sapa2 nak kawin sila la tempah kat aku. hahahahah. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...