Instagram : @peejburhan

expose mistik : perbuatan sihir?

aku sebenarnya nak cerita pasal lain.
tapi aku masih mengalami masalah nak upload gambar.
aku try macam yang di suggest. masukkan banyak2 la apa la.
still tak boleh. out of 6. masuk 2 aje. pfffttt.

so aku try entry yang tak banyak pakai gambar.
aku dah nak update pasal ni lama dah. lama as in mungkin tahun lepas. haha.
tapi asyik la lupa. sampai dulu ada gambar yang aku lukis tu dah hilang pun.
so aku lukis la gambar baru.
sekali time aku lukis tu. noy bersuara.

noy : kau buat apa tu?
me : nak cerita pasal sihir2 ni.
noy : kau pernah cerita la.
me : mana ada la. pernah ke. *maklumla dah tua. selalu lupa2*
noy : dahhh. saya pernah baca.
me : tak pernah la. saya tau la. blog saya. tah2 kau kata dah sebab kita selalu cerita2.
noy : suka kau la. tapi saya rasa dah cerita.

dengki ok.
kacau momentum aku tau.
daripada semangat terus ragu2.
aku try check kat labels - blast from the past. takda pun.
mungkin noy yang sewel kot.
lantak.

so ini aku nak cerita la.
aku ni nak kata tak percaya benda tu tipu la.
aku percaya la jugak. tapi kalau over2 sangat. aku macam rasa merepek sangat.
tapi mama suka nak psycho2 kata kewujudan benda tu.
mmg la ye. tp jangan la over kan.
ntah aku terikut2 cerita skeleton key.
konon kalau kau tak percaya. sihir ni takleh kena kat kau.
tapi once kau percaya, orang boleh sihir kau. macam tu la.
cea..feeling omputeh la pulak kannn. haha.

antara cerita2 sihir yang ada la 10 kali di ulang.
ada sekali tu time aku still sekolah menengah kot.
pagi tu kecoh2. konon kat sliding door umah aku ada tanah.
macam kena lempar. ke apa.
tapi tanah tu mmg macam tanah kubur.
bukan pasir ke. tanah kau nak bercucuk tanam ke.
tanah macam jenis tanah kubur yang dalam2 tu.
so kecoh2 la konon tak baik benda tu.
ada orang nak niat jahat la.
pukau ke. entah tak ingat la.
yang aku ingat. tak abis2 semua sibuk cakap sihir2.
aku time tu 'remaja' kan. so rasa macam. "tah apa2 tah"
malas nak layan. cerita abis macam tu je la.
Alhamdulillah takda pulak ditimpa apa2 ke keluarga kita orang.

then jadi pulak kisah lain.
ni dalam 2-3 tahun lepas kot.
mama suka letak tilam kat depan tv untuk dia baring2 ke apa.
sekali ada satu hari tu kecoh.
sebab bila dia angkat tilam dia.
bawah tu banyak gila ulat.
macam ulat putih. ulat sampah tu.
banyakkkkk gila ok.

punya la takut. dah la ulat tu kau spray2 pun payah nak mati.
dah again mama kecoh2. kenapa macam ni. sihir ni.
aku dah bengang2. apa jadah tiba2 sihir. sapa nak sihir kan.
dia kata la position dia (kerja) tu mmg ramai orang nak.
so mungkin la orang nak buat ke apa.
omg. verangans tau mak aku ni.

paling tak tahan.
tengah kecoh2 tu.
tiba2 kekasih lama abg aku dtg cakap.
sampah belakang tu banyak ulat. maybe dpd situ kot.
hahahhaa. bengong ok.
tugas buang sampah ialah tugas ayol n PG.
tp pemalas lipas. selalu papa buat.
kadang2 papa tak kuasa. tu la merasa sampah sampai 2-3 hari. berulat.
agaknya bila dorang lalu nak buang. jatuh2 ke ulat2 tu.
tu yang penuh je. ish.. bongok sangat tau.
so pengajaran. 1-2 hari sekali buang sampah.

tapi palingggggggggggggggg klasik.
kisah ni masa aku sekolah rendah.
menjadi misteri keluarga selama berbelas tahun.
aku tak tau menahu. tapi mama la cerita.

mama : mama nak cerita ni pun seram. 2-3 hari ni ada kejadian pelik berlaku. mama turun bawah nak minum air. tgh turun tangga mama terlanggar kasut. tgk2 ada dua mata anak tangga. kasut tu bersusun je. mama takut nak alihkan. so mama langkah aje yang lain2. dua tiga kali kena. ada sekali tu mama panggil papa. tak tau la kenapa. n macam mana jadi macam tu. misteri.


:: kita orang mmg susun kasut kat kiri kanan tangga. tp time tu kasut bersusun terderet macam tu. ok aku dah penat nak lukis. so dlm gambar aku letak tool box. mampos. haha ::



time tu mmg aku rasa misteri betul la.
like. macam mana boleh jadi macam tu kan.
takkan la ada orang rajin nak susun.
sampai la bertahun2. asyik la keluar cerita tu.

tiba2 tah macam mana sembang ngan abang2 aku.
cerita2 hantu la. apa la. konon misteri2 ni.
as usualllllllllll. keluar la cerita kasut ni.
pastu abang aku pecah lobang.

ayol : kau tau kan pasal kasut tu.
me : hah kenapa?
ayol : sebenarnya takda misteri apa pun. kita orang yang susun macam tu.
PG : apalak aku. kau la. 
me : kenapa korang buat macam tu.
PG : hahaha. dia ni la bangang.
ayol : dulu kan tv kita kat situ. so kalau turun tangga kan nampak.
me : a hah.
ayol : zaman sekolah kan kawan2 bagi pinjam tape (dulu video tape weyh) blue. so nak tgk time malam la. time semua dah tido. tapi mama kan selalu turun la apa la. so susun la kasut macam tu. so kalau terlanggar ke apa. boleh la dengar. cepat2 la tutup. tak pun if tak langgar. mesti dengar suara mama bercakap2 kat tangga. hahaha. tutup. buat2 tidur.
me : hahahha. kurang ajar ok korang. buatnya la tiba2 tak perasan n dia tersungkur kat tangga. jahat gila.
ayol : tu la. time dulu2. tgh budak2 (remaja la). mana fikir ke apa. pastu aku tengok mama tak abis2 cakap misteri-misteri. tapi taknak la cakap apa2 kan.
PG : hahaha. mama pulak asyik nak cerita banyak kali. aku tahan je dpd gelak.
me : jahat gila korang. 



:: susunan umah aku dulu. tv kat situ. so mmg if turun tangga nampak tv la. tak coverline ::

so masa kecoh2 ulat tu.
mama sibuk la cerita pasal kena lempar tanah tu.
pastu masuk la cerita kasut tu.
tak abis2 ayat. misteri-misteri.
aku ni mmg takleh simpan rahsia. kalau boleh semua nak cerita kat mama.
so aku kasi pecah lobang la.

me : takdanya misteri. mama tau tak dorang ni susuh macam tu sebab dorang tgk cerita blue. so kalau langgar kasut tu dorang tau la mama turun. so dorang tutup cepat2. buat2 tido.
mama : haaaaahhhh? ye ke? *ayol n PG gelak2* bertuah punya anak. aku ye-ye la ingat macam mana boleh jadi macam tu. itu kerja korang. hishh budak2 ni.

hahhaha. bengang je mama.
tapi nak marah pun too late.
kata kisah belas tahun dulu.
nak marah pun masing2 dah besar panjang.
boleh gelak2 je la kan. gelakkan mama beriya cerita kat orang pasal 'misteri' tu. hahahahhaha.

tapi aku suka aku pecah rahsia tu.
sebab. lepas tu takda lagi cerita misteri nusantara ni berkumandang. kah kah kah.
seronok cerita zaman kecik2. macam2 hal.
i had a great childhood la.
ngna abang macam ni. yang aku macam tu. ngan noy si anak manja.
nanti2 aku cerita lagi if teringat.

p/s : aku dah pernah cerita ke cerita ni? aku rasa tak pernah. oh sorry la. aku lupa nak tepek email expose mistik la. dah 2 kali. pelupa mokcik ni. ok next week aku tepek. siap2 aku schedule dpd sekarang. kang ada lupa lagi. ni baru teringat masa nak buat entry ni. tu yang tukar tajuk. coverline la konon. ;p


11 Comments:

UnaChenta said... [Reply to Comments]

Hahha..ketawa aku baca part malas lukis banyak2 kasut..last2 lukis toolbox besar gedabak tu..ngehehe untuk memaksimakan ruang ya peeja?..:)

F A R Y N said... [Reply to Comments]

hahaahahaa..lawak betul2 abg2 ko...
sian mama ko weih..hidup diselubungi misteri..

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

hahahahahaha! gile la. aku rasa ramai yg buat mcm kes pg dgn ayol tu time zaman2 remaja dulu. hahah!

uih tp serius aku pon penah kene ulat sampah byk2! tp kat luar rumah la. mula2 pikir mana dtg byk2 ni, rupanya tukang angkat sampah x dtg dah 2 hari. cis. mengelenjit aku geli!

lily lotus said... [Reply to Comments]

hahaha! suspen jer baca dari tadi

ceera said... [Reply to Comments]

belum cerita!!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

belum cerita pun cerita nie...tp cantiklah peej lukis kagut2 tu..mmg nmpak macam kasut...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ko xpernah cerita lg lah, seingat kite.. haha. agaknya selama ni semua benda2 yg misteri tu rupanya org yg buat.. lolx

cik1356 said... [Reply to Comments]

gigih btol la ko lukis. ahahaha! comel citer childhood ko..

talkwithmykeyboard said... [Reply to Comments]

2laa...
xtepek2 pon cita mistik..haishh....
wlpon tkut ggih gk bc tau..hihi...
nway ..sweet moment la sis pya childhood story...=)

Rosliza Roslan said... [Reply to Comments]

berkunjung....

visit me @ selendangkasih.blogspot.com

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hehe. lama gila simpan rahsia tuuuuu.. kalau ko tak bgtaw sampai sudah la mak ko diselebungi misteriiiiii

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...