Instagram : @peejburhan

expose mistik : nenek kebayan & "nak buat kawan".

salam.

hye kak peeja, sy tahu blog kak peeja dari cg saye, sbb sy bminat sgt bce2 citer hantu ni. hehe. 
sy nk share cerita ni.

sy ade sorg kakak sdare ni. sampai sekarang die da tak betul. die ni wak2 kecik2 suke bmain sorg2 tak silap sy. satu hari tu, die slalu ckp kat mak die, ade nenek kebayan main dgn die. mak die buat tak tau je. kebetulan, dorg bru pindah rumah wak2 tu. tbe2, dorg perasan yg kakak sdare sy ni hilang. cari punye cari, tak jmpe. siap call police lg. tbe2, jmpe die bawah meja. die ckp nenek kebayan ajak die main. mereka semua pelik ler. lps kejadian tu, die da jd macam tak btul. skrg ni, die slalu bgn mlm2 n makan kat dapur sambil tutup lampu. sy pn seram nk jmpe die. itulah kisahnye.


from me :)


-falina fleena-


.....................................................................................



Salam kak peeja. Saya ni silent reader peejburhan yang setia. (ececeh). So, nak berkongsi la sket crite tentang mistik-mistik ni..maka bermulalah al-kisah yang sgt panjang..sila tarik napas panjang2 dulu..
 
Kisah 1
 
Kes ni jadi masa zaman kat boarding school dulu dkt Muadzam Shah. Tahun 1999, masa tu form 1. Kalau nak tau, Muadzam Shah ni kawasan baru bukak (zaman tu la). Supermarket pun takde lagi. Jadi masih banyak la kawasan-kawasan hutan tebal yg belum diteroka. Dan sekolah saya ni pun boleh dikategorikan sebagai baru, sebab baru 4 tahun beroperasi. Keliling kawasan sekolah ni pun hutan-hutan lagi.
 
Nak dijadikan cerita, masuk-masuk je sekolah ni memang dh rasa tak sedap badan. 1st day kelas dah demam-demam. tak taulah sebab tak serasi (ke sebab tak penah duk jauh ngn mak). Masa demam tu mmg agak teruk la, sbb temperature tibe-tibe naik sampai tak larat nak bangun. Dan demam tu melarat la sampai seminggu. Jadi, dalam masa seminggu tu kalau time kelas prep petang dari pukul 2 sampai 4.30 saya akan stay kat bilik sakit kat hostel. Sorang-sorang. Dalam bilik sakit tu, ada 3 katil single. Selalunya saya akan baring kat katil yang paling dekat dengan pintu. Satu hari, dalam tengah mamai-mamai, saya beralih mengadap ke katil sebelah. Tiba-tiba boleh ternampak mcm bayang org berbaring kat bawah katil yg kedua. (Sekarang ni pun dh terasa macam meremang2). Nak sedapkan hati, cakapla kat diri sendiri, demam sbb tu nampak bukan-bukan.
 
Tak lama lepas tu, kiranya dah baik demam la. Ada satu malam, terbangun nak terkencing. Toilet lak kat ujung blok. Kejutkan sorang roommate ni, nama dia Kak Azie mintk temankan pi toilet. Jadi saya dan dia berjalanla bersama-sama ke toilet. Tapi yang pelik, dia senyap je. Tak cakap apa pun. Jalan pun pandang depan je. Sampai kat toilet dia pun masuk sekali. I mean, sebelah2 la kan. Dah selesai urusan, pi dekat sinki nak cuci tangan. Tapi Kak Azie ni tak kuar-kuar lagi. Sementara nak tunggu dia setel, saya cuci la muka sekali.
 
Kalau cuci muka maknanya muka kita akan menunduk ke bawah kan. Bila angkat je muka tgk kat cermin. Setongkol kepala sahaja kt belakang saya. Kepala sahaja ye.ngn rambut panjang lidah terjelir. Memang tergamam. Dan imej adalah sama mcm yg saya nampak kat bilik sakit. Cuma yg ni dia tinggal kepala je. Tapi benda-benda macam tu biasalah sekali imbas je. Terus lari tunggu kat luar toilet. Yang Kak Azie ni still tak kuar-kuar lagi. Sudahnya saya tinggalkan dia balik dorm sorang-sorang. Yang bestnye, masuk dorm tgk dia sedap tido. Jadi dalam kepala pikir, mybe dia yang tinggalkan saya sorang-sorang. Esok pagi-pagi tanya la kat dia, "Apsal akak tinggal saya kat toilet semalam sorang-sorang?". Kak Azie buat muka pelik sambil cakap,"Bila awak kejut akak?", mau tak berderau darah time tu. Sape lak pulak yg baik hati teman saya malam tadi.
 
Cerita tak habis kat situ. Demam plak makin menjadi-jadi. On off. Kadang2 sampai meracau2 kalo dh teruk sangat. Budak-budak dorm la yg tolong jagakan. Pi klinik doctor tak suspek apa2. Nak kata denggi pun bukan. Sudahnya tak tahan, mengadu dekat sepupu yg tinggal dekat Felda Keratong. Sebab parents jauh kat Kuantan. Jadi, sepupu ni bawak la pi berubat cara tradisional. Manela tu kan, masuk kawasan baru kitorang ni kan kampung sket. Pergila jumpa sorang pakcik ni, tak taula ustaz ke bomoh ke. Tapi ingat lagi masa berubat dengan dia, dia banyak baca-baca ayat Quran. Dia bagi air tawar la. Dia cakap "benda" dekat kawasan situ nak berkawan dengan saya. Memang taknak la kan, nak kawan ngn benda2 tak nampak ni. Konon2nya, masa berubat tu pakcik tu cerita "benda" tu siap marah2 dia sebab halang "benda" tu nak berkawan ngn saya. Taktau la betul ke tak kan.
 
Dh habis berubat, balik lah ke rumah sepupu ni. Kitorang tido ramai2 kat ruang tamu. Saya, wife dia pastu 3 orang anak-anak dia. Esok nya boleh wife dia cerita kat saya, malam tu dia terjaga nampak ada pompuan pakai serba putih berdiri kat hujung kaki saya mcm marah2. Agaknya tu la kot rupa "benda" yg admire kat saya tuh. Sejak dari peristiwa tu, tibe2 macam ada six sense. Kalo pergi tempat pelik2, mmg boleh ternampak la "mereka' di mana-mana.
 
Kisah 2
 
Tapi yg paling horror masa Persatuan Pengakap Daerah buat camping sekolah kitorang. Kat tepi sekolah ni satu kawasan macam tasik kecik. Dan tengah-tengah tasik tu ada kwsn tanah macam pulau. Diorang ber camping la kat situ. Ada sorang ustaz dh nasihat jgn buat kat situ, tapi cikgu penasihat ni macam berlagak-lagak nak buat jugak kat situ. Sudahnya, tak payah tunggu lama-lama malam tu juga budak2 pompuan kat hostel kena histeria. Yang stok2 menjerit macam dlm cerita Emily Rose. Dengan kekuatan melampau-lampau, Kalau setakat sepuluh org pgg mmg confirm melayang sorang-sorang. Mmg sangat seram. Satu malam je sampai 5 6 org kena histeria. Macam berjangkit-jangkit. Bukan 1 malam je yg jadi, kalau tak silap bnda ni berlarutan sampai 3 4 malam
 
Benda ni jadi start dari pukul 10 malam sampailah ke 3 4 pagi. Kitorang mmg standby Surah Yassin siap-siap. Kalau dengar je ade yg menjerit, ramai-ramai pakat buat bulatan baca Yassin kuat-kuat. Semua dorm buat mcm tu kecuali dekat dorm budak yg kena histeria tu sbb diorang kena tolong ustaz nak sembuhkan budak tu. Kadang-kadang lepas Asar pun boleh jadi. Mmg dalam tempoh tu boleh nampak la tiap-tiap ptg parents datang amik budak2 yg kena histeria tu.
 
Yang saya makin lama makin lemah, badan makin sakit2. Sudahnya pindah balik ke sekolah dekat dgn rumah. Ingatkan lepas pindah tu, sekolah tu dh ok. Tapi dgr cerita dari roommmate lama, sampai kena pggil Ustaz Harun Din nak setelkan "benda2" tu. Sampai kena guna 2 bijik bas la nak pindahkan makhluk2 tu. Tu pun still ade yg degil takmo pindah.
 
Ingatkan manusia je yg degil tak nak pindah. Rupa2nya mahkluk2 len pun sama gak.
 
Sebenarnya banyak lagi nak cerita, masa zaman blaja kat Poli Shah Alam pun penah kena. Tapi stop dulu la sbb dh pjg berjela ni. Nanti2 saya emel lagi.. =p
 
Last but not least, terima kasih kerana sudi membaca.
 

.....................................................................

huish.
cerita dpd falina tu macam kesian kan.
i mean tak pasal jadi macam tu.
tapi. entah2 dia ok kot. tapi mcm cerita omputih. 
kan kalau dia nampak2, orang mcm tak percaya. pastu orang kata tak betul.
tapi ye jugak kan. makan malam2 tak bukak lampu gelap2.
mcm scary aje. tsk.


cerita asrama ni best.
mmg seram.
sebab bukan typical cerita2 asrama yang selalu dengar.
tapi dapat rasakan saat2 tu.
sebab sama la. aku ni buntuit tak berajar.
tgh2 malam nak terberak sakan.
tapi usually tak pernah kejut sesama.
mmg pergi sendiri je. haih.
nasib la tak terserempak pelik2 
mintak jauh plisssssssssssssssssss.

as usual. sesiapa nak share cerita hantu boleh email ke.

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com

wokeh.
selamat berexpose mistik semua.
baik2 nak tido tu. check2 bawah katil. muahahahaha.
aku takpa. aku takdak katil. ngeeeeeeeeeeee. *ayat nak sedapkan hati sendiri. padahal penakuit jugak.*

7 Comments:

Olivia Chin said... [Reply to Comments]

aduh..betul2 meremang bulu roma.. skg nak pergi toilet tapi takut sebab lampu rosak.. Should have went to the toilet first... :(

.ieLah. said... [Reply to Comments]

ohmmmyyyy!!
cikpuanhuda adalah kawan jiran maen kecik2 saye..
apesal aku tak tau cita ini?


sumpah aku tanak g dah umah ko malam2 hari..wuwuwu T__________T

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

owh ielah,
nanti ko trus tamo dtg lak..tu lum lagi aku story yg jadi kat kwsn umah kita..
Kak peej,sorry terfeeling admin di sini..ampun2.

Misz Rofiexa said... [Reply to Comments]

euuwww tktnyerr
nanti one day nak emel laa cter mistik akak plak
skrg ni asik xde time nk cter...

Ita Shadila said... [Reply to Comments]

aku nampak feed ko update expose mistik ni kul 2 pg.. trus aku tutup masuk tdo.. pagi baru bukak.. takut ok.. aku penah baca expose mistik ni tgh2 mlm tetibe aku takut.. lesson learnt

citer falina tu aku blur sekejap sbb aku baca "wak2" as wakwak.. pelik je.. pastuh br aku tau waktu instead of wakwak

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

seramnya...yg cite 1st tu kesian sbb dia jd xbetul...

yg cite ke dua tu..tetiba nmpak kpala je kat bilik air..takutnya...seram..nasib bc siang kalu bc mlm td mmg xboleh nk tidolah..

lily lotus said... [Reply to Comments]

nasib baik baca kisah2 ini diwaktu siang. hehh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...