Instagram : @peejburhan

semangat raya~

entah kenapa semangat raya belum mari.
selalu semangat kan.
tahun ni baju raya pun tak tempah ok.
sebab pikir baju time ayol kawin tu ada berpasang kan.
dah la baru pakai sekali aje.
so takpa. repeat.
plus bukan nya pakai lama pun baju kurung.
tgh hari confirm tukar baju biasa kan.

baju jalan ke apa pun tak beli.
perlu ke hah?
tapi ingat time kecik2. mesti excited if ada baju baru n kasut baru.
sepuluh kali la try kan. tak sabar betul nak raya.
siap eksyen kat kawan2, " baju raya kita ada 4. semua gown cantik2"
haha bongok gila.

entah kenapa.
rasa tak meriah je nak raya.
semangat tu tak mari2.
tapi few days back ada la tanya mama.

me : kita tak cat ke tembok?
mama : entah. semua buat tak tau aje.

sekali tengok tadi ayol gigih cat ok.
sorang2 aje.
selalu kita orang buat ramai2.


:: dah siap pun semua. putih suciii. dia tgh bersihkan lantai ngan thinner ::

tu takpa. ingat kegigihan dia sampai situ aje.
sekali malam semangat siap pasang lilin kat eh apa benda namanya tu?
tiba2 aku blur.
pastu siap pasang pelita bagai.
over kan mamat tu.


semangat kan?
tapi semangat dia dipatahkan oleh mama.

mama : mati la pokok aku panas kena api
           ish jelaga tu nanti abis hitam bumbung mama
           padam la.

memang potong stim.
tapi kegigihan ayol berterusan.
dia siap cat bilik belakang.
kan ari tu bumbung bocor. so abis cat semua.
tiba2 noy keluar.

noy : kaki ayol darah. terpijak kaca jam
me : kaca ke? bukan plastik ke?
noy : kaca. tu la. dia gabra sebab darah banyak kena tilam semua. takut mama marah.
aku cakap pakai dinamo hilang nanti.

mama tido. mama bangun je terus aku ngadu.
hahaha aku memang pengadu. buruk perangai.

me : mama. kaki ayol darah2. pijak kaca.
noy : kau ni pijaaaaaaaaaaaa. semua nak cerita.
me : biar aaaa.
mama : haaaaaahhh? apa diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? * mama memang over* kenapaaaaaaa?
me : terpijak jam. pastu jam pecah. kena kaki dia kaca banyak. darah2.
mama : hairulllllllllllll. abis mana kaki anak aku?
me : hah apa? kaki dia nak pergi mana. abis la kaki dia. kena potong. buang kat luar.
mama : hhaha. jahat la budak ni. orang betul2 la.
me : ye la. mama tanya mana kaki dia. kaki dia kat situ la. nak pergi mana.
mama : Ya Allah anak aku. korang ni tolong la abang kau.

haha. takmo.
tak apa angin kemalasan. tak rasa nak tolong. ish keji.
belum mari la mood kan.
mama pun relax aje.
selau mesti ada nak beli apa2 ke.
sikit pun jadi la. ni takda pulak.

ada pun cover wing chair hari tu.
yang konon fella design kata 3  minggu siap. tapi aku rasa dah nak masuk 2 bulan tak siap2.
after 5 minggu kita orang pergi nak amik.
dia kata tak siap. nanti dah sampai dorang call.
dah berapa lama ni? nak raya dah. melampau.
nanti harus call dan maki.
ke pergi sana n maki terus.

so korang macam mana?
preparation dah banyak mana?

11 Comments:

afiq said... [Reply to Comments]

baju raye takde lagi. kebizian. cis

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Raya yang penting, Maaf maafan, ziarah menziarah dan rumah kita bersih, ada juadah nak hidang utk tetamu..
Alhamdulillah..

Pnut said... [Reply to Comments]

nak jawab tang ni:-

nanti harus call dan maki.
ke pergi sana n maki terus


buat dua-dua,
pra maki = call
makian secara terang-terangan dan berjemaah bersama kaum keluarga, pegi sana, dan maki la dengan gembira.

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mula2 maki dalam phone..lepas tu maki lagi pergi kedai dia..kalau perlu bawak parang..kasik parang!!!!br dramatik..sekang kan musim amuk2 je...:)

momguess said... [Reply to Comments]

aku pon sama mcm ko peej
mood belom mari
ntah bile nak mari pon xtau


g fella
maki
konpem best!!!

PertMuffin said... [Reply to Comments]

bawak bendera fella, bakar depan kedai dia dan baling najis unta.
(-_-;)

shuweet said... [Reply to Comments]

aku taun ni raya bersederhana giler, baju takde, kuih tak beli, duit raya takde...budget ciput giler sebab takde bonus, nak tunggu gaji bulan depan lak lambat..so raya dlm keadaan budget yang sangat terhad

Iz said... [Reply to Comments]

kelakar tau mak kau. hahaha.

AKu tahun ni terover pulak sambut raya. Siap baju 3 pasang. Tp sebenarnya nak 1 je.. Lagi 2 tu saja2 tempah, tiba-tiba tersiap dah minggu lepas. So jadik la 3 pasang hehe

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Huish!...ramai nye penghasut suh maki dlm phone and dishowroom..
Ha ha ha mama dulu2 confirm mama jerit2..he he he

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku pon repeat baju peeja, member aku ramai kawen tahun ni. asal kenduri je buat baju. ye lah dah satu group yg sama, nak repeat baju pon bebalik org tuh. haihhh... makanye rarye ni la kite repeat.

peej said... [Reply to Comments]

afiq - hoh ngalahkan pm tau.

mama - baik boss.

hampeh korang. semua suruh maki kan.
takpa nanti aku n noy menjalankan tugas.
cea ye ye. tah2 noy yang maki. aku dok tepi je. i hardly maki la. if maki maknanya tak tahan sgt tu.

shuweet - takpa if budget ada tu. tiap2 hari pun raya sakan kan. takyah tggu hari raya. :)

iz - wah meriahnya uolls. kau mmg terlampau tau.

lilred - hohoh. bagus kan. tak elok membazir. amalan syaiton tu. wah dan2 kan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...