Instagram : @peejburhan

random - raya~

  • ciri-ciri macam nak demam. dah start flu. meleleh2 aje. tak suka. confirm berjangkit ngan noy. pembawa virus punya budak. orang nak raya ni.
  • rasanya nak kemas umah weekend ni la. selalu buat last minute malam raya. pastu abis kul 3-4 pagi. pastu pagi raya terbongkang. orang datang baru kelam kabut bersiap. not good.
  • serious tak tau nak shopping raya apa. mana spirit ni? spirit tak sabar nak raya sebab nak makan sodap aje. can ah?
  • takleh dengar lagu raya tahun ni. sebab everytime terdengar. terasa rindu sangat kat arwah maktok. tahun ni tahun kedua arwah pergi. tsk :( rindu moment. pagi raya dia dah siap panaskan semua n hidang. pastu dia dah siap pakai lawa2 sedondon je daripada serkup sampai ke baju kurung. pastu tengok tv. time nak salam dia keluar siap2 duduk kat kerusi. lepas salam dapat duit raya. tiap tahun pun rm12. hihihi. kadang2 dia tersilap letak. tiba2 dapat rm7 la. rm10 aje la. bila kita orang ngadu terus dia kelam kabut top up. oh i miss her so much la.
  • raya tahun ni entah balik kampung ke tak. rasa macam tak pun ye jugak. but i miss nasi lemak n roti canai untuk breakfast pagi2. oh n nak makan ikan bakar jugak. wah kau ni bukan nak miss sanak saudara kan. kerja nak miss makanan aje. wtf.
  • ok seriously nak shopping apa yea untuk raya? keperluan. keperluan. takmo la ikut kehendak. tapi macam tak perlu apa2 aje. macam semua dah ada aje. tapi macam tak best tak shopping kan. how la.
  • saya mau berbuka puasa dengan kawan-kawan la. tapi takmo buffet. leceh. saya mau ala carte. senang. entah bila program. macam tak menjadi aje.
  • eh kenapa semua pasal raya je ni. nampaknya sebab sebenarnya dah rasa nak raya tapi poyo konon2 tak rasa. ok oleh itu kita namakan entry ini. entry random raya. ;p *edit balik title*
ok tu je buat masa ni.
kalau ada apa2 nak tambah. nanti buat lagi.



3 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

setuju dengan point ketiga!

Xuriana said... [Reply to Comments]

ADA ORG KAN, AKU CALL TAK PENAH ANGKAT.. :((

Miss Fine said... [Reply to Comments]

peeja..lawanya blog. suka sangat tengok. hitam putih kehidupan...best..best...segar mata me tengok benda lawa2 ni.. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...