Instagram : @peejburhan

everything was fine untillll....~~~~

so malam kelmarin badan ok lite2. boleh tido la.
tapi bila bangun je start panas terlampau balik. kenapa ni kan?
padahal dah makan pain killer. maybe effect dah takda kot. :(
oh lepas bangun tu baca la komen2 korang semua. bertambah menakutkan org ok.
so decide nak gi clinic sbb aku tak pernah demam teruk macam ni kan.

so noy delay facial dia. dia kata bawak aku pergi clinic dulu. :|

*ok entry ni type pagi tadi. tapi sebab sakit sangat takleh fokus maka stop. ni sambung balik around 4.30pm*

i dunno apa masalah klinik area sini. 3-4 klinik tutup.
dah kaya benar gamaknya.
akhirnya ada one clinic la. tp by the time sampai clinic, panas aku pun dah takda. aku peluh2.
maybe sebab berjalan dpd kereta ke klinik. sampai tutup. pastu jalan ke kereta blk.
2-3 kali. mmg peluh la kan.

tgk ramai orang. ye la. punya la banyak clinic tutup kan.
so tunggu few minutes. then giliran aku.
cerita2 la. masalah aku.
dia dengar panas aje, tapi takda selsema n batuk. dia dah tau bukan demam biasa.
tp check bdn dah tak panas. aku kata la aku berjalan bla bla.
cerita pasal sakit kepala tertarik2 tu.
oh kejap. aku benci tau. aku tak tau korang pernah kena tak.
korang macam sakit teruk. tapi bila sampai jumpa doktor je. semua benda tu takda. cibais.
macam yang aku sakit kepala tertarik2 tu. dlm bilik tu takda.
padahal before tu macam org terencat n kenan pun ada aku ni.

ok sambung.
dia kata symtom aku mmg macam virus. tapi takda bintik2 denggi tu kan.
so dia check blood pressure. takda comment apa.
dia kata dia check darah. after 5 minutes dia bg tau result.
aku suspen aje. scary kan nak cucuk2.
sekali bila dia cucuk aku rasa nak nangis.
nak nangis sebab alahai. aku pernah rasa benda yang lagi sakit dpd tu. sia2 aku takut tauuu.

then dok luar la tunggu.
then masuk balik doktor tu buat muka suspen. sambil pegang blood test result tu.
doktor buat muka suspen adalah sesuatu yang tak bagus ok.
tiba2 terbayang mcm drama, " saya ada berita tidak baik. anda sudah takda masa lagi " cho cekeryyyy.
pastu doktor cakap.

dr : platlet awak ok. maknanya awak takda dengki ke apa.
      cuma sini ada sedikit pelik. *sambil bulat2kan perkataan apa tah, macam aku paham*
      kalau virus. bacaan akan 4-10. tapi awak 14. sangat tinggi. *lalu aku pun pengsan. ok tak*
      maknanya bukan virus. tapi bakteria. ada bakteria dalam badan.
      tak tau kenapa la. somewhere la.

me : oooo.. *hampeh itu je aku jawab*

dr  : kamu cirit takda.

me : ada tapi hari ni je la. muntah2 sambil cirit  *hahah buruk bebenor*

dr  : oh ada la? maybe it's food poisoning. sebab tu kandungan air awak pun rendah *dia bulat2 kan lagi macam aku faham,suka bulat2 la doktor ni*

me : tapi kenapa sakit kepala sampai tertarik2 tu?

dr : macam mana tu?

me : kira sakit sangat kepala. nanti ada part macam tertarik2. *ye ye aku buat gaya. sebab time depan doktor pandai kepala kau takmo sakit kan.*

dr : sebab terlalu panas. badan kurang air. makanan takda masuk. tapi berlaku every 4 hours macam tu?

me : takkk. setiap 10 minit macam tu. saya makan ponstan pun dia still macam tu.

dr : huh? really. takpa saya bg ubat yg kuat lagi utk demam n sakit kepala tu. saya bagi antibiotic untuk perut. ubat untuk bg balik selera makan n untuk cirit birit. kena banyak minum plain water n 100 plus.

me : ok

dr : u berehat dua hari ni. u bekerja?

me : tak.

dr : so u tak perlu MC? if u nak saya boleh bagi MC 2 hari.

me : takpa. betul tak payah  *e eh doktor ni paksa2. nak buat hapa MC. aku nak bagi kat siapaaaaaa????*

oh doktor dia sangat sweet n baik.
doktor india. selalu aku tak suka.
sebab dorang mostly garang.
tapi dia ni baik pulak.

lepas tu makan kat kedai mamak area tu.
aku amik tosai. tu je yang boleh terima dek otak aku. lain semua pikir je aku rasa nak muntah dah. gila.
oh sepanjang hari aku hanya minum air masak n air 100plus yg confirm dah terkeluar blk masa muntah2 tu.
cuma before gi clinik aku minum milo satu mug.
makan ok la. tp half way je. sebab rasa sgt pelik. ye la demam kan.
takpa alas perut janji boleh makan ubat kan.

lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
aku terus sihat ok.
punya la aku energetic takleh tido semua.
semua cerita aku tgk kat tv.
kacau noy la apa la.
gelak sakan semua ngan noy macam org sewel.

malam tu conference chat ngan jonet n noy.
cerita kat jonet semua.
jonet tanya ubat apa yang antibiotic apa yg Dr tu bagi?
aku bg la nama dia. jonet kata mmg la. sekali Dr tu bagi lasergun.
aku dah macam. apa ni tak faham.
dia kata kira tembak terus kena la. mmg semua bakteria boleh mati.
apa lagi ..ronggeng la kan.
happy je semalam. dah sihat lite2 kan.

but noy have to ruin la.
dia baca horoscope dia.

noy : pijaaaa *sambil pegang tangan aku*
me : apa?
noy : i think u gonna die *sambil buat muka kelat*
me : kenapa pulak?
noy : sebab horoscope saya cakap *dia baca la*

aku tak ingat tapi something like, someone close to u like a friend or maybe your own sister is gonna end soon. so show some sympathy la. layan la dengan sabar n all. orang tu akan appreciate n rasa happy.
ada lagi la panjang aku tak ingat. tapiiiiiiiiiiiii sangat kurang ajar kan.

me : bodoh. takda kerja.
noy : betul. dah la saya dengar telinga saya berdesing kuat sangat. kominyooo u gonna dieeee.
me : kuang aja.

masa chat ngan jonet tu pun bila jonet cakap akan ok aje.
tak abis2 dia mencelah, "so pija not gonna die? "
sangat biadap ok.

oh around 10 macam tu makan bubur. noy masakkan.

so ,masuk tido around 3ish am.
sebab aku takleh tido. rasa banyak je tenaga semua.
time nak tido tu ada la rasa panas sikiiit je.
tp takleh la makan ubat. sebab dah cukup for a day.
kang lebih makan tak pasal mulut berbuih kan.

sekali around 5am.
aku terjaga sebab aku rasa sejuuuuukkkkkk sangat.
aku rasa badan aku panas melampau.
tapi paling takleh blah aku macam mengigil ok. macam vibrating. satu badan.
kau pernah tgk orang bergegar atas kerusi urut murahan tu tak?
haaaaaaaaaaa macam tu la aku. tapi tambah kelajuan lagi 3 notch.
mula2 aku just tarik selimut n try tidur.
tapi tak boleh sebab aku gigil if org tgk org ingat aku buat2.
ngan gigi bergetak2 sebab kesejukan. ngan bagan dah gigil n terhuyong hayang. gegar sana sini.

terus duduk. sebab aku pikir maybe aku kurang air kot. 
Dr dah pesan minum banyak2.
dudk je aku nampak lulu tengah tergolek sebelah aku macam tgh main cak-cak. gila punya kucing.
terus aku pergi dapur nak amik air.

bayangkan aku berjalan tu aku bergegar2, kira kalau kau tgk mcm org kat hospital gila selalu tu.
dah la tiles sejuk. rasa macam jalan atas ice.
nasib mug tak jatuh or air tumpah2 sebab tangan aku punya kelajuan gigil tu macam nak bye-bye kat org.
just imagineeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

aku minum air 100 plus satu mug. still gegar.
aku minum air mineral. still gegar.
aku muntah still gegar.
aku dah tak tau nak buat apa.
aku tak mo kejut noy. taknak susahkan dia.
time tu mmg dah macam2 pikir.

lulu n yoki pandang je aku.
aku memula pikir dorang kesian. sebab aku dah nangis2.
tiba2 aku terfikir. eh tah2 dorang tgh pandang malaikat maut belakang aku kot.
patut la tadi lulu macam nak main cak-cak. ada entiti bergurau ngan dia.
hahha aku mmg suka drama kucing ni.
aku dah baca segala ayat la. siap ngucap kauuu.
pastu teringat horoscope noy. dia kata end of the week. maknanya ahad la kan.

pastu aku pergi toilet again.
sebab aku fikir muntah akan menyelesaikan masalah ini.
masa dalam toilet tu terfikir. ke aku low blood ni?
sbb masa doktor tu check blood pressure. dia tak komen apa2.
usually if Dr check. mesti akan ada komen kata reading aku tinggi sikit la apa la.
ni takda apa. maknanya normal kot.
tapi sejak sakit ni aku kan tak lalu makan. so mmg tak makan sgt.
n rokok pun tak sentuh. if teringin pun sebatang je sehari. tu pun bazir je. 3 sedut je kot.
so maybe telah menyebabkan low.

teringat noy selalu cakap if low blood kena makan gula2.
terus ke depan blk.
makan ada candy. makan seketul dua takda effect. makan yg ke 3 dah slow dah gegar.
by the time aku makan yg ke lima tu mmg dah stop. pastu aku amik kit kat. makan lagi.
terus ok. omg. mmg scary sangat ok.
i mean mana aku nak sangka aku low blood kan? tak pernah2.
tapi mungkin la. dah berapa hari tak makan benda2 manis semua ni.

lepas tu makan ubat n ok balik.
omg. mmg sakit kali ni tahap dewa ok.
tapi bila ingat balik sangat lawak. kalau la aku kejut noy mau takut dia tgk kot.
tapi bila cerita2 balik macam lawak gila ok.
dah la aku paranoid lebih. mlm semalm tgk pearl harmor lagi. pastu kan selalu scene nak mati, konon sejuk2.
so mmg feeling nak mati sgt la kannnnn.

so far today dah ok balik.
cuma selera makan still takda sgt lagi.
tapi kena paksa la. n aku dengan gigih makan candy byk2. takut jadi minah gigils lagi. ;p
doktor kata after two days tak ok. jumpa lagi. so maknanya rabu.
we see how ok. :)

oh sorry la kalau ada typo terlampau or ada ayat2 atas ni tak faham.
ubat ni mcm bg high la n kebas2 la.
tiba2 aku rasa kebas je tangan macam tak rasa keyboard. heheh.
n kadang2 adalah lost focus. ;p
n seperti biasa. too lazy to check it all over again.

harap untuk kesihatan yang lebih baik esok.
Amin.



32 Comments:

Iz said... [Reply to Comments]

kau ni banyak fikir lah. Aku lak yang saspen baca part kucing kau nampak malaikat maut tu. isk

marinahunny said... [Reply to Comments]

moga pija sihat spt biasa...

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Em.. Hope everything gonna b fine peej... Memang kalo tak makan tekanan darah jadik rendahlah.. Seb baik ko bijak trfikir pasal tu kan.. Kalo tak entah macam mane lah reaksi si noy tu kan?? Hope ko akan sihat pasni.. Rerajin minum air k...

armouris said... [Reply to Comments]

info tentang kurang air di SIHAT SELALU - Kurang Air Rosakkan Organ

driedroses said... [Reply to Comments]

aritu kita gi klinik sebab dah rasa stress terlampau. dah rasa migraine, kepala nak meletup segala. bila check blood pressure kat doc, dia kata takde apa2 sambil senyum sinis. hey, orang sakitlah..! tak suka tau doc tu =(

tapi memang penyakit ni memang sll buat perangai tau. masa kat umah, sakit macam nak matik. bila doc dah depan mata, serta-merta rasa sihat T_____T

oh kak pija.. get well soon ya!

l!zs @)--- said... [Reply to Comments]

get well soon!!!minum air kelapa gak..

rosealley said... [Reply to Comments]

harap kamu lebih sihat, amiin

A.I said... [Reply to Comments]

biasa kalau sampai gigil2 tu sbb virus masok dlm badan. isk. kau telan ubat yg doc tu kasi ikot time tau. antibiotik tu kasi abis. minum air banyak2. isi pewot. jgn kasi kosong..bla bla bla, ingat tu..aku takmo kehilangan kau peej!! ;P

cepat2 sembuh ye lalink..

chuy4 said... [Reply to Comments]

macam hypo je tu.. cer nt minta doktor cek ur sugar dalam blood..

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Okay, aku paham kau kurang sihat, tapi typo kat atas satu tu tak boleh blah sangat.

"dr : platlet awak ok. maknanya awak takda dengki ke apa."

Takda dengki katanya. Alhamdulillah. Hahahaha.

Apasal aku tetiba rasa nonoy annoying macam the timah? HAHAHA. Dasar anak no.4. Lols. :p

Get well soon Peeja!!! *hugs*

Starry Eyed said... [Reply to Comments]

get well soon.. minum air byk2 n jgn lupe makan utk alas perut...

peej said... [Reply to Comments]

iz - serious ok. tadi pun dorg pandang aku semacam pastu noy ckp, "pija dorg pandang kau kenapa? u gonna die "

marina - terima kasih

brain freeze - entah la. mungkin Allah masih menyayangi ku. hihi.

armouris - thanks for sharing.

driedroses - sama la. doktor ni mula2 senyum2 sinis. tak tau la sebab konon sweet ke apa. tp bila dengar beriya2 cerita pasal sakit ni. dia pun suspen. haha.

lisza - tu la belum dapat minum lagi :)

rosealley - thanks for the prayers :)

a.i - hahaha. tak sangka kau menyayangi ku. baik doktor, akan ku dengar nasihat mu.

chuya - tu mama pun boleh check. ada alat tu kat rumah :) nanti nak try check la.

nadh - OMG!!! masa aku baca ni i lost it ok. hahha lawak nak mampos. kau bayangkan kalau doktor mmg cakap macam tu. kahhh. aku nak cerita kat noy tp takleh sebab aku gelak kat every word sampai noy bengang. last2 aku bg baca sendiri. dia bengang sbb dia kata aku queen of typo. ;p tapi ok la kan. "Aku takda dengki" hahhah

starry eyed - thanks. will do. :)

~Cik Ati~ said... [Reply to Comments]

ok..sy ade 2 komen :

1. klau klinik seme tutup dtg la k.kesihatan kt jenjarom...sy keje kt situ..hahaha..
2. nk bg 2 hr MC???? kt mane tuh? nk jgk!! waaaaaaaaaaaaaa...hahahhahahahhaa.. mane penah doc baik hati mcm tu nk bg MC 2 hr? hahahhahaha..oh ye..jgn terase yek klau ade doc2 diluar sane..sy ckp jek..hehhe

Alia said... [Reply to Comments]

HAHAHAHAHA Aku gelak gila bila baca part Noy tu! Hahahahahahaha kalau adik aku mcm tu, mau aku lempang sakti ahahaha!!!

Anyway Pijaaaaaa semoga cepat sembuhhh!!!! Nanti aku kasi kau lelaki hot hot utk drooling bila kau dah sihat!!

Oh, yg feed blog aku tu pon aku tak tau kenapa, tapi nanti aku baiki balik (lol "baiki" hahaa gila skema ayat aku)

nifalnin... said... [Reply to Comments]

owhhh... bile kena gigil tu memang x thn... sy pernah kena mcm tu smpai cramp satu bdn... nasib baik ade baby dpn mata.. so, kuatkan semangat n mkn gula(yg buat air tu) cepat... bahaya oooo klu kena mcm tu... anyway, semoga cepat sembuh n sila tambah gula dlm bdn anda... :p

nasaoji said... [Reply to Comments]

alalalal...cian kamu...cepat2 sembuh yer...

a ahh..aku pernah jugak, sakit teruk kat asrama (time duk asrama je sakit) pas bawak p hospital, kompem dah ok!..isshhh...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mula2 baca mcm saspens dengo apa Dr ckp..lepas tu gelak2 masa noy ckp cmtu...[sorry gelak lak] then takuit bila u gigil2 plus drama kucing tu...anyway get well soon!naseb pergi jumpa Dr gak kan..kalau x..nanti lg melarats..

NMB said... [Reply to Comments]

Get well soon Peej...
Mesti Peej dah lost some weight kan... X pe Peej... kalau sakit org kate allah nak hapuskan dose2 kecil..dan DIa masih ingatkan kite.... heeee... Really miss u'r writing...

~silent reader~

SFAW said... [Reply to Comments]

first sekali, klinik banyak tutup sebab banyak open house.

pergh, terbaik sungguh leasergun tiu yer. lain kali aku pergi klinik, nak request lasergun tu la, senan sikit cepat sembuh dan enegetik balik.

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

bagus2 ko tak dengki pastu ko tgk pearl harmor! wahahaha! sorry la peej, typo error ko kelakar la.

eh ko pieces sama akukan? patut la imagination selalu melangkaui batasan. aku pun kadang2 buat perangai camtu gak. ;p

get well soon babe.

lily lotus said... [Reply to Comments]

ishk banyak betul u fikir..hehe..get well soon yer

Xuriana said... [Reply to Comments]

haha.. lawak ok tang kucing ko nmpak malaikat maut.. ko suka tau pikir bukan2..

maybe ko nye blood pressure sth wrong kot.. sbb aku aritu lps beranak maryam pening yg sampai nangis2.. rupanya ada high blood lg.. cuba ko check balik..

sila minum air byk2..

wahh ni lama tak makan konfem kurus ye nokkkk.. makan hati la chekkk...

funky_D said... [Reply to Comments]

owh nasib baik peej xde pape. dah risau sesangat tau....

aah la pasal yg doktor tu cakap x dengki. aku ingatkan die mmg cakap camtu. lol giler betul aku ni.

owh pieces mmg imaginasi tinggi ok. masa aku masuk spital dulu, doktor pegang2 aku, dah rasa cam gangguan seksual lak. padahal tu perkara biasa je.

take care ok. rajin2 makan ubat. x sabar nak baca entry terbaru u. =)

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

sian peeja..get well soon yer..Lisa update gambar kahwin..jemput la singgah blog

Drama Mama said... [Reply to Comments]

panjangnya entry u ni peej! btw hope everything wll go well for u, insyaAllah. take care ok!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

dapur laksamana said... [Reply to Comments]

peeja, rebus air barli minum kasi buang panas badan dan flush naturally benda toksik semua didalam badan melalui urine. Barli kan diuretic.
tak kesah lah suam atau sejuk.
dan juga selang seli air halia juga.
Sampai betul 2 baik jgn lah makan di luar. Kalau tidak ada selera buatlah sup atau makan bubur nasi kosong dengan laukyg basic spt sayur2. Kasi perut berehat dan recover dan kurang cacamerba punya benda makan, kurang lah segala jenis bakteria etc. bila dah sihat makan lah semula benda yg teringin.
makan yg berebus elok tu... sup, tomyam asam pindang ...
goodluck and take care!

Pieka Pieka said... [Reply to Comments]

pest time baca kat blog ni~ isk3...
ok dah tu doc saspen camtu~

dulu pieka umur 15 tahun.. slalu sgt loya.. muntah hadappp abes.. pening.. jumpa doctor.. ngn ayah skalik.. blh2 dia tanya ayah pieka pegnent.. silake.... last2 dia ckp kurang senam.. wakaka..

M u s h y m u s h said... [Reply to Comments]

uish!

Alicia said... [Reply to Comments]

gelak i baca ...tapi serius kan sakit pala sampai leh cam tarik2...i pun sakit pala teramat ni....sama2 ler kita mkn ubat....hehehehe

LISA

peej said... [Reply to Comments]

thank u all for the lovely wishes. Alhamdulillah si far dah dua hari ni ok xde apa. harap2 dah baik semuanya.

Ceera said... [Reply to Comments]

haha... sengal ok noy tu, gelak haku...

Nurulhuda|Adlie said... [Reply to Comments]

ni entry every was okay untill, peeja i rasa kan masa tu u low blood pressure and demam dalam, last 2 years i kena mcm ni, suddenly mengigil tak henti tak tahu apehal, lepas tu tak henti2 mcm dah tak tahu selimut mcm mana pun tak ilang, mcm nak mati pun ada, pegi clinik bp dah 90, dan menurun, terus doc bg surat pg gh, sampai gh bp dah 80, temperature 42 okay, dah tahap boleh kene sawan dah.

dia tak bg air pun minum walaupun dahaga yang amat, bg 2 tube je air, tube injection tu, deritanya, lepas tu kene masuk tube urine, kencing guna tube.

temp terlalu panas so badan akan terlalu sejuk. takut!

minum air banyak2 and makan makanan manis sikit, simpan choc or sweets, kalau jd mcm tu terus makan, i ni pun selalu bp 100 mcm tu, kdg2 lg low. huhu.

makan kit kat ke, cadbury ke. minum ribena ke sirap ke. asal manis skit. kalau tak goyang sebab bp low.

get well soon peeja.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...