Instagram : @peejburhan

21 Ramadhan~

21 tu la hari yang paling mengelirukan ok.
sebabnya???????????/ sebabnya semua lauk sedap sampai kau tak tau nak makan mana satu ok.
dah la papa dah pergi pasar juadah.
aku ngan noy pun pergi.
sebab dia nak carik laksam favvy dia.
yang takda tauge. minah tu tak makan tauge.
so kita orang pergi ke au5 punya param.

oh suka.
sebab param dia tak besar sangat. but still macam2 ada.
n tak congested. aku tempat congested ni tak gemor.
tertahan2 je aku ngan noy.
ok aku tak la. noy. semua dia rasa menarik n nak.
tapi aku tak bagi.
sebab tau papa pun pergi kan.
kang melampau banyak pulak. siapa nak makan kan?
aku jugeeeeeeeekkkkkkkkk. heheh


:: mama masak sambal tumis ikan bilis petai. Ya Allah terlampau ok kesedapannya ::
:: masak lemak jering minang. noy teringin. so kasi beli rm2 ::
:: tauhu goreng n ikan pari goreng. aku tak suka if pari goreng. jadi tak best. aku suka dalam kuah. lembut aje. tapi kena. kalau tak nanti orang bising2. sebab umah aku ni ada je yang tak makan ikan kuah la apa la ::
:: asam rebus ikan pari. pun mama masak. hirup-hirup. slurpp.slurrpp ::
:: telur dadar over namanya. gedik tak. semua mama nak campak kat dalam tu. siap button mushroom bagai. haih. mak sapaaa la tu? ::
:: ni papa beli. aneka sambal. tak sentuh pun. sebab masakan ibu adalah terbaik ok. tak perlu yang lain. ecewah ::
:: tgk tu kuih overdose. hasil if 2 orang beli. ::

aku teringin gandus. gandus yang tengah berderet panjang tu.
tak tahan tgk foxy farah tweet.
aku tak merasa lagi tahun ni.
so cakap kat papa nak la kan.
papa pun beli la.
sekali yang favourite tu dah abis.
so papa beli kat kedai lain punya. tak sedappppppppp.
takleh challenge kedai tu punya.
i wanttttt. how la.
tapi gedik. padahal. hari2 biasa pun ada je kuih tu.
motip nak time bulan puasa jugak? ;p


:: ho ho ho. ni special request aku kat mama. asam rebus tempoyak. nyaaaammmmmmmm. ::

mama asing buatkan sikit kat periuk kecik.
sebab tak semua makan tempoyak ni.
sedap melampau ok. hirup-hirup.
kita time hirup tu mata kau boleh naik ke atas sampai nampak mata putih aje.
sebab sedap sangat. haha. melampau tak eksperasi aku? hahha

tgh makan tu noy bersuara.

noy : hoihh. gila la. makan petai pastu jering. melampau. jadi pering ok.
me : kau la makan semua. aku tak. aku makan tempoyak aje. (time tu aku tak makan jering n petai lagi ;p lepas tu bedal jugak)
noy : lagi la tak best. eeeee.
me : aku lagi la. if makan semua. jadiii. Yak PeRing. hihihih.

*cricket*cricket*cricket* (fine takda sapa nak gelak kat lawak aku)

P.G : issshh. ape benda la kau ni. tiba2 pulak yak2. bangang.
me : hihihi (wah seronok tiba2 ada org layan kan) betul la. tempoyak. jadi la yak. 
noy : tah apa2 tah.

tapi ye. keesokkan harinya.
dpd pagi bawak ke malam.
trip ke toilet adalah tak menyenangkan.
bau yang bisa membunuh semua orang di daerah itu. *pitams*

:: air jagung yang tak kuning. sbb takdo pewarna yek ::

:: laksam itu. sooo sedapppp ::

baru ingat nak matikan je cerita.
tapi tak jadi.
oh hari ni berbuka luar. yippaaaa.
ok teruja sebab makan sesuatu yang lain.
tapi actually aku tak sokaaaa.
sebab aku rimas kena rebut2. kena tunggu orang serve.
kena book meja dan sebagainya.
tapi nak jugak keluar.
semalam jual mahal takmo ikut.
last2 mak kesepian. not like.
ok tu je. byeeeeeeeeeeee.

10 Comments:

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

bestnya...apa yg anak2 nak mak buatkan...mskn mak mmg terbaik..

mrs.irwan 2 be said... [Reply to Comments]

sedap2nye makanan..wat org dah kelcur liur nie...hehehehe.....

Hazey said... [Reply to Comments]

rimasss la aku baca explanation 'kesedapan' makan ituuuu.. dan perutku telah bernyanyi.. sib baik dah jam 5 ptg...

Misterious Yuyu said... [Reply to Comments]

ya ampun sdapnya asam rebus tempoyakkk..=( krukk krukk perutkuu

nasaoji said... [Reply to Comments]

seyesss...telan liuq tgk sambal tumis tu, tp, aku tak makan petai..buley kuis ajer, kan..

~Cik Ati~ said... [Reply to Comments]

sedapnye laksam!!!!!!!!!! hehehe

cik syahira said... [Reply to Comments]

assalamualaikum peej,

hurm. rasa bersalah pula pasal semalam. tanya-tanya kemana menghilang ending entry tu.
ok ok. lepas ni tak tanya lagi dah. hu hu hu..

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

sonok tgk makanan yg sgt byk... yummy

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

wow byknya makanan...u duduk mana peeja?ai nk pindah sebelah umah u..hahaha!

WaniGhani said... [Reply to Comments]

peeja..ada 2 tempat jual kueh gandus?? saya tau ade 1 je dan yg jual tu paklong saya...1 lg kt mana? pasar keramat juga?

oh ye paklong saya yg look like indonesian..tua dah..

*lama dah xmkn gandus :((

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...