Instagram : @peejburhan

zaman kecik-kecik yang menyeronokkan~

last week sembang2 ngan ayol n P.G pasal zaman kecik2.
noy takda sebab dia kerja. tp kalau dia ada pun tak geng sangat.
dia kecik. so dia tak kawan sangat ngan kita orang.
cerita pasal main2, gaduh2 n macam2 la.

dulu rumah kita orang mmg jadi port kawan datang main.
sebab papa kerja. mama pun kerja.
so mmg takda orang monitor la kan. seronok la.
umah orang lain ada mak2 la. if tak pun umah dorang jenis takleh lepak.
kedekut. umah kita orang ok.
sebab mama rela dorang main kat umah kita orang dpd main tak tentu arah kat luar.
elok lak tu kita orang mendengar cakap.

kita orang dulu membesar sendiri aje.
pagi mama masak.
kita orang balik sekolah sendiri.
makan. later around 2ish macam tu arwah atok datang, bawak buah2.
siap potong letak dalam fridge.
kadang2 dia tunggu. kadang2 dia terus gerak.
tak pun dia gerak around 4pm mcm tu. sbb dia selalu sembahyang kat madrasah umah dia.

so pandai2 lagi la.
so hari tu cerita2 la antara game yang selalu main kat umah.
kawan2 abang aku mmg akan datang bawak bola tekan.
korang ingat tak bola tekan?
buat pemain pakai kertas manila. goal n bola pakai buku sekolah. pastu main game bola.
tekan2. bengong kan. tak best langsung.
aku mmg tak join la.

aku n kawan akan main batu seremban ke. main pondok2 ke.
cadar2 yang mama jemus buat rumah2. letak payung2. main la keluarga2.
masak2 la apa la. haha bengong.

then tiba2 cerita pasal balik sekolah naik truck askar 3 tan tu.
truck patut untuk anak other ranks. anak pegawai patut naik land rover. tp tah kenapa time tu takda.
seronok la. kira area umah aku mmg 70% anak askar. so naik la ramai2.
yang pelik. P.G ada lg sorang jiran aku ni mesti dapat dok depan.
tak adil dowh. kit aorg duduk belakang.
then teringat la kat abg driver tu.

P.G : brother lee
me : haha tau. dia macam konon handsome la kan.
P.G : pakai ray-ban.
me : hahahahhaha. siap pakai sarung tangan half2 tu kan. konon rambo abis la. poyo ok.
P.G : ye la tu. haha
me : poyo gila. dulu rasa macam best gila aje. siap panggil brother lee. padahal kalau bawak truck tu mesti prebet.
P.G : a ah ye la tu kan. eh ayol. kau tau sapa lee?
ayol : lee mana?
P.G : lee laa. brother lee.
ayol : oh. yang bawak truck kita pergi sekolah dulu.

pastu semua gelak.
ye la. ingat ok. betapa memberi impak.
padahal time tu aku darjah 2, P.G darjah 4 n ayol darjah 6.
then cerita pasal sekolah rendah.
aku darjah 1 sampai darjah 4, 1 semester kat jln gurney (1).
masa kat sekolah makanan favourite.
kat kantin ada jual roti canai.
dia cincang2. letak dlm plastic mcm kuih tu. kasi banjir ngan kual dal. makan dpd plastic.
sumpah sedap nak mampuih ok.
kalau roti biasa 30 sen. if roti telur 60 sen.

tak tau kat sekolah korang ada tak jual.
macam sate kecik2 tu. berapa sen tak. sedap gak.
tp lepas tu kecoh konon tu sate kucing. wtf. takkan la nak jual sate kucing. bengong ok.
then kat depan ada jual ice cream apa tah. ice cream ngan roti ke biskut tak ingat.
tp macam burger. yang pasti best la.
pastu kat bas ada jual segala ice cream malaysia, keropok2 semua.
pandai dorang marketing kan. budak2 mmg suka la tu semua kan.

then zaman dulu2 ada jual limau kasturi tu bukak kulit separuh then letak asam boi.
syiok kan. sekarang dah ada jual gula2 dia kan.

P.G : oh tu mak lela kurap jual.
me : lela kurap mana ni?
P.G : lela kurap la. mak dia jual kat jejantas tu.
me : tak kenal la. tak baik kau ni. suka hati panggil dia lela kurap. dia ada kurap ke?
P.G : budak batch aku. budak2 yang panggil la. sebab dia ada banyak bekas2 la apa la.
me : mmg la budak2 ada. tu kudis2. luka2.
P.G : mana aku tau. dah budak2 panggil kurap. aku ikut je la.
me : kuang ajar ok.

then cerita pasal. kita orang main golf kat umah.
salah satu game bila mama n papa takda. haha.
suak hati main golf set dia kan.
bawah cara2 permainan.




amik ashtray. letak kat bawah.
then kiri kanan dia letak carpet. so nampak sikit je la lubang.
kira hole la tu kan.
bila dapat masuk tu gila suka weyh.
ye la. susah kot. dah la ternaik macam tu kan.
tak pun just letak ladam kuda kat atas carpet. kalau ni senang sikit la.
kira pakai ashtray tu bila peringkat dah mencabar. haha bongok gila.
nasib la bola tu tak melantun sampai pecah almari ke apa kan.
kalau tak tak pasal kayu golf tu terlantun ke kepala masing2 nanti.

ish macam2 game la ada. tak teringat.
tapi game kat bawah ni paling ingat la kan.
rasanya tanya semua. semua ingat kot.
ni time darjah 2 macam tu jugak la.
kita orang suka main gusti. amik bantal peluk then main lawan2.
bukan selalu main. sebab mmg susah nak masuk sesuka hati bilik papa n mama kan.




so satu malam tu main la.
siap berdiri atas katil semua. amik turn jadi referee la apa la.
noy mmg tukang sorak je la.
siap berdiri atas katil semua ok.
time tu papa takda. kerja kot. tak sure.
oh ok. time aku darjah 2 papa kerja kat kem terendak, melaka tak silap. so mmg takda dia kot.
mama lak tengah sembahyang kat hujung katil tu.

kau bayangkan la budak2 main kan. 
gelak sakan. memang memekak la.
mama rasanya ulang sembahyang 2 kali kot. terganggu.
everytime dia stop. dia suruh senyap. 
ok la senyap la. kejap aje. pastu gusti balik.

last2 kau tau mama buat apa?
dia suruh angkut semua comforter, bantal tilam semua. 
pastu dia suruh tido luar.
bukan luar bilik ye. luar dpd rumah terus. tsk.


merasa la 4 beradik tido luar.
aku ngan noy mmg tak stop2 menangis la kan.
sebab takut kot. tido luar kan. ayol n P.G elok aje.
poyo kan. padahal kat depan tu aje. tp dia punya takut tu. mcm la mak aku suruh tido kat hutan kan.
lepas 1/2 jam mama suruh noy masuk.
aku lg nangis la kan. sebab apesal noy leh masuk aku takleh.
lepas sejam aku lak masuk.
lepas masuk patut insaf n bersyukur la kan.
takkkk. aku duk tepi tingkap tu. siap gelak2 ayol n P.G.
pastu siap buat2 bunyi hantu la apa la. tah apa2 ok. buruk perangai.
then 1/2 lepas tu lagi. giliran P.G lak masuk.
dia takmo ok. berkeras takmo. so ayol la masuk.
kesudahannya sampai ke pagi P.g takmo masuk.
dia mmg keras kepala.
siap cakap, " dah suruh orang tido luar tu tido je la. kenapa nak kena masuk pulak?"
last2 mama takleh tido sebab anak dia kat luar. haha.
sampai ke pagi mama tido depan pintu.

hahha lawak. aku tak sure sampai kul bape baru P.G masuk.
sampai pagi kot.
aku dah kungkang kat dalam.

sih nak cerita banyak la.
so aku cita mana patut je dulu.
nanti rajin buat lagi entry ye.
ta-ta.







20 Comments:

Melissa Mjb said... [Reply to Comments]

part yang kene tido kat luar tu memang tak boleh blah. rasa nak pengsan2 ketawa. hahaha

Bitter Sweet said... [Reply to Comments]

aduyai, terkekek aku gelak ni ha part yg tido luar tu..campur kelakar tgk lukisan peeja..menjadi..duk bayang yg kecik pink tu si noy..alahai comeynya

Ietams said... [Reply to Comments]

lawak gila..muahahaha

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

hahaha, rock laaa auntie marina monroe nie! sampai disuruh anak2 tidur luar. sian noy, pun terbabit sama padahal dia tukang sorak je.hehhee

aMyErInAiMiE said... [Reply to Comments]

waa!!best2!!sal pakcik trak tu erin igt! pakcik saad name die.mmg mencarik la gk skg ni.bkn carik btol2 la tp mengharap miracle utk dpt jmpe ngn pkck saad.sbb die sgt baik la ngn ktorg time tu *dak skola SKPD sblh pdg tmbak tu*

yg asam boi ngn limau tu...pergghh!!best2!!pun beli luar skola.siap awal taun ke taun lpas tah..g beli asam boi sindri n beli limau kasturi tu kt kdai runcit mane tah n buat macam tu.mmg melecur lidah skg ni!;)

erin ske makan roti canai valentine kt sblh skola gurney tu. (btol kn kt ctu?) tp skg mmg dh lame xjejak sane.xtau roticanai die masih lazat ke x.huhu.

oh,roti eskrem!!sedap~~

Cik Puan iMan said... [Reply to Comments]

mangilai2 aku gelak bace n3 ko ni la peej..

tang kena tdo luar tu yg paling best skalik hahahahahahah

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

best baca entry ni...tdo luar tu mmg lawak la...naseb baik mama u x tgk u dok gelak2 kt abang2 dia x suruh p balik tdo luar..hehe!

an15 said... [Reply to Comments]

part kena tdo luar tu plg best!!!

Hazey said... [Reply to Comments]

Lawak la korang... PG mmg degil ek, mama dah pujuk pun tunjuk degil.. last2 mama yg tido depan pintu.. gelak beso baca entry ni..

Tapi dulu masa zaman bercintun dgn 'mat terap' ada gak berangan.. anak aku esok sekolah pegi naik truck askar cam korang lah.. he he he those were the day!!! Sweet memories!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Peeja buat mama terkenang masa kejadian tuh..Betul Peeja si PG tak nak masuk sampai subuh. Mama sampai tidur depan pintu..dia luar rumah mama dlm rumah..Hish..keras kepala betul anak tuh..

driedroses said... [Reply to Comments]

kita dulu pun penah kena tidur kat luar rumah. malu gila sebab umah kat berek.. bila jiran sebelah balik, dia pandang je kitaorang 4 beradik terpukang tido kat luar umah T_____T

Pnut said... [Reply to Comments]

berbakat juga pija ni melukih..ehehe meh buat part time lukih atas cupcakes meh... hehehehe
tp part kena tido luaq tu mmg best...

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

mengimbau kenangan pak masa sekolah rendah dulu..sy pun teringat jgk..

ha kau...masing2 kena tido luar..gelak2 sy bc pasl noy n peej nangis..klakar

shuweet said... [Reply to Comments]

hahaha..terhibur dowh aku baca entry ko kali nih..hehe..teringat lak zaman skolah aku dulu..eh eh..aku pun skolah jalan gurney (1) taun 87 ngan 88

Mama Nad said... [Reply to Comments]

hehe. lain kan mak² kita didik kita dulu. if ade jiran/cikgu tegur anak² coz nakal or wat onar, blk main je, dibantainye kita blk. dah tuh if blk around 7pm camtu, siaplah kena biar kat luar. baguslah. Alhamdulillah, menjadi jek bila dah membesar.skrng, asyik² masuk paper n jd kes polis. herm, mtk simpang. btw, nice entry.

bRaiN fReEzE said... [Reply to Comments]

Wah.. Besh korang adik beradikkan.. PG memang besh!!!

A.I said... [Reply to Comments]

HOHOHO!! mmg best la zaman kekecik dulu. memacam boleh jadi. penah gak aku main masak2, longgokkan kayu kering + daun nyalakan api masak air dlm bekas butter mak aku (serupa ngan kau punye), meletop kau! ngamok datin biah set dia tak cukup! kahhhhh. eh, memacam la lagi. best best.. (^_^)

vagg© said... [Reply to Comments]

hahahaha gilos. tergelak2 aku baca smbil ala2 xsedo kat sebelah anak aku dr td mekak nk tdo nih.. punyela khusyuk baca hahahaahaha P.G.. sian gile, ok mama.

shiela said... [Reply to Comments]

pasal sate kecik2 jual kat lua sekolah tu dulu kan..kalo kat sekolah aku, cikgu2 siap announce lg, jgn beli n makan..sbb tu sate ular..haha...since then aku geli nak mkn..kalo tak, hari2 mmg sure beli punye..apedaa..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wah kalau roti canai banjir pun sedap, apatah lagi roti canai banjir yg dipotong2 pastu letak dlm plastik. pastu pulak bdk sekolah yg makan. mmg heavenness je bunyinya. x)

sate kecik2 tu sate ikan kan? ada dlu jual. skang kite keje kat KT pun selalu ada org jual sate ikan tu. makan je. mmg sedap. xde sate kucing. sate kucing org vietnam kot yg makan.. haha

lolx! mcm kelakar la pulak yg korg semua kena tidur luar tu. tp xpe la tido ramai2. meriah kan :PP tp PG gile degil laa.. takmo masuk. dlu kecik2 kalau buat bising, bpk kite slalu suh turun kereta. kat tgh2 traffic light tu dia suh turun!! pastu kitorg terus diam. HAHAHA

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...