Instagram : @peejburhan

tempat kesukaan~

so last week pergi saloon.
noy la ni. tiba2 nak color rambut.
dia tu mmg pelik. kejap nak hitam. kejap nak color2.
yang aku lak dah letih nak color2 rambut ni.
sebab nak kena touch up roots tu tak sanggup.
tapi nak buat hitam noy kata tak sesuai ngan muka aku.
nanti macam mokcik2. apakah kena mengena?

plus aku macam sayang la duit.
nak touch up roots. nanti nak kena treatment sekali kan. :|
last aku pergi before wedding ayol. january kot. hoih lama betul tu.
pastu noy sound

noy : pija kau jangan nak comot macam dulu boleh tak. be sellfish. guna duit tu untuk cantikkan diri. jangan pikir lain.

ewahhhhh. suka hati kan. ingat aku kayo macam dia?
be sellfish la sangat. cakap je la takmo gi sorang nak aku teman kan.
tapi betul gak. aku ni suka je malas2. pastu nanti comot2.
so ok la pergi jugak. :)

harus ceria je orang2 saloon tu tengok kita orang dtg.
lama tak dtg kan. selalu 2 bln sekali pergi.
kan hari tu aku ada potong sikit rambut n fringe kat saloon lain.
aku dah macam rasa bersalah.
aku suka macam rasa aku betray saloon aku kalau pergi tempat lain. hehehe.

sekali masa nak buat tu. celine tu tegur.
eh u ada potong rambut ke. bila? bukan sini kan?
ayayai.. takuitttt. aku pun muka terkebil2 cakap. ada la sikit aje. dah lama dah. heheh.
takuittttttt. padahal suka aku la kan. kehhhh.


:: done touch up color. pakai benda panas2 itu. time ni ngantuk gila ok. tp takut nak tido. kang tersengguk tiba2 terlanding kat besi panas tu. naya je kan. ::
:: rambut noy di colour by summer. aku ingat budak baru ok. sebab dia siap pakai spec semua. tapi jealous la. budak ni tiap kali aku datang rambut bertukar. last time dia buat rambut kembang macam singa. besar gila mcm rosak tu. sekali ni elok straight n halus lembut semua. apa tak rosak ke rambut dorang ni? benci tau ::
::motip amik pic macam ni? nak tunjuk bag baru. heheh. oh dah jugak menyesal pakai shorts sebab sejuk nak mampos kedai dia. bak kata chics, "macam nak bela penguin" ::
:: nampak tak lelaki kiri yg pakai baju hitam tu. tu boss dia. dulu dia tembam ok. sekarang kuruih. sebab pergi gym ada trainer semua. pastu noy mula la bebel. cerita la brandon tu cakap x amik nasi. 3 kali seminggu gi gym. 2 jam session. bla bla. fineeeeeee ::

:: treatment ::
:: tiba2 last minute dia decide nak highlight pulak ::
letih nak menunggu.
tengah celine blow rambut aku.
tiba2 electric padam ok.
sebab kipas belakang dorang kenapa tah.
tiba2 kedai jiran kata terbakar kat belakang.
so dorang tutup la electric. haiyohhh.
rambut aku lak. elok lagi sikit je tak blow.
dah semua gelak2.

:: apakah ??::
ada sorang budak tu lagi la. half rambut atas tak blow lagi.
past dorang mintak tumpang kedai sebelah nak blow.
hhahaha. merasa budak tu blow rambut kat kedai makan. kesian.
aku lak dia tumpang kedai gambar.

celine : kita blow kat kedai kotak yea.
me : hah kotak? *sambil pikir2. ada ke kedai jual kotak? tp ikut je dia jalan *

rupanya kedai kodak ok. kodak.
apakah ke kotak perginya. pelat dorg ni. kelakar.
haha rasa lawak ok. tiba2 siap blow2 rambut kat kedai tu tp kat belakang tu la.
tempat org selalu nak amik pic passport ke apa.
takleh lama pun. sebab ada org nak amik pic pulak. buduh tau.

:: seee. gelap kedai. sebab takda electric ::
:: rambut mak melepek uolls. sebab ye la. tumpang kedai orang. tak dapat nak feeling lebih2 ::

tapi elok lepas tu orang tnb datang fix the thing.
ada balik.
so noy dapat la buat kat kedai aje. tak aci.
tapi takpa la aku kat kedai 'kotak' ada a/c.
budak sorang tu kat kedai makan cino yang tutup kedai. lagi panas. ada kipas aje. pitmasss. hahha.
noy kata budak tu emosi siap sound2. eh gilo.
redha boleh tak? redhooooo.

oh noy malas nak treatment. dia kata sambung this week.
aku selalu if pergi celine suka layan.
noy lak mesti brandon tu layan.
yang noy lak suka celine. tp nak buat macam mana. kang cakap kecik hati pulak kan. keh.
brandon tu ok. tp noy cakap dia suka macam terbawak2. last2 muka noy jadi macam mushroom.
hahahha. aku suka aje. sebab aku pernah brandon buat. mmg jadi besar rambut. 
feeling beyonce uolls. 

:: muka noy yang speechless tgk rambut mushroom nya ::

tapi tetap la nak pose kan.
hahahha. orang belakang tu mesti cakap, " gila ka? lambut macam cindawan pun manyak suka"
tp mmg mushroom sangat ni. hahahahahahahahaa

oh aku suka saloon ni sebab dorang colour sangat lawa.
n murah aku rasa.

macam aku color roots = rm70
treatment 50% off = rm42
noy lak colour n hightlight  = rm150

kan kan kan. murah la kan?
ke ada kedai lagi murah area kl ni?
aku rasa macam payah je nak dapat. :)
oh lagi satu dorang dah kenal kita orang.
so takda la moment2 orang slaoon sibuk nak kritik rambut kau.
promo barang itu ini. tak suke ok.

oh so itu aje.
bye bye.
mau siap2 n bergerak sekarang.

25 Comments:

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

sumpah lawak yg budak kene blow kat kedai makan tu! bayangkan kalo kedai tu bkk, org tgh dok mkn2 tetiba die kat tgh2 dok blow rambut. hahahah!

A.I said... [Reply to Comments]

seumur idop aku, tak penah aku buat benda2 tu. paling dasyat pon kerat rambut wat layer. sekali cina kt rawang tu caj RM15 pon aku dh rasa mahal. baik aku beli susu anak. tp, sapa lak nk guntingkan rambut aku kan? cisss..

Bercinta House said... [Reply to Comments]

boleh tak tanyakan noy apa rahasia dia color, tukar2 color, rebonding bagai tapi tak de masalah keguguran rambut pun..nampak banyak je rambut dia, tak menipis pun..harap boleh share.thanks.

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

peeja! rambut baru nampak awal comel lah..:)

Nadiah said... [Reply to Comments]

Salam Peej,

Yes the price memang murah gila.My hair shoulder length selalunya kalau Colour+highlite+treatment will cost me RM600.00

Anyway boleh I tahu colour rambut Peej? I love the colour.

Peej highlite juga ke?

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

gelak sy bc n3 nie..ade je ayat lawak peej..rambut mushrommtu yg buat xmenahan..he he he..tp apa pun noy tetap nmpak comel..

cantiklah rmbut peej tu..gulung2..mcm rambut artis..sy selalu pg saloon utk potong rambut jer..xpenah colour or buat treatment ..patutlah rambut sy cantik..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

haha!x dapek den bayang cmno la org wt rambut kt kedai makan..hari ini dalam sejarah diriku la nak kata..isk isk isk!

Pnut said... [Reply to Comments]

eekekekek tak leh imagine blow rambut kat kedai makan..ahaks....
mujur kedai tak bukak, kalo tak glem pompuan tu..

gelak akak baca ni... dan ko pija leh jadi duta kotak..ehh kodak...

HaNa NyoTa uHArA said... [Reply to Comments]

weh..kaki ko cantek weh..jeles aku.. kaki aku siap ada scar jatuh longkang ..besar plak tu! nak pakai skirt depan laki aku, aku jadik segan

doll said... [Reply to Comments]

omg!rambut noy mmg npk mushroom!adoyai..lawak dpt kakak cam peeja..ada jer idea kasik nama..tapi highlights tu lawa..mmg dorang pandai buat laa..ok laa harga tu..mana2 pun sama jer kat KL nie..

blow rambut kat kedai kodak?hahahah...hari nie dalam sejarah laa peeja..nasib baik dlm pindah randah tu, rambut jadik cantik cam datin2 you..

Hazey said... [Reply to Comments]

Peej share la kat mana saloon and location...

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahaha...cian ko...kene blow kat kedai kotak..hehe..yang paling aku gelakkan ko ckp rambut noy cam mushroom..hahahaha...but nicely done...katne saloon korang g ek

anggun said... [Reply to Comments]

haah...agree wit hazey...

peliss.need d info..nk buat rebonding la...

deasa said... [Reply to Comments]

orang belakang tu mesti cakap, " gila ka? lambut macam cindawan pun manyak suka"

< hahahahah..part ni aku takleh tahan gelak, match tul dengan muka apek tu..hahaha

Kak Ungku Betty said... [Reply to Comments]

my nieces yang glamorous....kelakar tengok apek yang pandang Nonoy tu..."wah ini amoi manyak cute...lorr, bikin gua gerrrram, lambut manyak kembang pun tak le ape, manyak cantik lah ini amoi..."
hehehe....baik2 Nonoy...

Kak Ungku Betty said... [Reply to Comments]

peeja...you punya lambut curly2 macam itu baby doll lah.....manyak cute jugak maaa

kukuchimachikumi said... [Reply to Comments]

shomelnye rambut mushroom cik noy...

mnjeles pulak sy

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

LAWALAH w/pun cendawan dan kulat sisir. kau nye rambut kulat sisir ok. =)

.:aNNa:. said... [Reply to Comments]

peeja, the price tu mmg normal price utk semua customer ke u guys je yang dapat ek? sbb kat jetzen alamanda ni kem salam le nak dapat that price.

Bitter Sweet said... [Reply to Comments]

adoi, tergelak bila baca kata rambut noy mcm cendawan..sekali tgk gambar..a'ah la mmg kembang mcm mushroom betul..adoi gelak golek2 membacanya..aduyai

Drama Mama said... [Reply to Comments]

hahahhaha kelakar la peej gambar ur hair part atas tak sempat blow. kehkehkehkeh...gelak guling2 haku dah nih!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

peej said... [Reply to Comments]

annasue'g - kan. nasib aku dpt kedai kotak ok.


a.i - ala sekali sekali takpa. ;p


bh - rasanya takda apa kot. yg tau dia selalu treatment. then pakai shampoo repair. n ada la pakai serum. tu je la. lain takda apa kot.


shinnaz - thank u :)


nadiah - tak tau la color apa. celine tu main acu2 aje. then terus dia color. tak amik tau. dia tau buat kerja dia. highlight lama ada la. dah separuh bawah. nanti before raya baru highlight yg atas2 yg selalu touch up je tu kan. :)


hanim - best sebab kedai ni pandai blow curl. so suke..so if pergi mesti nak curl. rasa rugi if straight aje. nice kan :)


buyui - hahha. kan. patutlah minah tu emosi gila lepas tu. keheheh.


pnut - tu la. kalau bukak mesti lg horror. siap rambut bau makanan nanti. sbb ada orang masak2 semua. hahha


hana - cantik apa besar tiang talipon tu. ada scar. tp tak ketara sangat la. :)


doll - kann. kalau tak mesti emosi aje.

peej said... [Reply to Comments]

hazey - kat wangsa maju seksyen 2. sederet ngan 7-E. kedai first. nama kedai Up Shot. familiar tak ngan area tu?


shuweet & anggun - refer above.


deasa - kannn. mcm menyampah betul muka mamat tu. haha


aunty bada - gilakah?


kumi - apakah panjang sangat nama. tak reti aku nak menyebut. haha.


arianna - apakah kulat sisir. keji ok. tp serious aku tak tau pun kulat sisir tu apa. ada2 je kau ni kan.


anna - rasanya semua sama kot. takda special2 la.dia depends dgn length rambut. n usually if color, rebonding ke apa. lepas tu treatment akan dpt 50%


bitter sweet - melampau kan mushroom dia tu.


drama mama - budak yg blow kat kedai makan tu half rambut atas tak siap kot. tp horror.

Ietams said... [Reply to Comments]

lawak betul .. muahahaha

Hazey said... [Reply to Comments]

okay nanti recce dulu.. thanks..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...