Instagram : @peejburhan

sorry, tapi aku macam tak nak terima pendapat dia~

hola.
semalam aku tengok cerita inception.
setelah berpuluh kali try tgk tak dapat2 aje. memanjang sold out.
tak pun tinggal seat depan je. apa jadah kan.

so pergi la tgk kat midvalley.
gigih ni pergi ngan period pain bagai.
seksa bukan main rasa.
tapi telan panadol. terus tenang tgk lepas tu :)

anyway pasal cerita tu.
as usual. mula2 aku rasa tak faham.
aku rasa complex betul cerita dia.
then bila dah half tu baru faham.
cuma ending dia aku tak berapa faham.
so aku mau tanya untuk sesiapa yang pernah tgk.

well aku pergi tengok ngan noy.
sapa yang dah baca blog aku lama tau la kan.
noy ni mmg hampeh n bimbo sangat.
siap kawan aku pesan. if nak tgk cerita ni jangan pergi ngan noy.
nanti noy tak faham. haha keji kan.
tapi macam la aku ni ramai sangat peneman kan.
mmg balik2 tu je la yang ada kan.

so nak tanya. ending dia maksud apa???
kan dia jumpa anak dia la apa la.
then dia pusingkan gasing.
so aku tak sure sangat.
kan benda tu untuk tunjuk dia sama ada dia kat reality ke mimpi kan?
maybe waktu dia terangkan aku tak perasan kot.

teori aku : gasing berpusingggggg aje. maknanya mimpi.
                if gasing pusing n jatuh. maknanya reality.

noy punya lak terbalik.
so last sekali tu. gasing tu pusing. ada la bunyi mcm nak stop.
tp tak tunjuk pun jatuhhhhhhhhhhhh. so maknanya apa tu?

yang noy mmg hampeh.
masa tengok tu dia gelak2.
dia suka benar everytime time takda gravity tu ke apa.
siap cakap kelakar la apa la.
yang pelik. dia sorang je yang gelak kat cinema tu. haih.
pastu keluar wayang.

noy : best cerita dia. kelakar. tapi saya tak faham. hihihi.

stress. stress sebab aku nak bincangkan pasal cerita tu. tp dia tak faham pulak. tsk.
tapi dah takda pilihan aku bincangkan jugak la kan.
ye la takkan aku nak ketuk2 bahu strangers sambil tanya," eh apa maksud cerita tu? jom bincangkan."

me : maksudnya apa? mimpi ke betul?
noy : betul la. dia nak tgk muka anak dia.
me : kenapa pulak. sebab gasing tu tak jatuh.
noy : tak jatuh maknanya reality.
me : ye ke? memandai je kau ni. tak if pikir reality. mana ada gasing pusing je tak jatuh2.
noy : betul la.
me : entah la aku tak perasan la masa dia terangkan.
noy : betul la. kan atuk tu jemput dia kat airport.
me : bila masa lak atuk tu tau dia nak sampai time tu.
noy : kan dia cakap kat atuk tu tu je cara dia nak balik. so atuk tu bg budak perempuan arkitek tu. kau ni kenapa pija. apa dah jadi ngan kau. aku lak yang tau dpd kau. hihihi.
me : aahhhh tipu la cerita ni * wah tiba2 tipu kan*
noy : woow. saya lagi faham daripada kau. best.
me : aku period pain la.

hahahaha. apa kena mengena.
takleh terima kenyataan lak noy lg faham kan.
so sesiapa yang pernah tgk cerita ni.
sila bagi tau. maksud ending tu apa?
mak confuse uolls.
kerjasama anda amatlah dihargai.

oh lupa.
bagi aku cerita ni best.
aku kagum ngan manusia2 yang buat cerita macam ni.
otak dorang boleh terfikir nak buat cerita macam ni kan.
genius la. tak pernah terfikir.
oh suka. macam nak tgk lagi.

24 Comments:

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

dia mimpi. sebab gasing tuh tak jatuh and anak2 dia pakai baju sama macam dia selalu mimpi kan.

itu yang i paham lah.

chics said... [Reply to Comments]

noy : best cerita dia. kelakar. tapi saya tak faham. hihihi.--> hahahahah senak perut tahan gelak.

Tapi magicla, camana noy paham kau tak pahamm?

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply to Comments]

cite ni bestkan peej? mmbr aku siap suh prepare minyk cap kapak ms tgk cite ni..

aku rs kan,tu mimpi dia je la sbb dia dah mati dalam mimpi dia sendiri..
perasan tk ms dlm flight tu,dia tersedar dan semua org pndang dia,nmpk sgt dia mmg dah mati sbb ms van terjunam dlm air,dia tk bgn dr mimpi tu..

tp cite ni mmg superbbb kan?
kawan aku siap leh mimpi dia dah gie keje,pdhl time tu dia tgh tdo kt umah lagi..gara2 cite inception ni la..wakakaka

peej said... [Reply to Comments]

nadiah - kan kan kan? aku pun rasa macam tu. sebab position pun yang sama. tp anak dia pusing.


chics - kan. tak faham tp nak bg aku faham. aku rasa aku faham ending dia. tp sebab noy twist2 bg aku confuse. tu aku tak puas hati ngan magic ni. aku kena tanya pendapat orang yg dah tgk. ;)

peej said... [Reply to Comments]

nemo - oh ok. that explains. hihi. tak sabar nak bg tau noy. kehhh. aku suka bila aku betul. la la la~
n yes cerita ni best. rasa nak tgk lagi. takpa tggu dvd ;)

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply to Comments]

tu la kan rs cam nak tgk lagi kn?
ko tk pening ker pas tgk cite ni,mostly mmbr kau gie tgk,dorg ckp pas tgk cite ni,automtk pale rs pening?

tp noy wat lawak la..

noy : best cerita dia. kelakar. tapi saya tak faham. hihihi.--> lawakkk!!hahahaha

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

sebab itu je dia nak. nak tgk muka anak dia for the very last time.

memula haram tak faham.rupenye si saito yang tua kerepot..wakakak.
best movie ever.

n Z r A said... [Reply to Comments]

what a coincidence! saya pun baru tengok smalam. apa saya paham kalau totem tu tak jatuh, maksudnya dia mimpi.

last2 tu totem tu macam still berpusing.so ada 2 :
1- kalau director tu nak buat inception 2, maybe still mimpi. mungkin diorg tgh masuk subconscious mind si cobb plak ke
2- kalau takde inception 2 director kasi peluang kat org nak nilai kot. kalau nak happy ending, totem tu akan jatuh. kalau nak agak2 thrill, totem tu terus berpusing.

wow sorry la bg hujah mcm tgh lawan debat. smangat sbb baru smlm tgk so still fresh2 lagi. cerita itu mmg awesome.rasa macam my mind was fucked.sakit kapla nak fahamkan tp feeling dia best. lol (cop twit i never fucked before lol buatpe lah nak terangkan)

Dils said... [Reply to Comments]

aku rase betul, sebab betul la gasing tu kalau dalam mimpi die akan pusing and never wobbles.

Tapi at the end tu, gasing tu walau tak jatuh lagi tapi dah wobbles. So reality.

Tapi anak tu musykil skit. Sbb rupa and baju sama and also bunyi sore anak die time memula die call awal2 cite tu mcm dh besa. Tapi aku nye teori la, die dalam reality tapi perception die tengok anak die mcm tu, sebab die nak recreate balik scene sbelom die kena lari luar negara, yakni, anak die pusing tengok die.

Bahhhh..

me said... [Reply to Comments]

saya rasa dia still dalam mimpi because dia sebenarnya dah tua..ingat tak ade scene dia dengan wife dah tua,dorang hold hands kat tempat dia orang reka tu..dia orang dah duduk dalam mimpir diaorang tu dah lama sebenarnya..&disebabkan dia nak sangat jumpa anak2 dia, jumpa la dia dengan anak2 dia yang baju sama time dia ada orang datang suggest dia kena lari dari situ..

p/s: hehe..saja nak kasi korang pening..

theorangelily said... [Reply to Comments]

kak.. mende alah ending die ni memang menjadi tajok perdebatan hangat forumer di usa. so.. takyah nak rasa pelik kite berdebat la kan.. hihihi
memang gitu

rosealley said... [Reply to Comments]

nonoy memang sangat kelakar, haha, emm emm, rase cam ending dia kan, director nak suh kita conclude sendiri kot ape ending yang kita nak, haha, oh btw, gasing pusing2 xjatuh tu dlm mimpi rasanya

puterikurekure said... [Reply to Comments]

pija, akak nak out of topic sat. malam tadi akak mimpi pija ngan auntie datang umah ibu akak ok! korang naik kembara dan lagi sebabkan auntie pakai wheelchair kan, satu seat kereta korang cabut untuk letakkan wheelchair tu kat situ. hehe.

yang best tu, korang siap makan, tido petang sat kat umah ibu akak tu. rasa macam real je. oh nak jadikan tak logic, pija datang jauh2 just pakai tshirt dan suar pendek yang slalu pija pakai kat umah.

hikhik. teringat2 mimpi tu. kalau la jadi kenyataan...

Faressa said... [Reply to Comments]

I think the ending tu is suppose for us to guess if whether its reality or a dream. Thats why they stop the movie before the thing falls down so its suppose to be a mistery and have viewers debate... it can be anything but i have a feeling theres a sequal or something.

Hahah noy so funny la

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

x tgk pon cite tu so x leh nk komen ape2..

just nk komen pasal satu hal yg u ckp nk p tepuk bahu strangers tu tanya sbb ai pernah alami uols!bukan la ai menepuk tanya..ni jd kt toilet sebab masa beratur tunggu turn kt toilet lepas tgk satu cerita tu...[kan pas abes sume la nk p toilet kan..?so adalah rmi org kt situ] then ai borak2 la ngn kawan ai pasal citer tu ...pastu ada la strangers p tanya kitaorg..last2 leh lak wt dicussion dlm toilet tu...gilo kan?dh la ala2 forum apakah dlm toilet?

lily lotus said... [Reply to Comments]

eh nak tgk gaklah :D

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

sumpah! I pun tak paham tapi orang kata best I pun layan...hahaha :p

Farah said... [Reply to Comments]

aku rase die dah balik reality..sebab die dapat tgk muka anak2 die..bab gasing tu aku pon tak sure.

siti_asiah said... [Reply to Comments]

SAYA rasa dia mimpi lagiiiii....

sebab:

1.dia xsempat kluar dr mimpi tahap3..
(3 eh?)yang tetiba banjir beso tu..

2.pastu bila dia tersedar dlm kapal terbang tu cam pelik je...semua mcm tertumpu kt dia..cam skrg ni kisah dia..mind dia yg kontrol bende tu(kan mimpi jadi mcm tu)

3.totem tu xberhenti berpusing which mean masih dlm mimpi..
sbb mind yg kontrol (kita pusing bende tu sbb nak bagi dia berpusing,so kalau mimpi dia akan ikut ape yg kita nak)
contoh arkitek pompuan tu totem dia buah chess tu..dia tamau kalahh maaa..kalau xjatuh maksudnya dia mimpi..
pastu totem tu bergerak sikit nk jatuh tp xjatuh kan last2 tu?
sbb otak kita nk proof benda tu realiti..so dia gegar sikit..tapi tak jatuhh...
haha(sbb ni aku gelak dlm wyg..kuang asam tol director dia)

4.sikap dia mmg mcm xleh lupakan bini dia dlm mimpi tu(dia ade masalah saiko)
nak jugak bende yg dh takde.


sape setuju dgn saya??

Mya Sakura said... [Reply to Comments]

dia still mimpi yg jumpe anak2 dia tu. , and 2nd last part masa dia jumpa lelaki jepun tu dh kira mimpi dia stage 4. diorang sepatut leh tahan sampai stage 3. Yang lain semua dh sedar masa van jatuh dlm air kecuali dia ngan lelaki jepun tuh.

overall..citer ni best. sebab dh tgk citer ni best , tgk SALT cam hampeh sket..huhu

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kite xtgk crite ni. sini xde panggung wayang!! *bakar jalan raya* tp betul kan crite ni pasal mimpi dlm mimpi? tu yg org ckp kompleks semua tu. kalau kite, mmg xpergi tgk lah kot, sakit kepala makcik nk memahaminya.. lolx :PP

zie said... [Reply to Comments]

Hmm...saya ingatkan masa tengok tuh, saya paham, tapi lepas baca comment semua, saya jadik tak paham.

Okay, mengikut pemahaman Zie, last part masa die jumpa anak die is - reality. Sebab die berjaya get up from all 4 levels of mimpi.

Dalam mimpi, die tak dapat tengok muka anak die, tapi reality nyer yes- die dapat tengok.

Totem tuh still berpusing, sebab saja nak create perdebatan or a sequel to this movie nanti....kalau ada.

Okay, that's my pendapat.

peej said... [Reply to Comments]

hoih serious lepas baca masing2 punya version. lagi bertambah pening.
mula2 aku dah happy sbb ada few yang sama pendapat. sekali datang lagi macam2 teori. terus rasa nak pengsan.
takpa nanti try tgk lagi. n nak keluarkan teori lain lak supaya semua bertambah pening. keh keh.


pkkure - hahaha. gila over ok. tp ada kena mengena la kot. sebab inception pasal mimpi kan. huhuhu.


buyui - haha lawak. apakah kegilaan. mesti orang tu takda geng nak bincang.

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

bkn ke masa mula2 dia ajar budak arkitek tu, lps je bgn dari mimpi, dia terus pusingkan totem dia. dia kata kalau totem dia stabil (tak terus tergolek), maknanya dia dlm reality. knp ramai kata bila totem jatuh, baru la dia dlm reality? huhuh..

totem dia x sama mcm totem arkitek. totem yg arkitek tu buat mmg dikhaskan utk jatuh dlm kadar tertentu setelah ditolak. just remember, setiap totem membawa karakter, berat dan rasa yg tersendiri. totem dom tu adalah totem wife dia yg sepatutnya berpusing stabil dlm realiti.

for me, dom masih dlm limbo sebab hanya dia je yg tak bgn. lps jumpa saito dlm limbo, saito dah tembak diri dia. so dia terkeluar dari mimpi. then, tiba2 je scene dom atas kapal terbang dan semua org pandang dia. for me, dia masih dlm limbo sebab dia x kena 'kick'. you need a 'kick' to wake up from ur dream, remember? lg pun, masa dia dan saito terbgn kat atas kapal terbang tu, takde pun wayar berselirat kat tgn diorg. yg ada hanyalah kwn2 dia pandang diorg sambil senyum. salah satu point yg jelas ialah baju anak2 dia sama mcm dlm mimpi. cuma kalau sblm ni dia taknak pandang muka anak dia, kali ni dia pandang sbb dia ingat dia dah berada dlm realiti.

haha, cerita ni sbnrnya buat korang berfikir. xde sape yg betul melainkan explanation daripada si penulis skrip!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...