Instagram : @peejburhan

jelmaan dan gendang-gendang~

Salam Kak Peej,

Saya pon nak share kisah mistik saya sepanjang saya hidup 24tahun ni. Saya bahagikan pada 3 segment. Masa saya kecik, masa belajar and bila dah kerja. (macam segment dalam majalah tiga pulak)

Okay, kembali serius sambil buat muka ketat.

Masa kecik.

Dulu saya pernah tinggal rumah flat dekat Shah Alam. 12 tahun jugak saya tinggal dekat situ. Kejadian ni jadi masa saya tengah tidur. Saya tak pasti lah berapa umur saya time tu tapi seingat saya, saya still sekolah rendah lagi. Malam tu saya tidur dengan adik dalam bilik. Mula-mula saya dah rasa saya kena hempap. Lepas saya lawan, suasana kembali okay. Bila saya beralih badan tiba-tiba saya nampak orang pakai telekung dalam keadaan tahiyat akhir. Tapi yang peliknya, orang tu solat membelakangkan kiblat. Pada mulanya saya ingatkan Mama saya tengah bersolat malam. Tapi bila tengok semacam jek bulu roma mula lah menegak. Bila benda tu nak bagi salam tu kan terus saya tekup muka pakai bantal. Esok paginya, saya tanyalah Mama saya kot lah kan dia ada bangun pagi solat tahajud ke, taubat ke tapi Mama saya kata (time tu lah,) Mama saya belum pernah lagi bangun tengah malam untuk buat solat sunat tu. Babun, apa kebenda pulak lah benda alah tu kan. Boleh pulak tiru orang tengah bersolat. Macam haram.


Masa belajar.

Kejadian ni jadi masa saya belajar dekat UiTM Segamat, Kolej Intan, tahun 2004, semester dua. (pergh, lengkap maklumat). Saya tinggal dalam bilik 4orang. Masa tu tiga-tiga senior saya balik rumah and tinggal saya jek weekend tu. Malam tu sebelum tidur saya bergayut dengan boyfriend saya (boyfriend time tu la) :P Dia ada pesan dengan saya why not saya tumpang tidur bilik member. Saya kata tak payah sebab saya dah biasa and yakin gila takkan ada apa-apa. Berlagak gila kau. Dalam pukul 1pagi time tu lepas bergayut saya terus tidur. Dalam masa tidur tu tiba-tiba saya dihempap. Kali ni susah gila nak lawan. Masa tengah bergelut dengan situasi tu, saya ada nampak benda putih lalu tepi saya. WTF. Tiba-tiba kan, ada suara garau belah tepi telinga kiri saya cakap, "Bangun, bangun, bangun." Kuat gila. Time ni dah menggigil. Saya pon lawan 'benda' yang hempap saya tu. Bila saya dah berjaya, saya pon keluar dari bilik and berlari terus naik tingkat atas bilik member saya. Terkejut member saya bila tiba-tiba saya bukak pintu lepas tu terus melompat atas katil dia. Senior bilik member saya pon terperanjat sebab time tu diorang tengah berborak lagi. The next day bila senior dia tanya baru saya cerita. Naik seram budak-budak tu. Terus malam tu kitorang berkampung tidur ramai-ramai share tilam.


Bila dah kerja.

Ni tak ada apa sangat tapi bila dah ternampak tu terus saya masuk office lambat sikit. Saya ni jenis suka sampai office awal. Sebab boleh nak buat kerja-kerja lain selain kerja office. Saya lah orang pertama yang akan masuk office dulu and akan tolong buka lampu. Pintu bilik saya yang jenis glass tu. So, boleh nampak luar bilik. Tiap-tiap pagi saya akan tengok pintu cermin tu betulkan rambut lah, baju lah sebab boleh nampak dari atas sampai bawah. Ada sekali tu nak terkena lah kan, tiba-tiba saya nampak 'BUKAN DIRI SAYA'. Benda tu berdiri sebelah bayang saya berbaju putih and berambut panjang. Muka tak nampak sebab macam tutup dengan rambut dia yang over panjang dari rambut saya. Babun. Apsal lah nak menjelma time-time tu kan. Dah pukul 7 lebih kot. Lepas dah terkena tu terus saya masuk office nak dekat-dekat pukul 8. Tension jek.

Bila semua kejadian ni jadi dekat diri saya memang haram lah saya nak tengok cerita hantu kan. Ada kawan-kawan kata saya penakut lah, gedik lah, mengada lah sebab tak nak tengok cerita hantu, pedulik. Try sikit jumpa hantu. Tengok sikit berani ke tak. (tiba-tiba emo)


Tu jek Kak Peej. 
Tak tahulah cerita saya ni seram ke tak. Sekadar nak berkongsi. Hehe.


Thanks.


http://belogbuatanmelissa.blogspot.com



.....................................................................................


scary kan.
tapi orang cakap benda2 ni mmg kita takkan nampak muka dia.
sebab katanya 'dorang' takleh tgk muka kita sebab kita ada kalimah Allah kat dahi.
Wallahualam.


.....................................................................................


Hi Peeja,

I nak share satu cerita. baru lagi nie. tak la scary sgt. saja nak share. kalau ok, boleh la publish.

keep on blogging!
-Liz-
http://charming-umi.blogspot.com


Cerita ni masih fresh. Baru je jadi hari Jumaat minggu lepas.

Hari Jumaat tu, anak-anak buah ikut aku balik rumah kejap. So malam tu, kitorang hantar la budak-budak kecil tu ke rumah ipar. Dia duduk kat apartment. Tempat tu agak susah nak cari parking. So hubby turun dan hantar budak-budak kecil tu naik ke rumah. Aku ditinggalkan dalam kereta kejap.

Tak kesah la. Aku tak la penakut sangat. Tempat tu tak gelap tapi parking lot tu sunyi. Sebelah bukit pulak tu. Masa tu tinggal aku sorang kat dalam kereta. Radio tak terpasang. Entah la, semuanya malas malam tu. Kalau tak tu, mmg aku buka radio.

Tak sampai seminit aku keseorangan, aku dgr bunyi paluan gendang. Sayup-sayup je. Aku pandang kiri kanan. Kot-kot la kereta sebelah buka radio kuat sangat. Takde orang pun. Aku sorang-sorang gak.

Aku cuba dgr lagi. Memang sah, bunyi gendang. Ala-ala gendang orang India. Dgr dari arah belakang seat aku. Aku pusing. Eh bukan, aku buka lampu kat dalam kereta dulu. Bagi terang, baru aku pusing ngadap belakang. Konon kalau buka lampu, bajet hantu tak menjelma la. Hantu kan ada kat tempat gelap-gelap je. Eh, boleh pakai ke teori aku nie?

Aku pusing, takde hantu tapi bunyi paluan gendang tu masih ada. Cuak giler. Dah la bukit sebelah kereta aku tu gelap aje.Dgn takde orangnya. Kalau jadi apa-apa kat aku, camne?

Terus aku pasang radio. Aku pasang perlahan. Masih dengar paluan gendang. Aku kuatkan volume. Paluan gendang tu makin kuat.Isk, melawan ko eh? By this time, aku dah marah-marah dalam hati. Mana hubby aku ni? Anta anak-anak buah pun, tak turun-turun. Tinggal aku sorang je pulak tu.

Nak kata keluar dari radio, tidak la kan? Sebab dah dgr sebelum radio tu terpasang. Lagi pulak, lagu Greenday yg aku tgh dgr time tu. Jauh beza.

Ada la dlm 15 minit aku tunggu hubby aku. Last-last aku sms dia suruh dia turun cepat. Marah dah time tu. Takut sebenarnya. Hahaha.

Hubby aku turun. Aku buat muka ketat. Tapi tak ckp apa-apa lagi. Dia masuk je kereta, aku terus ckp.

“Abang.. dgr tak tu?”
“Dgr apa?”
“Tu la.. cuba dgr betul-betul. Mcm ada bunyi gendang la. Mcm orang India punya gendang tu”
“Laa.. memang la!”
“Hah? Apa yang memang?”

Time ni, aku ingatkan dia tau mmg ada hantu gendang ke ape.. rasa nak marah sbb tinggalkan aku sorang-sorang. Yer, aku tau aku over!

“Kat atas bukit tu ada kuil. Diorg ada acara la tu. Tu yg bunyi gendang”

Kurang ajor!

“La, nape tak ckp kat atas tu ada kuil?”
“Mane la abang tau”
“Ishhh…. Penat-penat je la Liza takut sorang-sorang dari tadi”.

Bila aku pk balik, rasa lega. Tapi rasa nak menyumpah sebab aku mmg takut giler tinggal kat dlm kereta sorang-sorang time tu!



...........................................................................................


ok email ni bulan lepas punya.
so bukan la jummat baru2 ni jadi ke apa ye.
haha suspen aje tau.
aku dah terbayang2. gendang ala2 cerita Jumanji tu.
sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.








11 Comments:

Ewinn said... [Reply to Comments]

ahh tidakkkkkkkkk!!! saya selalu pergi kerja awal & orang 1st sekali sebab nak surf internet..nak datang lambat la lepas ni.. :|

miMiE aZiMaSK ^V^ said... [Reply to Comments]

peej... kawan kiter yang terkena kat pejabat tuh membuatkan meremang bulu roma.. boleh pulak jadi bayangan dok depan kawan tuh yg tengah bercermin.. adoiii... mcm mcm... tkut.... mie tak pernah jumpa.. n tak mau jumpa..... setakat dengar2 tuh selalu.... emmmmm

Lya Colours said... [Reply to Comments]

warghh siap mention uitm segamat kolej intan lagi !!! aku dulu pon uitm segamat tp dah lupa apa nama kolej yg aku tinggal dulu. mmg byk la cerita2 mistik sepanjang kat sana. tapi x pernah la jumpa depan2. ish x nak la aku jmp depan2 kan. mampos keras je nanti. penah sekali aku ada 1 mlm tuh tido sorg2 dlm blk, tiba2 terjaga sbb bunyi org ketuk pintu blk aku kuat2 bagai nak pecah. sape plak nak ketok malam2 tuh kan. gila btol. lagi 1, kat hostel aku tuh dulu dorang ckp byk encik pocong.bodoh nasib aku dok hostel 2 sem je sbb pastu kene dok luar

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

yg cite hempap2 ni mmg sy pun pernah kena...org akta bukan hantu tp apa entah nama saintifik tu..

yg cite no 2 tu rupenya....ade kuil kat situ...patutlah...

shuweet said... [Reply to Comments]

hahaha..citer no 2 tu buat aku suspen jek....kekdahnye

kutak jinggong said... [Reply to Comments]

haha.. hi peej. aku pun dah banyak kali experience ala2 kena hempap tu. Paling scary satu hari masa aku kena hempap tiba2 angin kuat giler and timbul kepala warna putih pakai serban terbang2 berlegar2 kat depan aku sambil cakap "Sembahyanglah kamu... sembahyanglah kamu..." Insaf wei.Tapi ni aku rasa cam mimpi tau coz bila aku bangun dan tak rasa kena hempap benda tu dah xde.. Tapikan orang kata, perasaan kana hempap tu sebenarnya coz position kita masa tidur tak betul. selalu kena masa kita tidur melentang.. paru2 and jantung tertekan jadi susah bernafas menyebabkan rasa disoriented and nampak macam2. sekarang aku tidur mengiring and xpernah dah kenan "hempap"... Alhamdulillah...

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

bengong kan..dah penat2 dah takut dgr bnyi gendang...sabar jer la...

lily lotus said... [Reply to Comments]

adoii, yang kes kat ofis tu scarylah..dahlah ly pun situasi camtu kat ofis

Drama Mama said... [Reply to Comments]

hahahaha cerita last tu saspennnnn jaaa!!!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

org ckp uitm sgmt mmg ada mcm2.. kwsn hutan kn. tp kjadian2 kne hempap kt hostel mmg slalu blaku. siap telinga bdesing, bila tbangun tu rs sgt dahaga. wohh. sebbaik skang ni da xde kjadian cm2 lg. tp crite kuil ats bukit 2 mmg xboleh blah!! haha. cyutz je. :P

Hiddy Asri said... [Reply to Comments]

haa...cerita reader yg masa kecik tu kwn aku pernah kene masa kt asrama. ada org smyg blkgkn kiblat..Wallahualam..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...