Instagram : @peejburhan

asrama dan universitas~

Hi Peeja!

Aku ada experience bab bab horror ni..

Kes ni berlaku masa aku kat Pre-U, Melaka. Oklah, bagi sesiapa yang tak tau, MMU Melaka dikelilingi oleh jirat cina. Anyhow, itu tak der maksud apa apa, because I don't believe jin jin ni suka kat kubur Cina je. Kat mana mana pon ada kan. 

Anyway, masa tu study week, biasalah students, last last minit baru nak study gila babeng kan. My friends and I suka study kat dalam campus, and since kitaorg study start pukul 10malam sampai lah the next morning, library memang selalunya dah penuh. So we resorted to old canteen yang agak jauh jaraknya dengan building building yang lain. 

Memang agak tersorok lah dari crowd, kantin tu memang kat hujung campus dah. 

So that night, tetiba la pulak tak ramai orang kat old canteen tu, lagipon jam dah pukul 3 lebih tu (rasanya, tak ingat sangatlah). Masa tu aku cool lagi, tak der la fikir apa apa. So aku ajak kawan aku teman pergi toilet. 

Sampai kat toilet, masing masing buat biznes la kan. Nothing fancy. Lepas dah habis, my friend ni ajak pergi tengok bulletin board sebelum balik kat tempat duduk kan. 

So on the way lepas tengok bulletin board tu, kitaorg lalu lah depan toilet tadi kan, then tetiba tiba, kawan aku tadi tu terus berlari, aku mcm terpinga pinga! Then hati aku mcm tergerak nak pandang belakang, and bila aku pandang belakang je, aku nampak mcm ada kabus/asap/wap/whatevaaa pintas lalu dari toilet ke kakilima (refer Gambar1.png). Masa tu aku masih lagi blur blur, mcm, apakah itu? Then aku boleh buat relax lagi..member aku dah lari jauh dah...haha..




Then sampai kat old canteen tu, aku tanya la member aku, apasal dia berlari? Then dia tanak cakap, tapi boleh tak dia sambung balik study?? haha...kalau aku confirm dah pack barang balik bilik kan..haha.

About half and hour lepas "incident" tu, kitaorg semua kembali mcm biasa...huha sana sini...bayangkan pukul 4 pagi bising bising...mana taknya. 

Masa tengah berseronok gelak ketawa, kitaorg semua duduk dlm satu meja, then ada sorang lagi member (orang lain) aku duduk sensorang kat meja lain, aku pon panggil lah dia join sekaki kan..then bila dia nak bangun menuju ke meja kitaorg, dia terduduk balik, then dia geleng geleng kepala. 

Aku pon ingat, oklah, dia nak study lagi la tu, tak kisah lah kan.

Then dia cepat cepat kemas barang dia, and terus naik hostel. Kitaorg mcm "Wah, apasal dia sombong sgt tu?? Tension nak exam kot..."

Keesokan harinya, dia bagitau kitaorg, yg masa dia nak bangun nak tuju ke meja kitaorg, dia ternampak ada "benda" berlegar legar kat meja kitaorg / belakang kitaorg (refer gambar 2.png)...tu yg dia terus terduduk tu. Then dia cakap, masa dia nak gerak balik hostel dia, "benda" tu ikut dia!! Tapi nasib baik bilik dia dah "berpagar" masa dia mula mula masuk hostel dulu.




GILA LA WEH! Aku masa tu yg blur blur, terus jadi paham. Terus terkaku, langsung aku tak study kat situ lagi. Sanggup study dlm bilik. HAHAHA

Eh, panjang pulak cerita ni. Ok bai.

(haha, tetiba ending mcm cibaiss)

- Alia
www.secondsanctuary.blogspot.com

........................................................................................................


Bila aku baca orang lain punya cerita, macam best pula. Ni aku nak cerita aku punya pulak. So far aku belum pernah kena apa-apa lagilah. Selain dari dengar orang alih-alih perabot dari rumah atas aku ni. Ni aku cerita pengalaman kawan-kawan.

1. Yang ni orang panggil hantu "mama, carry baby". Cerita dia macam ni. Selalunya jadi dekat asrama. Siapa-siapa yang ada keistimewaan melihat benda-benda halus ni selalu lah nampak. Tak pun budak-budak asrama yang poyo-poyo yang suka stay up sampai pagi-pagi tu selalu terkena. Dorang ni selalu nampak benda ni jalan-jalan keliling asrama sambil buat gaya macam tengah dukung baby. One day ni, kawan aku kata dia nampak benda ni dekat dengan kafeteria asrama. Dia buat bodoh jer. Malam tu dia stay up and tidur dalam kul 3 pagi kot. Time tidur tu dia dengar macam ada orang nyanyi-nyanyi. Dekat jer suara dia. Dia buka mata dia cari-cari dari mana datang suara tu, rupanya benda tu ada atas almari dia. Duduk sambil julur kaki ke bawah, dukung anak sambil nyanyi "mama, carry baby! mama, carry baby!" Dia pandang je terus benda tu ketawa mengilai-ngilai and hilang.

2. Ni pun terjadi dekat asrama jugak. Macam tak berapa seram sangatlah. Kawan aku ni dia dah tidur. Pastu dia rasa macam sejuk-sejuk. Dia nak bangun konon nak tutup tingkap, sekali dia pusing dekat meja belajar dia, ada sorang budak kecik menyangkung atas meja belajar dia sambil peluk lutut and tenung muka dia. Terus dia baca ayat Al-Quran. Benda tu hilang and kawan aku ni terus menyelit dekat katil aku. Pagi tu bangun tengok-tengok dia ada dekat sebelah aku. Dahlah katil tu katil single kan.

3. Ni terjadi dekat asrama lelaki. Kawan aku cerita. Dekat asrama ni ada satu bilik tu memang dikunci and tak dibagi sesiapa pun duduk dalam bilik tu. Sebab pernah dengar cerita ada kes budak gantung diri dalam bilik tu. Dulu asrama tu asrama perempuan, disebabkan perempuan ni selalu datang bulan and lemah semangat, dorang selalu kena kacau. jadi dorang pindah asrama duduk dekat asrama lelaki, budak lelaki duduk dekat asrama perempuan. Kawan aku ni dia dapat bilik sebelah bilik yang berkunci tu. Masa tu belum tengah malam kot. Taulah budak lelaki ni malam-malam bisingkan. Main terup lah, main gitar lah apelah. Satu malam tu dorang tengah nyanyi-nyanyi main gitar, tetiba dorang nampak pak guard lalu dekat tepi tingkap tegur "diamlah. jangan buat bising". budak-budak ni ketawa jelah kan. tapi kawan aku ni baru perasan yang bilik dorang ni dekat tingkat dua. macam mana pulak pak guard tu boleh lalu tepi tingkap kan? dorang semua terus tutup tingkap and buat bodoh jer. 

itu saja. hehe.


Regards,
Azryn



10 Comments:

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

uishh..seram jgk ek.
aku mimpi zombie smlm pon seram jgk. bile bgn pagi terus rasa letih sbb dlm mimpi aku berlari2 dikejar zombie. serius tau, aku tak tipu.

Ara Amnan said... [Reply to Comments]

Tuhanku, luckily i'm not d lucky one yg bole nmpk all dis stuff kn. My fren bole nmpk kot. So, bile wajah die berubah je, ktorang dh tahu dh.sure die tgh nmpk benda tu!!

peej said... [Reply to Comments]

annasuejie - oh sangat faham. aku pernah kena mcm tu. kadang menangis dlm mimpi sampai terbawak2 bila bgn tido. bengong ok.


ara amnan - kannnn. Alhamdulillah sgt. if nampak dah lama pitam kot. dan tak suka jugak org2 yg boleh nampak ni sibuk nak bg tau. x suka tau. takuit.

nur aishah said... [Reply to Comments]

hoho bila baca citer yg kawan die nampak budak kecik atas meja tu tetibe teringat masa kt mrsm dlu ada 2-3 kali my besfren tetibe dtg tido skali kt katil. masa tu ngantuk x pk pun btol ke my besfren yg dtg.bg je die tdo seblah w/pun katil single. sampai skang tak pnah tanya knape die nak tdo kt bilik i even my room tu yg plg blakang kat wing asrama tu.lgpun die agak berani. huhu

Pastu dulu masa kat mrsm gak..i penah mimpi kne kejar ngan teletubies..kat shopping complex lagi..sampai skang benci ngan teletubies. klakar kot sbenarnya...ade ke kne kejar ngan teletubies..huhu

-ecah achim

IamYonna said... [Reply to Comments]

dah agak dah story first tu dr alia! hahaha tgk doodles dia pun dah tau :D

tak seram katanya budak menyangkung atas meja tuuuuuuuuuu! kalau yonna la, mau humban meja tu ke laut

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

hhohoh... i bekas MMU Student Malacca Campus. Alia, adakah canteen yg u maksudkan tu "Food Court"? tempat tu mmg kat hujung sgt. i pun selalu study sana sbb library penuh. kat sana, kalau nak discuss kuat2 pun org x marah.

tp setakat kitorang selalu lepak 2-3 pagi nie, takde la pulak ada benda kacau. alhamdulillah. tp tu sekitar tahun 2000-2004 la. skrg xtau la kot2 byk hantu.

kmsn fzd said... [Reply to Comments]

yang mama, carry baby seram!
pandai pulak dia ber-engrish.
carry carry bagai ;P

funky_D said... [Reply to Comments]

tau gak emel 1st dari alia coz rajin sgt siap ada lakaran hantu tu... lol

teringat dulu lepak kat tangga x jauh dari rumah sewa. tmpt tu cam best la sbb breezy dan pemandangan cantik. tetiba sorg kawan ni cam terkujat je tgk atas.die ni leh nampak hantu.

bila aku tgk atas nampak ada benda putih lalu. aku dgn die terus bgn n blah. yg lain2 pelik tapi ikut gak. mlm tu aku dgn die xleh tido sbb benda tu kacau ikut balik n kacau kitorg berdua je. sbb kitorg je yg nampak. tobat lepas tu x lepak kat situ lagi dah.

shuweet said... [Reply to Comments]

cerita yang pak guard lalu kat tingkat dua tu aku macam penah baca sebelum ni..tapi lupe katne...scarry

raina said... [Reply to Comments]

aku wat contest cite hantu..sapa2 ada cita join aa contest aku..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...