#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

adakah mereka puasa atau tak sebenarnya?

tadi meratah lauk ngan noy.
yang dia puji2 masakan dia. dia cakap macam jual kat pasar juadah. cehh
yang aku pulak tadi risau kalau2 masakan aku tak menjadi.
sebab masak kali ni lebih sikit. so tak tau nak budget sangat la.
plus, aku memang tak reti lagi part letak garam. selalu kena rasa.
but anyway. semua turn out good.

noy : pija, orang yang meniaga tu puasa ke tak yea?
me : entah la.
noy : macam mana dorang rasa masakan dorang?
me : kalau orang tu memang jenis meniaga. so dia dah tau la budget nak buat macam mana. selalu yang kau beli tak sedap ni mesti bulan puasa baru nak meniaga.
noy : maknanya dorang puasa la.
me : entah la. maybe tak. if dia nak rasa masakan dia.
noy : kita dulu macam mana?
me : arwah maktok la buat. patutnya pak pian buat. tp dia selalu datang lambat. so maktok yang buat. tapi kita buat tak banyak. periuk besar macam kat rumah selalu tu. so mmg maktok dah pandai budget. n maktok dah tua kot. mesti la dah terel masak.
noy : laku ke kita meniaga dulu?
me : laku. semua abis. tak pernah la tak abis ke apa. ye la. buat macam nak makan sendiri. mesti la orang suka. tapi untung tak banyak la. aku suka dow meniaga time tu. seronok. kau suka? ke kau tak ingat a?
noy : suka.
me : kalau kau, kau nak meniaga kat pasar juadah.
noy : nak. kita buat berapa lauk je yang special.
me : serious? kau tak kisah?
noy : saya suka.

dulu tahun 1997 kita orang pernah meniaga kat pasar juadah.
tah kenapa tiba-tiba. ye la mana aku tau. katanya aku kecik kan.
papa cakap meniaga. aku seronok je la.
papa n mama bg modal. tp yang jaga uncle aku, ayol n P.G.
aku tumpang sekaki je la. sebab aku time tu mrsm kan. so bila cuti baru balik n tolong.

kita orang meniaga abc n bubur. pengat pisang, bubur kacang n bubur chacha.
ingat lagi. abc tu rm1.50. bubur rm1.20. n bubur chacha rm1.50 jugak tak silap.
tapi katanya orang tak biasa meniaga kan.
abc rm1.50 tp letak bahan lebih sepuluh kot.
jagung, kacang hitam, kacang goreng, buah pala la, buah kundur la, cincau la, segala color2 itu ini. gila.
tapi memang laku la. ye la. kau try pergi mana2 pasar juadah. ada orang jual abc?
n satu lagi, bulan puasa ni. semua orang teringin kan.
silap2 kau jual kayu goreng tepung pun orang beli ok.

pembeli : ni apa ni? tak pernah nampak pun.
penjual : ni kayu goreng tepung bang/kak
pembeli : apa tu?
penjual : kayu. salut tepung bang.
pembeli : eh tak pernah makan tu. macam sedap. bagi la dua ringgit.

hahahahhaa. rasa tak? rasa tak?
bila bulan puasa. dan2 la semua benda kau teringin. padahal selama ni tak pernah kisah pun.
bubur pun sama laku aje. :)
rasanya if bawak balik pun maybe 1-2 bekas aje.

ingat lagi time dulu. pukul 1ish macam tu kita orang dah kisar ice. buat 2-3 telap.
machine tu kawan papa bg pinjam. dia mmg ada business catering ni. so dia ada banyak.
pukul 3 dah pergi setting gerai.
then mesin ice yang manual tu buat hiasan aje. :D
supaya orang tau la kita meniaga apa kan.
tapi pernah la. sebab laku. habis awal. padahal baru pukul 6 macam tu.
papa datang bawak ice. pastu pak pian aku kena kisar kat situ. manually ok.
menangis ketiak. hahahha.

seronok la. tapi aku tukang sibuk aje.
selalu kerja aku tolong isikan bahan2 dalam plastik. siap buat sepuluh. kurang je, buat lagi.
aku tak reti nak gedik2 kat depan ke apa.
tp ayol jenis suka. so dia reti la jerit2 panggil orang semua ni.
dia ngan pak pian la.

ish bila teringat ni rasa seronok sangat.
selang satu gerai pulak gerai kawan2 ayol.
abang tu jual air tebu. time ayol semua umur 18. baru abis sekolah.
ramai la kawan2 dia buat semak kat gerai tu. tolong2.
ramai kacak2. mak skerrrr. meriah.
cea cea. tak gedik kat gerai sendiri. sibuk gedik kat gerai lain kannnnn.
tapi dorang keji ok. tak puasa. dorang amik ice kisar kita orang tu. letak air tebu.
gantung bawah meja. alas meja panjang sampai ke bawah. pastu minum2.
nanti ada la pedajal angkat kain alas meja tu. berterabur lari.

kalau berbuka kat situ lagi best.
sbb gerai jiran2 akan sedekah makanan. kuih la semua.
mana yang tak abis tu kan. hoh seronok.

hoh dah termelalut mengimbas kenangan meniaga pulak.
aku sebenarnya nak tanya.
korang rasa dorang yang meniaga ni puasa ke tak eyh?
i mean dorang tak rasa ke makanan dorang?
n tadi masa tengok kat tv3 yang shamsul kat bazaar ramadhan tu.
orang meniaga. periuk besar melampau.
if la tak abis makan dorang. dorang buat apa eyh?
dorang buang ke? ke sedekah mana-mana?
ke korang rasa dorang perangat. pastu esok jual balik?

ok itu saja persoalan untuk kali ini.
semoga berjumpa lagi di lain entry.
wahhhh.
ok bye-bye.

11 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Ada yg hantar ke Masjid Peeja, mcm kak adik jual murtabak kan, dia memang hantar tiap2 hari utk bersedekah..tulah dia ada sampai 6 outlet. Rezeki dia mewah kann..
Macam kita berniaga dulu, selalu habis..Alhamdulillah..

syazana said... [Reply to Comments]

Aku ingat aku sorang je selalu fikir macam ni.Tapi memang betul cakap auntie,kalau tak habis jual selalunya diaorang akan sedekah kat masjid.Peej,kalau jenis masak dalam periuk besar2 tu,biasanya orang yang memang dah expert sukat garam bagai,atau mungkin diaorang memang selalu masak dalam skala besar.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha yg part kayu goreng tepung tu kelakar lah!! ade ke org jual tu?!! nk satu! lolx

ntahnya. tp kalau puasa boleh rs sikit kat hujung lidah kn? tp mcm makruh je. maka resipi tu diorg dah standardkan, nama pun org meniaga.. kalau xstandard, xde QC la pulak :P

yg lebih2 jualan tu diorg recycle balik utk seminggu berikutnya.. ahaha. xdelah. kidding. kite xtau diorg buat apa dgn yg xhabis tu :P

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tu la i pon terpikir gak yg x abes tu x kan recycle sok lak kan?muehehee..tp mcm aunty cakap tu betol la kot sedekah masjid la tu...

pernah jugak trai2 nak buat kuih raya dl...buat tart masa tu..sambil gentel2 tart sambil nangis sebab banyak.....bukan banyak ape...customernya sorg dua je kot...dasar anak manja..muehehehehe!

si G.E.D.I.K.S said... [Reply to Comments]

dulu pun time form 3 dulu kitorang 6 beradik with ny dad ambik tapak ramadhan tapi berniaga buah. alhamdulillah ade 2 gerai je yang jual buah tapi lagi satu tu mmg dssar terang2 gerai ca ya alif na punye. dorg guna nama melayu kot nak masuk. tp takpelah sbb tmpt kitorang strategik pastuh tukang jaga pun sume comel2 belaka kan.. si adik bongsu i masa tu baru 3 tahun pun angkut jugak.. best2 .. time lepas buka baru blk rumah. esok pukul 3 dh gerak. untung x byk sbab hari2 habis melilau beli lauk kat situ je. tapi pengalaman la penting.. ade yg x habis dorg sedekah kat gerai jiran mcm kitorg tapi ade je yg goreng blk mcm ayam goreng etc tu. minyak hitam gila kau xpnah tuka. geli lak nk beli bila dh tau

Bitter Sweet said... [Reply to Comments]

macam2 kenangan..kenangan meniaga, kenangan kena tido luar :D semua tu memori kan..

nottingham said... [Reply to Comments]

betul persoalan tu. mana pergi makanan tu kalau banyak tak habis? kalau sedekah, memang syukur. you last question, kalau dia hangatkan balik esok dan lusa dan tulat, amacam? haru kita! sebab tulah auntie tak pergi bazar ramadhan. perut auntie ni tak kuat langsung. auntie pernah berniaga, yang lebih auntie bagi percuma kat pelanggan je. tu ler sekali berniaga pun. memang fail bab berniaga ni.

Budak Setan said... [Reply to Comments]

Peej,

Seingat aku,ustazah aku ckp tak salah nak rasa makanan. Cuma jgn telan je. Lgpun deria rasa masin kan kat ujung lidah. Biasanya lepas dah rasa kuah ke ape2 ke,aku kumur2 balik..

So,kesimpulannya, makcik2 pasar juadah tu insyaallah puasa. Dorang boleh rasa makanan tanpa membatalkan posa dorang. ;-)

-Ujie-

Mommy Lyna said... [Reply to Comments]

Yg tak abes wat moreh plak ekeke.

Meriahnya plak rasa bazar ramadan baca entry mu ni dik.


- ahkak yg belum jejak kaki lg ke baram.0

kEk caWan said... [Reply to Comments]

ha betul, mereka yg msk juadah utk org yg berbuka digalakkan rasa juadah yg dorang msk tu. he~~

Lady SharpShouter said... [Reply to Comments]

boleh rasa dgn hujung lidah lepas tu kena kumur2 tau.jgn telan.

makruh hukumnya.

tp kdg2 aku rasa aku tertelan gak.jd terus takut nak rasa. haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...