Instagram : @peejburhan

3 Ramadhan~

ok ni menu semalam.
takda beli tambahan lauk.
semua mama masak sendiri.
so meriah.
kenapa mak2 ni hebat ah?
sakit2 pun larat je buat macam2. ngan puasa semua.
aku tolong kacau sikit2 aje. pastu bongkang balik.
semalam tah apa hal la letih je rasa. lesu la.
lapar tak hengat. macam budak umur 7 tahun puasa ok. T__T

so ini menu semalam.

:: ikan jaket sumbat. atau orang panggil. ikan cencaru belah belakang. kan? ::
:: masak lemak labu. terbaik woookkkkkkkkk. menangis makan ::
:: spinach n sayur pokok. atau dalam bahasa englishnya cauliflower ye. bukan brokoli putih. hahah . ngeeeee ::
:: ikan masin apa aku tak tau. n tempe goreng.  <3  ::
:: tauhu sumbat. papa beli kat pasar juadah ::
:: murtabak. menu best untuk berbuka. nyaaammmm ::
:: kuih-muih - cara manis, cara berlauk, tepung gomak, pulut udang, cok badak. ada satu kuih apa tah nama. lupa nak snap. takpa. aku percaya sat lg pun papa beli. favourite dia tu :: 
:: air paling best utk berbuka. sirap bandung with cincau n selasih. serious if tak berbuka ni rasa tak lengkap ok. mcm kat nikko kat takda air ni. blk rumah aku buat segelas ok. bg puas hati. hahaha. ::
:: air jagung yg rupa air soya. sesuai utk org kencing manis sebab tak berapa manis. hehh. oh ni pun mama buat. semangat kannn ::

semalam lawak aje.
sebab seksa nak menunggu time berbuka tu kan.
punya la sepuluh kali tanya pukul berapa.
then tggl lagi 5 minit nak berbuka.
PG cakap kat noy. dah boleh menari depan meja makan. bongok aje.

pastu berebut2 nak tuang air la. nasi semua.
siap dah amik kuih apa nak susun2 kat pinggang.
kuah semua ok. kira if azan je terus boleh ngan masuk mulut. ;p
siap bertekak2 itu ini. bukan gaduh la. tp mcm rebut2. ejek2 sbb amik tamak2 la.
macam budak2 ok. padahal semua tah tua. kehh.

hoh seronok.
shaiittt. baru kul 3 lebih ke? 
lambat lagi ke berbuka? 
laparrrrr :|




14 Comments:

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Peeja tak tangkap gambau kuih 'tikus mondok' yea
Mama tak tahu lah apa nama kuih tuh..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

meriah ok hidangan berbuka!! xD nak sikit!!

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

nak buat air bandung jugak malam nie! tak kira..*slurps

Arin said... [Reply to Comments]

perghh, jeles ngk murtabak itu. smlm beli murtabak daging kat bazaar ramadhan kat melaka. yang aku dapat murtabak bawang.aduih!!!!!!!!

Bitter Sweet said... [Reply to Comments]

perghhhh..meriahnya mama dia masak, tapi tu lah, mak mak kita ni mmg hebat lah..

selamat berbuka peeja!

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

waaaa nape la tgn aku gatai gak buka entry ni di kala lagi 45 minit nk buka niiii....uwaaaaa!!air bandung itew..ohhh merembes...

cc said... [Reply to Comments]

ikan masin itu kemungkinan besar ialah ikan terubuk.
betul tak auntie? hehe

afiq said... [Reply to Comments]

uitt.. cencaru sumbat tuh if ade couple die yakni kangkung belacan.. lagi heaven.. heheh

doll said... [Reply to Comments]

smat brbuka peeja..

mak2 mmg sentiasa ada 'kederat' nak memasak wlupun pening, senggugut n rasa nak pitam..pasal kenangkan laki trsayang n anak2 yg kebulur..hehe..sok kau berlaki n beranak-pinak tau la peeja..tdo pun takde lam vocab!

sungguh la tergoda ngan lemak labu iteww..esok nak wat ler..

niny said... [Reply to Comments]

murtabak!!! i want some pls!!!!

-ilyannur- said... [Reply to Comments]

haha tadi puasa pun rasa lambat gila masa! anyway peej, hari tu mcm peej ada problems dgn blog kan, yang ada keluar line di bawah tajuk entry tu.mcm mana nk hilang kan eh? tiba2 je ada kt blog..

LORD ZARA 札拉 said... [Reply to Comments]

huhuhuhu~

lapar2~


tapi takpe.

arini nak cari kuih cara~


woooo~

Xuriana said... [Reply to Comments]

nak jugak la letak broccoli putih kan, kakakakaka..

peej said... [Reply to Comments]

mama - idok

wani - meriah kan. sukee.

nadiah - sedap sgt. favourite.

arin - kita org ada satu kedai tu suka. terbaik. beli tempat lain semua rasa tak best aje lepas tu.

bitter sweet - meriah sangat. best kan.

buyui - mmg seksa. sbb tu aku tak blog hop siang2. ;p

cc - ye la tu kot. bab2 kenal ikan ni fail sikit.

afiq - ada couple ke? tak tau pulak. nanti aku try.

doll - ye ke? kalau nak tido jugak macam mana? sapa lapar masak sendiri. hahahaha

niny - puasa lama lg. sempat beli ni.

ilyannur - tak ingat la. ingat masa kena tu. tp tak ingat apa solution dia. dah lama sangat kan masa kena tu. :| sorry tak membantu.

zaza - kuih cara best kan.

tina - hahaha. haruslah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...