Instagram : @peejburhan

wedding pics~

ok tiba2 rasa nak share pics2 ni.
ni pics masa wedding ayol side kita orang.
daripada official photog.
dia dah tag lama kat fb.
nak buat tapi memanjang lupa.
oh selebih pic pun dah siap.
tapi tah bila la nak jumpa amik.
dah berapa kali dah dia tanya. hahaha.
hampeh tau. pic wedding org lain tp aku yg kena amik.
macam ke pic wedding aku lak.
ye la. obviously sebab aku kenal photog tu.
my fren jugak. ;p

last minute sangat ok book dia ni.
nasib dia takda hal time tu.
tu pun dia terlambat sampai sebab sesat.
dia kata map aku lukis tak paham. wtf. aku rasa senang je faham.
aku kata ramai je tetamu sampai ngan map aku tu.
well aku mana tau kan. aku busy buat itu ini.
dia kata. rupanya kat depan phone family aku bunyi2 aje tanya direction sebab sesat. hahaha.
ok takmo salahkan map aku. aku nak salahkan sebab malam.
ye la malam gelap. sebab tu orang sesat. ;p
map aku bagus. huahauahau.

anyway. abaikan kecomotan aku.
please take note aku adalah gadis (wah gadiskah?) bunga telur.
so penat ok.herghhh. dah la semua benda orang tanya aku aje.
nak apa2 semua jerit panggil nama aku.
macam aku store keeper lak.



:: me n nysya. jugak membantu menjadi gadis bunga telur. thank u ::

noy si pengkeji. awal2 cakap dia nak jadi sambut tetamu. 
kerja relax konon. n supaya pic dia banyak. 
mmg cibais ok. sebab pic dia banyakkkk gila.
sebab dia jugak jadi pengapit semua.
gambar aku ada la 2-3 aje. cehh.
oh selain dpd official photog ni suami cousin aku pun tolong amik pic.
so album tu dah dpt. so gambar aku ada 1 ajeeeeeeeeeeeeee!!!!
arghhh. penat mak vogeh2 tau. wah vogeh ke? hahahah.

:: makan setelah berjam bekerja. ada la sipi2 je dapat lauk. sebab time tu org belum top up lauk. tapi adalah sedap. aku pun lupa apa menu ::

:: the newly wed with me mummy n daddy ::
:: jonet - nysya - huda & ice ::

yang turut tolong bagi bunga telur.
ok ice tu tolong sibuk aje.
huda sian. siap kena marah2 lagi ngan tetamu. tak pasal ok.
i mish jonet :( lambatnya lagi dia mau balikkkkk.
oh rindu nysya jugak.
mentang2 bercinta minah tu. susah betul nak jumpa. wahhh.
ice n huda pun sama. dorang dah dok jauh.
sekali sekala je dapat jumpa.
oh i miss them all.


:: kominyo n daddy. yes papa mmg kecik orangnya. noy tinggi dpd dia. heheh ::
:: ayol - faressa - zeity ::
make up by faressa.
zeity request nak faressa make up.
oh rambut lak kita orang request biar lepas aje.
sebab belah melaka dah sanggul aje kan.
so kat sini biar lepas.
pastu ada orang complain2 kata tak lawa. sebab rambut lepas tak sanggul.
hoihh. suke hati la. kau nak sanggul kau buat sendiri. jangan nak sibuk.
reason why i hate weddings.
sebab ada je orang nak complain itu ini. lempang kang baru tau.

:: with our childhood neighbour. dorang sudah pindah. dah tak dok sini. ni geng2 noy. kecik2 dorang ni. tak kenal aku pun. ye la. time tu dorang tadika ke darjah2. aku dah tentu nak nak masuk form 1 kot. ::
:: ok aku pun tak faham kenapa muka aku macam nak tahan kentut tu. bodoh tau ::

well. ni childhood friend aku pulak. *muka eksyen*
ok murshida je la. Ali of coz tak la kan.
semangat dia nak pergi wedding ni siap beli baju melayu n sampin.
tu pun songkok dia kata tak jumpa.
tapi murshida hampeh ok. dia pakaikan sampin ali macam ikat kain batik tu.
then bila kita orang betulkan baru ali kata selesa.
kalau tak rasa semacam aje.

dia ni kelakar ok. 
dia kata dia suka cara melayu sembang.
sebab dia macam boleh tangkap. sebab kita kan sembang selit2 english. so dia macam tau la.
ok dia kata la. tah2 dia tak faham pun. heheh.
n dia sentiasa je nak belajar bahasa melayu.
if ada word best aje. dia akan save dalam blackberry dia.
macam time tu yang aku ingat. kita orang cakap pasal comel.
then dia tanya la. comel tu apa?
kita orang cakap la cute.
then siap tanya nak bg ayat penuh mcm mana.
kita orang cakap la, " awak comel"
wah semangat dah mamat ni.

tiba2 tgh sembang2. dah lama tu.
dia cakap kat murshida.

ali : awak cholem.
murshida : what?
ali : cholem? awak cholem.
murshida : what r u saying? i dont understand what u;re trying to say.
ali : it's malay. 
murshida : yeah i know. but i've never heard of it. it doesn't sound malay.
ali : what is it that u said? cute? in malay.
me : comel.
ali : ooooohhhh. ok. awak comel.
us : hahahahahahhaa.

apakah cholem. ada banyak lg la.
tp tu paling aku ingat.
oh n dia adalah suka tapai.
dia kata rasa mcm alcohol.
yang murshida marah2 sbb dia kata mana ada. muslim takda tu semua.
last2 kita org cakap la. tapai mmg if simpan lama lagi. or makan lebih boleh pening2.
terus murshida bg tau ali.
yang ali dah seronok sbb dia betul. dia kata sebab the taste is so strong.
siap makan sambil meniarap tgk bola kat umah aku. over kan.
sbb ada byk lebih n dia suka. kita org bg dia bawak balik. heheh.

oh rindu nye kat murshida ni.
kelakar ok dia.
tah bila nak jumpa lagi.
next year plan nak ke bali sama2.
hopefully menjadi la. :)


:: nysya gigih bg goodies kat maje vip ::

seronok pulak tgk pic2 ni.
baru sikit.
baru wedding orang kan.
ok nak berangan jap.
if aku kawin.
aku nak buat nikah then makan2 aje can ah?
i mean ajak orang2 penting aje. yang betul2 aku sayang n all.
takyah ramai2. aku rimas n malu sebenarnye.
ang i dont want berarak2. bersanding2 semua tu.
sumpah aku malu n tak suka. pelik kan.
ye la. kalau hot tu takpe la gak. ni macma peti ais berjalan. wth.
aku cakap kat mama. mama kata ok aje. lg bagus.
takda pembaziran n all.
tapi aku rasa macam lg best. i mean kau dpt layan semua org equally.
tapi nanti mesti ada episode2 orang kecik hati tak dijemput n all.
payah benar kan.
but it's my wedding. suka aku la nak buat mana n nak jemput siapa kan.
wah matiklah emosi.
padahal tah bila nak kawinnya tu kan.
kahhhhh.

ok itu aje. byeeeeee.

16 Comments:

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

fantasi kawen u [giler la fantasi] sama dgn ai...x mo arak2 sanding segala x soka org tgk muka ai n ai jugak x soka panggil org terlalu rmi yg boleh menyesakkan kepala kita so mengapa perlu jemput mereka...tetapi bilakah....hehe!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

sy suka pg umah org kawin sbb sy suka sgt makan lauk2 org kaiwn tu..

itu impian peeja nk mcm mana nnti..n kalu mama peeja ok, teruskan..sbb kdg2 org tua ni pun ade impian dia jgk utk anak pompuan dia..

cth kita xnak bsanding, org tua nak..mcm tulah..

~Cik Ati~ said... [Reply to Comments]

sy pun ske wedding yg simple2..nikah n mkn2..pasal pengantin selalunye x dpt enjoy makan..so,baik nikah n MAKAN!!! senang! hahahah

Alia said... [Reply to Comments]

OMG Aku pon benci weddings sebab ada suara suara sumbang nak komen itu ini. Kalau nak komen, buat wedding sendiri ah!!

Benci ok!!!

Your brother's theme was b&w ya? Tak pernah lagi la aku tgk org theme b&w, classy weh.

Aku punya theme nanti american+malay..so nanti aku pakai dress seksi nampak ketiak/tetek, Don pakai baju melayu, boleh??

HAHAHAHAHAHAH

Hahahaha aku teringat bila pakaikan Don sampin...surrender weh, seriously aku tak reti, kalau aku ikatkan mesti aku ikat mcm ikat kain batik jugak...hahaha!!

Tapi nasib baik bapak, uncle, brother dan cousins aku tolong ikatkan utk dia..ye, mmg ramai orang volunteer nak tolong ikatkan. HAHAHaaaaa

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

kau tak ajak aku, aku panggil nadhirah bom rumah kau! hahahhahaha eh apesal asal komen aku ade je nadhirah? sibuk betol mak cik tu lah

natessa said... [Reply to Comments]

peeja i remember yg tu family uncle jimmy kann, faressa always main dgn his daughers shanaz and sakinah i think, and they mengaji kat my house as well....cant believe all grownnn up already....pasal wedding mmg paling leceh, lotsa of things and feelings to jaga...tapi you buat je the kind of wedding yg u nak, coz it's your BIG day....i like the last photo tu...my mom nampak molekk pulak...hahah tak malu puji own mother...heheh...anddddd nanti if u nakk kawin can i buat your baju?? lol....take care dear

Anonymous said... [Reply to Comments]

tader cite hantu ke mlm ni peej?

Nad.is.me said... [Reply to Comments]

PEEJAAAAA KAU SAYANG AKU KAN!!!! SAYANG KAN!!! Ah aku tak kira, kau kene sayang gak. *angkat-angkat kening*

Farihah kan, dia yg sebut, pastu dia yang kata aku sibuk. Kau tengok lah peeja. Kau tengokkkkkkkkkkk. Sampai hati dia. *ewah mode mengadu haha*

peej said... [Reply to Comments]

buyui - kan kan. tp malays wedding kalau boleh mesti nak kena ajak satu battalion. tsk.


hanim - tu la kan. mama tu bukan boleh percaya. dia cakap je ok. tp tadi siap dengar dia bebel2 cakap dia nak tiga pasukan kompang. gila.


cik ati - kannnnnnn. ngan korset2 perut ketat takleh makan la. control2 la. apakah. aku mau makan ok. n pastikan pakai baju longgar2. dah la meja pengantin ada udar terjun la. ayam golek la. ikan siakap bagai. tiba2 takleh makan.


alia - wah over nok siap berdress bagai. takpa. janji sendiri happy. aku reti pakaikan sampi sebab mmg dpd kecik2 selalu tgk bapak aku n abg2 aku pakai. kadang2 siap tolong. so tau la :)


lilred - nak jugekkk dia datang tu kan. motif ugut2? nak bom. hello i anak bekas tentera ok. u bom i pakai nuclear ok? hah gila over.


tessa - a ah. uncle jimmy n aunty ju. ye la tu. dorang mmg baya2 tu kan. so selalu kawan sama2 la.
yeah u're mom is sweet. sama macam u n ur sisters jugak. no this is not puji. its fact. weowww? baju kawin? seriously? tapi i macam segan aje ;p


anon - sudah ada. every thursday. 9.30pm :)


nad - hahaha. paksa2. maknannya aku kena panjangkan guest list? aku br ingat nak ajak 3-4 org je kawan. wah matiklah keji.
kan. aku perasan gak. dia suka heret kau dlm kancah dia. pastu kutuk2. aku rasa dia ala2 kakak hangkat kau la. benci tapi sayang gitu. haaaakkkkkkk.

RD said... [Reply to Comments]

cholemm oooo cholemmm... bz ngalahkan PM u nih.

Anonymous said... [Reply to Comments]

mana gambar saya?..hehehe...

-PG-

A.I said... [Reply to Comments]

kenduri kawen mmg camtu. cam aku wedding planner ni kadang terkena gak. kami buat ikot apa yg pengantin resquest. tp ada je molot2 mengong tanye "nape palamin tu mcm hutan je?", "nape letak lampu kt tetengah tu?" "macam barat sgt la", "merahkan la lipstik tu, kena pucat je kaler?" OMG! nyamfah aku hokey. mmg pengantin nk mcm tu, org len lak yg byk komplen.

eh! ni blog kau yek? rasa cam nk buat entry kat blog sendiri pulak. em sori :P

shuweet said... [Reply to Comments]

seronok aku baca entry ni..tapi paling tak tahan aku gelak giler tang ali ckp cholem tu..hahahahaha..so cute

Anonymous said... [Reply to Comments]

kelakar la baca nie....kak mas yong peng

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sgt suka baju korang semua.. hitam-putih. nmpk elegant.

peej said... [Reply to Comments]

RD - haha. xde la. tapi pemalas mau keluar. ;p


P.G - nanti dah dpt full ada la kot.


a.i - benci kann.


shuweet - macam2 lagi la ada. tp paling yg tu la.


kak mas - macam seronok kan.


wani - suke kann?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...