Instagram : @peejburhan

serious sedap~

aku tak tau camera kat mana.
ok tipu. sebenarnya tau. mesti dlm handbag noy. tp aku malas nak pi amik.
pastu camera takda battery. so kena charge. pun malas.
sebab tak tau charger kat mana.
so jadinya malas nak korek2. n tgk pic apa ada untuk update.

benci tau.
selalu kan bila kau duduk2.
macam2 benda rasa nak update.
tp macam time tu pc tak available.
sebab ada orang guna ke apa la.
then bila kau dapat je pc. mcm sekarang ni.
aku macam termenung.
sambil pikir2, 'apa yang aku nak update sangat hari tu eyh?'
serious takleh ingat.
ok ada la ingat a few.
tp itu memerlukan lukis2. aku kan suka lukis2 supaya korang dapat bayangkan situasi tu.
tp adalah malas n takda mood mau lukis.

anyway. hari ni nak cakap pasal masak.
serious. aku rasa aku masak sedap ok. hahahaha.
ok lempang la laju2 muka aku ni.
tp i'm not gonna take it back.
of coz la datangnya ilmu tu dpd arwah maktok n mama.
hoih tu memang takleh lawan sedap dia.

ingat dulu aku suka salahkan arwah maktok sebab2 aku gemuk.
wah matiklah nak menyalahkan orang kan padahal mmg gemuk.
sebabnya. serious maktok masak sedap.
maktok meninggal 84 years old rasanya.
n even few months before tu pun dia still boleh masak n sedap ok.
so maktok mmg suka masak n lagi suka kalau orang suka makan.
so aku dulu time sekolah. konon balik takmo tgk lauk la.
terus nak naik atas. takmo makan kononnya.
tapi takkkkkkkkkkk, sampai je aku depan pintu rumah maktok akan cakap, " hari ni maktok masak ayam kurma ngan sambal tumis telur rebus"
"hari ni maktok masak asam pedas pari"
"hari ni maktuk masak kari ikan"
kau tak terliur tu.
harus la lepas tu berpinggan2 aku bedal.
pastu maktok akan cerita kat orang, " anak no 3 yang gemuk tu pandai makan. kalau nasi goreng tu separuh kuali dia boleh makan"
haihhh tertekan. :( owh i miss maktok la. al-fatihah.

then baru2 ni mama cakap.

mama : kau ni bila nak kurus?
me : apa?
mama : kurus la. mesti akan rasa confident semua. nak pakai baju semua ok.
me : ye laaaaa.
mama : kau ni memanjang ye. tapi takda pun. kau angkat lagi dumbbell?
me : hehehe. sekali sekala.
mama : tengok tu. angkat laaaaa. gym dah pergi?
me : tak. hahaha.
papa : bila la nak tgk pija slim macam noy.
me : urghhhh.
mama : dulu dia salahkan maktok sebab masak sedap. sekarang? sebab kau dah pandai masak la? kau pulak masak sedap?

hahahahahahaha, tau xpe.
eeee. tolong la ngan alasan2 ni.
but seriously aku rasa aku masak sedap.
sedap sampai rasa boleh bukak restoran ok. hahah over.
aku rasa yang sedap la my sambal, asam pedas, kari ikan, kurma, masak kunyit.
masak lemak still adjust2. tp baru2 ni aku masak sedap n pekat n pedas. so macam dah tau cara dia.
nyammmmmm.

tadi makan ayam masak kunyit. nice.
last night punya. tp ada lebih so makan :D
ke memang semua orang masak dia rasa sedap?
padahal tak pun?
ok maybe aku kena masak2. n ajak kawan2 dtg makan. kan kan kan?
so tanya pendapat.
if dorang kata sedap boleh bukak restoran. wah kau ingat kau kaya?
kalau dorang kata tak sedap. hmmmm.
takda la aku kecik hati ke apa.
cuma lepas ni jangan call2 or carik2 aku lagi.
wahahahahha.

ok tu je.
update tak bermotif.
ta-ta

15 Comments:

F A R Y N said... [Reply to Comments]

sila masak..
pastu aku datang makan..

ahahahaha...
aku suka barang free!!

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

nnti bukak restoran dkt setiawangsa keh. because mmg kt sini dh ketandusan tmpt mkn sedap + affordable.

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

tolong la peej tolong la!
tolong la ajak aku dtg mkn skali! hahaha! terlioq aku dgr ko sebut nama mknan semua tu! pdhal aku puasa nih. haihh!

Liz Rohaizat said... [Reply to Comments]

wah, kalau buat mkn2 dan ajak sy, gerenti sy dtg!

Xuriana said... [Reply to Comments]

ko penah masak apa utk aku ehh?

- spaghetti = sedapppp
- maggi = sedappp
- air sirap dlm kole kekeluargaan

tapi mak tok masak mmg sedap la.. sbb dulu kalau aku kat umah ko, ko makan separuh kuali, aku makan lg separuh, wahahaha...

Tijah said... [Reply to Comments]

meh aku jadi tester...

Pnut said... [Reply to Comments]

bila gemuk dan salahkan org mmg best...
akak dulu kurus jek, pastu tak selera makan, emak paksa-paksa makan vitamin.. terus aku makan-makan-makan dan makan sampai gemuk...

ok kemudian kawen, adalah pakai baju size xxl, kemudian laki jenis suka ajak melantak..keja akak melantak je ngan dia pastu cam ko juga, feeling masak sedap, pastu makan..

pastu gemuk terus kena pakai baju size XXXL atau XXXXL ambek..semua orang salah...tapi bukan akak yg salah

Queen said... [Reply to Comments]

aku skang pun dah terlupa apa aku nak update...padahal baru je teringat lunch tadi

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

masa baca pasal maktok, terbayang arwah. OMG, even tak pernah jumpa face to face, i misses stories about her too (al-fatihah)

paling tak bley blah tang die kata anak no 3 yg gemok, ahahha funneyh! separuh kuali lg funneyh!!!! tina makan lg separuh laaaaaaaaaaggggggggiiiiiiiiii funneyhhh.... kalau aku ada mesti dah rebut2 dengan korg. huhuhuhu

bile mau masak untuk aku n nadh ni? 3 kuali ok! sorg 1. hahahaha

landaklaut said... [Reply to Comments]

mesti arwah maktok kau sayang kat kau. sebab bila dia masak, kau makan. betol2 appreciate apa dia masak. takpela gemok peej. asalkan kau sihat, tak apa. orang gemuk pon ada orang nak apa. contohnya aku (eh, tiba2. hahahaha). buatlah open house masa raya nanti kitorang datang ramai2 ehh makan kat rumah peej. nyum nyum!

peej said... [Reply to Comments]

faryn - hak hak hak. bila tu agaknya kan. aku cakap aje. pemalas sebenarnye ni.


siti - mahal ok swangsa. i mean the rent. tak pasal nanti restoran aku pun charge harga makanan mahal.


annasuejie - hahha. aku segan ok. mula2 kena la bg kawan2 rapat rasa dulu. atleast dorang tak berani kondem. hahahaha


liz - hoih ramai pulak meng-offer diri.


tina - ceh tu je kau pernah rasa? kau kena rasa masakan melayu aku. menangis ok. wah gila confident. anyway bila aku nak merasa masakan kau?


tijah - gulp. takuit la. tijah adalah pemasak ayam rosemary. tak berani nak bg test. ;p


pnut - hahahahaha. sama la. kerja mmg menyalahkan situasi aje. padahal mmg lapar n bedal apasaja 24/7. kahhh


queen - ish otak dah slow. kena makan kurma n kismis la.


lilred - tu la. kadang2 bc entry lama2 pasal dia rasa emo aje. nanti ingat nak re-post la.
arwah maktok mmg very the laser ok. menikam2 if dia bercakap.
nanti bila nad turun kl la. wah. yeye2 aje aku ni kan. tp melampau betul sampai 3 kuali kan.

A.I said... [Reply to Comments]

jangan lupa ajak aku makan!!!

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

peeja mcm sy..kalu sy masak sy rase sedap n lalu nk makan..he eh he

tp ade org yg masak tp dia xlalu nk mkn sendiri yg masak...

peej said... [Reply to Comments]

a.i - kau kalau dtg payah. silap2 kena buat kari kepala lembu pulak. erk. scaryyyyy.


hanim - a ah tau. ada org mcm tu kan. aku semua lalu ok. tak kisah. orang je suka tak bg aku lalu kan makanan ke mulut aku. sedeh.

izat kepong said... [Reply to Comments]

adeh...baca tajuk makanan pun dah terliur...
tak rela tau! haha
hebat...saya nih baru baca tajuk..kalau makan..mau kalau mawi lalu pun tak heran..

izat kepong

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...