Instagram : @peejburhan

melarat2 mokcik ni~

hari sabtu layan mama shopping itu ini.
then ahad tu kita orang nak ke JJ.
sebab nak beli vacuum.
noy tanya la nak ikut ke tak.
laju je dia jawab. " NAKKKK!!"
dia suruh kita org pergi klinik dulu sementara dia siap semua.

noy demam. klinik semua penuh ok.
ramai orang. so pilih klinik yang paling takda orang.
kena la kan. time tu dah 8ish. kang lama ada yang tak sempat nak pergi JJ lak.
tengah duduk2.
aku dengar bunyi mcm bell. then tiba2 ada pesakit ni masuk jumpa doktor.
aku dah macam. aik. ada ke dia panggil? mana orang tu tau kan?
sekali rupanya ada keluar nama orang tu kat tv flat screen.
weowwww. so canggih.
rupanya noy kata most klinik dah macam tu.
really??? aku tak tau ok. dulu kan orang selalu panggil nama kuat2. hahahah.
nampak sgt aku ni tak gemar jumpa doktor.
ye. aku x suke jumpa doktor.
aku selalu if sakit apa2. makan je ubat2 sesiapa yag ada lebih ;p

then amik mama terus ke JJ.
dia kata nak beli multi purpose glue ke apa. then simen sikit.
sebab pasu dia pecah ke apa.
then ke hardware shop la kan.
sampai sana takda benda dia. dah meleret2 beli benda2 lain ok.
then dia bg alasan kena tgk kat jj lak.
hoih. amik kau tiap lorong dia nak masuk.
nak tunggu dia slow.
so noy lari naik atas beli vacuum. aku lak teman mama.

abis layan dia. dia kehausan pulak.
so lepak kat oldtown.

:: teruja dapat shopping2. ::
:: comot chemott ::
:: hahha. air aku harus over. siap float uolls. anyway. tgk pic ni tetibe teringin rootbeer float ::

balik je terus mama ngadu kat papa.

mama : papa. keluar ngan dorang ni dorang suruh mama cepat2. sikit2 buat muka.
me : ye laaa. lambat sangat.
mama : mama mana boleh jalan laju2 la.
me : bukan ok. cakap nak beli 2 benda je. ni tak semua dia nak.
mama : mama ada.
papa : dia beli apa?
me : ntah dia. semua lorong dia lalu siap pegang cermin mata dia. dia scan apa ada kat lorong tu. if ada dia pergi. if takda dia cakap. "ok dah"
papa : ish ish ish.
mama : mama suke laaaa.
me : macam2 tau dia ni.

haha tp seronok buli mama.
dia jalan slow2.
saje je aku pressure2 cakap. laju lagi. laju. siap poke2 pinggang dia.
bengang je dia. tp kelakar. sebab nanti dia akan berusaha jalan laju2. hahaha.

ok tu je.
aku malas nak sambung dah.
bye.


10 Comments:

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

seriusly cik peeja nmpak makin kecik plak... tgk pic no3 tu...

Intan ~ Nur Azlina said... [Reply to Comments]

take care alwayz, kim salam kat mama awk jgk.

.ieLah. said... [Reply to Comments]

aunty cantik..
tengok banyak2 kali still nak cakap die cantik..huhu

A.I said... [Reply to Comments]

hahaha...comey je auntie kene buli :)

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

tetb ai terigt citer sepet ke gubra ke kt klinik dia jerit2 nama mohd zakaria panggil2 x dengar2 sekali kuar MOHD ZAKAR...!!haha!

Leen said... [Reply to Comments]

Comel la korang lyn mama korang.. hehe

IEKAN78 said... [Reply to Comments]

peeja....

notti yer, buli2 mama.....

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

buli2 manja gitu..bila tgk muka untie sy teringat mak sy..rindu plak ngan mak sy..

catz said... [Reply to Comments]

hi peeja,
u nampak kurus dah.
dan comel.

:)

peej said... [Reply to Comments]

intan - kecik hapanya. gilakah?


ielah - barulah like daughter like mother. erk boleh pakai ke teori tu? ;p


a.i - seronok ok buli dia.


buyui - really? tak perasan. lepas ni takda lg adegan jerit2. sebab sudah canggih.


leen - janji dia seronok.


iekan - takpa. sekali sekala. bila takda baru dia rindu ;p


hanim - selalu mcm tu. bila ada letih nak layan. bila dah lama tak jumpa baru reti rindu kan.


catz - oh tidakkk. masih membesar bagaikan juara.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...