Instagram : @peejburhan

macam-macam ada. beraneka rasa dan rupa. wah macam kuih~



hahaaa.
apa punya tajuk la.
ye la. if aku letak expose mistik. 
korang pandai kan. taknak bukak blog aku.
tunggu esok siang baru bukak. tak best ok.
cea macam la aku berani kan. aku pun baca n update siang. ngeh.
semalam je terbaca malam. memang scary.
tu kisah lain la. lambat lagi publish. ikut giliran siapa cepat :)


so ni banyak ok.
macam2 experience ada.
tu yang tajuk macam tu. :)
aku ingat nak publish half dulu.
tapi since banyak lg orang lain bg. kang bila lak aku nak tepek lg kan.
takut la korang malas baca if panjang2 ni kan.
ceh. padahal aku yg pemalas. nak samakan ngan orang lain kan.
so ni aku tepek full cerita.
nak sangat kan. hambikkkk.


so ber- expose mistik . muahahahaha *budget kalau gelak mcm tu scary la*


.................................................................................................


Aku banyak oi experience tapi takde lah yg hardcore .. heheheh...So, aku bg 5 cerita lah kan.. 3 experience aku, 2 lagi org lain nye experience

1) 1994, Aku kat sekolah MARA Jolobu, masih laie freshies(form 1). Duduk kat Blok A, seblok dgn kakak senior (from 3). Ada satu kakak senior ni baik aa dgn aku kan. Dia kata ada satu kakak batch diorg ni mmg selalu kena kacau dgn benda alah tu. One night, dia tidur dan mimpi. Dia mimpi yg dia pegi toilet.Lepas dia buang air tu, dia nampak ada benda ni korek2 sanitary bin tu.. Dia pun tego lah kan "Hoi".. Sekali kau, benda tu pusing.. Hambek kau, dia kejo la akak tu.. Akak tu pun lari bersungguh2 masok dalam bilik. Sekolah aku ni dia nye shoe rack tu diperbuat dr besi, yg jenis melekat kat dinding.  And before masuk tido, semua org kena susun kasut masing2 atas shoe rack. Back to the story, akak tu lari2, sampai la kaki dia tersadung, ibu kaki dia terlanggar shoe rack besi dan kakinya berdarah.. So, dalam mimpi tu, dia rasa kakinya berdarah dan of course, tak sempat la dia nak susun kasutnya tu atas shoe rack. Dalam mimpi tu, dia masok bilik, terus la tido. Sekali dia bangun tido, tgk2 kaki dia berdarah betol2 macam dalam mimpi and kasut dia pun mmg ada kat atas lantai, bukan atas shoe rack. So, amcam? betol2 ke mimpi? korang piki la sendiri.. taktau la akak2 lain sabotage kan.. hahahaha


2) Tahun 1995. Aku dah jadik ketua blok A. Masa tahun ni, blok ni ada 8 orang juniors (form 2) and 50++ budak freshies. Masa mlm kejadian ini, aku tgh stay up buat KST (Korang ingat lagi ke KST tu ape ha??). Pastu, tgh dok buat2 keja dkt luar pintu bilik, dgn samar cahaya api koridor tu, tetiba aku dengor bebudak freshies menjerit macam histeria.. gilo punyo kuek.. Selang berapa minit, ada budak lari2 pegi jumpa aku, cerita yg ada 4 org budak kata nampak skeleton dkt luar bilik, diorg pegi tego.. skeleton tu patah balik.. budak2 lain masih lagi dalam keadaan yg terkujat.. so, aku panic la kan... since budak blok aku ramai yg kekanak, so aku kena gi block B la mintak tlg ketua blok B. Aku rasa dah abis laju dah aku lari nak g panggil akak tu.. tapi aku rasa lama gile siott nak sampai.. yg bestnya, aku siap jatuh dalam longkang guling2.. dah sampai kat depan bilik akak senior tu,aku cerita laju2.. akak tu pun kata kena panggil warden a.k.a ustazah fatimah. Pastu akak tu pulak lari, aku nengok jek la kan dr luar bilik dia.. dan amazingly, dia pun jatuh gak tersadung.. pastu aku taktau apa jadik la kan.. sebab ustazah suruh semua org masok bilik dan tido.. takut woooo!!! Org kata kalau benda2 ni kacau, masa kita nak mintak pertolongan mmg susah, ada je dugaan nye...


3) Tahun 2001. Masa aku ni study kat UTM. Malam tu aku janji dgn coursemate aku (ye, dia bukan kawan aku sebab aku takde kepentingan dalam hidup dia, eh emo lak) yg aku nak gi bilik dia pukul 11 malam sambung buat group assignment. Pukul 10 mlm dia sms aku, tanya bila aku nak dtg bilik dia and dia suruh aku dtg sekarang2 gak.. Aku pelik la pulak kan.. So, aku g je la.. Masa aku sampai, aku tgk budak F ni diam aje .. So, aku buat taktau je la kan.. tapi malam tu mmg rasa pelik la weh.. Sebelum aku mula buat keje, aku call la husband-tak-jadi aku dulu.. Masa tgh call ni, aku berdiri tepi tingkap.. Bilik si F ni mengadap pokok besar.. So, masa dok cakap2 dalam phone, aku nengok ke bawah.. Mata aku mmg menumpu pada akar pokok tu.. So, nampak la bayang daun2 pokok tu.. kebetulan angin tiup2 sepoi kan.. Sekali kauu,mata aku nampak apa, mata aku nampak bayang2 kaki .. kaki tu goyang2 macam dia goyang kaki sambil nyanyi laa.. Aku apa lagi, terus tutup henpon. Terus duduk atas katil. Aku tgk F. F tgk aku. Pastu 2-2 lari pegi ke pintu, bukak cepat2, panggil akak sebelah suruh tutupkan tingkap.. Hambek, terus tak berani stay up.



4) Yg ni cerita cousin kawan aku yg aku gelar A. Dia cerita, masa dia join pandu puteri or pengakap,aku tak sure, tapi diorg pegi camping. Malam tu diorg nye program adalah owling. Korang tau kan owling itu apa. Ala.. beratur dan berjalan didalam hutan. Pastu korang akan ditinggalkan sorang2 dekat satu spot tu maybe dalam setengah jam. Ini untuk menduga kehebatan mental korang la kan.. Serius takut sapa yg penah join owling  la kan.. So ada sorang kawan A ni ditinggalkan sorang2. Dia jenis penakut gak la.. So, dia memang memanjang tutup mato yo la.. Tak berani la nak bukak mato. Tetiba dia dengar org kata " buka la mata, bukak la mata".. Member lagi tutup kuat2 la kan.. gila kau nak bukak kannn.. Sekali kau, benda alah tu guna hujung kukunya yg tajam itu untuk membuka mata si kawan A ni.. Apa jadik kawan2? si kawan A itu pengsan. Kalau aku la, bukan setakat pengsan, Siap berbuih2 kut mulut aku, gile scary..


5) Cerita terakhir aku terjadi pada tahun 2002. Masa ni aruah nenek dgn atuk aku baru je kembali ke rahmatullah (Al-fatihah). Aruah meninggal selang seminggu. Pastu selang seminggu tu pulak nenek sedara aku meninggal. Masa aruah nak dimandi dan dikebumikan, aku tak pegi melawat.Yang pegi masa tu mak aku, makngah  aku and maktam aku.. Diorg bertugas jadi tukang mandi jenazah. Lepas zohor yakni lepas kebumi tu, diorg balik la rumah maktam aku. Mak aku ni balik2 je terus jumpa aku kan. Takde la nak mandi ke hape kan. Sebab aku kan dah besor. Maybe takde badi nak kacau aku kan. So, macam biasa, tido kat kampung, semua adalah bergelimpangan di depan tv atau di dkt hall depan umah. Aku nye spot tido adalah depan tv. Sebelah kiri aku adalah maktam. Atas kepala, adalah mak aku. Aku mmg tak dpt tido la malam tu. Tah hapa2 la aku rasa kan. Aku try baca ayat kursi, tapi tak penah abis. Asal baca je mesti bersambung2.. mmg tak jumpe la hujung ayat kursi tu.. Pastu aku kejut mak aku, mak aku kejut maktam. Sekali maktam aku nampak kain batik org bg hadiah mandi jenazah yg betol2 tepi aku.. pastu dia cecepat alihkan.. pastu dia amek penyapu, dia baca ayat2, pastu kibas2 penyapu dkt pintu. Selang berapa minit lepas tu, makngah aku muncul dkt muka pintu bilik tv tu. Dia kata "aku nak penyapu".Dia amek penyapu pastu g hall depan. Kiteorg dengo la dia buat benda yg sama dkt depan. Pastu dia dtg balik. Dia kata anak dia nampak lembaga hitam duduk depan dia, tgk je anak dia nak tido. So, the next morning, aku dgn anak makngah aku kena la mandi air limau. Pastu family aku ngan aku balik la Pahang kan, sebab mak abah aku keje. Sampai dkt Pahang, aku ingat benda tu dah tak ikut lagi aku ni. Aku mmg dah la penat sebab 3 minggu berturut2 balik Melaka kan. So, mmg sampai kat Pahang, mmg tido tak hengat donia la kan. Aku tido mengiring, dalam masa lalok2 tu, aku nampak something lompat2 tepi aku dan tgk aku, Ye, muka dia adalah huduh. Tapi kecik aje la makhluk nya. Dalam keadaan yg penat itu, aku terus je sound " Jgn kacau aku la, aku penat, nak tido", Pastu aku mengiring ke sebelah lain, terus tidur. Bangun tu, aku cerita kat mak aku. Mak aku cam pelik la kan. The next week tu, kami balik lagi, sebab maktam aku buat kenduri ke hape ke. Sampai2 jek, of course la kan..dah tentu la anak2 dia yg kecik meraung. Sebab aku bawak benda alah tu balik umah maktam aku.. Sekali lagi, kena mandi limau and baca doa2. So, mulalah macam spekulasi dibuat dr mana dtgnya makhluk yg mengacau kami tu.. Alkisahnya ada yg membela hantu raya takpun saka. Taktau la mana dtg kan.. Orgnya dah meninggal, pastu dia carik tuan baru kan.. Org kata kadang2 nenek moyang kite bela benda mcm tu tanpa disedari sebab mak pak diorg pass kat diorg tanpa bgtau. So, dia macam ikut je sapa2 yg boleh dia tumpang.. So, mmg kadang2 ada org kata dia taktau sebenarnya dia ada benda yg ikut dia.. So, korang tanya la atuk nenek korang. takut la ada kan..


Sekian, cerita aku.. Anak aku dah panggil masok bilik nak tido. Nasib kat Hengland ni takda hantu melayu, hantu pakistan ada lah...itupun scary juge..



Budak Lurpak
http://mysinfulobsession.blogspot.com



.........................................................................................................


komen aku.


1. kalau aku la bangun2 je kaki macam tu. harus koma. 
ye la biasa la kita mimpi bila bangun mcm menangis ke. 
sesak nafas ke. rasa mimpi tu real aje. 
tapi sampai mcm tu memang scary la kan.
what the hell.


2. aku rasa kelakar. haha. ish jahatnya aku.
tapi cuba bayangkan kau lari tiba2 tergolek2 ke longkang. lawak la.
padahal adegan seram kan. jadi kelakar. haha


3.aku ada gak kes macam ni masa kat mrsm.
org cerita la. tp kaki goyang2 atas almari. wtf.


4.pun pernah dengar.
sebab tu la aku tak suka sekala benda2 masuk hutan ni.
terima kasih.


5. ok this is scary. mintak jauh la.
jangan la nak ada turun temurun ke apa.


anyway. hantu pakistan macam mana?
maam hantu hindustan kah? psksi loceng kat kaki, menari2? 


20 Comments:

arin said... [Reply to Comments]

Duhhhh..malam jemaat baca cerita hantu.takut oke!walaupun baca, tapi imaginasi aku ni tinggi.aiseh.
p/s: peej, ko x mrsm terendak kan?taun bila beb?

cik syahira said... [Reply to Comments]

assalamualaikum peej.

cea.. pandai pancing tajuk eh malam-malam ni. hihi.
ok, serius.
mula-mula baca dapat la rasa seram-seram sikit.
tapi bila sampai cerita ke 4 terus tergelak. apakah?
omg..
ni cerita mistik kan? tapi gaya penulisan dia macam kelakar, harus tergelak sikit.
fine, sendiri kena harus la kejung. tak ingat apa-apa dah. nak gelak pun terus tak reti.
hu hu hu..

PertMuffin said... [Reply to Comments]

peej utm jb ke kl?
saya kat utm jb.. ingat lagi roomate tengah studi mengadap tingkap, petang masa tu.. tapi mmg kat blok tak ramai orang la.. weekend ramai balik kg..
saya plak studi tapi sambil baring (studi sangat kekdahnye..ekekekek) pastu tetiba ada pak gad lalu depan tingkap tegur member saya "studi ke dik?" member pun jawab la "a'ah".. tup2 baru teringat yg kitorang sebenarnya kat level 3 !! jenguk kat luar tengok takde sesapa (koridor tepi tingkap pun takde!!) huwaaaa!! takut..!! berterabur dedua lari gi bilik sebelah...!

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

wooo! aku pon penah buat owling nih tengah2 hutan! tp kene tutup mata dengan kain. bg aku lg scary kot, sbb aku cume buleh dengar je. dah la telinga aku ni mcm cepat je tangkap bunyi sound effect nih. huhu!

aku pon baru buat entry psl pengalaman aku sendiri psl hal2 misterius sebegini. segan nak share kat sini sbb takot tak seram. ;p

NenekPenne said... [Reply to Comments]

ooh tipah kena tipu
takut tapi baca gak
sib baik aku kat umah kakak aku
kalau umah aku nun disana, harus aku gigih cari kunci keta terus desup umah akak aku....baju kelawar pun baju kelawar laahhh...

lilred.farah said... [Reply to Comments]

aku berjaya habis baca!!!! yoshhhhhhhhh!!!!! si nadhirah tu penakot. aku paste kan sekali kene maki. hahahhaha

paling seram cerite jenazah tu. aku bab2 mayat ni mmg over sket takot. cemana ntah nak duduk dlm kubur sengsorg nanti. tgk kiri mayat, tgk kanan mayat, diri sendiri pon mayat. ahhhhhh tekanan!

pasal saka tu mmg betol. kene pergi check selalu takot ade yg menumpang. kadang2 kita lalu depan jirat cina ke, kubur ke, mmg ade yg suka tumpang ok. lelagi kalau mmg ada yg dah melekat dgn kita. lepastu bersalin pon baik2, pilih mak bidan yg bebaik, takot die ade amalan2 kurafat ni kang, die masukkan bebende halus n pelik dlm rahim kita. kita tatau. jiran kiri kanan pon nak kene tgk, ade yg membela bela nih, kang berjangkit plak ke kita. nauzubillah mintak dijauhkan

Budak Lurpak said... [Reply to Comments]

Budak Lurpak menjawab soalan PertMuffin: utm skudai, kolej tun fatimah, blok H10 ke H6, tak ingat.. hahahahha

PertMuffin said... [Reply to Comments]

oooh... jiran...
sy kat KRP. blok G6 (kat area PARAM) hee..
situ mmg creepy sket nak2 malam.. hujung ceruk la katakan.

nurul said... [Reply to Comments]

nasib baik baca pepagi niii..kalo mlm mau kebil2 mata takleh tido..hahaha..sini boleh tinggal cerita seram gak ke?? nk tuleh gak..haha

teringat masa belajar kat upm dulu, dalam bilik gelap fotografi..dalam bilik tu ada satu lorong n boleh lalu muat2 sorang je, kalo selisih pon kena serong2 badan kan..one day tu da ptg2 kitorang kena cuci film..aku dengan beraninye tak kluar2 lagi dari bilik tu walopon kengkawan semer da keluar..masa aku nk keluar tu, kat simpang lorong gelap tu ada orang berdiri, baju putih seluar putih n rambut dia panjang..sebab bilik tu gelap so tak nampak la mukanye..aku igt kan classmate chinese yg baru nk masuk kan...aku dengan penuh sopan santun cakap kat dia.."u lalu dulu la" dia diaaammm je.."u..lalu la dulu" dia diamm lagik..aku time tu da mcm seram2 meremamng bulu2 semua dah..skali dia bedirii je mcm tak gerak2 pastu muka dia makin tunduk2..masa tu la ngn kecut perut aku da lari sampai langgar2 dinding..aku rasa masa tu aku langgar dia kot, tapi tak rasa, macam bayang2 gitu..keluar dari bilik tu tgk semua classmate takde sorang pn pakai baju putih seluar putih n rambut panjang..pastu aku citer kat member, mlm tu dengan dia2 skali demam..ceh..erk, sib baik benda tu tunduk2, kalo dia angkat muka mau aku bebuih jek dlam bilik gelap tu sorang2 kan..aiyoooo

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

hambek aku...nak sangat kan...time bace pon rase mcm ade benda blakang aku..imagination tinggi tuh...

bleh plak antu tuh gurau² sruh bukak mate enh...takut seh...mujur aku x pena wat benda² gitew...kalo aku kat tmpt budk tuh..mintak² aku pengsan gak...kalo x pengsan, aku wat² pengsan..

Che Sue said... [Reply to Comments]

omg! nyesal aku baca...ingat nk luang masa sementara aku nunggu jam kui 2pg sb nk col mesia.. tup2 lupa ari ni hari mistik si pija! dan dan rasa hall umah aku luaaaasss...huhuhu! tang owling tu aku penah kena beb! bodoh toi aa benda ni..aku pun pejam mata gak sepanjang2 masa.. sib baik tak dengar org soh bukak mata! tapi gua dengar gak mcm ada sumting kat blakng gua..rasa nk nages giler time tu!! rasa nk pengsan pun iyer.. sib baik cikgu yg handle camping tu jemput kitaorg balik cepat gak laa..

Lyndha said... [Reply to Comments]

aku dapat menjiwai cerita no.1 dan 2. sbb aku penah duduk MARA jolobu tuh..tahun lebih kurang gak...erm,kenal laa orang2 yang disebut dlm citer tu. tapi alhamdulillah, selama aku duk kt sana aku x penah nampak, dengar atau bau.a-min

umi ameer said... [Reply to Comments]

akupun takut nih... tapi baca gak.. heheh.. dah siang duhhh.. tak la berapa takut sgt..

mmg scary la citer2 gini.. walaupun aku ni penakut giler, aku still baca and kalu ada movie, still nak tengok, tapi lepas tu 2, 3 minggulah tahan takut nak tido..

teruskan usaha ko peej.. memang berbaloiii!

teringat2 nih...

norul yusoff said... [Reply to Comments]

hi Peej....

dulu takut ok klu locker kat dorm x tutup...senior2 dok cerita nnt ada 'nenek tua' akan tegur "nenek tau cucu nmpk nenek....."....time tu sure katup mata xhengat!nk selubung ngan selimut pun takut, takut kena selak...scary scary

pastu ada 1 dorm tinggal (dorm pun ada kena tgal..hahaha), diorg jdkan bilik ampaian....tp xberapa nk pakai sbb diorg cerita ada pompuan nyanyi lagu tuai padi antara masak tu...eee....dh la dorm tu paling ujung n paling dkt ngan utan....

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nasib bc waktu siang...tp ade part yg lawak2 plak..he he he
yg kisah no 3 tu sellau dgr...nasib masa blaja dulu xde kene mcm tu..kalu kene mesti pengsan smbil berbuih2 mulut..he he he

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

siap pakai kuku bukakkan mata. apakah!!

Moose said... [Reply to Comments]

aku baca benda ni sambil gelak2. seram memang seram tapi si pencerita ni punya ayat kasi tak seram plak. kelakar lagi adela. nasib la sebab aku baca siang kan..klo malam mau seram gak..huhu

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

aku penah dengar senior2 kolej cerita kejadian kat kolej. tp tak sure la kot2 org lain pon penah dgr jgk.

1-kat hostel budak perempuan. jenis hostel yg katil banyak2 dalam 1 hall. tetiba sorg terjaga tgh2 mlm pastu tetiba kat 1 sudut ade suara nenek nyanyi.. ♪♫ "1 dah jaga, jgn nak tipu"♪♫...tp aku tak ingat kesudahan cerita nih!

2-kat hostel yg katil byk2 dlm hall gak. kejadian waktu cuti semester. kebetulan tinggal sorg je yg tak balik. so die study kat meja sorg2. tetiba ntah mcmane die buat, tertepis ke ape ke cermin mata die jatuh. pastu die meraba2 la kat lantai nak cari balik. tgh raba2 tu, die dgr bunyi org berjln ke arah die smbl bunyi rantai yg mcm org ikat kat kaki pesalah tu. die rabun so mcm kabur2 la penglihatan die tu. makin lama makin dekat. tp sama gak, tak ingat ape kesudahannya.
harap maaf. ni pon senior yg cerita.

cik syahira said... [Reply to Comments]

cop aNnAsUe'G..

macam cerita yang 1st tu kan, pernah dengar la sebelum ni.
or.. semua hostel cerita dia ada yang lebih kurang sama eh?

cth 1- malam2 pergi berus gigi sebelum tidur. kat singki hujung pun ada some one sedang berus gigi juga. sekali toleh, die berus sampai darah2 sebab pakai pisau ke apa tah like benda tajam!

cth2- stay up kat depan tingkap tengah-tengah malam. sekali ada guard/ orang lalu kat depan tingkap. mula2 buat tak tau je. sekali baru sedar, mana ada corridor depan tingkap tu??
nangis.

ada sesiapa pernah dengar cerita kat atas tu tak? sbb dah beberapa orang pun ada cerita yang sama kat tempat yang berlainan.

hu hu..

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

cik shahira : penah dgr yg no.2 tu byk kali! scary siut! dah la dulu katil kat dorm sebelah tingkap!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...