Instagram : @peejburhan

kenapa budak kecik suka buat benda bungok?~

semalam aku baca entry chics.
terasa lawak n bungok ok.
tak pasal aku teringat kisah aku masa kecik2.
aku membuat benda yang lagi buduh ok.

aku tak sure umur aku berapa time tu.
rasanya darjah 3 macam tu kot.
time tu uncle aku sorang ni nak tunang ngan orang terengganu.
so untuk hantar rombongan tu.
malam sebelum tu kita orang tido umah uncle aku sorang lagi kat kuantan.
tumpang rumah dia la konon.

aku tak sure dia pergi mana. yang pasti rumah tu kosong.
kira family dia takda la.
n tak ingat siapa lagi tumpang.
tapi yang pasti aku ngan papa je ada.
or maybe adik beradik lain. x ingat la.
yang pasti mama takda. x sure apesal mama tak ikut.
kerja kot. mama ni mmg workaholic sikit.

uncle aku ni macam kaya2.
so barang rumah semua ada sedikit canggih.
aku rasa canggih kot. padahal takde kot. entah.
yang pasti satu petang tu aku rasa papa tido kot.
aku sorang kat dapur.
entah apa aku buat.
yang pasti aku pecahkan something.

Ya Allah tuhan je tau betapa takutnya time tu.
ye la kau pecahkan barang kat rumah orang kan.
aku tak berani bagi tau sesiapa.
so aku bersihkan sendiri kaca2 tu.
kutip semua. aku x sure aku sapu ke. vacuum ke. tak ingat.
yang pasti serpih2 tu aku lap pakan span basuh pinggan.
mmg bersih la. takda apa2 tinggal.
terasa lega.

then aku teruskan kehidupan macam biasa.
sampai la aku pergi dapur balik.
nak basuh apa tak sure. aku macam perah span tu.
amikkkkkkkkk. tangan aku berdarah2 n melekat2 kaca.
bodoh gila kan.

well aku tak kisah pasal tu semua.
yang bg aku gabra sebab nanti orang lain kena.
nanti orang tau aku pecahkan something.
so takut punya pasal. aku buang la kat belakang almari.
wtf. belakang almari?

pastu aku buat2 lalu2 kat situ tgk nampak tak span tu.
sekali nampak. masih gabra. so aku amik balik span tu.
aku pergi kawasan belakang tu.
then ada la barang2 kat situ. aku buang belakang tu pulak.

sumpah aku tak paham.
ape ke la gabra sangat kan.
i mean buang je la dalam tong sampah kan.
tak pun bg tau je la papa ke apa kan. tah apa takut tak pasal ntah.
tp yang aku ingat la apesal aku takut sangat.
sebab aku rasa span dia macam canggih.
dulu umah aku jenis span biasa ada yg lembut n keras sikit atas tu.
time tu umah uncle aku tu pakai jenis ada net2 tu. ceh. time tu aku rasa canggih tu.
n aku terfikir if aku buang. nanti takda span dah. nanti orang tercari.
kalau la time tu aku tau span berapa sen sgt la kan. takda la aku merepek sangat macam tu.

yang pastinya.
sampai sekarang takda sapa tau kisah tu sampai la aku cerita sini. hahaha.
takut nak cerita.
budak kecik mmg macam tu kan. bengong2 aje.
tp tak jugak. papa kalau pecahkan coralle mama mesti diam2 sbb takut mama bebel.
plus boleh la diam kan. sbb mama tak dengar bunyi pecah.
tapi aku dengki suka mengadu kat mama. hahahahhahahahaha.
akhirnya mama beli set melamin sbb tak sanggup 2 hari sekali papa pecahkan coralle dia. keh

motif tiba2 cakap pasal papa pecahkan pulak?
nampak sangat still takut terpecahkan barang orang. heh. ;p

16 Comments:

cik syazni said... [Reply to Comments]

haha! masa kecik mmg suka wat benda bongok kan..adoi..

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Cian nyer dia tuh! Ish ish, kalau ada mama masa tuh, mesti peeja bagi tahu mama kan..

Diyana Zulkifli said... [Reply to Comments]

skrg pun saya buat lg benda bongok hapa..hehe

Drama Mama said... [Reply to Comments]

hahahaha...my hubby sukaaaaaaaaaa bagi pecah tudung teko!hangin satu badan tau! dah dua bijik tudung teko haku pecah! jgn harap la nak kasik dia makan pakai corelle,baik simpan dalam stor. memang i pakai melamine ja kat rumah. hahaha

http://twinkywinkystars.blogspot.com

an15 said... [Reply to Comments]

me too..pernah risau kamus dewan kena curik kat hostel, i sanggup pergi sorok celah2 tilam buruk kat store. Pastu ilang..sila hempuk dahi sdiri.

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

I teringat, masa darjah 1 kot, dok kat dapur, semua orang kat depan. I dok selongkar apa my mom baru beli, jumpa pisau baru, berbalut. I bukak, pastu pi hiris jari sendiri. Pastu meleleh-leleh darah, sebab takut, i balut dengan towel and never told anyone.

Persoalannya, apsal la bodoh sangat pi hiris jari, nak test ketajaman pisau? hahaha adoilaa.

Banyak lagi kes tapi ni yang teringat sebab ada darah2 :)

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

dulu aku mintak permission ibu aku nak pakai cincin kawen die, dgn baik hati mak aku pon bg la. time tu aku sekolah menengah kot. pastu 1 hari aku nak basuh baju kat bilik air, bkk cincin letak tepi, sampai skrg hilang.
ralatnye dgn kebongokan diri sendiri.

aku rasa sampai skrg pon aku maseh suka terbuat bende2 bongok kadang2. huh!

makdara TERDIVA said... [Reply to Comments]

mmg lawak..tp dah namanye budak2..

.ieLah. said... [Reply to Comments]

peej, dulu kan.. mak aku bukak kedai runcit yang ada supplier cina datang hantar barang2 runcit, jajan aiskrim suma kan.. aku takut gila ngan cina tu sbb dia suka cakap aku anak dia.. tiap kali dia datang aku nyorok. penah sekali die datang, aku nyorok bawah katil sampai tertido.. dah la makan gula2 time tu..yang asam boi salut madu tu kan..mak aku jumpa2 dah ingat aku mati tercekik kat bawah katil tuh..

bila beso ni pikir balik cam hape je rase.. huhuhu..
bongok sungguh

cik gObu said... [Reply to Comments]

hahahah
aku seorang yg pelik waktu kanak2
aku suke main sorg2
buat benda bodoh sorg2

aku ade kawan2
tp aku lg suke dgn dunia aku sendiri

:D

Ashikin said... [Reply to Comments]

aku masa kecik, org selalu sakat kata aku anak org putih yg jatuh kapal terbang..aku pun percaya sampai takut kalau bertembung dgn orang putih mesti aku nangis dgn nyorok2 takut kena bawak balik negara dia kononnye..
padahalll...aku orang keramat je..ada hati tu feeling2.. hehe..memang bongok.

MisZ DeAnNa said... [Reply to Comments]

heeee..

sayer lak masa kecik2 tengok atok shave janggut misai sume..

sayer lak ngn bijaknye try shave dagu sendiri..

pastu ape lagi berdarah laa..

bodo tol..

Rina277 said... [Reply to Comments]

Peej..aku ingatkn aku lg bongok masa kecik2 rupenyer ramai jer geng..dulu masa umur 7thn jiran sebelah bg kuih lepat..pastu aku bwk blik mkn separuh rasa x sedap..punye takot nk buang sbb mak aku ckp x baik buang mknan dosa tuhan marah so aku bungkus blik cantik2 letak kt luar pintu umah makcik tue..pd pikiran aku makcik tue akan amik kuih tue n abiskn sbb ye la kn dosa buang mknan..hahaha...

nasaoji said... [Reply to Comments]

budak2 buat gitu, tandanya panjang akal... ;)

peej said... [Reply to Comments]

cik syazni - betu;l so far ni je yang ingat. tak sure if ada lagi.


mama - ye ke? lagi takut ada la nak bg tau.


diyana - betul la. tp still tak sebongok masa kecik2 la kan. keh.


drama mama - haha. tension kan. if pecah satu set takpe. ni tudung je takda.


an15 - haha gila gigih. tp hilang jugak.


leeds - haha sama la. pernah try jugak. tah apa2 kan. pastu darah takut sendiri. nak bg tau nanti kena lagi kan.


annasuejie - ish sayangnya cincin kawin kan.


makdara - tu la kan. tp sangat bungok ok.


ielah - hahahahaha. tapi pikir blk mmg bahaya ok. ye la boleh tercekik ok. dah la gula2 tu besar. isk. tiba2 teringin nak makan gula2 tu.


cik gobu - oh lone ranger la ni. aku lak tak. kawan ramai. tp mesti nak geng dgn yg best n terel2 aje. ceh mcm bagus perangai. hahah


ashikin - keheheh. lawak. tp takpa. time kecik2 la boleh feeling pun. dah besar2 ni nak feeling mampos org nyampah.


deanna - haha. sama la. pernah try papa punya. siap letak foam bagai ok. over.


rina277 - omg. so far ni paling best la. ok aku ingat kau letak blk kt pinggang umah kau ke apa. tapi siap pulangkan kat makcik tu. mmg lawak ok.


nasaoji - haha. tu la kan. mmg panjang akal. ade je idea nak buat benda2.

Raina said... [Reply to Comments]

time aku 6 tahun, mak aku nak pi kedai. dia suh aku tengokkan adik aku yang masih baby dalam umo 3 bulan macam tu. dia suh tengok ja pun bukan buat apa-apa. adik axu time tu duk dalam katil baby. bukan bleh pegi mana pun..tapi bila dia bergerak-gerak, aku jadi cemas pastu susah payah pi angkat dia letak atas lantai..pastu terpikir 'mesti nanti dia sejuk' aku ambek lapik meja kopi yang kaen rambu-rambu tuh balut dia..pastu bila dia nganga2 mulut, aku dah panik, gi buat susu dia dalam cawan pasal gelabah cari botol tak jumpa..pastu dah rasa helpless, aku nangis tunggu mak aku kat luar, yang adik aku terkapar atas lantai..mak aku mengucap panjang...wadehel sungguh!

persoalannya : awat aku letak dia atas lantai? pastu glabah lebih..padahal adik aku haram tak bunyi pun!!! pastu menyedari ketololan sendiri, aku siap pesan kat mak aku jangan gitaw kat abah aku..malu konon..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...