Instagram : @peejburhan

kalau rezeki tu. dari mana-mana pun dia ada~

this week mmg aku tak luangkan masa mengadap pc la.
so mmg takde la aku blog hop ke apa.
aku ni blog sendiri pun malas. nak blog hop lagi la kan.
sampai la aku terbaca tweet salah seorang yang aku follow pasal isu2 nuffnang ni.
aku dah macam. apakah kekecohan ini?

so ni dah adap pc ni. aku baca la.
dpd situ macam2 link pulak ada.
so jump2 baca mereka2 punya pulak.
macam2 pendapat aku baca.
well ni pendapat aku pulak.

aku join nuffnang dpd 2008 rasanya.
entah aku pun tak ingat. tapi lama laaaa.
Alhamdulillah bulan pertama dah dapat cash out.
tak sure berapa tah. tapi if tak silap dalam rm149 macam tu.
tu pun sebab aku terclick.
konon nak try2 la. if cash out apa jadi. sekali mmg cash out terus. takleh patah balik ;p
then makin lama makin naik.
pernah jugak dulu dalam write up advertorial. sekali je. untuk kotex.
time tu reader aku tak ramai. 600 unique visitor per day.
so untuk iklan tu. aku dapat rm300.
which is bg aku dah cukup banyak.
ye la. kau bayangkan. kau blog suka2. tiba2 kau dapat duit tiba2. seronok la kan.
lepas tu senyap aje. takda lagi job apa2.

so aku harap dpd buffer earnings aje.
ok la. dapat la sebulan rm400-rm500.  bg korang maybe tak banyak.
well. bg aku dah bersyukur sangat.
aku tulis benda merepek2 dlm blog. tiba2 awal bulan dpt duit. tak suka kau?
tapi aku takleh tipu la kan. of coz ada rasa tamak. macam... nak write up advertorial.
sebab aku rasa ngan jumlah unique sekarang.
silap2 boleh dapat 1 advert pun maybe nearly rm1000. or maybe more. who knows.

so aku pun tunggu je la.
tungguu. dan tunggu. bulan makan bulan. sampai jadi tahun. takda jugak.
so aku tanya la nuffnang. apa yang dorang require untuk dpt kan iklan?
aku dah ada sekian2 readers n all. tapi still tak dapat.
dpt la reply. dorang kata reader aku mmg dah cukup sangat untuk layak dapat iklan.
tapi dia kata belum masa aku.
dia kata. dorang dah promo blog aku. tp advertiser yang akan pilih nak letak tak dalam blog aku.
so aku nya belum terpilih. so sabar. paling aku ingat dia punya ayat. "your time will come"

hoih agak2. sampai sekarang tak come2 kan.
macam tak logic pun ada.
dengan banyaknya iklan kat nuffnang tu. takkan la kalau 10 kali dorang push. tp sekali pun tak lekat.
push ke tak sebenarnya? jangan tipu plisssss.
then lepas tu ada dpt call cakap nak masukkan iklan kat blog aku.
akan call balik. seperti biasa. takdok.
padahal iklan tu dah berjalan kat blog2 lain. harapan palsu tau.
then tiba2 aku tgk. ada 2 bln kot. buffer earnings pun aku dah takda.
aik pelik la kan. sudah lebih.

tapi satu perangai aku.
aku tak suka nak tanya2 banyak kali macam orang muka tak malu.
dah tanya sekali, dah.
walaupun siapa la aku kan. memang dorang takkan ingat la kan.
so bila aku tgk buffer pun takda. aku try innity.
sebab ada baca kat blog siapa tah.
well. as for me. aku sangat suka innity.
tapi problem dia. dia sangat complicated la. canggih sangat. tak user friendly.
wah matiklah salahkan innity kan.
padahal aku yang agak bengap. bukan la terel sangat i.t2 ni. ;p
so aku tak reti nak guna.
contoh letak iklan. if ada iklan baru kotak tu berguna.
if takda. aku boleh tukar kotak tu jadi gambar ke apa. nama tak silap alternate ad kot.
well aku tak retiiiiiiiiiiiiiiiiiii. tsk. :(
so aku rasa semak ada benda hijau2 tu.
then satu lagi. aku dah ada rectangle nuffnang in between entries tu.
bila aku nak letak innity punya takleh
sedangkan iklan rectangle pay paling tinggi. :)
yang bestnya innity. dia boleh bank in terus duit2 kau.
macam bukak je account. tgk2 duit dah masuk. sukeeeeeeeeeeeeee.
aku rasa nanti aku masukkan balik. kena study lagi la.
sebab serious aku tak faham.

time tu konon kecik hati ngan nuffnang la.
nak buang dpd blog sayang. sbb yang first aku kenal nuffnang la kan.
wtf la. ada dia heran ke kau kecik hati?
ada 80,000 blogger registered under dia la.
setakat kau sorang dia kentut2 aje. kosser nak layan.
then aku terpikir. macam orang selalu bising2. kenapa orang dapat. dia tak dapat.
well kau imagine. kau kena jaga 80k under kau? kau boleh monitor ke?
mmg siapa yang stand out je la yang dorang akan focus.
dengan tenaga kerja dorang yang berapa kerat tu je. memang tak dapat la.

then orang cakap pasal kroni.
come on. as if korang tak macam tu.
kita tengok dpd kehidupan sehari2 la.
contoh kerja la. kau tau kawan/pakcik/makcik/jiran kau kerja tempat tu lama.
pangkat besar. kerja dah lama.
tiba2 kau bukak mulut nak kerja. dia tolong.
dapat lak kerja tu. sedangkan calon2 lain lg bagus dpd korang. bukan kroni tu?
kau ada kedai makan. sekali kawan kau datang. tiba2 kau cakap freeee. tak pun discount.
kroni la tu. kenapa kau tak pilih random orang. tiba2 kau rasa nak nak bg dia discount. betul tak?
contoh la if aku ada company macam nuffnang.
mesti aku akan pilih blogger2 yang aku dah kenal n all.
so standard la. semua sama aje.
kita je tak sedar.

then aku terfikir. atleast aku dapat jugak la duit.
Alhamdulillah walau tak banyak. tapi tiap bulan ada la.
orang yang bertahun dah pakai tu. langsung tak dapat apa. mesti lg emosi.
so masa 2-3 bulan aku takda apa tu. aku pikir.
maybe ni peluang orang lain pulak kot.
so lepas tu rasa ok balik la.

so takpa la. aku blog je la macam biasa.
sambil tak harap apa2 melainkan buffer earnings tu.
anggap je belum ada rezeki lagi.

ingat lagi few years back aku balik kampung.
then ada group budak2 sekolah dalam 30 orang kot.
datang dpd rumah ke rumah marhaban time raya.
then tiba time doa. budak tu doa. ok aku tak ingat la ayat apa ;p
tapi doa tu something like, " kau murahkan la rezeki mereka2 di rumah ini. turunkanlah rezeki dpd langit, if di laut. kau keluarkan la rezeki mereka. "
something like that la. tak sure. tp time dengar tu rasa sayu sangat n bergenang je air mata.
sebab entah rasa sedih. sebab doa tu kot.
so kat situ aku percaya. if rezeki tu Allah nak bagi. Insyallah ada la.

so aku buat la iklan tolong2 fellow readers.
maybe aku takda rezeki tang duit.
tp aku dapat rezeki baju2 baru. dapat make up free. dapat kuih raya :D ngeeeeeeeeee.
tetap rezeki apa.

then baru2 ni. aku dapat email dpd sumber yang tak dikenali.
dia kata nak letak paid write up advertorial kat blog aku. aku interested tak?
aku dah macam. siapa ni?
yang pasti bukan nuffnang la. then tgk innity pun bukan.
aku cakap la interested. rezeki kan. duit. siapa taknak.
siapa cakap taknak tu tipu la.
then dia bg la aku details pasal event tu.
hmm. kagum. quite besar event tu.
rasa syukur sangat. sebab seee. rezeki tu ada kat mana2. muncul dpd mana2.
sebab serious siapa aku ni weyh? biasa2 aje.
dalam beribu2 blogger kat malaysia ni. salah satu dia pilih blog aku.
tapi kita tgk macam mana. sebab kadang2 aku selalu dapat kegembiraan sekejap ni.
cakap dapat terpilih itu ini. pastu senyap aje :p cehhh.

so blog entry ni. aku takda sokong mana2.
aku rasa masing2 ada silap n ada betul dia.
ada best. ada tak best dia.
after all kita semua manusia kan.
macam2 perangai n hal ada.
kadang2 aku tertekan jugak pikir benda2 ni. system2 ni.
tapi nak legakan diri sendiri. aku pikir tujuan asal aku berblogging.
sebelum muncul segala benda2 ni.
sebab aku suka nak cerita2. for fun aje. duit is a bonus. so bila pikir macam tu rasa ok la.
ok kadang2 tak ok balik. tp nanti ok balik. so pandai2 la.
unless korang mmg blog sebab nak buat duit aje.
tu mmg tak dapat nak di tolong la weyh.

ish. buruk perangai aku ni.
orang buat entry. aku nak buat entry.
pastu nanti in the end. aku mcm blur. apakah motif entry ni?
kalau rasa2 tak paham. buat2 faham je la yea.
aku ni mmg merepek sikit.
aku rasa. apa aku nak sampaikan mcm tajuk tu kot.
rezeki ni ada di mana2. Allah tak bagi ikut situ. dia bagi ikut sini.
jangan putus asa. itu maknanya putus asa dengan Allah *sambil betulkan tudung*
wahhhhh. matiklah tiba2 mode ustajah uolls.
tazkirah di hari jumaat gitu. motippppp???

ok byeeeeeeeeeeeeeee.

20 Comments:

atoyis said... [Reply to Comments]

yer..aku pon percaya..rezeki ada di mana2..selagi kita tak lupakanNya selagi tu dia ingat kat kita..

aku pon tetiba tengah sangap nak bayar kredit kad tetiba dpt call..tanya boleh buat soalan MCQ tak..jeng..jeng..jeng $$$$$$ ;)

Tijah said... [Reply to Comments]

haihhhh! suka la pulak n3 nih. (sambil betulkan tali bra)

apa2 pun back to niat asal la kan? kekadang benda2 ni lagi dikejar lagi tak dapat. let it be jer la. after all...bukan kita makan gaji dgn nnang pun. org kasik duit for nothing tu pun dah cukup bagus khannn?

0sh!Nz d' sen0r!ta said... [Reply to Comments]

hahahaha. ini ustazah rock namenye. saya sokong seratus peratus dengan isi entri ini. ececewaaahhh~.

Alia said... [Reply to Comments]

Orang blogging sekarang semata-mata nak duit. omg, pls. Aku punya nuffnang tu mmg tak pernah naik naik, asyik RM1.25 je dari beberapa tahun yg lalu. HAHAH

Iz said... [Reply to Comments]

Blog aku dah 3-4 tahun kot.. dengan pembaca yang kurang dari 100 je sehari.. sampai skrg baru ada RM64.. tu pun tak naik2 sejak bape bulan lepas dok banyak tuuuuuu je.. haha. Aku anggap nuffnang tak suka aku.. mungkin sbb aku tak comel mcm blogger2 eksklusif diorang, hehe

MIMIE said... [Reply to Comments]

tu doa murah rezeki kan?

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

bagus la attitude awak camni... saya pun rasa sume orang xyah marah2...nasib saya berblog sebab hobi je

Drama Mama said... [Reply to Comments]

peej...rm4-500 per month banyak k! kitorang yang blogger picisan nih nak dapat camtu tah bilaaaaaa lah. huhuhuhu

insyaAllah when we belive in HIM to give us rezeki, akan dapat rezeki dari sumber yang tak disangka. moga makin murah rezeki u. ameen!

http://twinkywinkystars.blgospot.com

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

nak marah buat apelah kalu xdpt byk duit buffnang tu..sy lagilah smeinggu 25 sen jer dpt tau xpernah dpt BE..he he he..sbb sy berblog utk saje2 jer..

sy bkn blogger tegar..

Arin said... [Reply to Comments]

betul peej, rezeki tuh datang dalam bentuk tak disangka.
Aku lak heran, last week BE aku ada 4 bijis , sekali awal minggu ni bukak hilang BE aku.Malas aku nak tanya, kalau ada ..ada le. Kalau tu bukan aku punya, redha la.

peej said... [Reply to Comments]

atoyis - mcq tu apa? sorry aku mmg x reti benda2 ni.


tijah - hahha. motip betulkan tali bra? longgar ke mokcik? nanti dpt duit nn beli bra baru k.


osh - hoh? ada ke ustazah rock? tak pernah dengar tu.


alia - kenapa eyh? aku sendiri pun tak faham sgt system dorang ni.


iz - haha. aku lak terlebih comel. so takda commercial value. so setakat belakang tabir boleh la kan.


mimie - a ah. betul la tu. omg. indah betul kan. thanks for sharing it here. sukeee :)


drama mama - tu la. sbb tu bersyukur aje. rezeki kan. even org kata tak banyak la apa la. bg aku dah cukup. siapa nak bg kan. :) thanks for the prayers. takpa ur time will come. cea aku pun guna ayat2 ala2 nuffnang. kehheheh.


hanim - tu la. fikir je la. dorang kena bahagi2 BE tu kepada 80k org. mmg payah. tu yang kejap ada kejap takda tu kot. kan?


arin - BE selalu akan ada sbb kempen tu tgh berjalan kt blog. if dah abis nanti BE tu akan turun ke ME. cuba check ada tak turun? maybe tak perasan kot. pernah gak kena dulu tiba2 hilang. tp nasib time tu rajin print screen. so tanya la NN. dorang masukkan blk duit tu :) kesilapan teknikal katanya. sbb time tu ada 2 blog. so dorang mcm confuse.

amira zakiah said... [Reply to Comments]

=) huhuhu.byk tue

Tijah said... [Reply to Comments]

bra mak longgar nyahhh. tunggu gak kot2 nuffnang suh buat tutorial wacoal ke kan? nan ado. huhuhu

Arin said... [Reply to Comments]

peej: tak turun kat ME.tuh yg pelik.ni lak tadak nye print screen.aiyak.

ZuNas77 said... [Reply to Comments]

agree with u..percaya kepada rezeki. sbb Allah lebih mengetahui. asalkan kita tak sombong bongkak, and pandang rendah kat org kan...Kadang2 org yg terlebih rezeki nih jadi sombong. mcm sorang blogger yg i kenal, bila nama dah "besar" sket, mulalah nak ckp dgn org pun dah memilih. padahal rezeki tu dari mana? Allah juga kan...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mn tau sok2 blog ko masuk newspaper, pastu nnti time tu nuffnang bg ko iklan berbondon2.. ecehh :) tp apa pun, mmg seronok dpt duit drp blogging. kite ni ha pemalas lipas nk letak iklan ke apa dlm blog. readers pun sekerat dua je.. HAHA

syntheare said... [Reply to Comments]

sy dh mengarut 3 thn kt blog tp lum capai tahap bleh cash out ngehhh..ngehh..:p yola,cuma kawan2 saja yg sanggup dengar kita mengarut.

peej said... [Reply to Comments]

amira - alhamdulillah :)


tijah - longgar ke nok? try ketatkan pakai getah ke.


arin - huiks. pelik gak tu. kenapa? tak tanya ke masa kena tu.
lain kali tanya je terus. kadang2 system menggila.


zunas 77 - rasa kelakar pun ada. i mean blogger je kot. sampai mana pun nak berlagak. nak rasa besar n famous sgt. jadilah artis kan. keh keh.


wani - e eh over. apa jadah nak masuk paper semua. tak sesuai ok.


syntheare - takpa. mula2 kawan2 la yang baca ngarut2. nanti tau2 ada je orang lain sudi baca :)

nasaoji said... [Reply to Comments]

aku berblog first sb suka bca kak d nyer blog (green apple)..peh tu, dr hr ke hari2, tingin lak nak wat blog, cita tang diri sendiri, leh simpan wat kenangan..lama tu, bru tau tang nuff nih..x mengharap pun, sb msih pk psitif, rezki memasing, Dia yg berikan, kt usaha aje.. ;)

tarbiah said... [Reply to Comments]

I tolong jawabkan bagi pihak nuff :

jangan you harap Nuff nak bagi you iklan kalau product kesayangan nuff you dah kutuk maki, alah yang dia saman you, lupakah?. nama you hitam kat nuff sehitam hati dan kulit you. criteria blog you ni hitam, hati busuk, advertisers nak letak iklan ke kat sini? pelik, dulu kutuk nuff sekarang merayu-rayu mintak duit kat nuff? jilat ludah betul!

cyan said... [Reply to Comments]

@tarbiah

hola...tetibe tarbiah, ni mesti last week ko kene 'tarbiah' ngan NA ye. Tu kau nak lepas geram tarbiyah Peej pule. Bwahahahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...