Instagram : @peejburhan

iklan.

hari tu ada tanya if nak iklan kat blog aku macam mana kan?
berapa aku charge la apa la.
ada yang aku dah reply kat email.
then ada yang tanya lagi. tapi aku tak ingat kat mana.
so aku tak reply.

mari sini mokcik cerita.
senang buat entry terus.
so far kalau korang tengok aku iklankan ke apa.
i didn't charge a single cent.
usually if aku buat tu. orang2 tu akan bg aku a token of appreciation la.
macam if aku iklankan shop blog, dorang bg la baju.
if keronsang. dapat la keronsang. since aku tak pakai. aku bg la mama :)
if accessories. ada yang bg subang n rantai. sbb aku kan suka tu.
ada jugak dulu. dia bagi benda yang aku tengah nak.
time tu aku tengah carik sepit ada bunga tu. so aku tulis kat blog.
so bila aku iklankan. tiba2 tengok dia bagi sepit tu. sweet. prihatin betul. heheh.

cea poyo kan.
konon kata tak charge. tiba2 nak token2.
kira macam orang datang mintak derma. konon "ikhlas..ikhlas". tiba bila kau nak derma.
dia kata boleh bg rm10. hahahaaaahha. bengang kan.
tp kira ok la kan. sebab effort aku buatkan entry tu kan. kan??

orang lain buat duit ngan blog.
aku macam tak reti.
sebab bagi aku blog aku ni suka2. bukan untuk business ke apa.
n if orang mintak tolong. setakat sikit. tu boleh la tolong kan. bukan susah.
so takkan aku nak charge. macam keji rasa nak letak2 harga.
apa kau ingat kau bagus? hahaha
dah la kadang2 yang aku tengok jenis business kecil-kecilan. baru start shop blog ke apa.
tak pun mintak tolak barang kan.
unless la yang mintak aku iklankan tu syarikat besar. ada proper kedai ke apa.
maknanya dorang dah ada allocation untuk advertising.
tu pun aku nak mintak segan ok.
macam baru2 ni aku iklankan.
tiba2 owner tu suruh aku pilih dua baju dpd kedai dia.
aku tgk range harga. then yg aku berkenan harga lebih sikit dpd yg lain2.
so aku mintak tu satu aje la. takkan nak over kan nok.
sekali owner itu suruh jugak pilih duaaa... ngeeeeeeeeeeee.. suke.
ye aku memang mudah teruja. ;p

tapi kadang2 aku terpikir. aku ke bodoh tak reti nak buat duit.
then aku tanya pendapat noy. perlu ke aku charge?
noy kata takyah la. just tgk apa orang nak bg la. if duit pun boleh. tp ikut dia. jangan letak harga.
if dia rasa nak bg rm10. pun takpa. ikhlas dia.
then aku refer kat mama pulak.
mama cakap yang sama.
sebab dia kata tujuan aku blogging pun for fun.
blogging bukan tempat aku nak carik makan ke apa.
so ok la.
kalau dah dorang cakap macam tu.
maknanya ok la kan.

so sekarang korang dah clear la kan.
if nak iklankan. korang nak mintak tolong tolakkan barang ke.
Insyallah aku boleh la tolong buatkan sticky post. :)
eh tapi jangan la menderu2 datang. aku ni dah la boleh tahan pemalash kan. hahahah.

ok tu je.
harap korang sudah clear.
itu aje.
ta-ta

30 Comments:

Mommy Lyna said... [Reply to Comments]

Best tuh bila blog glemer menderu2 orang nak mintak advertorial write up hehe. Tp saya rasa mmg OK je mtk token, bkn pe if kita tulis dari pngalaman menggunakan brg2 tu kn lebih baik & berkesan dari buat iklam semata. Kire mcm testimonial la. Org yg baca pun suka sbb kita tulis tu sbb kita guna, mcm buat review gk, bkn iklan semata.

iqbalsyarie said... [Reply to Comments]

same goes to me...tak reti nak buat duit dgn blog...saya takkan guna utk generate income kot...hehe
Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?

cik gObu said... [Reply to Comments]

baca entry u ni i teringat waktu tahun2 awal i berblog nie

2003... i have 2 blogs now tp yg first tu tutup coz terlalu byk cerita peribadi kt situ

waktu tu blog best sgt
sume org blog sebab nk kongsi cerita info

sekarnag nie lebih kepada nak mencarik duit plak

isi blog ntah ape2

blog pn dh bersepah2

hmm keep it up girl

bila buat sesuatu dgn ikhlas
mesti ada ganjaran yg lebih besar menanti

*mcm ustazah plak
hahahah

syntheare said... [Reply to Comments]

u such a nice girl la peeja....sokong, jgn jadikan blog iklan sana-sini...buhsan mau nengok...pastu susah mau bukak.

p/s : Peeja mau tanya, mana Edan pegi? lama xnampak dia dlm blog ni...dulu2 selalu je ada menyelit hehe.

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam..
hi peej,

i sokong la ape yg u wat,
ingatlah,wat baik dibalas baik..
u kan org yg baik2..
lily from ipoh..

Tijah said... [Reply to Comments]

tijah like this.

(wah. cam fb..)

A.I said... [Reply to Comments]

kalau aku tau...dah lama aku soh kau tepek iklan blog kedai tudung aku! tp skang sudah takde stok oo :(
ha! kalau aku soh kau iklankan blog mekap2 aku, maknanya aku kene kasi token berbentuk tepekan mekap la kan??? - miahahahahaha...

apa2 pon kau mmg baek hati. biasa mmg org ada mintak caj pon. kt blog kedai tudung aku lak, aku tepekkan link skali ngan gambar utk blog kedai lain. pon FOC. ala..tompang tepek je kan.. :)

Fariza said... [Reply to Comments]

sebak bila baca..baik peej nie..
semoga allah membalas semua jasa baik peej..

erk tapi saya takdeh benda nak iklan kan...

tokey kedai belom pasang ekon T_T said... [Reply to Comments]

baju ok x???

Beautiful Disaster said... [Reply to Comments]

lepas ni kau dah tak dapat cerita seram peej. suma beratur hantar iklan kat kau. heheh.

M u s h y m u s h said... [Reply to Comments]

ok,jadi tolong iklankan hamper aku blh?hehe...aku bagi la ko barang sebalang 2 kuih raya sebagai pengganti diri.eh!

ieyka02 said... [Reply to Comments]

kak peej..anda sgt ikhlas..kagum2..yes blogging juz 4 fun rite..:)

kk said... [Reply to Comments]

ye lah sis.kalau blog banyak iklan mesti berat.ngehh..buat entry, kita ajak ramai2 masuk pun lagi okay

bercintahouse said... [Reply to Comments]

peeja! i la yang email u hari tu,..i like your stand..ala nothing is free in this world.tp i like the consideration kat org2 yg baru nak business kecil2an.i respect your way,.thanks in advance sbb nanti nak mintak tolong gak hahahahaha
have a good day, u deserve it!

Lyana said... [Reply to Comments]

wah sukanye mendengar~ ni baru namanya blogger! me lap chiu peejaaaaaaaa

toughcookie said... [Reply to Comments]

hey that's so sweet of you...

Auny said... [Reply to Comments]

huhu kalau i pun mesti la rasa nak bagi token kalau orang dah tolong tepek iklan kita. hehehe.. orang berbudi, kita pun mestilah hargai. tak gitu? hehe

Pnut said... [Reply to Comments]

Peja-akak mencilok tajuk ini untuk buat entry blog akak memandangkan akak tader modal..
dan aku siap quote apa ko tulis..harap ko ok bebeh...

i lebiu...hiks..
larriii

Pnut said... [Reply to Comments]

Peja-akak mencilok tajuk ini untuk buat entry blog akak memandangkan akak tader modal..
dan aku siap quote apa ko tulis..harap ko ok bebeh...

i lebiu...hiks..
larriii

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

baiknya..1st time sy dgr org yg femes ni xbuat duit ngan berblog..alhamdulillah niat peej ikhlas nk membantu...tp bg sy xkisahlah kalu peej nk kene kan duit ker ape..
tp org yg mintak tolong tu pun kene paham2lah kan, xkan nk mintak tlg free kan....

xpe peej, akan ade ganjaran yg lebih besar menanti utk peej...peej sgt sweet n comellah..

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

owh...cenggitu rupe nyer...peej...jgn lupe taw...tepek cite antu lagi...
nak lagi...nak lagi...

Alia said... [Reply to Comments]

Kau sungguh baik serta ikhlas! Aku terkesima! Haha..

Meh tolong aku iklankan Personal Ads:

"HOT, HANDSOME AND SOMEWHAT RICH (SUSTAINABLE) MAN NEEDED. MUST BE ABLE TO COOK, CLEAN AND DISLIKE SPORTS (esp. soccer). MUST KNOW HOW TO TREAT A WOMAN OR AT LEAST BE ON PAR WITH A WOMAN'S EMOTIONS.

IF YOU FILL THE ABOVE REQUIREMENTS, PLS CONTACT ALIA."

LOL. Kalau ramai candidates, aku kasi kau sorang..as a token of appreciation la kan!

LOLOLOL

lily lotus said... [Reply to Comments]

that's y i admire u..boleh :D

Uruchimaru @ kf said... [Reply to Comments]

ikut keselesaan andalah..

slm dtg menjenguk..click sini iye http://malaysia.youthsays.com/Oldboys/Nivea-You-Wow-You-Rock

::The Shopaholic Tauke:: said... [Reply to Comments]

oooo...mcm tu eyhh??ok2...boleh bagi token special kat peej nih...:-)

umi ameer said... [Reply to Comments]

akakpun suka ko buat gini.. terharu jugak nih..

tolong org musti ikhlas, kan kan?

peej said... [Reply to Comments]

mommy lyna - kan kan kan. token tu terpulang la kan. sbb rasa berat je mulut if org tanya prising tiba2 let say nak cakap 100 ke 200 ke or maybe more. so biar org tu decide :)


iqbalsyarie - betul. kira yang dapat tu Alhamdulillah la. tp to make more mcm tak reti.


cik gobu - haha. bengong. *sambil betulkan selendang*
sbb aku rasa macam dulu la aku tak reti nak letak harga. terasa keji if i do so.


syntheare - baiklah. ada je dia. tp atas permintaan so pic dia dah xde sini. :)


lily - e eh. mmg x la baik. cuma rasa elok mcm ni kot.


tijah - hahha. bengong. aku pun nak buat. *pija don't like tijah* ;p


a.i - boleh je if kau nak. takda hal. pasal tudung kau x mintak. if kau mintak aku buat aje la. bukan susah. macam aku lak. aku tak suka iklan yg permenant ada tu. aku rasa semak. ;p sticky post takpe. :)


fariza - e eh. ni bukan cerita sedih. so jangan sebak ye. haha. kelakar la dia ni. takpa aku Aminkan je la ye.


tokey kedai xde a/c - ok!!! tapi tak pakai lagi sebab sayang. boleh? takat nak keluar jalan2 mcm sayang. haha. abis tu nak pakai bila kan? macam la aku ni pergi tempat extraordinary pungggg.


b.disaster - cerita seram tetap masuk ok. makin banyak lak. n iklan pun dah start masuk. :)


mushymush - boleh aje. email la aku segal benda itu.


ieyka - bila pikir blog suka2. time tu la rasa stress free. kalau tak boleh tension ok.


kk - kalau iklan tepi2 n gadget2 tu yang berat. tp kalau takat sticky post tak effect rasanya.


bercintahouse - thank u. tapi ye la. usually yg mintak tolong br nak start. macam tak sampai hati nak charge. hope ur business do well yea.


lyana - takda la macam tu. semua pun blogger. maybe lain orang lain cara kot :)


toughcookie - hahaha. tang mana yang sweet tu. gilakah.


auny - hehhe. tak malu kan tetaplah nak token2 aku ni. ;p


pnut - enggak mengapa. pija pun kadang2 buat macam tu. kira blog hop. then mendapat inspirasi. tp of coz credit la. takde la plagiat ke apa kan.


hanim - ok jangan silap. takda la tak suka duit ke apa. if ada harus suka. tp biar benda tu dtg sendiri la. mcm nak mintak2 or letak harga macam tak reti. plus mmg x la famous. satu lagi reason taknak letak harga. sebab selalu rasa macam, "what if org tu dah bayar. i dah iklan. tp barang tu tak pergi". mcm teruk je kan. so baik takyah charge. kan kan kan?


zara - ye ada lagi. tunggu kan aje ye. setiap khamis malam jumaat. wah dah macam iklan tv tau.


alia - hahhaa.buduh. mana boleh. kalau itu la criteria dia. aku nak dua. wahhhh tamak tak?


lily lotus - hahaha. jangan la. takde apa yg nak di admire. shit la. im so not good with accepting compliments. ;p


kf - iyooo.


tst - boleh aje :) tp kena buat dulu la. tiba2 nak bg mcm pelik pulak. hahah


umi ameer - tu la. so if rasa2 tka ikhlas tu relax2 dulu. dah ikhlas baru sambung buat entry iklan tu (alasan if malas datang) kehkeh

kEk caWan said... [Reply to Comments]

kalau sy bg free cupcakes boleh la tolong iklankan sy nye cupcakes eh?

tp.. kamu mkn ke kek?

eh.. soalan mcm x relevan utk org yg 85% posts psl mknn.
heee~~

kalau boleh drop me an email at kek_cawan@yahoo.com

saya suka lagu waka waka said... [Reply to Comments]

usaha ko yg ini aku suka dan harus puji....dan aku setuju ialah org baru nak mula busniss kebnykn mereka ni home busniss saja, x der peruntukan besar untuk iklan...aku dulu pernah lah risik2 kat satu blog ni nak iklankan kuih aku hanya sejenis sahaja..dia nak charge RM 200 lebih..hurrrmmm bye2 sajalah...mahai sngat ..memang kejilah hehehhahhah....nak ketuk atau mencekik darah pon biarlah berpada2

Mrs Imran said... [Reply to Comments]

saya pon setuju dgn mommy lyna. better token of appreciation la sbbnyer nk tulis iklan semata mcm cacat la plak kan. so better kasik review on service or product.

lagi satu at least token tu utk u penah lelah karang ayat,taip, publish gambar and tk lupa utk bayar experience u in blogging sampai u dpt attract byk readers kan :)

ish terpanjang la plak, sbb i pon amik token dari amik bayar mahal2. sbbnyer haha cam poyo blog bukan hebat cam blog mahathir :D hihi..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...