Instagram : @peejburhan

game on~

kan hari tu pergi plaza damas.
kita orang ke toys'r'us.
noy la ni nak beli monopoly.
kita orang memang ada monopoly.
sebab cari kat satu rumah takda. tah mana pergi tah.
takkan buang kan. elok je lagi.
ke mama bagi orang.
mama ni bukan betul2. suka sangat sedekah2 barang kat orang.

so nak taknak beli la lain.
serious teruja kan pergi toys'r'us.
macam mana la budak2 if masuk kan. harus pening.
aku yang dah boleh jadi mak budak ni pun teruja.
macam semua best. macam semua nak.
tapi apa jadah nak main toys pulak kan. macam tebiat nak mampos lak. hahha

daripada konon nak monopoly terjebak ke benda2 lain ok.
so ni la yang di beli. :)

:: monopoly city, uno stacko & magic 8 ball ::


seronok main ni.
dulu main masa kat umah cousin aku.
time tahlil maktok. kita orang baca dpd dlm bilik sbb ramai orang kat depan semua penuh.
lepas je settle makan semua. siap main uno stacko.
menjerit2. seronok.
gila biadab. kenduri tahlil. tp boleh gembira2 main uno stacko.
tp rasanya time tu bukan tahlil 3 hari tu.
time tu dah tahlil after setahun macam tu la.
tsk. tiba2 rindu kat arwah maktok. al-fatihah.

nway, tu yang masa kat toys'r'us rasa nak beli tu.
harga rm49.90 x silap.
syiok main ni ok.
noy la takleh blah.
dia kalau buat sampai berpusing benda tu.

noy : woahh. macam menara picasso.
me : apa?
noy : alaaaa. menara yang senget tu. picasso.
me : suke kau je kan.
noy : abis apa? oo silap. menara picassa.
me : menara pisaaaaaaaaaa la noy.
noy : huehehehehehhh. pisa ke? bukan picasso?
me : tu pelukis la noy.
noy : ok. tapi sama la. saya tau la. menara senget. lupa nama aje.



so tinggiiiii.
scary. dah la bergoyang2 aje.
ada sekali tu keluarkan aku berjaya. time ni tinggi gila n senget2 la.
elok aku letak jatuh semua ok. x sukeee.
best la. tp main ramai2 lg best kan. lagi thrill.
tp buhsan lak nanti nak menunggu turn kan.



ni pulak monopoly city.
baru punya.
ok tak sure la baru ke tak. tp baru la dpd normal monopoly tu.
yang biasa tu ada, harga rm99.90 mcm tu la.
yang ni pulak rm 169.90.
since nampak lg best. so pilih ni.
ye la yang biasa tu. dah main dpd kecik2 kan.
so nak tgk la apa istimewanya yang ni.


serious best ke mana2 ok.
lagi interesting n tak boring.
cara main pun dah totally sifferent.
n banggunan dia pun lagi best2. n susun tengah2 tu.
memang akan nampak macam city betul la.

yang merah2 tu bonus building. kira secure kawasan kau la.
orang takleh letak hazard(hitam) kat kawasan tu.
sebab if kau dah buat umah berketul2. tp sekali orang letak hazard. umah kau takda harga.
then ada train station.
if kau sampai situ. kau rasa kau nak lalu kawasan depan2 tu scary.
kau boleh jump ke station lain.
so if kau ada train station kat kawasan kau sendiri. selamat la :D
ada macam2 lagi la. 
serious interesting.

oh chance card dia pun lagi best.
siap ada taxi la. if ada card tu. katalah kau sampai kawasan kena bayar tinggi.
naik taxi boleh la move few spaces :0
then ada card steal. if dapat tu. kau boleh curik kad kawasan orang tu. n segala building dia semua.
syiok.


ceh aku ni cakap je ye ye.
sebenarnye aku bukan suka main.
aku suka jadi banker aje. :)
sebab aku tak suke kalah ok.
aku boleh nangis. bukan boleh. pernah nangis.
sampai sekarang dorang ejek aku.
so dpd benda tu berlaku lagi. baik aku tak main.
takleh tahan tension2 ni.

so game2 ni adalah sesuai untuk family.
menaikkan fun.
cuba korang try.

15 Comments:

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

best nyer...nengok muke noy...giler siyes main monopoly...

A.I said... [Reply to Comments]

ni kalau aku yg main kompom tunggang langgang, kebuluran anak2 aku kat umah tu! kahhhhhhhhhhhh

Drama Mama said... [Reply to Comments]

haaa memang lah kalau masuk toys r us boleh jadi gila. mak budak ni boleh jadi gila sebab wallet nipis trus kalau bawak budak! hahaha

i suka jadi banker gak kalau main monopoly, tapi i jadi banker AND player. so nanti senyap2 songlap duit sikit-sikit. slalu menang! hahahaha

http://twinkywinkystars.blgospot.com

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

lama dah xmain 2 benda alah tu..xde geng nk main..dah kawin skrg lagiiilah xdpt nk main..:)

yana2605 said... [Reply to Comments]

8 magic ball tue camna lak mainnya??bole buat magic ker??huhuhu...dlm byak2 tue magic ball tue jer tak pernah tgok...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

seronok weh lepak dalam toys r us.. haha. kite suka main game of life. serius game tu best. siap ada spinner bagai. magic 8 ball pun best, kalau nk tnya soalan2 bodo. hahaha

Lyana said... [Reply to Comments]

wahhhh hari tuh pun ada pegi toys r us tapi kat subang yg shopping mall baru tuh empire shopping gallery. toys r us dia mmg buat org xnak kuar lah.jadik budak utk sehari pon xpe :P and mmg bnyk version monopoly.ada 1 tuh siap bukan dalam kotak biase tapi kotak mcm besi2 tuh.hahaha.pastuh harga dia pon gulppp :P beshh men ni beshhhh!!

p/s: teserlah sbnrnya diri ini masih budak2 :P

p/p/s: igtkan beli hannan kat toys r us sekalik..huhu.kelakar tetibe dia ada di antara menan.

Syatilla said... [Reply to Comments]

hari2 ngn game sim nye hrni ngan monopoli uno bgai...aduhai peej...ko mmg menguji keimanan aku nk mncari bnda2 alah ni....huhuhuhuh:P

sarah said... [Reply to Comments]

salam.
mata lulu bersinar2 dibelakang tuh...

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

suke kalau u cerita pasal game mesti detail..ai suke!;)

yonna said... [Reply to Comments]

LOL! sampai penah nangis! hahaha emosi betul akak main game :p tapi main benda2 mcm ni mmg stress. better jadi banker je senang :p

umi ameer said... [Reply to Comments]

layan game2 ni pun bagus ek..
akak suka sebab sambil main, boleh jadi rapat ngan anak2.. gituuuu!

NONIE ABDUL AZIZ said... [Reply to Comments]

macam best plak uno stacko tu...psstt semalam akak ada nampak PG kat dalam tv...tetiba akak jerit heehhhhh ni adik-beradik peeja...tetiba akak plak terlebih bangga kes kes kes...

S!eZaN said... [Reply to Comments]

aah..nampak PG kt citer Galaksi semalam..huhu..

SURIA AMANDA said... [Reply to Comments]

khusyuk si noi..series la Lisa pernah main monopoly ni ngan nak buah Lisa si dania..hehehe..x pernah main sampai habis sebab half way dah bergaduh bertekak..selalu mcm tu...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...