Instagram : @peejburhan

well who am i kidding~

ok fine. im back.
maybe masa type entry tu tengah emosi. pms kot.
please la kan. macam takda modal lain.
bila emosi je salahkan pms.
padahal memang emosi tak stabil pun. tsk.

thanks for all the response.
banyak gak idea menarik.
contoh macam cerita pasal benda yang kurang personal.
macam pasal masak2 ke (ye saya reti masak. hari tu ada tanya aku reti masak ke tak kan :D  ), pasal kisah kecik2 ke, pasal deco2 ke. ye akan buat entry2 macam tu lepas ni.
aku yang sendiri pressure diri apesal kan. miahahaha.

oh dan terharu sebab ada yang kata blog aku yang merepek ni ada memberi impak berguna jugak.
ye la. macam aku pernah cakap. aku sendiri rasa tak best.
tp maybe orang rasa best. entah.

oh ada jugak ym ngan few friends baru2 ni.
yang memberi aku semangat untuk blog. thanks to u guys. u know who u are.
tp ada sorang tu bg pilihan.
dia kata if nak blog. blog. if taknak biar hilang terus.
biar orang tertanya2. tp buat bodoh aje.
n if terjumpa kat luar n orang tegur pun buat macam tak tau apa2. then terus gerak.
hahaha. bangang ok. biadap gila.
tp masalahnya sekarang pun dah macam tu.
orang tegur. aku cakap la dua tiga patah. pastu muka aku kelat.
aku memang tak reti la.

nway. nak buat entry ini.
pasal referrer.
pernah tgk bvlgarigirl buat :)
konon nak buat jugak. tp tak buat2 sampai la ke hari ini.
an appreciation untuk referrer2 aku.
yang dalam diam2. sebenarnye banyak menyumbangan visitor ke blog ini :)
so here it is.
 *click for larger view

:: ni analytics untuk this week ::
so as u can see.
paling tinggi ialah from

1. hanis zalikha - http://inibelogsaya.blogspot.com
- aku masa check pun agak terkejut. macam wah paling tinggi. dulu nama lain. so check la. rupanya sebab dia letakkan saya di dalam list, "Belog Best Kategori Melayu". hahha. terharu u. tang mana yang best pun tah la ye. siapa tak pernah pergi, sila la pergi ke blog si cantik itu ye. blog yang comel dan akan membuatkan anda bengang sambil berkata, " apesal la cantik 24/7 perempuan ni, even without make up (mode:jealous) ".  follower dia adalah 8856 *gulp* jadi silalah jangan ketinggalan n mengfollow jugak.

2. green apple - http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/
- antara blog terawal n satunya blog yang aku khatamkan masa mula2 aku join blogspot. jiwa kami hampir sama. mulut jugak lebih kurang. cuma aku tak boleh terlebih dot dot sebab mak aku ada kat dunia blog ni. kalau takkkkkkkkkkk. omg, just imagine. puaka macam sekarang aku kata aku tak terlebih dot dot kan. kau bayangkan kalau x laki puaka ok. sila la baca blog dia. if rajin korek archieve dia. paling best cerita pasal bibik dia sengal dulu. serious geram ok.

3. ceera - http://c33ram00n.blogspot.com/
- hoh ni lagi la. kita orang dah sama2 baca blog masing2 daripada zaman blog kat friendster lagi. then masa mula2 dia nak pindah kat blogspot. sedih nak tinggalkan blog friendster. aku memberi kata2 semangat. cakap. blog kat blogspot lagi best. :D sekali kau. haaa. bertambah meletop2 blog perempuan ni. bukan apa. dulu kan zaman blog kat friendster. kita2 orang ni selalu kena marah2. sebab kan if update je. orang akan dapat notification kat email dorang. so orang tak suka. tah apa2. oh btw, congratulation sebab dah dapat baby kiesha. :)

4. sepet - http://sepet88.blogspot.com/
- sepet adalah adik kepada ceera. :) selalu baca pasal dia kat blog ceera. then lepas tu dia pun gigih berblogging jugak. join the club ngan kakak2 dia. pernah jumpa sekali masa kat wedding ceera. time tu kekasih dia baru nak masuk line. hahahah. hampeh. yang aku ngan tina macam terkagum tgk kecomelan lelaki itu. even sampai sekarang ada kawan aku yang ejek2 aku sebab kata aku syiok kat bf sepet. hello, syiok n kekaguman adalah dua benda berbeza ok. hahaha.

5. a.i - http://aizahkaman.blogspot.com/
- seorang yang sangat sengal. ceria je perempuan ni tau. pernah jumpa jugak masa dia beli baju2 pre-loved noy. kecik je dia ni. walaupun anak empat kan. tsk. aku jugak macam almari ok. suka baca blog dia. sebab despise masalah2 ke apa. dia tetap happy je. seronok tengok telatah anak2 dia. 4 orang perempuan ok. gila kau. tunggu remaja la kan. confirm bercakar. aku baru ada noy pun gaduh mcm nak gila kadang2.

6. leeds - http://leedssecrets.com/
- dah tau kewujudan dia lama. sebab selalu nampak kat blog along. dorang selalu buat makan2 n gath blogger2. tapi baru baca blog dia. n baru2 ni akhirnya dapat berjumpa. seorang yang easy to get along with. baru jumpa je dah macam2 cerita kita orang. :)

7. kak pnut - http://ceritapnut.blogspot.com/
- baru tau pasal blog kak pnut. sebab nampak kat referrer ni la. pernah drop kat sana few times. sorry x tinggal komen ;p btw, kak pnut ni dah blogging dpd 2001 ok. gila kan. ini baru pioneer weyh. aku yang baru 4 tahun dah kecoh bosan bagai. ini dpd 2001 ok. salute.

8. mama -  http://nan-salleh.blogspot.com/
- blog me mummy. mama ni workaholic. so bila dia start sakit n berhenti kerja, memang takda aktiviti la. sian dia. sampai la aku ajar dia berblogging. wah lepas tu terus melekat kat pc je dia. siap if kita orang guna pc dia, gelisah ok. kalau dok depan pc tu. menyengih je muka dia. seronok betul. ok la tu kan. ada aktiviti dia nak buat. dulu tau type je. nak publish, masukkan pic ke apa semua aku kena buatkan. tapi sekarang dah advance. tukar layout pun dah reti :D. baru2 ni aku ajar dia macam mana nak scan. nampaknya berjaya tu. nice.

9. chics - http://www.chicsinred.com/blog/
- yang juga sama jiwa. ok aku la rasa. if dia tak rasa. lantak dia la kan. hahahahha. dia pun dah blog lamaaaaa gila. oh dan sangat terharu sebab dia sudi jumpa aku n noy. dia cakap last dia jumpa blogger2 ni adalah tahun 2003. so adalah sweet sbb dia nak jumpa kita orang. tapi dah lama tak jumpa. n blog dia pun tak kerap update dah. sebab mungkin dia busy. aku takut nak tanya. sebab dia garang2. ;p

10. tina - http://neurotic20something.blogspot.com/
- perempuan yang aku kenal dpd tahun 1997. dia senior kat mrsm dulu. yang membuatkan aku terjebak dalam dunia blogging. sebab dulu kita orang rajin ym. if ym mesti laju2 takda stop2. gila gossip. tapi dia macam hilang2 sbb update blog. time tu zaman friendster. aku tanya la best sangat ke blog tu? dia kata best n suruh aku try. terus la aku pun terjebak sama.


so itulah list orang2 yang menyumbang visitor ke blog ini.
ok antara yang paling banyak menyumbang la.
of coz ada jugak nama2 lain. korang2 yang link ke blog ni.
so thank u all. :D

ok serious aku sewel.
bukan entry lepas aku mcm menyampah sebab dah ramai baca n aku tak tau sapa.
tiba2 entry ni aku macam nak berterima kasih sbb dorang2 ni meramaikan reader aku.
eh kau ni gila ke apa pija?
ok ignore me.
bye.

17 Comments:

Pnut said... [Reply to Comments]

tetiba nama diseru disini..
eheheh
peja, memang betul, akak blogging dah lama, memang kekadang terasa, ishkkk boringnya nak update apa ni..

tak update mula org sms, ym tanya naper tak update..eheheh.

satu je, kalau betul jujur blogging, tiada tekanan sebenarnya, just enjoy bercerita and post it.. macam peja kata dulu Nuffnang telah merubah ramai blogger jadi pengejar hits dan gila semua benda kena update.. kekadang itu satu kesilapan.

A.I said... [Reply to Comments]

peej, kalau kau nk tau, kau la penyumbang referer paling tinggi kt blog aku tau. kiranya dlm list referer blog aku, kau paling teratas. ngeh ngeh..

maceh kat kau jugak lemari..eh, peej.
(^_^) lebiu bebeh!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, blog peej ni memang kadang2 merepek tapi menenangkan jiwa. hehehehe! Keep on blogging jgn stop k! I'm addicted to it!

Mashy

Anonymous said... [Reply to Comments]

yea yea pija dah ok. cam tu lah... nko dah buat kak mas gembira baca blog pagi ni. tq.caiyok caiyok.

Xuriana said... [Reply to Comments]

oh god pija.. we've been friends since 1997, can u imagine? aku still ingat first time ko dtg bilik aku ko ikat rambut dua dengan tali rafia, wahaha..

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

hi,good u're stiil on the track..keep it up girl [gile gegeh suruh org hapdate belog sendr mcm haram ;)] ai kenal belog u pon dr belog hanis la...so after this ai nak meneroka belog2 org lain plak...[seriyes mmg mcm x de keje je aku ni]

PertMuffin said... [Reply to Comments]

saye la tu yg tanye peej pandai masak ke tak... *blushing walaupun tak perlu*

doll said... [Reply to Comments]

welcome back, dear.hehe..as if pegi vacation kat mana pulak eh..

keep your spirit up k.u r still young.

js dont bother abt things people said.mana yg baik ambil laa, mana yg mengeji/kutuk tu ignore kan jer.

what goes around comes around, Peeja.

mama_iris said... [Reply to Comments]

1st time nak comment kat sini....
dah baca dah n3 kat bawah.....tp nak komen kat sini...hehehe....buat cam umah sendiri lak.....tapi jgn la quit dari blogging iye.......nnti ku sudah x taw nak baca apa....mcm cerita psl game sims ari tu,walopon kite x main game tu,bila peej citer....adoyai......cam tebaek sgt game tu smpi rasa nak beli....so teruskan sajork blogging yo......huhuhu

MKBS Resources Sdn. Bhd said... [Reply to Comments]

Hakakkkk tetap sokong ko pija oiii...aku ni silent reader ko yg mmg gilakan setiap entry ko. Pepagi perkara pertama bukak blog lepas blog ceera adalah blog ko. Tapi kalau ko tak update cam rasa tak syiok lak. So, tolonggggg la teruskan update...citer bengong2 ko ngan noy pun takpe....aku shukaaa

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

blog lain2 yg kau list smue aku baca. salah satu sbb kenapa aku suke dtg blog kau, sbb blog kau ade blog2 yg aku suke baca tanpa perlu aku listkan senirik. hahahahha keji bukan. sukelah :P
kecuali blog kak pnut tu aku tatau. maka td aku pon merajinkan diri click. HOI!!! terbaik ok sengalnye. tp sanggupkah aku nak korek sampai tahun 2001? T______________T

paling tak sangka... hubby die abg mat gebu yg pemes tu kah??? Ya Allah bestnyeeeeeeeeeeeeeee..... laki bini terror bersilat pat dapo. aku suke. dah aku tak nak komen pepanjang. nak menebeng pat belog kapkek kak pnut sambil menyeksa diri telan air liur.

NenekPenne said... [Reply to Comments]

blog 1 - 4 memang aku follow
tapi aku suka blog no. 2 tu... ayat memang best.. tak hipokrit langsung, telus dan berani...
eeh tapi blog ko pun aku suker jugak...
mak ko lawa laa peej...heeee

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Bravo you are on the right move.
stay calm and relax. Move forward, leave behind the unwanted broken pieces, every one has its own life..so do you. Appreciate life while you can. Every thing you do always remember Allah The Almighty. Love you my daughter.

Ogy said... [Reply to Comments]

femessnyaa blog ni.....salam ziarah :)

Farah . 5577 said... [Reply to Comments]

:) dh lama jd reader peej.. tp yalah silent jer.. i lovee ur blog. mungkin ko rs tak best, tp suke gaya yg bersahaja tu, n direct from the heart.. kire mcm jujur gitu.. :) hope ull keep on writing, cos u rawk at it.. keep it up!

yupp! betul, rsnye everyone shud respect each other privacy kan, yg di cerita baca, xcerita xyah sibok..

Anonymous said... [Reply to Comments]

akak,

saya silent reader akak.nak tanya blh tak bagi no tepon pak nayan aka supir akak masa ke bali tu..
if can ..plz email me..ellyaty_saulaamin@yahoo.com.

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

Oh namaku disebut juga...mekasihhh
tp, sorry nampaknya im not a referrer to your blog la....how come...emmm

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...