Instagram : @peejburhan

sama je la macam manusia kan? ke tak sama?

aku ada pe'el suka samakan benda2 hidup lain ngan manusia.
macam kucing ke. apa2 haiwan la.
dulu aku selalu buat entry konon conversation kucing2 aku. haha.
ramai kata aku sewel.
tapi ye la. mesti dorang pun sembang2 kan.

kadang2 terasa jugak diri bangang.
baru2 ni noy bawak hannan pergi umah kawan dia.
so tinggal la lulu.
after a while lulu dah start ngiau2 mencari2 hannan.
ceh bila sama2 gaduh sakan. bila takda rindu pulak.
so bila panggil lulu n dia datang.
mula la aku cakap ngan dia. "lulu rindu abang hannan ke? abg hannan jalan2. nanti dia balik k "
ceh. siap "abang' kau. tak ke over tu.
tp betul la. dia paham kan??
ke aku kena ngiau2 baru dia faham?

then kadang2 kucing2 ni ngiau2 nak keluar.
noy cakap la apasal dorang ni memekak ke apa.

me : cuba kau? aku kurung dalam rumah tak bagi keluar
noy : aku manusiaaaaaa. kau suka samakan tau.
me : tak la. sama la. dorang pun ada perasaan. :|

ok la tu takpa. sebab tu kucing kan.
so dia paham la sikit kan.
so semalam mama ada bagi pokok untuk kami jaga.
dah biasa hidup berpokok2 ni. rasa tak lengkap hidup tak nampak pokok.
so noy semangat la siram2 pokok.
aku tengok aje la.
abis siram pokok2 dia nak bangun.
note : takda penyiram so letak air dalam gayung n basahkan tanah la. kang siram lebih terpercik2 lak.

me : eh kau tak renjis2 basahkan daun2 dia ke?
noy : hah kena ke?

time tu dia renjis2 la.
n berpikir. wtf. siram pokok pun aku tak reti.

noy : kalau tak kena nanti dia mati ke?
me : takda la. tapi cuba kau bayangkan kau. kalau kau mandi basah kaki je. tak kena kepala. mesti beza kan.
noy : hotak kau la. semua nak samakan ngan orang. saya ingat saya yang tak reti  siram pokok.
me : betul laaaaa. sama la dia benda hidup jugak. selalu kalau siram memang bg kena2 daun.
noy : eeeee. takda kena mengena bg basah tanah cukup la.
me : tak kalau daun sejuk dia lambat la panas n kering2. ngeeeeeeeeeee.

bengang gila noy sebab aku samakan ngan teori mandi.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.
tak ke korang? betul la kan.
if siram kena la dua2 kan? basahkan tanah n daun2 semua sekali?
ke tak payah sebenarnya?
but true what. pokok2 benda hidup kan.
so mesti la dia pun rasa macam kita kan.

16 Comments:

A.I said... [Reply to Comments]

aku site kau! mmg betol la. tu kau lom tengok mak aku berborak ngan kucing dia lagi. ngan pokok2 dia..mmg real ok. siap bahasakan dia 'mak' ngan dowang.. (^_^)

momguess said... [Reply to Comments]

aku kalau siram pokok
aku siap bcakap bagai lagi
senyum2
heheheh
aku pon kalau siram mesti renjis2 kat daun nya
lps tu aku bayangkan pokok2 tu cakap time kasih kat aku
wahhhh
gitu
tapi kalau pokok tu mati
mmg konpem kaki aku hingap kat pasu lah
terus terajang pasu sambil sumpah2

noRaMohTey said... [Reply to Comments]

hhahahahah betul2..aku bile siram pokok mesti akan siram sekali dedaunnye..kalau tak cam kesian je, lagi bile cuace panas kan..pastuh cam rsa diorang panggil2 mintak air..huhuhuhu..tak salah laa rase camnih.. kan ke elok..huhuhuh

0sh!Nz d' sen0r!ta said... [Reply to Comments]

haha.. btulla tu. kena bagi semua basah. baru la die segar. kalo tak kuning je. hehe..

muna said... [Reply to Comments]

peej, dulu aku bela kaktus masa aku study dulu, pagi2 aku letak dia kat luar, malam2 aku amik masuk umah. kalo aku balik lambat, aku siap mintak maaf lagi ngan dia :"> balik kampung pun aku angkut lam beg kertas naik bas. kesian dia nanti tinggal sorang2, haha.

aku ngan parents aku pun selalu cakap ngan menatang2 ni. aku bahasakan kucing aku "abang nini" kat rabbit aku, bleh? contoh ayat "jangan masuk dalam bilik tu! nanti abang nini marah" ahahhahaha :P

ajjah said... [Reply to Comments]

itu perangai my mom, suka sembang-sembang ngan pokok.. kata dia, pokok pun ade perasaan, haa sama la macam peej rasa tu.. :) tapi i siram, siram je.. pokok tu serap air guna akar, so akar je lah..

Beautiful Disaster said... [Reply to Comments]

betul2. selalunya orang spray pakai spray baju nak iron tu. tapi jgn starch. haha. ok. tak kelakar. basahkan daun dia.

Lily said... [Reply to Comments]

Actually kalau siram pokok ni, jangan siram bahagian daun coz itu membuatkan daun tu jadi kuning. Daun tu tak boleh process air, jadi air tu akan evaporate and buat daun tu jadi kuning/mati. Belajar from my dad who is a horticulturist so rumah I penuh dgn pokok yg dia jaga :)

So kalau nak siram, jangan dari bhgn atas ye. Siram terus dekat tanah once a day kalau cuaca biasa. Kalau hari panas terik, then twice a day. Some pokok, selang sehari baru siram coz too much water can cause them to die.

benz said... [Reply to Comments]

hahaha! pokok2 aku x reti komen sebab jiwa x bercucuk tanam. mak aku kat kampung siram pancut tali air tu.so konpem semua basah.. hehehe
owh,ckp dgn kucing perkara biasa. aku rasa dorang paham la.. motip aku bahasakan diri ngn dorang 'akak'? adik beradik kucing ikut pangkat.. yg jantan jd abang, yg betina jadi kakak maknye mama. lawak je.. :p

The Farhanah said... [Reply to Comments]

All this time, I tot im d only one yang siram fikir macam ni.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Orang yang suka tanaman dan binatang adalah orang yg bersifat penyayang.

Tijah said... [Reply to Comments]

wuish. complicated la plak kan? beli pokok plastik je la senang...

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

yes, kalau siram pokok mesti basahkan daun sekali sebab nanti kulit dia kering kalau tak mandikan macam tu...erkk

Mrs. Kown said... [Reply to Comments]

i've seen people talk to pokok and to kucing. kerana mereka begitu cintakan kerja bela kucing dan kerja tanam pokok kot?

but good, tu tandanya kamu peka lagi prihatin kepada kehidupan sekitar. hihihihihi

dyan said... [Reply to Comments]

tapi dulu2 kan masa sekolah cikgu pernah cakap... jangan siram pokok kat daun dia.. nanti pokok jadi cepat mati..
siram kat bawah je, kat batang dia..
sebab dia minum dari akar..hehe..
tapi tu cikgu cakap la..
tak tau betul ke tak.. haha..

Deqna said... [Reply to Comments]

betul gak teori ko ni yer..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...