Instagram : @peejburhan

expose mistik..muahahaha

cibais betul ok.
aku memang la buat entry ala2 cerita hantu.
tapi motif utama sebab nak cerita kekalutan noy tu.
cerita hantu aku semua ala2 kelakar2.
sambil2 nak beranikan diri sendiri la kan.
dahhhhhhhhhhhhhhh.. semua pulak nak cerita pasal cerita pengalaman masing2.
elok aku tak takut. sekarang boleh tahan takut la kan.
pastu mengenangkan nasib diri yang selalu duduk sorang2. tsk.

so maybe ada yang pemalas baca komen kan.
so sini aku nak tepek cerita2 mereka.
so dengan tu aku decide. aku nak buat hari khamis malam jumaat sebagai hari mistik.
aku ni takda la banyak pengalaman ke arah tu. Ya Allah. mintak jauh.
tapi if korang ada. n rasa nak share. boleh la hantar ke aku.
aku akan publishkan every malam jumaat. :D
ye la kan. aku takda laki.
bg orang dah berlaki. malam jumaat tu malam istimewa.
tapi bg aku. malam yang scary.
tah apa2 kan. ni nenek moyang kita la ni. asal malam jumaat je kena over2 takutkan orang.
so ni entry pertama. aku amik dpd komen2 mereka.

muna
aku nak menyampuk lagi ni, kawan aku pernah balik senja2 masa kitorang keje kat site un*kl. lift untuk gi level 17 tu suppose berenti tingkat g, 2, 17, pehtu 24+++ camtulaa. tu lift staff, tak berenti level kelas budak2. sekali dia balik sorang2, tetiba lift tu berenti tiap tingkat. takde orang lak tu. dia buat2 selamba je laa turun sampai bawah.


a.i
peej, haritu aku bangun kencing..pintu balconi dapor aku mmg ternganga. skali kau, tetiba je aku dengar anjing menyalak. lepas tu aku dengar cam kepak berkibas-kibas. kau tau apa yg lalu???

benda tu mcm org ada kaki, kaler ceklat..kepak dia lebar, besar! slow motion ok dia terbang..bunyik kibas dia tu smp skang pon aku boleh ingat. hohoho...

tu kalau nonoy mau kejung berdiri keras mcm patong smp ke pagi kan? :P



tambah lagi..

aku skang ni dah selalu sangat sampai aku dah kebal giler tak rasa takot. kau tau nape? tetiap malam ada mcm benda naik kat katil aku smp tilam tu senget2..memula dulu aku mmg cuak la. skang ni dah malas aku nk layan. aku ngantok, so aku buat bodo je..(ke, 'benda' tu nk rogol aku?) :P

yg ni kes terbaru. mlm tu aku takleh tido. badan aku sakit sangat2. dalam kul 12 lebih camtu masa aku pusing2kan badan aku tetiba aku nampak benda bulat itam duk kt tengah2 pintu bilik aku. Laki aku ms tu tido kt luar temankan anak2 aku tido. Aku nk bangun ke luar takleh sbb dia duk kt tgh pintu..tetiba anak aku yg sulong masok bilik aku. memula tu aku lega la, nk tanye la dia nape x tido lagi. tup2 baru aku tingat..masa tu anak aku yg sulong takde kt umah, dia tido kat umah mak aku! punye la kaget aku...huwaaaaaaaaaa...dan2 tu 'anak' aku ghaib. Benda bulat itam tu pon hilang. Pe lagi, melompat la aku turun katil..gi tido berimpit ngan anak2 aku yg lain + laki aku kt hall. tsk tsk tsk..



izat kepong
benda lift tu asyik terbukak tertutup tu biasa laa masa mula-mula kerja spital dulu sebab lift tu mmg sebelah mortuary, tapi kitorang selalunya kalau kena attack macam tu sound je, "boleh tolong jangan main pintu lift tak? orang penat nih laaa" selalunya lepas tu elok je pintu tu tertutup..haha gerun gaks memula..


beautiful disaster
mmg scary. mcm aku pun kadang orang rumah atas aku ni, tiap-tiap malam bertukang and suka alih2kan perabot. mula2 tu aku macam tak kisahlah kan. sebab belum ada baby. tapi since dah ada baby ni, nak meroyan gak aku. kejadah nak bertukang malam2 and alih2 perabot. dia mesti start around pukul 10 or 11 mlm. kadang2 pukul 3-4 pagi pun ada dgr bunyi2 camtu.

tapi bila aku tanya mak aku, dia kata pkr logik, siapa pulak nak bertukang or alih2 perabot tetiap malam kan?

terus lepas tu aku dgr jer bunyik aku buat bodoh jer. sblm ni suka gak marah2 or mcm nak pegi je naik atas, tengok apa dorg buat kan. haha.



wani ezryl
ntahnya, knp kejadian2 camni berlaku kat lif? kite ada dgr 2crite drp kwn2 psl lif ni.

sorg tu naik kat hospital mn ntah, pastu lif tu naik atas skali, padahal floor tu da tutup, siap ada grill. da la pintu lif terbukak tiba2, kwn kite dgn mak dia time tu.. dgr pulak bunyi tapak kaki. gile ngeri.

2nd crite kat ofis skang. lif tu tibe2 tekan no.6 sendiri. pastu xberenti tingkat 6. kwn kite turun G, dia perhati lif tu naik berenti katne. yes. kat tingkat 6! pastu mula la dgr crite yg ofis tu dlu tapak kubur. apekah!!

...................................................................................



ok tu sahaja untuk hari ini.
kalau korang ada cerita2 hantu yang best n scary.
sila la hantar ke email aku.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title email : expose mistik - blog

nanti aku akan share tiap malam khamis k.
if ramai hantar aku tepek lebih or maybe malam lain jugak.
if not. satu cerita every week je la yea.

p/s : ada antara nama atas ni takda link la. if ada banyak sgt. n bila bukak semua tak aktif aje. so aku tak letak link la yea. yang warna hijau ada link. yang warna biru tu takda. :D

28 Comments:

ieyka02 said... [Reply to Comments]

kt uma kite pon mmg tiap2 mlm mst ade org bertukang la nk aleh perabut la..zereett zereett bunyik perabot tue..ketok sane sini..lepas tue tumbok lesong mcm kn nk uat smbal..mmg bising..dulu salu takot2 nak2 ble lepak uma sorang2 sebab famili kua kn..skang mcm da biase sbb salu dgr kot kn..around kol 10-11 cm tue stat la..mcm cter beautiful disaster tue la..

pastue plak siap pakej budak2 maen guli kt tangge kol 3 pagik..budak mne lak yg rajen berjage kn kol 3 pagik..huhu...tp tua la arwah ayh ckp bia jew..diam2 jgn tegor sgt..sebab ble kite bising2 marah bising kn makin kuat okey dye berkeletang keletung sane sini..mcm mara la kn..hehhe..

pendek kate tamo la berani sgt n tamo la penakot sgt..yg sedang2 saje..tehehheheh~

Ujie said... [Reply to Comments]

Ni pasal member aku..dia ni mmg biasa nampak benda2 alah ni..Aku rasa cam pernah cite kat komen ko..matila ulang balik..huhu

Kes 1

Dia sekolah agama kat simpang 5, sabak bernam. pas mandi nak solat maghrib, dia nak balikla bilik dia..lalu satu tangga ni. nampak ada budak pompan kat tangga. mrasa tengok muka budak tu kosong je. NO FACE GHOST!! mata takde, idong takde, mulut takde..ko bayangkan muka kosong, pakai tudung..*bediri bulu roma haku

Kes 2

Jalan kat bukit idaman selayang baru. menghala nak balik rawang. masa tu malam dlm kul 11 lebih kot. dia tgh drive. kakak dia dok sblh. dia dok lane laju tp bawak slow sbb takde keta kan. peh tu ade satu keta bg high beam kat dia soh ketepi. tapi dia buat tatau je. pastu keta tu himpit dia macam nak begesel je. dia pon jelingla keta tu kat sebelah. bila dia tengok dalam keta tu terang benderang mcm bukak lampu. tapi nan hado driver uols!! kiranya antu tu saje bg keta dia terang supaya "tengokla sini, takde driver weeii". member aku dah kecut, dia tekan minyak..tanak pegi keta dia. dia drop gear, baru bleh laju..pastu dia tengok belakang, dah takde keta tu

Kes 3

Ni berlaku kat member aku yg dlm Kes 1 dan 2 ni jugak. Berlaku kat jalan templer park. sape2 yg pernah lalu sini mmg taula cemana gelapnye tpt ni memalam. dia balik ke sungai choh dr umah kakak dia kat ampang. malam raya ke-3 la cam tu. masa tu dalam kul 10 malam tp keta banyak. maklumlah raya kan..

dia drive. kakak dia dok sebelah, mak dia tido kat blkg. so, sape2 yg pernah lalu jalan templer park ni mesti perasan ada satu bas stop yg menghadap jalan nak masuk ke tpt berkelah tu. lg 20 meter nak sampai ke bas stop tu, dia nampak sorang pompan, badan agak besar, pakai baju kurung putih ada bunga2 kecik ngan tudung putih. dia takde la syak ape2, sbb dpn belakang dia sume keta. jarak keta agak dekat2 la..agak busy la jalanraya waktu tu. cuma dia tertanye la, apela pompan ni buat sorang2 memalam kat bus stop tu. tak takut ke..

so, sampai je betul2 dia melintas kat bas stop tu, dia pon tengok. kakak dia pon tengok sekali. tetiba, pompan badan besar tu terus mengecut badan dia, terus mengerekot macam menunduk. lantas bertukar jadi pocong ade ikat kepala kat atas tuh..*aku seram sejuk citer nih. pastu dorang dua beradik senyapppppp sampaila nak masuk ke pekan rawang. pastu baru dia tanye kakak dia. "eh, tadi pocong kan?". kakak dia pon nampak. cuma mak dia jela yg tak sedar sbb tido

tp dia kompius, adakah keta yg dpn n blkg dia tu pon nampak sama ATAU keta dpn n blkg tu cuma khayalan semata

Kes 4

Sepupu member aku pon pernah kena kat templer park tu..dia drive memalam..pastu keta kat blkg n dpn dia bg high beam kat dia...dia pelik la nape sume bg high beam kat dia..tak lama pastu, makhluk allah ni menggelongsor dpn cermin keta dia..rambut panjang mengurai...nasib baik dia tak eksiden..mrasa demam panas seminggu..

sorang lagi member aku plak, driver lori. tgh lalu kat jalan tu, tetiba radio mati, henpon dia tetiba lampu menyala padahal takde sape2 pon call/sms..mintak jauhla aku kena benda2 camtu

Tp member aku dlm kes 1,2 n 3 ni mmg senangla nampak benda2 halus ni. sampai kakak dia tanak dah jalan memalam ngn dia sbb mesti kakak dia nampak benda tu sekali..

vagg© said... [Reply to Comments]

gilo ahhh. aku tgk recent update td, kan main ckp xmo bc cite kat entry ko mlm ni. tp hati meronta2. skangggggggg tanggung la mlm ni aku takmo tutup lampu tdo ngan ank aku. abah budak ni lg seminggu baru balik. merana aku ketakutan mcm ni, ok.

jap aku nk komen pasal cite A.I.. benda berkepak tuh mende sebenonya ha? aku bc cite pasal benda nih td trus tingat kat cite kawan kakak aku. masa tu BULAN PUASA.
dia dengar bunyi bising kat luar rumah dia. bila bukak tingkap.. tengok kat ampaian benda yang ada kaki dan kepala mcm org (muka tua) tp ada sayap. beso gile sayap duk kibas2 pastuh terbang.

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Mama dpt bayangkan - Melompat2, bersorak2, ada yg keluarkan tanduk segala 'jembalang2' sbab dpt coverage free kat blog kau peeja jgn mereka bersusun2 tenggek menunggu giliran nak baca blog kau pulak..
he he he

HaNa NyoTa uHArA said... [Reply to Comments]

gila babeng menakutkan...scary giler tapi takleh berenti aku membaca huuuuu

Drama Mama said... [Reply to Comments]

aiseymannn!!! scary! nak cita tapi takut! tunggu esok pagi la cita. hihi


http://twinkywinkystars.blogspot.com

Mrs. Kown said... [Reply to Comments]

nasibbbbb baikkkk haku baca entry ni lepas dah discharge dan sekarang di rumah.

kalau tiba2 bukak belog ini dan baca entri ini masa kat hospital, memang haku paksa dokter tu suruh discharge jugak, there and then.

tapi siriyes, smalam sangatlah nak klik baca part jangan tegur tu, tapi memandangkan diri masih di bilik C202 pantai medical, so tutup dulu lah window ni, nanti balik baru baca cerita misteri nusantara neh. =P

Che Sue said... [Reply to Comments]

omg! korang ni skeri tauu! tapi aku selalu sedapkan ati sendri ngan berpikir..ANTU2 MESIA SUME TAK LARAT NK TERBANG MAI SINI SB JAUH SGT..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

weh hampehhhhh.. aku kunun2 berani lah nak baca, sekali baca half komen a.i tu terus laju2 scroll bawah nak komen. miahahha

dah la baru je balik umah neh, nak mandi.. elok jgn baca benda bukan2 :P (penakut tanak mengaku)

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, nape update mlm ni?
i na stadi ni
uwaaaaaaaaaaaaaaaa
da terbace
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

lily lotus said... [Reply to Comments]

huhuu..nak lagi nak lagii :D

muna said... [Reply to Comments]

tetiba aku glemer..malu plak, auwww :">

peej..aku banyak lagi list cter2 ngeri. aku share 1 setiap khamis eh, ahahahhaha :p

A.I said... [Reply to Comments]

dah jadik blog mistik beefsteek pulak dahhhh...wakakakakaka...

A.I said... [Reply to Comments]

e'eh...lupa.

criter kawan si UJIE kat atas tu mmg aku leh caya. aku kan mmg penunggu tetap rawang/templer (dh umah aku kt situ) :P

aku penah lalu situ ms kul 8 mlm. kete banyak lagi time tu, tp bleh lak benda tu nk bergurau senda ngan aku. Kau tau dia wat apa? dia geletek2 kaki aku! memula aku ingat lipas ke apa kan..tp bila diamat-amati..sah! benda tu nk memain ngan aku. sampai 1 tahap, dia men lak kusi aku tu. Dia leh adjust nk kasi ada bonggol2 kat kusi (cmne aku nk xlain yek..hrrmm yg adjust bagi kita duduk dlm keadaan selesa tu le)...ha, amik! tp aku wat muka selamba je. saje nk lawan dia. walhal dlm ati dah nk tercabot jantung! tu sbb kalau xcident kat situ..aku percaya yg kengkadang tu bukan sebab org tu ngantok or careless. Tp 'benda' tu mengacau. nak2 lagi area yg si Ujie criter tu..BUS STOP . heeeeeeeee heeeeeeeeeeee heeeeeeeeeeee (mengilai) :P

Peej, Noy...meh la dtg umah aku...mari laaaaaaaaa....

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kite pun tertanya2 pasal benda berkepak ni. apakah itu?

deasa said... [Reply to Comments]

yesza..

mmg baguih mu letak komen2 tu kat sini
sbb aku kekadang malas nak baca komeng2 tu.
esp part yg aku tak komen..ahahhah

izat kepong said... [Reply to Comments]

ehh naik takut pulak saya baca ..adeh...malam ni nak balik kepong alaaa...kan dah takut...!


izat kepong

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

erk...makin penakot ler haku...haku slalu pikir dok bandar xde antu sebab bandar ramai orang pastuh asik bising jek..hantu pon rimas..ingatkan hantu dok kampung sebab kampung kan tenang banyak pokok² beso mcm dalam cite penunggu gunung raya..alih² hamek ko..mostly sume kat bandar...

kat oversea pon ade hantu gak kann???<-- soklan utk Che Sue

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

best jgk peej buat mcm ni..sy alhamdulillah xde pengalaman yg ngeri2 mcm tu...mintak dijauhkanlah..takut....

aNnAsUe'G said... [Reply to Comments]

woooo! dlm byk2 cerita, cerita si ujie dgn kak ai ni dok melekat dlm kepala hotak aku setiap jam terbayang2. muahahah!

pasal yg cerita bende ade sayap tu, mak aku penah kene time die demam panas dulu, tetiba tsedar dari tido tgh2 malam die rasa bende tu kat blkg die dok mengibas2 sayap. mak aku terus jerit 'SHAITONNNN' kuat2 pastu terus die ghaib.

eheheh. selingan je tu. nak cerita tp takot tak seseram org lain.

mazzuana said... [Reply to Comments]

peej nanti i share my experience kat rumah lama i...one condo at sri permaisuri...banyak sangat sampai dah lali...

Lya Colours said... [Reply to Comments]

uwwaaa x suka la
saya dah lah hari2 pergi hospital sbb ayah x sihat
kadang2 tuh terpaksa parking kat area bilik mayat, kadang2 dlm lif sorang2
wtf
takottt

umi ameer said... [Reply to Comments]

peeja, sgt superb idea kau ek.. aku sukaaaa.. walaupun aku ni tak pernah jumpa.. mintak jauhkan...ya Allah.. aku sukaaaa tengok/dengar horror muvi..

si ujie atas tu punyalah banyak kes mistik dia.. hui.. dahsyattt

Dils said... [Reply to Comments]

oh.. aku adalah antara manusia yang kenkadang makhluk halus ni nak tunjukkan diri. Kenkadang aje... tak selalu. Bagus jugak tu. Kalo selalu, sure aku ade penyakit jantung.

Kalo pasal lif pernah terjadi mende pelik.Kejadian berlaku dekat ofis lama ni near KLCC (bukan KLCC so jgn gentar naik lif KLCC), masuk keje skali tu tekan la lif kasik tutup. Pintu lif ni jenis reflective, so macam mirror la, but blurry sikit reflection die. So masa pintu lif tu tutup, aku pandang depan pintu tu expect seperti biasa nampak reflection diri sendiri.

Instead aku nampak bayang-bayang hitam tanpa kepala okeh. Dah la aku pakai baju kurung oren... tadeknyeee baju kurung oren aku bertuka jadi hitam tetiba. Aku cepat-cepat pandang bawah dan berdoa lif tu tak stuck. Nasib baik ofis tingkat 8, kalo tingkat 48, dah berjujuran air mata by the time sampai ofis.

Anonymous said... [Reply to Comments]

huhu..entry mistik ni bes....nk kongsi skit even xbrpe bes kot..
: cter sal lift tu mama n ayh sy de pglmn..ms tu g hospital nk g mlwt arwah nenek tiri *g mlwt b4 die meninggal*..dorg kna nek tgkt 7..skali lift benti sekitar tgkt 5/6..glp tmpt tu..xde org.. dorg wt duno je tggu smpi tgkt 7..skali trun jd lg..dorg tny cleaner..ckp tmpt tu ngah renobet..:|..weird..

psl lg 1..kt uma my sis..die duk flat bwh skali..uma ats salu bunyi tumbuk2 lada..kdg2 kul 1am pn ada bunyi..nk jd cter mlm tu rs g toilet..skali bunyi da..:|..lalu mulut ku yg cntik berkata...jadahnye buat smbal belancan memalm..trusss snyapp owhhh...:|..wt xtaw je n g tdo..smpi skang pon msh ada bunyi sesi menumbuk2 tu..:p..

Erina Asmawani said... [Reply to Comments]

aaaa..lembaga manusia berwarna coklat n bersayap lebar??? wuuu..scaryyyy! apekah benda itu sebenarnya eh..tapi sonok bace cite2 seram nih..best2!

ceritacherita said... [Reply to Comments]

aku mmg peminat citer seram, walaupun takut tapi best pulak dengar citer2 seram ni.

azma said... [Reply to Comments]

Peej..habit aku kan, lepas mandi suka sikat rambut sambil tgk cermin. kejadian ni..5-6 taun lepas,kat umah sewa aku. satu hari kan...waktu maghrib la, masa tu aku period. pas mandi,seperti biasa mesti ngadap cermin sambil sikat rambut. tiba-tiba aku tgk muka aku kat cermin tersenyum,mata tajam pandang kat aku sedangkan masa tu aku x senyum pun...tiba2 aku rase seram. cepat2 aku jerit panggil hubby aku.
satu kes lagi kan..masa aku period la,kejadian pelik2 mesti berlaku masa aku period. hubby aku keluar.masa tu malam la.aku tgh tumbuk lada masa tu.tiba2 aku rasa cam ada org kat belakang aku. aku ingat hubby aku. aku dok tanye dia.."aik, x gi lagi ke?"..no respon.tanye lagi tapi hehehe..takuit nak toleh belakang. bila senyap je aku pun cakap..."dah la tu,aku x takuit pun,pi jauh2" hhehehhe..sebenarnye dalam ati..mak takut nokksss....pastu aku dengar tapak kaki pegi dari dapur. x lama pastu hubby aku balik.
aa lagi satu peej...hehehhe..banyak la plak pengalaman ..masa ni aku belum kawen.dok ngan sepupu aku.satu ari tu,aku balik kg,cousin aku x balik. balik kl tumpang cousin lain tapi x dok sama la. sampai umah kul 1 pagi.cousin aku tanye nak teman x..aku jawab..err..xyah la.naik lif sorang2..rase lif tu cam berat je. x pe lagi, masa tu ngantuk..x pk lain. sampai umah, cousin aku da tido. aku masuk bilik terus tido. pastu aku rase cam bilik aku tu meriah sangat. cam ramai org..macam diorang tgh berpesta. aku leh cakap...ala..sapa la plak ni ngikut aku balik. aku pun bangun..keluar bilik,buka pintu umah..pastu cakap, dah2 sume, pi kuar. aku nak tido." pastu aku tutup pintu, basuh kaki dan tido....heheheh. suasana sunyi sepi. huh..rupe2nye benda yg ikut aku dah kuar tapi x tau gi mana. masa tu aku x takut tapi bila pagi nye, aku citer kat cousin aku, tiba2 aku rase seeram plak....hehhehe
itu aje..sekian tima kasih...heheheh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...