Instagram : @peejburhan

expose mistik - hospital

hoh ramai pulak hantar email mistik ni.
thanks. sebab mula2 ramai cerita kat comment aje.
tapi ada yang mengikut arahan n bg kat email. bagus.
macam2 pengalaman la ada. 
so since banyak. aku share start ini malam.
if teringat je aku share. nak tunggu malam jumaat je share.
jawabnya tahun depan baru abis kot. jenuh lak korang menunggu nanti.


ada yang hantar siang.
walaupun cerita ala2 seram. tp relax aje.
tapi lama2 ramai lak yang hantar malam.
jawabnya terima kasih la aku nak baca.
tunggu esoknya baru aku baca. heheh.
takuit la. malam2. kang mau xleh tido.
tak pun terbawak2. dalam mimpi. i dont want.
so ini cerita pertama ok.
.........................................................................................................




hai peej..

teruja pulak nak share pengalaman i nih.. ok.. 

dulu arwah my dad masuk spital KPJ selangor tu.. dia masuk ICU la kan sbb kes jantung masa tu.. nak dijadikan cerita.. selama 3 hari berturut2 dan tepat pd pukul 9 malam lak tu (masa yg sama ok!).. kat pintu masuk ICU tu i berselisih jalan dgn sorg budak lelaki pakai baju warna merah umur lebih kurang 8-9 tahun.. mata dia pun merah.. tapi tak pandang kita.. muka dia macam sedih sangat.. i tak tegur pun.. buat tak tahu jela.. pikir mungkin dia ada relatives dlm ICU tu kan.. tp pikir logik.. mana budak boleh masuk wad ICU tu.. malam pertama dan kedua selisih kat tempat sama pulak tu.. malam ketiga pulak.. konon i ni takde kerja jalan2 la kat tempat bedah.. berdepan je dgn wad ICU tu.. kat sebelah bilik bedah tu ada tempat menunggu kan.. masa tu pukul 9 malam la.. boleh pulak ada budak tu (budak yg sama.. baju yg sama) tengah tidur kat kerusi situ.. sorang2 ok.. dengan kaki ke atas kepala tertonggeng ke bawah.. isk.. ok.. seram giler... memang budak tu alone.. takde sesapa pun kat situ.. lepas tu malam yg sama i nak balik rumah.. turun bawah guna lift.. my brother temankan.. sekali pintu lift tu tak nak tutup.. try tutup lagi.. then dia tutup tapi lift tak jalan.. last2 tukar lift lain.. tapi bila dah tukar dia pergi turun sampai tingkat bawah sekali pulak.. org nak turun level G.. tp dia turun sampai B.. and pintu lift terbuka lak tu.. tapi takde orang.. and rupanya tingkat B tu la terletaknya bilik mayat.. huhu.. orait ..masa type ni pun bulu roma dan tegak2.. isk

k.. sebelum takut berpanjangan better i stop sini..

tq.. take care.. bye2..


--
Warm regards,

~CIk Mont~
http://mydailymenses.blogspot.com
SASDEM`10



........................................................................................................


boleh lak budak tu nak macam tu kan.
ish aku memang tak gemar la hospital2 ni.
Alhamdulillah aku tak pernah la sakit teruk2 sampai kena warded ke apa. mintak jauh.
dah la sapa nak teman kan. kena lak sorang2. omg tak sanggup.
dulu jaga mama kat Ampang puteri ok lagi la. suasana ok la. tak scary.
tapi masa jaga papa kat HKL. gila takut.
siang pun seram satu macam. 


kenapa la hospital ni kena scary2 eyh?
anyway siapa nak share cerita mistik2 ni.
boleh email 


email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
sucject : expose mistik




21 Comments:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

aaaaaa.. mcm kena turn off pulak ending gtu.. hahaha. aku br semangat nak taw pastu apa jadikkk ;p

arin said... [Reply to Comments]

aduih, meremang bulu baca. seriyes, hospital adalah tmpt paling menakutkan.maybe bila ada cerita si polan itu , si polan ini meninggal di sepital tuh yang buat kita ternampak2 tuh.

mama_iris said... [Reply to Comments]

adoyai nyesal lak baca time kol 9pm gak ni...huhuhuhu....dah la semua org p tido awal mlm neh.....

NenekPenne said... [Reply to Comments]

belum lagi HUKM, kalau ko dok bilik, tolonglaaa jangan keluar2... dahlah sunyi, besar pulak tu.. ooh spooky...

cik syahira said... [Reply to Comments]

assalamualaikum peej,

sob. bulu roma dah meremang.
isk..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

knp da mcm ju on je cerita?!! seram ok!! and biasanya hospital krjn la yg seram lebih ni. may b sbb suasana dia. gloomy semacam. kite gi hospital krjn dlu2 sbb sedara eksiden kn, selamba je ada darah mencicir2 atas koridor. diorg xsempat nk bersih kot. tu lah yg kasi effect seram lebih tu!! cis!

Marina Monroe said... [Reply to Comments]

Emm..mama tak tahu betul ker tidak..
Pernah tanya misi2 yang kerja kat hospital, kalau dia org kerja/duty malam..sure jumpa benda2 mengganggu dia orang kan?
tapi kata mereka, kena pakai full uniform with the topi, kalau dia orang bukak topi tuh mesti kena ganggu ..

A.I said... [Reply to Comments]

nyampah aku tau!! dah le x lama lg aku nk kene berkampong kat sepital nu...huh!

Hazey said... [Reply to Comments]

Peeja

I baca entry u malam tadi, terus terkebil2 asyik teringat tak leh tido tau.. ko memang! (terus tutup pc, pagi ni baru leh comment)

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

takut ok bc n3 nie..hospital mmg mcm scary sikit..pernah tggu mak kat wad kat HKL..nasib xde ape2...

benz said... [Reply to Comments]

aku bukak entry ko mlm td,tp terus tutup cpt2 psl mmg tak la kn aku nk baca citer seram mlm2 buta. aku cm ko gak la lebih kurg,xdela berani or penakut sgt. janji jgn ada sesape takut2kn.
tp,citer kak ai kt comment sblum ni smpai arini aku terbyg legion ok! aigoooo!

Cik Mont said... [Reply to Comments]

ngeh~ ending dia mmg gtu je sbb masa kejadian berlaku tak terfikir lak pasal hantu2 ni sbb hati tgh susah arwah abah masuk ICU kan.. hantu lalu pun lantak kome la time tu.. bila dah discharge dr spital tu baru terfikir nape jumpa budak tu 3 hari berturut2.. and kenapa mlm2 seterusnya my mother tak kasi balik rumah turun lif sorg2..hehe.. and dlm ICU tu mmg nurse kat situ semua dah maklum mmg sangat keras hinggakan bila kita ulang alik masuk jenguk patient sesekali after 12 midnight diorg takkan pandang kita langsung.. dan ada jugak dengar cerita dari org lain hospital tu mmg terkenal dgn hantu budak.. OMG..dan2 haku plak yg jumpe.. isk

buyuiazliana said... [Reply to Comments]

meremang okeh!

Queen said... [Reply to Comments]

meremang siot..huhuuhu..

tapi aku suka..nexttt..

aku nak tunggu sampai dapat story yang buat aku rasa nak terkencing tapi aku takut pi toilet..sebab aku rasa ada lembaga kat bawah meja yang menyerupai gambaran hantu tu..

agagagaga

Lya Colours said... [Reply to Comments]

huaaaa x suka
hari2 aku pergi hospital so far xde la benda2 menakutkan sbb kol 7 je dah cau balik

Siti Nornadiah said... [Reply to Comments]

scary gilaaaaaaa :S

peej said... [Reply to Comments]

honey - selalu macam tu kan. kang kalau ending melampau ada yg tak tidur.


arin - kan. maybe sebab suasana dia kot.


mama_iris - hahha. mesti rasa tak best je kan.


nenek - semua hospital pun rasa macam tu ok. tak suke.


syahira - mualaikumsalam. sama la. masa baca pun ada terasa. nasib siang time dpt email ni.


wani - serious? aku pernah gak macam kecik2 la. sbb noy cedera. mmg scary la wad kecemasan..


mama - entah la. kena tanya nurse2 la. maybe if ada reader nurse boleh jawab kan.


a.i - kau dah biasa kan. kepak2. bulu2 kau dah tgk. setakat hantu hospital kau ok kot. hahahhaa.


hazey - tunggu episode seterusnya. banyak lg cerita scary2 dorang hantar.


hanim - rasanya kita ni banyak sgt tgk n dengar cerita hantu. sbb tu bila kat hospital rasa scary aje.


benz - kan. tak suka betul masa aku baca comment a.i tu. scary nak mampos. kalau aku dah mati kejung.


cik mont - sbb hantu tu minat u kot. nak buat kawan. hahahah. Ya Allah. gelak2 lak aku ni. kang kena kat diri sendiri baru tau.


buyui - ada yang lagi seram2 ok. tunggu nanti akan tepek.


queen - oooo mintak2 yea. kang betul2 kang baru tau. tunggu yea. nanti akan di tepek. kena selang2 sikit. kat asyik letak aje. dah tak rasa scary.


lya - cuba try stay lama sikit. mana tau ada apa2. lepas tu hantar la kat email aku. hahahha.


nadiah - ni br hantu budak. ada macam2 hantu lagi akan diceritakan nanti. :)

Syumaimah Edite said... [Reply to Comments]

peej, anda sudah jadi tamar jalis laa..kihkihkih

Maria said... [Reply to Comments]

RE : STORY CIKMONT

KPJ Selangor tu AKA Damansara Specialist ke?

haaa..kalau betul..aku pun pernah experienced budak jugak! ngehhhh.....that time, i was warded for high fever - bilik aku opposite jer CCU /ICU.

malam tu aku nak turun gi beli air kt cafe..tapi tak ingat kol berapa..masa kat lift tu ada sorang budak lelaki...dia dok ngadap lift tapi tunduk jer..aku dgn gatai mulutnya pi tanya - dik, tunggu apa kat sini?
dia jawap - tuu..( sambil dia tunjuk belah kiri dia)..haa..korang tau ada apa? keranda hitam! kat KPJ ni..sarung keranda dia leather hitam yg horror sangat! Pastu tetiba bila lift terbukak, ada dua orang pakcik pakai uniform cam polis kuar..pakcik tu sengih2 kat aku..pakcik tu tanya aku borak ngan sape? uh, bila pandang sebelah aku tengok budak tu dah takde ..huhuhu..terus aku jalan laju2 masuk ward..

seingat aku seminggu aku warded tu mmg aku tak boleh tido and kat floor tu tiap2 hari ada orang mati..eeeeuwwww...

Anonymous said... [Reply to Comments]

i ada experienced, nenek i masuk columbia sia di shah alam, at last dia meninggal sebab sakit tua, al-fatihah..
nurse kerja kat situ cerita, bila ada kematian je bilik yang dihuni si mati (tak kira mana2 bilik) akan ada bunyi loceng beep, sedangakn bilik dah kosong dan tak berpenghuni..
hua hau haua

columbia asia ni kalau u all gi mmg tempat warga emas, kira mcm pusat jagaan jugak la...

peej said... [Reply to Comments]

syumaimah edite - haha. over. mmg x la. tolong sharekan cerita orang aje.


maria - tu la siapa suruh peramah sgt. aku ni mmg takkan la tegur2 ke apa.


anon - scary la. nasib aku ni tak ditakdirkan jadi nurse. kalau tak confirm pitam memanjang. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...